ARC Book Review: Ahkam Syar´iyyah Johor

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 1 бер 2024
  • Judul : Ahkam Syar´iyyah Johor
    Penulis: Pejabat Mufti Johor Bahru 13 Nov 1935
    Pendahuluan: Syed Alawi bin Tohir Al-Hadad, Mufti Negeri Johor
    Penerbit: Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor
    1. Kesilapan Suruhanjaya Reid sewaktu menggubal Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah kegagalan melihat pelaksanaan undang-undang Islam yang telahpun bertapak di semenanjung seawal abad ke 14. Buktinya? Batu Bersurat Trengganu tahun 1303, Hukum Kanun Melaka tahun 1446, Undang-Undang 99 Perak 1577 dan yang terkemudian adalah Ahkam Syar’iyah Johor dibukukan pada 1935.
    2. Mungkin ada yang berfikiran, jika dah tahu kedudukan Federal Constitution meminggirkan undang-undang Islam kenapa Raja-Raja Melayu terima?. Pada masa itu kena lihat faktor suasana dan demografi politik antarabangsa. Dunia baru selesai perang dan tiada banyak pilihan.
    3. Tanah Melayu mahu merdeka tapi masih memerlukan perlindungan negara kuasa besar, Kesan pergolakan Indonesia walau merdeka 1945 adalah menakutkan, jadi kita memilih kemudaratan yang lebih ringan. Merdeka dengan syarat!
    4. Bercakap mengenai undang-undang Johor, kita mesti ingat jasa Sultan Abu Bakar dan anaknya Sultan Ibrahim. Rekod nyata sehingga ke hari ini adalah Undang-Undang Tubuh 1895, Majallah Al-Ahkam diterjemah 1913 dan Ahkam Syar’iyah Johor 1935.
    5. Yang tersohor adalah Sultan Abu Bakar sebagai bapa Johor Moden dan disambung anaknya Sultan Ibrahim, kisah pelayaran Baginda ke Eropah, Asia Tenggara asal usul tentera JMF, menerima penasihat British, tapi yang kurang dicerita adalah Islamisasi undang-undang Johor.
    6. Fokus kepada Ahkam Syar’iyah Johor, diterbitkan Pejabat Mufti Johor Bahru tahun 1935 sebenarnya adalah terjemahan dan ubahsuai dari kitab Ahkamul Syariah fi Ahwal Syakhsiah oleh Mohd bin Zaid al-Bayani dalam Mazhab Hanafi dan kemudiannya dipindahkan ke Mazhab Shafie untuk pemakaian di negeri Johor.
    7. Usaha penterjemahan dan penyusunan dimulai sejak zaman Mufti Syed Abdul Qadir bin Mohsin al-Attas al-Alawi dan selesai semasa Mufti Syed Alawi bin Tahir al-Haddad. Usaha penomboran dan ada shoulder note menjadikan buku ini mirip susunan enakmen pada hari ini. Kontrari dengan kitab kuning yang tiada perenggan dan tanda baca menyebabkan sukar untuk dirujuk.
    8. Mengandungi 2 juzuk, terdiri dari Kitab, Bab, Fasal dan Masalah berkenaan pra dan post pernikahan, hak jagaan anak, nusyuz dan lain lain, selain dari rujukan kepada kitab Ahwalul Syakhsiah, Juzuk ke dua juga merujuk kepada kitab Tuhfatul Muhtaj syarah kepada Minhaj karangan Ibnu Hajar al-Haitami.
    9. Pernah dengar maskahwin terendah di Malaysia? RM22.50 untuk negeri Johor (dan Pahang). Sebenarnya dalam Mazhab Shafie tiada penentuan minima maskahwin, asal namanya harta dah boleh jadi maskahwin. Mazhab Hanafi yang tetapkan kadar minima 10 dirham perak berdasarkan hadis Jabir. Merujuk Kitab Pertama Fasal 30 Perkara 309 dinyatakan:
    “309. Adapun dalam seluruh negeri dan jajahan Johor telah ditetapkan banyaknya iaitu sekati perak yang bersamaan dengan dua puluh dua ringgit setengah (22.50) tidak lebih dan boleh kurang”
    Tahukah anda berapakah nilai RM22.50 pada tahun 1935?, lebih kurang RM3,000.00 pada tahun 2010 dan ini adalah mahar misil. Sebab itu bagi mengelakkan mahar misil, maka akad nikah perlu nyatakan secara verbal mahar musamma.
    10. Rujukan kepada penentuan agama kanak-kanak juga ada dinyatakan dalam Juzuk 1, Fasal ke 43 Perkara 442(1) Hukum Mensabitkan Islam Budak:
    “… sabit Islamnya dengan sebab mengikut kedua ibu bapanya ATAU salah seorang daripada keduanya atau salah seorang dari tok neneknya yang laki-laki atau perempuan ..”
    11. Kepasrahan Melayu pada 1957 dengan mengkaveat undang-undang Islam terdahulu demi menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai syarat kemerdekaan sepatutnya tidak dilupakan oleh semua orang. Jesteru setelah 67 tahun bebas merdeka adakah kita tak mahu melihat “Law of the Land” kembali bertakhta? Lebih buruk kalau Melayu sendiri mengarak titik lemah sisi perundangan syarak, bukannya meningkatkan martabatnya. Wal'ayazubillah.
    aburazeen
    cari teks asal undang
    undang tubuh
    negeri johor

КОМЕНТАРІ •