(1985) HIKAYAT PROTON SAGA 1 | Hadiah Dr. Mahathir kepada Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 жов 2024
  • MATA rakyat hari ini tertumpu kepada sebuah kereta Proton Saga berwarna biru yang dipandu oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda berkenan memandu kereta berkenaan untuk menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas selesai pertemuan di Istana Bukit Serene, Johor, petang tadi.
    Menurut perkongsian di laman sosial Facebook Dr Mahathir, kereta yang bernombor pendaftaran Proton 1 itu ada kisahnya yang tersendiri. Kereta yang dikeluarkan pada tahun 1985 tersebut adalah hadiah Dr Mahathir kepada bapa Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu bergelar Yang di-Pertuan Agong. Dr Mahathir ketika itu perdana menteri ke-4.
    Sumber:
    Sinar Harian
    Gambar:
    Jabatan Penerangan Malaysia
    #SulalatusSalatin #SultanIskandar #Johor

КОМЕНТАРІ • 212