Hotel Review: Hallmark Crown Hotel di Melaka jarak dekat A Famosa dan ada kolam di Malaysia 2020

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 жов 2024
  • Hallmark crown hotel Melaka: Pening juga pilih hotel di melaka ni. Dengan harga yang makin mahal, kami ambil masa 5 hari untuk pilih hotel haha ;D
    Tempat-tempat yang menjadi tarikan utama di bandar melaka seperti sungai melaka, memang susah nak dapat parking! Saya cadangkan anda ambil sahaja mana-mana parking private yang ada. Harga sekitar rm5 sekali masuk.
    Hallmark Crown Hotel di Melaka ini merupakan hotel lama berdasarkan pandangan mata kasar kami menilai bangunan dan perabot-perabot yang ada. Walaupun hotel ini tidak kelihatan "modern" namun senyuman dan layanan dari staf hotel membuat kami berasa sejuk sedikit (lega). Ia juga merupakan salah satu hotel di melaka ada kolam renang.
    Dengan kelebihan lokasi strategik (berdekatan bandar), Hallmark Crown Hotel Melaka ini sudah tidak asing bagi pengunjung tempatan.
    Bagi yang berkeluarga, kos destinasi anda dapat dijimatkan dengan bermalam di sini walaupun terdapat beberapa kekurangan yang dipaparkan di dalam video ini.
    Bilik Family Suite ini mempunyai satu queen bed, dan dua single bed bersaiz besar.
    Penghawa dingin yang berfungsi dengan baik membuatkan kami sekeluarga berasa selesa. Selain dari katil yang memuatkan 4 orang dewasa, terdapat juga tambahan 1 sofa bed.
    Peti besi, peti ais, tv flat screen bersaiz besar dan pelbagai lagi kelengkapan disediakan. Namun, Hotel di tengah bandar ini tidak memberikan anda pemandangan yang menarik seperti hotel-hotel di tepi pantai.
    Di dalam review kami kali ini, markah atau rating hotel yang diberikan tidak termasuk nilai kolam renang. Kami tidak menggunakan kolam renang hotel ini kerana musim influenza. Oleh itu, jika ditambah nilai kolam renang, ada kemungkinan rating akan meningkat atau menurun. Tempat ini boleh dikatakan hotel murah di melaka.
    Jika anda rasa video ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan dan jangan lupa tekan butang LIKE dan SUBSCRIBE. Ianya amat membantu kami dalam penghasilan video yang lebih baik untuk masa akan datang.
    Follow instagram saya di:
    nuaim.newaim

КОМЕНТАРІ • 22

  • @noorsyahera1586
    @noorsyahera1586 4 роки тому +4

    hi, berapa harga bilik hotel tu? kalau boleh next video, share la sekali price room (inclusive breakfast or tak) , separate price breakfast (for kids), addition price.. .etc more details. Sayang nya tak review swimming pool.. hehe.. camne pun. keep it up! good content ^^ more hotel please.. kalau boleh yang sesuai untuk family traveller with kids. ^^ like your channel.

    • @new-aimproduction8786
      @new-aimproduction8786  4 роки тому +1

      Hi, ada letak harga bilik dekat minit 07:43 sebab terlupa nak cakap so tulis je 😅
      Saya tulis dekat sini je la 😁
      Bilik rm151.26 termasuk cukai dan sarapan 4 orang
      Additional cost untuk breakfast 1 orang dewasa rm18, kanak-kanak rm10. Kira murah la food dia, tempat lain biasa rm30.
      Tapi tak rekemen breakfast di sini.

    • @nurfarhana2139
      @nurfarhana2139 3 роки тому

      @@new-aimproduction8786 npe ye x rekemen sis?

  • @imanislam7077
    @imanislam7077 4 роки тому +2

    insyallah bulan depan nak ke malacca.. dah booking dah pun bilik kat hall mark crown hotel ni.. cuma breakfast kiteorg decide utk makan luar je..utk save costing hehe

  • @piyushvc
    @piyushvc 4 роки тому +1

    Guys I don't speak or understand Malay but found your video useful. Well done.

  • @nurezzahtuah4694
    @nurezzahtuah4694 2 роки тому +1

    Sy pernah tanya hotel ni untuk buat kursus (September 2022), malangnya TAKDE SIJIL HALAL..

  • @hamzahibrahim2541
    @hamzahibrahim2541 4 роки тому +1

    Hotel2 sekitar KL dan selangor untuk weekend getaway. 😁👍😁👍😁👍😁

  • @azimazman899
    @azimazman899 4 роки тому

    Saya baru menginap hotel ini tadi . Apa yang vid ni cakap 💯 sama macam mana saya duduk tadi. Overall hotel ini naisss.

  • @senjuxkim
    @senjuxkim 2 роки тому

    Mantap bang,tq sbb review hotel ni

  • @thezazayasmeen234
    @thezazayasmeen234 4 роки тому +1

    Tq bg review ikhlas ni...kne pk blik laa nk check in kt sini ke x nnt...😅hotel ni ad pool ke...tgk kn gmbar mcm xd jer..tp kt agoda ngn booking tulis ad pool..

  • @iffahdzulkarnain4100
    @iffahdzulkarnain4100 Рік тому

    Min, nk tanya hotel tu ada iron tk?

  • @cikgurazaain7532
    @cikgurazaain7532 2 роки тому

    Terbaik...👍👍👍👍👍

  • @hamzahibrahim2541
    @hamzahibrahim2541 4 роки тому

    Wah lokasi bagus. Harga jimat. Boleh try dtg sini balik raya nnt.

    • @new-aimproduction8786
      @new-aimproduction8786  4 роки тому +1

      Ya, tapi mungkin boleh ambil bilik tanpa breakfast dan makan habis2an di luar. Sebab breakfast dia tak umph!

    • @hamzahibrahim2541
      @hamzahibrahim2541 4 роки тому

      @@new-aimproduction8786 ooo mcm tu. Tenkiu suggestion. 😁👍👍👍👍👍👍

  • @jebatstudios595
    @jebatstudios595 4 роки тому +1

    Terbaik rakaman camera bro...

  • @mohdfirdauz6435
    @mohdfirdauz6435 4 роки тому

    Ada swimming pool?