Insta360 One R Muzium Penjara Malaysia Melaka

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 вер 2024
  • Tulisan dan lukisan pada dinding penjara memberikan mesej bagaimana seseorang berfikir dalam sunyi, sempit dan seorang.
    Selepas meluahkan kepada Allah, apakah pencarian kedua dalam kehidupan selepas keluar dari penjara?
    Dinding menjadi kertas yang menceritakan pengharapan mereka.
    Sebahagian banduan diizinkan memegang pen dan kertas.
    Sebahagian lain menggunakan darah dan najis sebagai dakwat bagi merakam jiwa.
    Penjara juga sinonim dengan penulisan besar yang mengubah kehidupan manusia.
    Tafsir al Azhar oleh Buya Hamka, Mein Kampf oleh Hitler, Fi Zilal Al Quran oleh Syed Qutb dan Rasa’il al-Nur oleh Badiuzzaman Said Nursi.
    Tahanan politik juga menggunakan ruang sunyi, sempit dan seorang ini bagi menulis masa hadapan negara yang mereka mahukan.
    Atas idea yang muncul dari institusi ini, panduan penulisan yang diusahakan dalam melatih penulis mendapat pengaruhnya daripada ciri-ciri keterbatasan penjara dan bagaimana manusia melepaskan sekatan fikiran mereka.
    Terima kasih Muzium & Galeri Melaka , Perbadanan Muzium Melaka Perzim dengan kewujudan Muzium Penjara Malaysia .
    Bangunan Muzium Penjara Malaysia dahulunya dikenali sebagai H.M Jail. Beroperasi pada tahun 1860 di bawah pemerintahan penjajah Inggeris.
    Banduan adalah sumber pekerja murah bagi membangunkan infrastruktur setempat dan mereka akan dikumpulkan bagi bekerja di mana-mana tanah jajahan Inggeris.
    Fungsinya kekal sebagai tempat hukuman di bawah kerajaan kita dengan dinamakan sebagai Penjara Banda Hilir.
    Dengan kekuatan anggota Jabatan Penjara Malaysia yang menguruskan aset ini dan artifak sejarah di bawah jabatan muzium, kerjasama ini adalah satu bentuk pendidikan awam berkenaan perlaksanaan undang-undang di negara ini.

КОМЕНТАРІ •