Penggemar roti jala dan durian - ini resepi khas buat anda.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • Pemanis mulut yang terbaik untuk disajikan buat keluarga dan tetamu yang bertandang ke rumah 😉
    -------------------------------------------------------------------------------------
    RESEPI : ROTI JALA DAN SERAWA DURIAN
    (Roti Jala) Bahan-bahan:-
    - 1 dan 3/4 cawan air
    - 1 biji telur
    - 2 cawan tepung gandum
    - Sedikit garam
    - 2 sudu besar minyak masak
    - Pewarna makanan (jika suka, boleh juga digantikan dengan secubit serbuk kunyit)
    Cara-caranya:-
    1. Sediakan blender, masukkan air terlebih dahulu kemudian diikuti dengan telur, tepung gandum, minyak dan garam.
    2. Kisar bahan-bahan ini, pastikan semuanya bercampur rata. (Adunan mestilah tidak terlalu cair) - kalau cair, tambah lagi sedikit tepung.
    3. Bahagikan adunan mengikut warna yang digemari. Tuang ke dalam botol/acuan roti jala.
    4. Panaskan non-stick pan, sapu sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan/tisu. Dan kirai roti jala secara berputar seperti bunga atau bentuk tikar (boleh rujuk video yang dipostkan) - guna api yang sangat perlahan sahaja ya.
    5. Apabila sudah masak, angkat perlahan-lahan dan gulung/lipat roti jala menjadi bentuk yang anda suka (terpulang pada cara masing-masing).
    Siap dan ke resepi kuahnya pula
    (Serawa/Kuah Durian) Bahan-bahan:-
    - 200ml santan kotak (campurkan dengan 3 cawan air)
    - 2 tangkai daun pandan (disimpulkan)
    - 12 ulas isi durian (lebih pun takpe, lagi sedap 😉)
    - 1 ketul gula melaka
    - 1/2 cawan gula putih
    - Sedikit garam
    Cara-caranya:-
    1. Sediakan periuk, masukkan santan diikuti dengan daun pandan.
    2. Picit-picit sedikit isi durian dari bijinya dan masukkan ke dalam periuk bersama santan tadi. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
    3. Setelah mendidih, masukkan gula melaka, gula putih dan garam. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih sekali lagi.
    4. Setelah kuah menjadi sedikit pekat dan gula cair, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama roti jala tadi.
    SELAMAT MENCUBA.
    Follow Instagram : @rajinkedapur
    Facebook page : Rajin ke Dapur - RkD
    -----------------------------------------------------------------------------------------
    Music by : @iksonofficial

КОМЕНТАРІ • 7

  • @penembaktepat3262
    @penembaktepat3262 3 роки тому

    Saya suka roti pukat...lg sedap...

  • @simplerecipesfromanu5129
    @simplerecipesfromanu5129 4 роки тому

    This is I really like...thank u may friend...stay connected

  • @umminorzain
    @umminorzain 3 роки тому

    Sedap tu. Ummi pun selalu buat kuah durian begini bila ada tetamu berkunjung, makan cicah dgn roti je kalau tak sempat nak menjala.

    • @BellaHousewife
      @BellaHousewife  3 роки тому +1

      Betul, terima kasih Ummi sudi tinggalkan komen disini 😊

  • @yatt_9
    @yatt_9 5 років тому

    cantikk roti jalanya😍😍😍

    • @BellaHousewife
      @BellaHousewife  5 років тому +1

      terima kasih 😁🌷

    • @yatt_9
      @yatt_9 5 років тому

      sama2 sis👍👍👍