Serangan teritip durian. Perkongsian cara berkesan aku rawat kutu teritip

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 лют 2025
  • #musangking #pekebundurian #powerspray #durianfarm #kenundurian
    link nozzle power spray
    s.shopee.com.m...
    link power spray
    s.shopee.com.m...
    Assamualaikum dan salam sejahtera
    Video kali ini memarkan aktiviti saya dalam mengawal serangan teritip dan koya yang menyerang pokok durian musang king dan duri hitam saya. . Kali ini saya mengesan serangan serangga teritip dan kumbang yang agak kuat pada permukaan daun dan pucuk durian saya.. ikuti penerangan dan perkongsan saya dalam video ini bagi menangani maslah tersebut. Selain itu terdapat juga masalah kulat .. Antara penyakit kulat yang biasa menyarang durian adalah seperti hawar daun,hawar pucuk, antarknos/antraknosa dan hawar seludang.
    Teritip daun atau Scale Insect sejenis serangga yang menghisap cecair dibawah daun. Musim hujan penyakit ini biasa menyerang tanaman durian. Jika dibiarkan daun akan dipenuhi biji-biji yang timbul dibawah liang stomata, seterusnya kekuningan dan akhirnya gugur meninggalkan dahan-dahan pokok
    Solusi segera untuk rawatan ini antaranya mengunakan white oil, selain itu boleh mengunakan Abamectin 1.8 EC. Pesticide ini adalah cecair hitam pekat yang paling handal melawan serangga selepas Imidacloprid. Aplikasi penggunaan racun serangga Abamectin ini dengan hanya semburan pada bawah daun di hujung petang. Kesannya awal kurang lebih tempoh 24Jam sudah kelihatan biji-biji dibawah daun menjadi hitam menandakan serangga ini mati kerana tindakbalas sentuhan & racun perut Abamectin.
    Jika serangan serangga ini begitu kritikal, boleh selangseli dengan bahan aktif "cypermethrin + clropyrifos" laitu racun 505. Racun ini digunakan ketika hujung petang jua supaya daun tidak lecur. Sembur selang seli dengan Abamectin 2minggu sekali.
    Moga membantu dan bermanfaat! 😊
    Antara video2 yang pernah dikeluarkan dalam mengawal penyakit kulat adalah pada seperti di bawah untuk rujukan tuan puan.
    Mengenali penyakit kulat durian dan cara rawatanya
    • Mengenali penyakit kul...
    Penanam durian wajib tahu..!! Fungsi racun kulat dan serangga ini
    • Penanam durian wajib t...
    SOP Wajip penanam durian. Cara mengenal penyakit durian dan rawatan kanker batan
    • SOP Wajip penanam duri...
    Biasanya pada musim hujan pokok akan menerima pelbagai jenis penyakit, keadaan yang lembab ini mengundang penyakit kulat iaitu hawar daun di mana kebiasaanya serangan ini berlaku pada bahagian pucuk daun muda, kesannya ialah daun yang muda mulai gugur pada bahagian pucuk dan boleh mengakibatkan pokok mati. Langkah untuk menyelamatkannya adalah dengan mencari racun kulat untuk mengawal penyakit hawar daun ini.
    Ada juga yang mengalami masalah penyakit kanker batang. Penyakit ini perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat yang dibancuhkan dengan air. Bancuhan tersebut perlu disapukan pada bahagian batang yang diserang dengan kekerapan dua kali dalam sebulan. Sebelum sapukan racun kulat tersebut, bahagian batang yang dijangkiti itu perlu dikikis dan dirawat terlebih dahulu. Bancuhan racun kulat yang anda dapatkan di nursery yang berdekatan, pastikan bancuhan yang anda lakukan itu mengikut kadar yang telah ditetapkan pada label supaya dapat mengawal dan mengelakkan dari penyakit berjangkit. Jika ada pokok durian anda yang mengalami penyakit ini dengan kritikal, pokok tersebut perlu dimusnahkan secepat yang mungkin dengan tujuan mengelakkan penyakit berjangkit dengan pokok bersebelahan. Apabila musim berbuah telah tiba, pastikan anda tidak membiarkan buah yang rosak dan pecah berhampirang dengan pokok durian.
    Mengapa perlu lakukan seperti berikut? Dengan tujuan untuk mengelakkan buah yang rosak dan pecah tersebut menjadi tempat pembiakan kulat dan serangga.
    Ada ranting yang telah mati? Ada ranting yang mengalami masalah serangan serangga? Apa yang anda perlu lakukan? Langkah yang terbaik adalah anda perlu membuat aktiviti pemangkasan dahan atau ranting yang telah mati tersebut..
    Salah satu benda yang anda kena ambil serius semasa durian membesar adalah kawalan serangga perosak. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa musuh durian. Antaranya:
    1. Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang-lubang. Antara racun serangga yang digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos.
    2. Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ). Antara racun serangga yang digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure.
    3. Koya (Pseudococcus sp) iaitu sejenis serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Dimethoate, white oil & Malathion.a

КОМЕНТАРІ • 28

  • @farhanpaan3439
    @farhanpaan3439 День тому +1

    Terbaik bang...dpt ilmu..nanti boleh racun lagi

  • @aizuddinariffin1637
    @aizuddinariffin1637 2 дні тому +2

    Assalamualaikum Andak. Selamat kembali. Lama tak singgah tengok video kat sini. Pokok pon dah besar2. Rasa2 dah 4-5 tahun rasanya usia pokok tu. Semoga Andak diberi kesihatan dan kesembuhan. Kita sama sakit slip disc 😂. Saya tinggal terus dah kebun 😅. Tak larat dah nak buat kerja2 berat

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 дні тому

      @@aizuddinariffin1637 Allahurabbi.. dah lame dah ke kene.. saye 2 kali slip disc.. alhamdulillah leh buat kerje lagi sikit2. tapi kadang2 jadi juga. saye kalau sakit saye buat chiropractic. tu lah cara saya.. saye tak boleh duk saja. kalau duduk je makin sakit, kebas kaki tangan.. saya lene berpeluh. tapi kalau saye sakit saye minum ketom bagi lancar darah dah hilang rasa sakit. alhamdulillah saye dah tinggalkan pil killer.

    • @nazamdk
      @nazamdk 14 годин тому

      Lama tak ada update.

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  4 години тому

      @ ye tuan..

  • @rayyanmiqael2815
    @rayyanmiqael2815 3 дні тому +4

    Kebun abg ipar sy hbs 80% pokok usia 2 thn ke atas mati kena serangan teritip.. Biasanya teritip ni akan dtg pekej dgn serangan kulat..

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  3 дні тому

      ya betul bang.. lepas teritip serang pasti kulat datang.

    • @rayyanmiqael2815
      @rayyanmiqael2815 3 дні тому

      Hrp andak tak putus asa utk basmi serangan teritip.. Pokok besar elok dah tu...

  • @Hilmidiy
    @Hilmidiy 4 дні тому +4

    Assalamualaikum tuan, saya dah cuba guna racun serangga Starkle G, racun jenis serbuk, tabur sedikit di kawasan pengkal pokok durian. Setiap bulan saya tabur sedikit di pangkal pokok, alhamdulillah teritip dan anai2 dah kurang banyak. Tuan boleh cuba jugak sebagai alternatif racun serangga

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  4 дні тому +2

      @@Hilmidiy insyaAllah.. tapi kalau pokok besar berkesan jugak ke

  • @hamerhakim
    @hamerhakim 4 дні тому +1

    Terbaik utk atas perkongsian🎉🎉

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  4 дні тому +1

      @@hamerhakim terima kasih tuan..

  • @miemitos
    @miemitos 3 дні тому

    Kesian tuan, penat meracun hujan pulak turun. Banyak² bersabar tuan. InsyaAllah ada kemanisan nye nanti

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 дні тому

      @@miemitos tu lah.. hujan pun rezeki juga.. amin.. terima kasih mendoakan.. semoga tuan diberikan rezeki san lesihatan selalu.

  • @syedmuhamdansyedbuniyamin6165
    @syedmuhamdansyedbuniyamin6165 День тому

    utk kawalan teritip pd masa jangka panjang blh dh tuan buat pruning utk buang dhn yg brd dibawah paras 3 kaki..dpt kewalan kelembapan dan peredaran udaran pd bwh kanopi

  • @muhammadafiqanuar1423
    @muhammadafiqanuar1423 День тому

    Tuan bila nk jual baja cecair yg tuan buat aritu

  • @SemogaJaya-pu5ti
    @SemogaJaya-pu5ti 3 дні тому

    Hadir gaes nyimak salam kenal ,salam sehat

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 дні тому

      @@SemogaJaya-pu5ti salam kenal juga

  • @nazrinazir5402
    @nazrinazir5402 3 дні тому +1

    Selepas banjir baru2 ni pokok saya pun tekena teritip pokok pula double tree planting mula2 sepokok kemudian berjangkit pokok sebelah..adakah disebabkan air yang bertakung tuan penyebab teritip ni??

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  3 дні тому +3

      kalau taidak salah saya bukan sebab air.. ia serangga hidup .. boleh merebak cepat kalau daun yg dijangkiti ditiup angin jatuh di pokok lain.

    • @saripdol1943
      @saripdol1943 3 дні тому +1

      serangan Teritip selalunya berlaku di musim hujan .. dia suka cuaca lembab lebih kurang mcm tu 😅 .. jugak suka menyerang pokok yg berdaun terlalu lebat/rimbun .. satu lg sebab kenapa pentingnya kerja pemangkasan yg rutin ✌

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  3 дні тому +2

      ya betul.. terima kasih tuan atas perkongsian.

  • @adinnm7523
    @adinnm7523 2 дні тому

    Salam tuan bleh share tk...dlm shopee batang penyembur racun yg tuan gunakkan tu

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 дні тому

      @@adinnm7523 salam.. tngok dlm discription video. ade dalam discription link nozzle dan power spray saye lerak

    • @adinnm7523
      @adinnm7523 21 годину тому +1

      @DkebunAndak ok terima kasih

  • @jamalul08
    @jamalul08 3 дні тому

    pencegahan sebelum diserang apa yg perlu dibuat penyemburan

  • @saripdol1943
    @saripdol1943 3 дні тому

    mmg sakit mata sakit hati kalau pokok kena serangan teritip ni Andak 😅😅 saya guna White Oil (Albarol) dan racun serangga dgn bahan aktif Abemectin .. jika serangan teruk mcm dlm video tu saya sembur 3 hari sekali (2x seminggu) sampai sembuh... saya jugak menghentikan sebarang bentuk pembajaan selama waktu rawatan kerana pokok yg diserang teritip tidak dpt menyerap baja/nutrisi dgn berkesan (sekadar perkongsian pengalaman peribadi saya ✌)

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  3 дні тому +1

      terbaik bang. terima kasih berkongsi tip..👍