BESAR BETUL BAZAR RAMADAN NILAI NI | TAK MAMPU RONDA SEMUA!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 вер 2024
  • Heyya! Assalammualaikum dan salam sejahtera...
    Kali ni saya drive jauh sikit untuk meninjau bazar Ramadan yang terdapat di Nilai, Negeri Sembilan. Bazar Ramadan ni terletak berhadapan Aeon Mall dan juga dataran Nilai.
    Pada mulanya saya agak skeptical dengan bazar ni. Sebab dengar-dengar cerita dari orang, bazar ni paling besar dan panjang di Nilai mahupun di Negeri Sembilan. Tetapi sangkaan saya jauh meleset. Ternyata bazar Ramadan Nilai ni memang besar. Saya kira ada lebih 100 juga peniaga yang meniaga di bazar ni.
    Cumanya, bazar ni tidaklah sepopular bazar-bazar seperti di KL, Putrajaya, TTDI ataupun Shah Alam. Tetapi, bagi masyarakat yang tinggal di kawasan Nilai dan kawasan sekitarnya amat mengenali bazar Ramadan ni. Makanan yang dijual juga sangat banyak dan ada bermacam-macam jenis pilihan.
    ******************************************
    Sepanjang saya merekod video di sini, ada berlaku sekali dua insiden yang saya kira memberikan sedikit pengalaman kepada saya.
    Situasi pertama, ketika seorang peniaga (saya gelarkannya pakcik) secara spontan mempromosikan aneka kuih muih jualannya. Beliau ada mengatakan "tidak diundang", mengarahkan saya bergerak rekod jualannya dan setelah habis recording beliau berseloroh/mengata saya kepada pelanggan di hadapannya.
    Manakala situasi kedua pula terjadi di salah satu gerai "brother" sate dan air balang. Mereka berdua mengatakan tentang bilangan viewer atau sesuatu yang saya tak mengerti apa maksud sebenarnya. Adakah mereka perli saya atau mereka mendoakan supaya video saya ini melebihi angka yang disebutkan? Saya sendiri pun tidak tahu... (ada dalam klip video bahagian terakhir).
    Dalam kedua-dua situasi tersebut, saya hanya mampu tersenyum. Jujurnya, saya tidak mengambil hati dan menganggap mereka hanya bergurau senda. Cuma saya berpendapat tidak manis memperlaku hal-hal sedemikian kepada orang lain. Mungkin saya yang tak biasa... Apa-apa pun, sekiranya ada kesilapan dari pihak saya, saya memohon kemaafan dari semua pihak.
    Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan Nilai kerana beri kerjasama yang padu sepanjang saya rekod video ini.
    Walaupun kepenatan dan berpanas terik, tapi masih lagi mampu tersenyum dan ketawa. Semangat yang saya sangat kagumi. Korang memang SEMPOI!!!
    Jadi, anggaplah video ini sebagai hadiah kepada kalian untuk ditonton dan disimpan sebagai kenangan kelak.
    ******************************************
    Suka saya ingati supaya berpada-padalah dalam berbelanja. Jangan sampai membazir. Dalam kita menikmati juadah yang enak-enak, ada di antara kita yang tidak dapat merasai nikmat tersebut. Terutama saudara kita yang sedang ditindas di 'sana'.
    ******************************************
    BAZAR RAMADAN BANDAR BARU NILAI / DATARAN NILAI
    Lokasi: Jalan BBN 1/7D Putra Point Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
    Waktu Operasi: 4.00 petang - 7.00 petang (sepanjang bulan Ramadan).
    *Keseluruhan video ini menggunakan Insta360 Ace Pro*
    #bazar #bazaar #bazarramadan #bazarramadhan #ramadan #ramadhan #ramadan2024 #ramadhan2024 #streetfood #malaysiastreetfood #malaysia #streetfoodmalaysia #malaysianfood #marhabanyaramadhan #ramadhantiba #bukapuasa #makan #makanviral #food #foodie #iftar #ramadhankareem #foodblogger #foodlover #foodphotography #foodshorts #foodstagram #foodvlog #foodbloggers #foodblogging #makanan #foodblogger #streetsfood #malaysianyoutuber #malaysian #asianfood #asianstreetfoods #malayfood #malaysianstreetfood #pasartradisional #nightlife #nightmarket #desert #hungry #makanenak #makananviral #kuliner #makanmurah #makananjalanan #market #worldfoodies #worldstreetfood #delicious #deliciousfood #foodjourney #mukbangasmreating #friedchicken #travelvlog #travelforfood #pasar #pasarmalam #shorts #shortvideo #shortsvideo #shortvideos #short_video #shorts_video #shortsbeta #shortfilm #takjil #takjilberbukapuasa

КОМЕНТАРІ • 6

  • @amirhensem6875
    @amirhensem6875 6 місяців тому +1

    Wow❤😊

  • @Mk_JuE
    @Mk_JuE 6 місяців тому +1

    Hadir SupporT 🤗🤗

    • @oneysuka
      @oneysuka  6 місяців тому +1

      Terima kasih 🤗

  • @aanbandit
    @aanbandit 5 місяців тому +1

    Ade saya kat air dahagaa

    • @oneysuka
      @oneysuka  5 місяців тому

      Owh iyaka? Tak perasan