Gempar! Perbankan Islam Adalah Scam?

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 28 сер 2024
  • Perbincangan berkaitan islamic banking. Ada yang setuju, ada pula yang mengatakan ia adalah scam terbesar!
    Apa yang anda fikirkan? Sebelum anda nak tulis komen, pastikan komen secara ilmiah, elakkan emosi, elakkan melabel atau menyindir ya!
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
    Buka Akaun CDS : www.akauncds.com
    Download Ebook Saham PERCUMA : mahersaham.onp...
    Sertai kami di : t.me/mahersaha...
    Layari laman web : mahersaham.onp...
    Facebook : / mahersaham
    Instagram : / mahersaham
    Kredit Video UA-cam :
    Is Islamic Banking Just a Sham? 😬
    • Is Islamic Banking Jus...
    Telegram Mahersaham Support = t.me/mahersaha...
    Whatsapp = opy.la/mahersah...

КОМЕНТАРІ • 286

  • @josephthoha
    @josephthoha Рік тому +68

    Terima kasih banyak atas penjelesan Tuan. Rasa berdosa sy bila berprasangka buruk pada panel perbankan Islam spt Dr Zaharuddin. Sebelum ni saya keras berpandangan bahawa tiada "perbankan Islam". Sy terpengaruh dgn pandangan Sheikh Imran Hossein yg menyatakan "Islamic Banking applied Riba through back door". Sy berpandangan bhw dalam sejarah Islam, Baitul Mal lah yang menguruskan kewangan/ perbendaharaan Negara Islam, sepatutnya sistem Baitul Mal lah yg wajib dimajukan sbg alternatif "perbankan" invented by yahudi. Namun dunia Islam dlm 100 tahun terakhir ni telah terheret ke dalam sistem kewangan kafir, "perbankan" yg "diwajibkan" ke atas dunia sejak mereka memerintah dunia selepas tamat WW1&2. Utk mengIslamkan sistem ini, ia ibarat membasuh tangki najis dari dlm tangki tersebut, sgt susah krn ia sudah berakar umbi berorientasikan keuntungan capitalisme. Bank-bank yg ada semuanya adlah business, profit oriented, di Malaysia ada yg menggunakan label perbankan Islam ttp cenderung mengikut sebanyak mungkin sistem perbankan konvensional yg haram. Negara kaya seperti Qatar yg hampir 100% penduduknya Islam pun masih tdk berjaya mewujudkan sistem kewangan/ perbankan patuh 100% syariah, apatah lg kita Malaysia. Namun seperti kata Tuan, kita wajib memilih yg terdekat dgn Islam dgn harapan ia akan sepenuhnya patuh alQur'an & Sunnah dimasa hadapan. Harap pihak berwajib, PM, JAKIM, Menteri Islam Di Jabatan Perdana Menteri ambiklah perhatian, ambil tindakan tegas supaya perbankan Islam yg ada di Malaysia ni dikawal, diberi lesen, diambil tindakan tegas, supaya tiada manipulasi atas nama Islam, perbankan Islam betul2 mengikut garis panduan alQur'an, asSunnah, ijtihad ulama yg berteraskan kebajikan, bukan main wayang shj yg hakikatnya berteraskan keuntungan riba kapitalis zalim. Ingat, Allah n Rasul saw isytihar perang pd pengamal riba. Perang mana yg kita boleh menang jika kita melawan Allah swt n Rasul saw.

    • @connieabdul5330
      @connieabdul5330 Рік тому +15

      Tuan kena fahamkan video ni betul-betul. Dalam video ni dia bukan menyebelahi sistem bank islam yang digunapakai sekarang ni. Dia mengulas tentang sistem perbankan islam sekarang ini tidak genuine menggunakan prinsip Islam sebaliknya beroperasi seakan akan bank konvensional sambil di endorse sebagai bank islam oleh panel perbankan islam. Sebab tu dia sarankan kepada kita supaya jangan cepat percaya kepada sesiapa yang memgklaim yang bank islam sekarang patuh syariah sebab ia tidak menggunakan prinsip islam yang sebenarnya tetapi memgklaim yang ia adalah bank patuh shariah. Dan sekiranya ada pihak lain yang memberikan pandangan mengenai cara operasi bank islam yang lebih baik, maka kita kena raikan dan membuat penilaian atau kajian untuk mewujudkan bank islam yang yang benar-benar patuh syariah. Panel perbankan islam yang meluluskan bank islam nampaknya tidak telus di dalam mencorakkan sistem operasi bank islam. Memang benarlah pandangan Sheikh Imran Hossein dalam isu ini. Bank islam mengamalkan riba melalui pintu belakang.

    • @corzova
      @corzova Рік тому +11

      Anda yakin perbankan Islam itu tiada unsur riba? Fahamkan dulu betul2... syeikh imran tu bukan adik2 kita yang kata2nya kita boleh pandang dengan sebelah mata.

    • @zakisahlani6101
      @zakisahlani6101 Рік тому +1

      setuju

    • @muhamadridzuanabdullatif5021
      @muhamadridzuanabdullatif5021 Рік тому +4

      Wakaf is probably the most realistic way of combating fractional reserve banking system, the underlying basis which both conventional and Islamic banking has to adhere to which consequently blurrs the division line between imposing a riba/usury in trade (haram) and making a profit in trade (halal). Secara peribadi saya tak berapa setuju Islamic banking, tapi tetap beramal menggunakannya. Yang berjawab esok dengan Tuhan mudah2an bkn kita tetapi Gabenor Bank Negara (yg menetapkan B. L. R.), PM dan Agong dan para pakar (Islamic and conventional). But I must insist wakaf (bukan zakat mahupun sedeqah/charity) is the way forward if we are to eliminate riba. Wallahua'lam.

    • @deltahunter2302
      @deltahunter2302 Рік тому

      @@muhamadridzuanabdullatif5021 maknanya Islamic Banking pn menggunakan kaedah fractional reserve jgk la.

  • @khairulfirdausahmad313
    @khairulfirdausahmad313 Рік тому +27

    Setuju 100%, kita perlu tahu kebenaran di sebalik acah2 Islamic Banking

    • @humanLol97
      @humanLol97 8 місяців тому

      Islamic bank masih lagi dalam fasa progress dan belum captain full maturity . dlm video saudara maher saham di atas ada explain ini masanya utk perlukan penambahbaikan yg lebih holistic bukan sekadar paksi kepada keutungan semata mata

  • @iammiggy8686
    @iammiggy8686 Рік тому +6

    Bercakap sebagai bekas graduan uia , dan seorang pekerja bank selama 10 tahun . Bg saya , islamic banking ni memang scam.
    Maaf saya x dpt tgk full video.

  • @izz9615
    @izz9615 Рік тому +29

    Pandangan saya, contoh untuk pembiayaan rumah dan kereta. Perbankan islam harus membeli rumah atau kereta direct dr developer dan pengeluar kereta dengan pembelian pukal (bulk order). pembelian pukal ni biase dibuat oleh tokei2 cina untuk beli rmh dgn developer. mereka beli secara pukal dan dpt harga 20-30% dibawah hrg pasaran pembeli biase beli. dari teknik ni, pebankan islam bole untung 20-30% dan bole mengenakan 0% pembiayaan kpd pembeli luar. bank untung, pembeli pon dpt merasai keluar sedikit dari sistem konvensional.. tidak ade masalah jika developer atau pengeluar kereta markup harga 20-30% untuk cover untung bank td kerana pembeli byr dengan 0% ataupon sedikit fee yg munasabah. perbankan islam byk lagi product lain untuk genarate income. Bru nampak perbankan islam yg lebih islam. Manetau ade penasihat syariah bank tengok dan usahakan.

    • @nazimnasoha3569
      @nazimnasoha3569 Рік тому +4

      setuju.. tapi org2 atasan bank mmg tak kan setuju lah.. untung kecik maa katanya..

    • @bluesky1150
      @bluesky1150 Рік тому +2

      Tapi adakah semua risiko hanya pembeli saja tanggung? Sedangkan bank Islam berurusan direct dgn pemaju bagi membeli dan jual kpd kita. Tapi... Pembeli hartanah ttp tanggung risiko manakala bank ttp berlepas diri.. hurmm..

    • @amirkay
      @amirkay Рік тому +1

      ​@@bluesky1150 bank boleh wajibkan beli takaful la utk tanggung risiko tuan. Apa masalahnya.

    • @bluesky1150
      @bluesky1150 Рік тому +1

      @@amirkay masalahnya apabila rumah terbengkalai., Pemaju lari.. apa solution?

    • @ramyrenisathianathan1151
      @ramyrenisathianathan1151 Рік тому

      ​@@bluesky1150 bila pemaju lari itu bukan masalah bank dah cik...itu dah jadi kes mahkamah dah tu😂, satu lagi cik, cik yg pilih untuk beli rumah dengan pemaju tu, sepatutnya cik yg patut buat research keatas pemaju tu, trusted atau tidak...ia ibarat kita membuat pelaburan, tapi tidak mahu menanggung risiko😂

  • @azharyusof5743
    @azharyusof5743 Рік тому +8

    pada pendapat saya, salah satu sebab imam mahdi muncul di akhir zaman adalah utk merombak sistem ekonomi berteraskan riba ini. ekonomi dunia saat ini adalah sangat mustahil utk diislam walau sedikitpun oleh masyarakat islam pd hari ini. lagipun 999 drp 1000 manusia akan masuk neraka. adalah lebih baik jika kita terus tinggalkan sistem pinjaman wang fiat ini. kita masih boleh hidup walaupun tidak mampu bersaing dgn jiran tetangga. sebab tujuan manusia diciptakan bukan utk bersaing kebendaan dunia, tetapi utk mengabdikan diri kpd pencipta. dan sudah tentu hanya sedikit yg mampu.

    • @corzova
      @corzova Рік тому +2

      Kalau dah ambil loan, bermakna anda tidak mampu untuk memiliki... dah tak mampu memiliki tapi ingin memiliki, ini yg dengan mudah menjadi mangsa Riba... simple... tak mampu, buat cara tak mampu.

  • @Sham17
    @Sham17 Рік тому +15

    betul, kalau dengar panel syariah seperti dr daud bakar, dr zaharudin....dorang pun cakap perbankan Islam masih di bawah sistem/rules conventional.
    tapi saya tertarik bila mengetahui usaha mereka untuk mengeluarkan perbankan Islam dari sistem ribawi itu walaupun mengambil masa yang agak lama dan mengembalikan fungsi bank seperti baitulmal yang ada pada zaman khilafah dulu.
    mudah-mudahan Allah permudahkan usaha ini

    • @Mahersaham
      @Mahersaham  Рік тому +3

      Ya, tak dinafikan yang terlibat untuk islamic banking merasakan itu usaha mereka untuk keluar dari sistem sedia ada…mereka juga adalah golongan asatizah yang insyaallah adalah golongan yang takut dengan Tuhan dan tidak akan sewenang2nya buat keputusan mengikut hawa nafsu

  • @fayyadhibrahim1030
    @fayyadhibrahim1030 Рік тому +25

    Memang menarik explanation tuan maher. Mohon keluarkan lagi video2 current issue mcm ni.

  • @alamsemesta2413
    @alamsemesta2413 Рік тому +8

    Semoga Allah mudahkan semua orng muslim membebaskan diri dr riba

  • @faitomcruisechannel5403
    @faitomcruisechannel5403 Рік тому +7

    Aku as banker patuh syariah di malaysia pun tk thu nk ckp apa. Tengok n layan jee ✌️

  • @akustik52
    @akustik52 Рік тому +10

    Tapi ade je yg amik kesempatan semata mata nakkan profit dengan tambah "Patuh Syariah" dekat produk untuk tarik pelanggan dari golongan muslim..

  • @ahmadadam5182
    @ahmadadam5182 Рік тому +4

    awal 90an saya dah tahu isu dan masalah ni semasa perbankan Islam mula nak bertapak di Malaysia … tetapi niat untuk mengubah itu patut dihargai … bukan senang nak ubah sistem yang telah dimonopoli oleh kelompok riba … sebarang niat dan usaha untuk mengubah itu tentu mendapat ganjaranNya … ini belum lagi membicarakan tentang sistem monetari global …

    • @Mahersaham
      @Mahersaham  Рік тому

      Ya, tak dinafikan yang terlibat untuk islamic banking merasakan itu usaha mereka untuk keluar dari sistem sedia ada…mereka juga adalah golongan asatizah yang insyaallah adalah golongan yang takut dengan Tuhan dan tidak akan sewenang2nya buat keputusan mengikut hawa nafsu. Tapi itulah realiti dunia sekarang yang kompleks..susah nak lari dari riba. Kita sendiri kena berusaha ke arah itu

  • @lya0566
    @lya0566 Рік тому +7

    Terima kasih atas penjelasan tuan yg panjang lebar. Semoga dipermudahkan urusan tuan, diberi kecerdasan akal menghasilkan content content yang bermanfaat seperti ini.. semoga orang melayu muslim lebih celik tentang kewangan.

  • @jaafarmattam6572
    @jaafarmattam6572 Рік тому +7

    Terbaik adik...teruskan lagi...insyaAllah tuhan akan bantu kamu dgn pengetahuan lebih untuk kebangunanperbankan Islam yg sebenar....

  • @atokkecik9624
    @atokkecik9624 Рік тому +2

    terima kasih atas ulusan yang saya kira sangat jujur dan tidak memihak kepada siapa2... mudah2an ustaz2 yg dilantik sebagai penal syariah juga dapat bersikap adil macam tuan, terutamanya ustaz zaharuddin yg boleh dianggap sangat berkelayakan dalam isu2 perbankan ini...

  • @isotop5864
    @isotop5864 Рік тому +55

    Memang scam. Riba. Nama je bank Islam. Nak halalkan cara.. Dorang musukkan akad. System kiraan riba bank Islam , mereka guna kiraan Rules 78 ( ciptaan yahudi ).

    • @claudiarona6612
      @claudiarona6612 Рік тому +2

      Bertull....

    • @nuralif8660
      @nuralif8660 Рік тому +2

      Banyakkan membaca,

    • @ilmuhaq
      @ilmuhaq Рік тому +11

      Jimak dengan nikah berbanding jimak tanpa nikah jauh bezanya walau praktikalnya sama

    • @abdulwahidmdtahir3660
      @abdulwahidmdtahir3660 Рік тому +3

      ​@@ilmuhaq , analogi lain. Seekor ayam disembelih oleh Haji Ali secara syarie dan seekor lagi disembelih oleh Ah Chong dengan dicucuk leher. Kedua-dua ekor dimasak berasingan dengan resepi yang sama, rasanya sama. Tapi satu halal dan yang satu lagi haram.

    • @shaharomghanimuzik9323
      @shaharomghanimuzik9323 Рік тому

      Hng bb agama tanya yg pndai. Bukn pandai2

  • @mrtears3085
    @mrtears3085 Рік тому +6

    Amik pembiayaan islamik utk rumh. Ingtkan x de kenaikan isterest bila berlaku perubahan pd OPR. Tp sama je mcm konvensional. Tetap naik...hurmmm

    • @MrTaeyang85
      @MrTaeyang85 Рік тому +1

      Tu la aku pn baru beli rumah ambank islamic 2021...asal 1435, 2022 JD 1485, 2023 dah 1535...mcm sial., 10 tahun lg jahanam trus....
      Loan yg mcmana kene ambik yg opr x berubah eak...Ade suggestion?

    • @syedmohamadshazalisyedabdu2908
      @syedmohamadshazalisyedabdu2908 2 місяці тому

      ​@@MrTaeyang85yg fixed rate. Tapi, kadar keuntungan tinggi lah. Sebab tu masa pandemik dulu ramai ambik yg float rate sebab tengah rendah.
      Opr ni naik turun tapi kalau kita buat loan islamic ada had siling. Jika rate ikut opr tu lebih tinggi daripada siling, rate yg terpakai ialah rate siling tu saja.
      Nak tahu berapa rate siling, kena tengok dokumen perjanjian masing-masing.
      Nak buat loan kena ada ilmu. Kalau tak kita tak kena tipu pun tapi tertipu diri sendiri kerana kurangnya ilmu kita.

  • @demonation7891
    @demonation7891 Рік тому +1

    amat baik cadangan dan penjelasan ...Berjihadlah untuk hapuskan sistem riba di atas muka bumi ini...rujuk juga kepada ustaz shauqi hasan dalam bicara maqasiid untuk seiring bergerak kerana Allah

  • @whyme2514
    @whyme2514 Рік тому +4

    Ayah kata walaupun namanya sistem perbankan Islam, tapi mechanism masih sama dengan konvensional.

  • @juanmufora
    @juanmufora Рік тому +2

    Good explanation. Masalah utama adalah struktur kewangan itu sendiri iaitu fiat currency. Sy tak boleh komplen lebih sebab sy juga tiada idea bagaimana untuk membetulkannya selepas gold standard dimansuhkan. Supply chain network yg terlalu panjang dan kesan yang tidak dapat digambarkan. Sesuatu yg nampak ada tapi sebenarnya tiada......'monetary easing'...'quantitative easing'.....hmmm

  • @ariffrahmat6609
    @ariffrahmat6609 Рік тому +6

    Menarik apa Yang diulas oleh tuan Maher. Sentiasa up to date dengan keadaan semasa.
    Tertarik jugak dengan idea tuan Maher bercakap tentang apa Yang perlu Kita buat untuk memastikan 100% perbankan islam. Semoga sistem kewangan Di dunia lebih patuh shariah Dan berorientasikan keharomanian sejagat Dan kemajuan dunia.

    • @Mahersaham
      @Mahersaham  Рік тому

      tq bos dan tahniah tonton sampai habis

    • @apaapa2018
      @apaapa2018 Рік тому

      @@Mahersaham maksudnya status conventional dgn bukan conventional tu sama je la hasilnya, maksudnya dua2 x syariah eh ?

  • @bradergoje
    @bradergoje Рік тому +2

    Padu dan jelas penjelasan tuan..terima kasih 👍👍👍

  • @zalihamamat9943
    @zalihamamat9943 Рік тому +2

    Alhamdulillah terus berusaha memberi penjelasan untuk kebaikan orang Islam

  • @muhdaffandi80
    @muhdaffandi80 Рік тому +3

    Rasa terjentik pula bila dengar ayat "Anda akan disoal nanti"

  • @MohamadAzmyMurshid
    @MohamadAzmyMurshid Рік тому +2

    Setuju. Tapi ramai yg x puas hati. Sebab tu jgn buat loan.xde rumah dan keta besar xpe. Jauhi diri anda dari RIBA

  • @gibrailturkiye7200
    @gibrailturkiye7200 Рік тому +1

    Problem is mudharabah tu org ingat bank beli rumah kemudian jual semula kepada pembeli padahal gunakan instrument cpo commodity dijual beli tanpa sebenarnya ada pun barang tu hanya helah untuk nampak macam jual beli. Kalau lah memang betul bank jual beli rumah macam developer masalah ni akan selesai

  • @azasazas6461
    @azasazas6461 11 місяців тому

    Sokong 100% pendapat Tuan.
    Betul dan tepat Tuan.
    Fakta yang sangat kukuh dan mantap.
    Setelah lebih 10 tahun fikir, analisa dan kaji.
    Semoga mereka muhasabah, jujur dan cepat bertaubat.
    Semoga Majlis Fatwa, peka, bincang semula hal ini dan buat solusi.
    Contoh am.
    Kereta harga RM50,000 jual RM90,000 dengan akad jual beli selama 20 tahun lengkap dengan para waris dan takaful hibah.
    Bagi saya menjadi Sah, Halal dan patuh Syariah.
    Banyak terima kasih suruh saya bagi komen. Pendapat peribadi saya juga.

  • @Armanyadi.Jaafar
    @Armanyadi.Jaafar Рік тому +2

    Sistem biasa beli rumah:
    Aku beli rumah maka bank kenakan bunga untuk pinjaman rumah.
    Sistem islam beli rumah:
    Bank beli rumah itu daripada pemaju dan jual kepada kita tanpa bunga tetapi rumah itu dijual dengan harga mahal. Hanya ada akad saja...
    Kesimpulannya sama jer sistem kedua tu sebab pinjaman Islam hanya bermain kaedah saja.

    • @puterisalju5424
      @puterisalju5424 Рік тому

      System conventional buat duit diatas pinjaman itu sendiri. Contoh, ali pinjam rm2 dekat abu, abu suruh bayar balik rm5 berdasarkan duit yang dipinjamkan.
      Manakalah, system perbankan islam membuat keuntungan diatas urusan jual beli itu sendiri. Ibarat kita penjual burger harga cost Rm2 ringgit kita jual dengan harga mark up Rm5. Dah kata urusan jual beli ade cost plus mark up profit tidak salah disisi undang undang atau islamic perspective. Ape yang membezakan kedua system adalah bank islam ade underlying asset (e.g burger) tadi.
      Jadi apa yang sama? Concept profit dan feadah Itu sendiri berbeza

  • @calot9016
    @calot9016 Рік тому +2

    Masalah kerajaan masih ikut undang undang british dan bank negara tu dibawah cengkaman yahudi

  • @abdulhalim-df3sj
    @abdulhalim-df3sj Рік тому +1

    Penjelasan yg mudah difahami. Jika ada ruang; mohon kupas "boleh kah bank islam memiliki hartanah"

  • @Zanz-qh6wb
    @Zanz-qh6wb Рік тому

    *BIISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM*
    Serah urusan dunia kepada Allah subhanahu wata'ala.
    Maka bertapa beruntungnya kita sebagai hambaNya yang hidup bergantung kepada Nya.
    Hasbunallah wa'ni mal wakil"
    teruskan usaha dakwah umat Islam akhir zaman yang sebenarnya.✍🏻📚

  • @hafiezx3
    @hafiezx3 Рік тому +1

    Alhamdulillah...terbaik kajian tuan maher

  • @putraskyz
    @putraskyz Рік тому +4

    tertarik dgn subjek ini. bank islam mmg tak boleh lari jauh kalau nk bersaing dgn bank konvensional SELAGI MANA menggunakan FIAT MONEY ciptaan manusia yang tak patuh syariah. Bagaimana pula kalau kita BAYANGKAN situasi JIKA semua transaksi perbankan islam menggunakan standard GOLD & SILVER ? Akibatnya mcm Arwah Muammar Ghaddafi la jawabnya..

  • @amirulhasan2900
    @amirulhasan2900 Рік тому +4

    Power la hujah tuan maher. Cumanya kene ulang 2-3 kali baru betul boleh serap semua.

    • @Mahersaham
      @Mahersaham  Рік тому

      saya ulas video.... tak bermaksud semua tu hujah saya... apa2 pun terima kasih tonton dan berikan komen

  • @mahamahatair8305
    @mahamahatair8305 Рік тому +2

    opr itu riba tak pasal2 bank ada bank guna kowangan islam kena bayar hutang negara sebab tak ada dalam perjanjian dua belah pihak pemberi hutang dan pemerima hutang fakta, cakap bukan politik fakta sebenar. sepatutnya opr tak boleh masuk dalam perjanjian bank dan penerima.
    contoh kawan setuju bagi 2rm hari esok kena bayar 5rm dua dah setuju dua belah pihak tapi besoknya isteri kawan minta 6ringgit dibayar tak ada kena mena dengan perjanjian kawan dengan penerima itu menyebabkan riba. korang kena faham itu.. opr nya riba

  • @AdamTezz
    @AdamTezz Рік тому

    semoga Allah melaknat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri perbankan riba yg memang ditubuhkan sejak turun temurun berabad-abad untuk meriba.

  • @mf.haisak
    @mf.haisak Рік тому +1

    kena tukar balik duit sandar kepada emas ataupun crypto. penjelasan yang terbaik tuan

  • @shingamer8304
    @shingamer8304 Рік тому +1

    Yang masih lg menjadi keraguan bukanlah konsep perbankan islam tp perlaksaanya. 1.Cth kalau kata bank islam peduli padal benda yg di sewa. Beli kereta, kereta kene curi bukan bank yg pening tp insuran.
    2. Bank islam kene kan sewaan atas pinjaman tp kenapa bank islam menekankan peningkatan ansuran bulanan. Kalau pinjam 100 tp kene bayar 150 secara tetap kenapa ada perubahan ansuran. Bila ansuran berubah maka 150 tu akan meningkat.
    3. Kenapa bank islam sendiri bg pinjam boleh pilih nak fix atau apungan. Dah kata td pinjam 100 bayar 150. Macam mane boleh apung2 iaitu perubahan pada bayaran bulanan yg akan meningkat pulangan kepada bank islam tersebut.

    • @weanuhaske
      @weanuhaske Рік тому +1

      maksud kita ditipu syaitan bertopeng agama aka penunggang agama

  • @bkerdas
    @bkerdas Рік тому +1

    Sistem kewangan diwujudkan untuk menyokong gaya kehidupan masyarakat yang asalnya berniaga secara tuar barang (barter trade) kepada berniaga menggunakan dirham dan ringgit. Sejarah perbakan pula bermula dengan para saudagar memberikan pinjaman benih kepada petani disekitar Mesopotamia dan India. kira 2000 tahun SM. Sistem perbankan moden pula dimulakan di Italy pada zaman Rennaisance abad ke-14. Hari ini perbankan dan kehidupan hampir tidak dapat lagi dipisahkan walau dimana pun. Sistem perbankan Islam pada pratiksnya memang menyerupai dengan sistem perbankan konvensional; yang pasti hitungan ansuran pinjaman bank Islam menggunakan sifir yang sama seperti yang digunakan bank konvensional, yang berbza adalah kad dan termanya sahaja. Itu wajar, apa pun terma yang dipakai jika kita gagal membayar ansuran bulanan untuk sebuah hartanah atau kenderaan yang dibeli secara pinjaman maka tentulah rumah atau kenderaan itu bukan milik kita sepenuhnya masih ada hak pihak ketiga sesuai dengan perjanjian dan akad asalnya.
    Jadi, kalau begitu sama aja lah bank Islam dengan bank konvensional? Tidak, tidak sama walau pun terasa sama saja. Apa pun komen atau cemuhan pada bank Islam hakikatnya bank Islam adalah jawapan terbaik yang kita ada buat masa kini. Jangan salah kan Menteri Agama atau pakar ekonomi Islam kerana memang setakat itulah dahulu yang mampu difikirkan. Kalau ada yang mempunyai buah fikiran yang lebih baik silalah kedepan buat kertas kerja untuk dibincangkan.
    Islam menggalakan kita bersedekah tapi tidak memuliakan orang yang hidupnya meminta sedekah. Begitu juga Islam mengkitiraf adanya hutang piutang tetapi tidak galakkan umat untuk berhutang apalagi jika berhutang untuk memenuhi keinginan sahaja. Inflasi dan kadar faedah bank tidak berpisah, tidak tahu yang mana telur yang mana ayamnya. Umumnya, kadar faedah rendah sebabkan inflasi naik, manakala bila inflasi dah terlalu tinggi kadar faedah dinaikkan untuk mengekangnya. Bila inflasi menggila naik semua orang miskin atau kaya terkena dampaknya tanpa kecuali tetapi orang yang bebas hutang terjejas secara minima.

  • @kamaliahabubakar6125
    @kamaliahabubakar6125 Рік тому +1

    Perbankan Islam tak boleh wujud dalam sistem kewangan riba. Ia patut berlandaskan emas dan perak berurusan dalam kelompok negara2 Islam yang menggunakan dinar emas dan dirham oerak.
    Wang fiat itu sendiri tidak berlandaskan emas ttp berlandaskan hutang dan bunga atas hutang. Ia satu penipuan memindahkan kekayaan kpd negara dan golongan elit. Jelas sekarang yang miskin bertambah miskin dan yang kaya

  • @RoquetteAttaquer
    @RoquetteAttaquer Рік тому +1

    Sama la bank2 di malaysia yg acah2 ikot syariah, kos operasi pun nk charged.

    • @mohdrafieejaafar4941
      @mohdrafieejaafar4941 10 місяців тому

      cAS LAgi maHal

    • @humanLol97
      @humanLol97 8 місяців тому

      Perlu ada caj bukan acah²😊, sbb bank ada kos opex capex, baru boleh hire org power² utk monitor n kembangkan duit yg korg letak dlm bank tu.Sbb tu gaji banker kena competitive, sbb tugas dorg penting memastikan semua ikut prosedur yg ditetapkan undang² negara dan agama. .Xkn nk hire org yg x competitive utk jaga duit pendeposit? Lingkup/lebur lah duit tu rugi nnt kalau salah decision making. Market segmentation islamic banking pula berbeza dgn conventional. Itu tugas bahagian business(frontliner) dalam banking utk kembangkan duit. Bhgn proses dan supportting roles itu juga kos . Sbb tu kos operasi berbeza dgn konvensional n islamic. Dlu mungkin mahal skrg dh lebih kompetitf seiringan dgn konvensional. We r getting better😊

  • @user-bh2lf2uo9f
    @user-bh2lf2uo9f 6 місяців тому +1

    Aku sbg bekas pekerja bank tetap mengatakan pinjaman bank secara islamik ni byk memutarbelitkan syarie law..tetap ada riba..

  • @adzharisaleh472
    @adzharisaleh472 Рік тому +3

    Bank yg mementingkan keuntungan automatik ia bukan islamic banking

  • @AnuarHamdan
    @AnuarHamdan 6 місяців тому

    Isu pinjaman dgn riba ni kan, pada sy perlu dilihat bukan pd pinjaman dan sudit keuntungan dr kena tgk sudut setiap entiti dan proses yg libat.
    1) Pemberi pinjam ( penerima riba)
    2) penghutang (penerima seksaan
    3) hutang (implikasinya pada penguhutang dan pemiutang)
    4) tempoh hutang
    5) pengurusan hutang(penilaian risiko, akad hutang, tempoh byrn, pelan mitigasi,)
    Kemudian kita keluarkan hukuman2 utk setiap perkara di atas.
    Perkara 1- Allah dan rasul perangi jika ada riba
    Perkara 2 - xkan masuk syurga
    Perkara 3 - pemberi pinjaman dpt separuh pahala sedekah
    Pemberi pinjam berurusan dgn Allah
    Perkara 4 - ihsan dalam menuntut hutang dan hak2 si pemberi hutang
    Perkara 5 - takaful, cagaran, urus kerugian,
    Saya brlum dapat full solution tapi frameworknya dah siap dan boleh diguna pakai oleh sejagat

  • @ahjummad8406
    @ahjummad8406 Рік тому +1

    Pinjaman memberi kesan sangat buruk kepada orang miskin.. menjadi hamba hutang.. elakkanlah.. orang islam tak dapat kawal hawa nafsu.. beli perkara yang bukan keperluan.. akhirnya tersepit dengan hutang

  • @nobietrader3777
    @nobietrader3777 Рік тому

    Ekonomi ni memang sulit..tapi perlu ada pakar dari Orang Islam yg benar2 ikhlas berjuang utk melawan scammer yg mempergunakan nama Islamik namun sebenarnya tidak islamik.. yg boleh kenal adalah org yg benar2 berIlmu

  • @Janggutan
    @Janggutan Рік тому +1

    ada scholar yg mengatakan mengislamkan bank sama seperti mengislamkan rumah pelacuran, kenapa ? kerana bank tu adalah sistem riba, jadi bila bank islam cuma guna jual beli menggunakan sistem bank/riba maka bank islam juga terpaksa ikut struktur perbankan atau riba.
    kita kena faham RIBA = RISK TRANSFER dan RISK SHIFTING....dan 2 konsep ni yg haram telah secara x langsung diaplikasikan dalam islamic bank sbb ikut framework bank. Jual beli = RISK SHARING ..........MALANGNY islamic bank x dapat amalkan risk sharing sebb x sesuai dgn framework bank yg risk transfer tu, jadi apa yg kita dapat adalah Islamic bank yg guna kontrak jual beli artifisial atau dibuat2 supaya risk tadi dapat dipindahkan kepada client aka pembeli, jadi kalau client yg dapatkan pembiayaan rumah tapi rumah x siap atau kena tinggal, yg kena tanggung risiko cuma pengguna tadi je, bank lepas tangan sebab framework bank x boleh tanggung risiko.

  • @shakirghazali2890
    @shakirghazali2890 Рік тому +1

    Perbankan islam sama sajalah dengan penunggang agama saya tak pernah guna sistem kewangan islam sebab mereka sama sajalah sistem konvensional

  • @TheUrbanRebel
    @TheUrbanRebel Рік тому +3

    Dari segi beli rumah, Murabahah Komoditi ni masih lagi nampak mcm nak pusing je. Musyarakah Mutanaqisah lebih sesuai untuk bab rumah. Tapi apa pun, kadar keuntungan berdasarkan Base Rate dan OPR tu yang bermasalah. Walaupun nama dah tukar kepada kadar keuntungan, ia masih berdasarkan OPR iaitu riba'. OPR ni untuk mengawal permintaan wang, takde kaitan dengan perumahan. so agak tidak adil dan tak sesuai sebenarnya. Para pakar dah cadangkan guna rental rate index bagi menggantikan Base Rate. Ia berdasarkan permintaan sewa rumah, so memang kena dengan beli rumah

    • @izzattaz6290
      @izzattaz6290 Рік тому

      BNM mcm xde function dlm ni. Patut dorg isu guidelines dlm hal ni

    • @deltahunter2302
      @deltahunter2302 Рік тому

      Babi yg disembelih, halal? 🤣🤣🤣

    • @Mahersaham
      @Mahersaham  Рік тому +1

      Yup,untuk jual beli rumah nampak ok sebab teorinya bank beli rumah dan kemudian jual kepada pembeli (peminjam). Letak harga siling siap2 yang tinggi…cuma setiap tahun akan bagi rebate supaya dapat nak samakan macam rate standard atau OpR. Ada beberapa isu juga dalm hal ni,
      - bank dah miliki betul2 ke rumah tu sebelum jual dekat pembeli (peminjam)? Macam mana kalau pembeli tak jadi beli lepas bank dah beli?
      - orang kalau beli rumah,kena sentiasa tengok harga siling,betul ke nak beli rumah harga macam tu
      - memberikan rebate supaya dapat ikut rate opr masih lgi mewujudkan ketidaktentuan dalam pembayaran dan menghasilkan ekonomi yang kacau bilau

  • @dasteam7015
    @dasteam7015 Рік тому +1

    Dri thun 1971 fiat currency diikat dgn mesin printer,,so celah mana perbankan islamnya?
    Kalo da name bank,,mmg sumeny riba'..
    Real money only gold n silver

    • @humanLol97
      @humanLol97 8 місяців тому

      Maksudnya? Simpan duit bawah bantal je la cmtu. Confirm xde riba'. 50 tahun hidup. 50 tahun simpan bawah bantal. Baru islamik😂 pastu boleh lombong emas hari2. Emas 1g pun skrg rm 300+-. Cmne nk beli nk beli nasi lemak rm 3.00 cmne nnt? Ok, buat emas digital. Ok harga nasi lemak dlm nilai emas skrg jadi berapa? Boleh la beli nasi lemak dgn harga 0.01g emas. Baru islamik mcm tu ya? Nak monitor n pastikan integrity sistem pendigitalan tu pun perlu kepakaran dan ada kos operasi 😊.
      Bank gunakan duit depositors & shareholders utk dptkan keutungan drpd transaksi kemudahan kewangan. Dan bila mana ia melibatkan duit depositors yg bnyk, itulah peranan bank negara utk monitor semua transaksi itu td
      Utk kes pendigitalan emas ini, melainkan kerajaan tanggung kos ini melalui kutipan cukai pendapatan rakyat. Hmm menarik²

  • @MuhammadFaisal-gl1vv
    @MuhammadFaisal-gl1vv 5 місяців тому

    Apa-apapun ada juga melibat riba di mana yg jadi halal adalah perjanjian jual beli cukup ada syarat perjanjian di buat sebagai akad maka ianya jadi halal itu je. Padahal harga rumah RN74800 tapi jadi 2x ganda sebab penjanji yg tidak diterangkan oleh pihak peguam bank.

  • @tokwanofficial3036
    @tokwanofficial3036 Рік тому

    Sebenarnya proses jual beli secara tertangguh itu mudah difahami, dan proses meminjam secara riba juga jelas.

  • @izzuddinmnasir4884
    @izzuddinmnasir4884 Рік тому +1

    Tak nak pening kepala beli rumah CASH.

  • @sharpenkeytone
    @sharpenkeytone Рік тому +2

    Seseorang memberi pinjaman RM 1000.00 pada tahun 1983 dan peminjam berjanji akan membayar sekaligus selepas 40 tahun, bolehkah pemberi pinjaman meminta peminjam membayar dengan nilai semasa, berdasarkan tukaran wang yen pada 1983 adalah RM1000.00 adalah bersamaan dengan 100,000 yen, ketika membayar balik (2023) pemberi pinjaman meminta bayaran balik sebanyak RM 3800.00 atau sama nilai dengan 100000 yen ketika ini?

    • @winshid1203
      @winshid1203 Рік тому

      sewaktu akad tu byaran dlm bentuk wang tunai harga RM ke yen

    • @bhonjha4932
      @bhonjha4932 Рік тому

      Ini mantap. Akad di ikat dgn yen. Maka boleh pilih utk akad ikat dgn emas. Ini seperti lebih adil, kalau utk bayar balik full amount. Cuma dia jadi kompleks klau nak bayar ansuran bulanan.

  • @celcombroadband100
    @celcombroadband100 6 місяців тому

    Terbaik ustaz atas penjelasan...

  • @gokusupersaiya8067
    @gokusupersaiya8067 Рік тому +1

    maaf bank hidup atas riba. cuma di islamkan tukar nama arab je. sedangkan loan interest rate bank konvensional jauh lebih rendah daripada islamic loan? pelik tapi benar.

  • @noraishahabdulaziz9422
    @noraishahabdulaziz9422 Рік тому

    Dah berpuluh tahun nank so called islam di malaysia... Kalo buat pinjaman perumahan.. Ia jadi lebih mahal berbanding bank konvensional... Ini semua berselindung atas nama ada akad... Jadi org org faham pinjaman cara thru islamic kena fikirkan kaedah yg lebih baik dari sekarang... Dah lebih 35 tahun tak kan alasan ada modal lebih dlm bank islam maka barulah boleh bersaing dgn bank konvansional yg telah mampan

  • @alfanrefan8622
    @alfanrefan8622 Рік тому +2

    Rusia nak pakai bank syariah,sdg dkaji.

  • @0069yj
    @0069yj Рік тому +1

    Kos pembiayaan islamik lebih mahal, kenapa jadi begitu?

    • @humanLol97
      @humanLol97 8 місяців тому

      Kos operasi bank Islam typically lebih tinggi berbanding konvensional sbb nk mantain integrity kepatuhan shariah seperti kos konsultansi jawatankuasa penasihat shariah (SAC) sbg badan pengawal selia dan team shariah audit team utk melakukan regular audit terhadap day to day operation verification memastikan kepatuhan syarak bg aktiviti pembiayaaan dan pelaburan adalah legit. Dan banyak lagi.Semua ini utk cover additional cost utk kepatuhan syarak

  • @mrbj2496
    @mrbj2496 6 місяців тому +1

    Walaupun ada akad tp matlmat x sama mcm yg islam ajar, masih menekan org lemah,bkn setakat akad lepastu lps tgn

  • @pendekartegar3428
    @pendekartegar3428 7 місяців тому +1

    Sepatutnya bank islam branding balik jagan dah buat pinjaman rumah kereta atau peribadi hanya khas buat system pinjaman perniagaan bantu org islam kita berniaga luluskan pinjaman sert merta..jika pernigaan itu relevant dpat untung sebagai contoh berniaga stor burger sekali pon,kerana hasil untung itu cepat untuk bayar hutang kepada bank ambil cas fix documents perkhidmatan ambil sedikit untung pon jadi contoh pinjam 10 ribu bayar 11 ribu 1000 cas untuk perkhidmatan..atleast bank takda tekanan kerana orang peniaga ni bayar hutang cepat hasil untung yg die dapat..so sama2 win situation..secara benefitnya bank untung jana income hasil faedah yang x membebankan, dapat bantu org islam menjana economy kedua org islam ada duit beli tanah buat rumah tanpa hutang..kan lebih baik mcm tu baru ada system muafakat.

  • @othmanzainal1180
    @othmanzainal1180 Рік тому +1

    Tahniah.. Membuka minda

  • @whyme2514
    @whyme2514 Рік тому +1

    Nama sja perbankn Islam... sepatut nya tiada tindasan ini mcm sama sja mcm ambil interest... bank pun mcm along...

  • @tokwanofficial3036
    @tokwanofficial3036 Рік тому

    Saya jadikan panduan pendek di bawah ini sebagai pengukur.
    Jika ada orang membuat pinjaman, dan yang dipinjam adalah duit - ada bayaran perkhidmatan dan ada kiraan keuntungan - itu jelas riba.
    Kalau ada orang membuat pinjaman, yang diterima adalah barangan spt kereta, rumah dan lain², dan barangan tersebut dibeli dulu oleh pihak peminjam (bank), sebelum diberikan kepada si peminjam walau pun setelah ditambah nilai keuntungan dan bayaran perkhidmatan, itu bukannya pinjaman riba.
    Riba - pinjam duit untuk beli barang dan harus bayar semula beserta faedah/interest.
    Jual beli bukan Riba - beli barang dan dapat barang tu. Bayar secara ansur walaupun membayar pada harga yg lebih mahal.

    • @BoyaKuala
      @BoyaKuala 10 місяців тому

      Yer bukan riba tapi masih ada unsur2 penindasan kat situ. Misalkan rumah kita tak siap. Boleh ke kita akad jual beli barang yang belum siap? Lepas tu jika developer cabut rumah kita hanya naik tiang jer.. bank dah lepas tangan sebab katanya kan Bank dah jual kat kamu hari tu. Inilah penindasan.. Islam ajar ke penindasan macam ni?

  • @dba286
    @dba286 11 місяців тому

    Harga rumah RM300K. Kita x de duit, kita buat financing dengan bank. Bank beli rumah dengan harga RM300K, pastu jual balik ke kite dengan harga RM700K.
    Riba ke RM400K? Tidak eh, mualamat (jual dan beli) tuh. Dah siap bagi tahu dalam kontrak financing. Pejam mata, jangan kira baki, bayar jer sampai abis. Paksa reda ..😅

  • @tgazman77
    @tgazman77 Рік тому +1

    Bank islam hanya pada nama....sedarlah org islam semua

  • @herobandar8257
    @herobandar8257 Рік тому +2

    Bank Islam hanya pada nama sahaja.

  • @nuralif8660
    @nuralif8660 Рік тому

    Ayam yg di sembelih dan ayam yg di cucuk mati... Dua2 nya mati.. tapi cara islam, menggariskan untuk di sembelih.. ikut tatacara islam.. begitulah seumpamanya.. sistem riba, dan perbankan islam . Nampak mcm sama . Tapi kaedah islam itu ada...Allahuallam

  • @FirdausT295
    @FirdausT295 Рік тому

    Sy setuju sangat dgn vd ni MMG ni yg sg juga sedang katakan tapi ramai kata sya terlalu pintar pasal tu sy tak jadi pegawai bank bank hebat..lah...sana pula org kita jwb..tu lah jadi bila keluarga pun jadi buta bila seorang ahli keluarga dpt kerja bank....apa yg mewah sngt bank tu.

  • @duniamaya7190
    @duniamaya7190 Рік тому +4

    Dr awal dah taw bank Islam bukan islamik..nk jugak dgr bank cakap pinjam 10k..bayar pun 10k..Klau lambat kena denda..yg ni aku sanggup pinjam😂

    • @kitakitakita5820
      @kitakitakita5820 Рік тому

      ...... 😂😂😂 klu kamu nk melabur pon, tentunye cari tempat yg paling menguntungkann ,😮 ....hehehe sensitipp 😂😂😂

    • @duniamaya7190
      @duniamaya7190 Рік тому +1

      @@kitakitakita5820 menguntungkan tapi xberkat xguna jugak 🤣🤣

  • @srglobaleasysolutions
    @srglobaleasysolutions Рік тому +3

    Dlu² ada Melayu nk buat Bank utk Melayu dgn sistem yg lebih adil. Tapi kena bunuh.

  • @Janggutan
    @Janggutan Рік тому +1

    kesimpulan sayalah kan...bank islam yg wujud sekarang wujud atas berbagai faktor2 yg boleh kita kata darurat ....bila dah ada ulama2 kata halal kita boleh je la terima ....cuma kita kena ingat, halal x semestinya yg terbaik. macam makanan, banyak makanan halal tapi x berkhasiat malah membahayakan kesihatan. pokoknya kalau kita terpaksa guna bank islam, guna la sekadar yg penting je, jgn lenjan untuk syok2 semata2.....guna bila terpaksa....pada masa sama kita usahakan ke arah sistem yg lebih baik.

  • @Janggutan
    @Janggutan Рік тому

    kalau fikir logik dalam satu kg ada 10 orang dan semua ada 5k dan mereka cadang tubuhkan bank dan 10 orang tu semua simpan duit dalam bank jadi bank akan ada 50k dan 50k ni juga adalah jumlah tunai yg wujud kat kg tu. jadi kalau ikut konvensional yg kenakan interest, agak2nya dari mana bank nak dapat duit bayar interest?

  • @Dd-xt1ks
    @Dd-xt1ks Рік тому +2

    Wow mantap penjelasan Tuan

  • @TCheedook
    @TCheedook Рік тому +1

    betul nama je tp biz sama

  • @mohdshafrimohdshariff1330
    @mohdshafrimohdshariff1330 Рік тому

    Dalam DEBT based ekonomi, atau di panggil "Keynesian Economic model", perlu menjanakan hutang bagi memastikan model bergerak dan berkembang mengikut keperluan pasaran. Elasticity monetary policies menentukan dan membenarkan penjanaan modal dalam pasaran dengan menjadikan "Fractional Reserved policies" pada Bank untuk beroperasi. Semua Banks menjalankan bentuk operasi yang sama. Bank ISLAM juga mengikut model yang serupa cuma untuk mengaburi penganut ISLAM yang model mereka lebih ISLAMIK dari Konventional.
    Yang kena ISLAM tu Penyimpan/penabung bukan nya BANK. Kita tengok apa akan jadi bila Bank Krisis mula berlaku.

  • @affan1968
    @affan1968 Рік тому

    cerita lagi bang pasal islamic banking ni. macam mana nk buar ianya berjaya tanpa/kurangkan sebarang shubahah

  • @ghaz1282
    @ghaz1282 9 місяців тому

    Islamic loan perumahan
    1.Islamic loan jumlah pinjaman =jumlah faedah bank campur pinjaman asas. Cth pinjaman asas =250k
    Kadar Faedah bank 7% selama 22 tahun 300k
    Jumlah pinjaman =250+300=550k
    2. Kadar faedah pinjaman islam loan lebih tinggi dari conversional
    3. Opr naik maka bayaran bulanan naik dan jumlah pinjaman bertambah jika jumlah pinjaman asal rm550k dgn kenakan opr bertambah 18k menjadi jumlah pinjaman rm550k+18k
    4. Amortization atau reducing balance method base on jumlah faedah campur jumlah pinjaman asas. Cth diatas 550k
    5. Jika buat full redemption pada tahun ke 10. Separuh masa dari tempoh pinjaman kena bayar harga pokok iaitu 250k.
    6. Akad berdasarkan jumlah pinjaman campur jumlah pinjaman asas cth 550k
    Conversional loan
    1. Jumlah pinjaman=pinjaman asas
    Cth 250k jumlah pinjaman 250k
    2.kadar faedah lebih rendah dari kadar faedah islamic loan
    3. Blr naik , bayar bulanan naik
    4. Amortazation dan reducing balance method base on pinjaman asas cth 250k
    5.jika full redemption pada separuh tempuh bayarannya baki perlu bayar separuh harga asas dan tambbahan sedikit. Cth pinjaman 250k , baki perlu dibayar lebih kurang 140k.
    6. Akad perjanjian berdasarkan pinjaman asas iaitu 250k.
    Jika orang 2 orang A dan B buat pinjaman jumlah yang sama, pada hari yg sama dan tempoh yang sama.
    1. A buat conversional dan B buat islamic
    2. Jika mereka serentak membuat full redemption ketika tiba separuh dari tempoh pinjaman. Siapakah yang kena bayar baki lebih?
    Pinjaman bank islami dan conversional
    Pada sesiapa bila buat pinjaman. Selidik bank islam dan bank konversional. Dapatkan maklumat sekurang kurangnya saperti dibawah
    1. Berapa Jumlah pinjaman dan jumlah interest
    2. Jika lambat berapa penalti charge dan berasakan apa? Berasaskan jumlah tak dibayar bulan itu dan kadarnya ,pengiraan harian,bulanan, atau tahunan
    3.kesan bayaran tambahan jika blr naik pengiraan berasaskan samaada jumlah pinjaman+faedah atau jumlah pinjaman atau baki pinjaman.
    4. Kesan kurang bayaran jika blr turun
    5. Cara kira rebat dan berapa rebat dapat jika bayar habis pada suku,setengah,3 perempat dari tempoh pinjaman
    6. Berapa bayaran jika bayar separuh dari jumlah pinjaman pada tempoh ke10, ke15, ke 20 untuk tempoh 30 tahun.
    7. Berapa kena bayar jika bayar habis pada suku dari tempoh, separuh dari tempoh yang ditetapkan. Contoh jumlah kena bayar habis( full settlement)pada tahun ke 10,ke 15, ke 20 untuk tempoh 30 tahun.
    Buat charta dan bandingkan
    Keuntungan bank peminjam kena tanggung
    apadifikirkan.blogspot.com/2022/09/pinjaman-bank-islami-dan-conversional.html

  • @taiyumtoyum7226
    @taiyumtoyum7226 7 місяців тому

    Senag jer xyah pening contoh bank bagi Pinjam 10 ribu bagi loan 9 ribu , si peminjam tetap bayar 10 ribu kalau dia tanya cas seribu tu apa?fix documents cas bayar pekerja pejabat air electrik..settel Pinjam 10 ribu bayar 10ribu..akad😊

  • @huoyuanjia9275
    @huoyuanjia9275 Рік тому

    Hutang berat emas lebih baik....hutang 1kg emas ...wajib 1kg emas jgk tanpa riba....jika wang ade nilai jatuh turun

    • @sharpenkeytone
      @sharpenkeytone Рік тому

      Emas pun ada turun naik nilai kalau dirujuk kepada harga semasa menggunakan nilai mata wang (currency) kecuali hutang 1 kg. emas bayar balik 1kg emas. Namun pemberi hutang akan tetap mendapat keuntungan kalau dijual dengan harga currency, sebab kebanyakan nilai currency sentiasa jatuh dari masa ke semasa.

  • @irfankaya4719
    @irfankaya4719 Рік тому +1

    Apa pndapat tuan kalau sesiapa yg buat Asb financing...Sekadar mntak pendpat dan penjelasan dan terima kasih tuan atas video yg berilmu

  • @ahmadrashidi-ck2od
    @ahmadrashidi-ck2od Рік тому +1

    9 zulhijjah hari Tanpa riba .PETRONAS sbg modal,Bina sistem Islam sepenuhnya .

  • @matdangz1094
    @matdangz1094 Рік тому +1

    mcm mne konsep BNPL yg ditawarkn oleh shopee?

  • @faiqahinsyirah7351
    @faiqahinsyirah7351 Рік тому +2

    Financial Islamic. Riba Islamic. Konsert Islamic. Skirt Islamic. Ubat Islamic. Liberal Islamic. Letak je Islamic kat depan confirm tukar status jadi halal. Tgk nanti arak, judi dan LGBT akan Islamic takut sampai Setan Islamic.

    • @duanglah
      @duanglah Рік тому

      betul laa tu..senang je kita semua ni kena tipu..

    • @humanLol97
      @humanLol97 8 місяців тому

      Kena fhmkan dlu konsep maqasid shariah & maslahah (penjagaan agama dan ekonomi). Saudara maher saham dah pun menjelaskan di dalam video isu perbankan islam perlukan penambahbaikan terhadap sistem semasa😊. Sedangkan maqasid syariah bukan sekadar nak elak keburukan(elak riba semata-mata), tapi mendatangkan kebaikan (adil dan rakyat centric). Faham konteks video di atas x?

    • @faiqahinsyirah7351
      @faiqahinsyirah7351 8 місяців тому

      @@humanLol97 salam bro sebelum cerita pasal ekonomi dan financial kafir, sila kaji sistem ekonomi Islam terutama zaman ibnu Umar Abd Aziz, method baitul mal dan zero interest sehingga susah nak jumpa yg miskin lalu compare dgn kapitalis sekarang lagi moden sistem makin ramai yg jadi fakir dan muflis. Sistem ni hanya kayakan pihak tertentu secara tidak adil. Sebab masyarakat umum tidak pernah hidup dan kaji golden age of Islam dan the best economy practiced maka kita dah rasa sistem ekonomi sekarang adalah terbaik, sebenarnya tebalik dan kita jarang didedahkan apa itu sistem terbaik.

  • @912frd
    @912frd Рік тому

    Terima kasih tuan 😊

  • @cubedev4838
    @cubedev4838 Рік тому +1

    Terbaik!!!

  • @wafiqaiskrimwafiqicecream3262
    @wafiqaiskrimwafiqicecream3262 Рік тому +2

    Harap lepas ni ada kupasan Rules 78, Denda lewat bayar, Lelongan, OPR dan Pengiraan Faedah yang digunakan dalam islamik bank.

  • @uhasnolsjeneral9026
    @uhasnolsjeneral9026 Рік тому +1

    Geng2 pro islamic bank akn amat2 triggered. Kita tersekat dgn era fitnah ni. Mostly dua pilihan kita ada. Jadi pendosa dan bertaubat. Ataupun, kufur kepada arahan, ubah syariat, dan xkn bertaubat, sbb anda tak rasa itu kesalahan. Sbb mufti dan org agama dah berfatwa. Pilihan di tangan anda sebagai umat nabi muhamad.

  • @zaydharith4628
    @zaydharith4628 Рік тому

    Terbaik. Perbankan Islam sekarang seperti buat Surau dalam Kelab Malam.

  • @ajdgreat
    @ajdgreat Рік тому +1

    Matlamat tak menghalalkan cara, kena paham riba haram bukan pada namanya tapi pada sifat kalau ending sama bayar banyak macam konvensional maknanya tak islamik la tu dan tak perlu letak nama perbankan islam, letak laaa nama lain lagi baik contoh perbankan A atau B lagi baik....

  • @fadlipodeh9734
    @fadlipodeh9734 Рік тому

    Yg bjk pndai pn xnk kua dr sistem kapir.. dorg lnlh duit dh byk pedehal😬😅☝️

  • @nazacomp
    @nazacomp Рік тому

    Mudah jer bagi kita.. Kita dah diberi pilihan.. Konvensional dan islamik.. Terserah pada kita nak pilih.. Sebab semua ni akan disoal nanti.. Jika sistem islamik skrg menipu kamu .. Sekurangnya kamu akan terlepas di akhirat.. Yg menanggung nanti panel syariah yg dilantik utk memantau sistem perbankan islamik.. Simple.. Bagi aku.. Aku jelas tetap akan pilih islamik.. Urusan sistem tu menipu atau tidak itu urusan mereka.. Iaitu panel syariah. Depa yg tanggung.. Kerajaan dah bagi pilihan utk rakyat.. Jika pilih sistem yg jelas riba.. Itu mmg mencari nahas terang terang seperti ingin berperang dgn Allah swt.

    • @Mahersaham
      @Mahersaham  Рік тому

      ya setuju... kalau perlu buat, pilih lah islamik

  • @alamsemesta2413
    @alamsemesta2413 Рік тому +2

    Cer cerita dgn bos bank rakyat..aha..aku kagum tgk koleksi keta mewah dia..

  • @sureskillgroups
    @sureskillgroups Рік тому +1

    Nak ubah sistem Kewangan dalam negara? MUSTAHIL. Kenapa? Dunia saat ini telah dikuasai oleh pemenang Perang Dunia ke 2 iaitu Amerika & Sekutunya. Mereka pemilik kepada sistem kewangan ini malah telah memaksa negara Islam dengan sistem perundangan Negara Demokrasinya.
    Ubah sistem kewangan negara samalah juga mengistiharkan Perang dengan mereka. Kezaliman & Penindasan ini akan terus berlanjutan sehingga ke puncaknya. Sehingga hadirnya Baginda Imam Mahadi yang akan menebarkan keadilan keseluruh pelusuk bumi. Kehadiran Baginda juga bermakna saat berlakunya Malhamah Al-Kubra iaitu Perang Terbesar yang akan menentang golongan penindas & penzalim itu.
    Apakah, pernyataan saya ini salah?
    Apakah masih ada khabar lain yang boleh dijadikan sandaran Ummat Islam pada saat ini? Jika ada, wajarlah ummat Islam tahu tentang ini.

  • @rahmatmaon1076
    @rahmatmaon1076 Рік тому +1

    Garmeen Bank Bangladesh,bank swasta 100% syariah.kini dah punah.
    mna2 sistem bank di seluruh dunia yg x mengikut sistem yahudi zionis,pasti akan hancur.

    • @calot9016
      @calot9016 Рік тому

      Yahudi dan pegang kewangan dunia...sepatutnya kena tutup bank negara tu

  • @awanghagn6439
    @awanghagn6439 Рік тому

    Masalah ya Knape beban kos pinjaman Islam jauh lebih tinggi drp Konvensional.. Itu point yg islamik sistem kna atasi utk mbawa kebaikan pd umat Islam..

  • @azizahaziz4139
    @azizahaziz4139 Рік тому

    Teruskan Tuan memberi pencerahan dgn PINJAMAN ALONG?

  • @sweetpuding3512
    @sweetpuding3512 Рік тому

    TQ

  • @achimalhamdulillah
    @achimalhamdulillah Рік тому

    Alhamdulillah.

  • @yooneunhyesarang9245
    @yooneunhyesarang9245 Рік тому

    Ya, sistem kewangan kena tukar keseluruhannya. Ini mengambil masa.

  • @pomentx1
    @pomentx1 Рік тому

    bank rakyat,sy ada buat pinjaman peribadi yg akadnya dgn komuditi.sebelum ini bayaran pinjaman peribadi adalah tetap tanpa mengira opr turun@naik.sekarang tidak lg,bayaran ansuran naik mengikut opr.nk gi mendapat penjelasan bank,dah tentu dia pusing dgn kata yg dokumen yg sy tandatangani ada menyatakan ada turun naik(manalah kita nk semak terperinci dokumen yg tebal2 ms tanda tangan tu..).adakah bank rakyat dlm hal ini menipu @ memanipulasi sistem kewangan islam?

    • @humanLol97
      @humanLol97 8 місяців тому +2

      Mngkin cik/encik x aware content yg ada dlm product disclosure sheet (pds) sedia ada. Dlm pds ada product features yg boleh dirujuk dan refer to sblm sign surat perjanjian. Boleh juga tny dgn sales advisor yg mmg specialized dlm produk yg dimaksudkan.