Terima kasih RareTV kerana memberi kefahaman agama terutama kepada kami yang Muallaf ini.. RIndunya dengan Kaabah.. Saya tiga kali diperlihatkan Kaabah melalui mimpi yang menjadi asbab niat saya untuk memeluk Islam dahulu.
Episode yg penuh dgn pengisian rohani, editing kali ni yg paling awesome dgn voice over yg jelas serta music latar yg menarik dgn video yg rare.. terbaik rare tv
Alahai.....da lama x baca kisah dan perjalanan Nabi 😢 Perjuangan dan dakwah Nabi SAW utk meletakkan islam di atas semula mengikut tuntunan Al-Quran dan Sunnah. TQ Raretv...memberi ilmu yg sgt bermanfaat ini ❤ Aamin...
First beginning introducing of Rare TV Wahyu aka Saudi Arabian which put another different origin is always nice touch. I loved watching this beautiful stunning historical Saudi Arabian place especially mosque, city, hospitality, environment, infrastructure and many more. Impressive interview. I'm so happy that returning of Ustaz Shauqi, one of my favourite personality Rare TV vlog, which will be perfect opening premier on this Rare TV Wahyu. Last time I'm watching Ustaz Shauqi is on Norway vlog. Keep it up Saiful Nang and Ustaz Shauqi. Selamat menyambut Maulidur Rasul.
perkongsian dan travelog menarik dan berbeza dari yang lain, cuma agak kecewa dengan 'kekotoran' yang mana majority nya adalah beragama islam dimana sepatutnya tidak berlaku begitu. Melihatkan negara yang bukan islam lebih bersih. Semoga sama sama berubah kepada yang kebih baik. Mungkin saya tidak mampu untul mengembara. tapi dengan adanya travelog begini mampu membuka mata kita semua. teruskan berusaha raretv.
Minit 16:17 Maaf SN, kalau ikut sirah yang mahsyur (al-Mubarakfuri), Nabi SAW membawa bekal untuk beberapa malam dan setelah habis, turun dari Jabal Nur untuk mengambil bekal baru. Tidak disebut bahawa isterinya Khadijah r.a. yang mendaki Jabal Nur untuk menghantar bekalan. Maaf jika saya silap
Ustaz berjaban tu macam biasa tengok. Ya Allah sampaikanlah hadirkan kami sekeluarga ke Sana.. Aminn.. Terima kasih Rare TV membuat saya tersenyum dan merindui Sirah Nabi
dulu masa kecil sy selalu solat pandang sejadah yg ada gambar Kaabah. slalu terdetik dlm hati, "Macam mana lah perasaaan kalau dapat tengok kaabah depan2?" . Alhamdulillah selepas 22 tahun, Allah menjemput sy menjadi Duyufurrahman untuk menunaikan umrah. First time masuk masjidil haram nampak kaabah terus menangis. Memang tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu. Harap dapat kembali lagi ke kota Mekkah & Madinah bagi menunaikan haji pulak. Aminnn :)
Satu idea yg bijak dgn perancangan yg baik, diikuti dengan tagline madrasah umum, perkongsian sejarah Nabi SAW kpd segenap lapisan umat dgn susun atur kembara wahyu, hebat dan syabas kpd team rare, antara koleksi terbaik ratetv yg sy ikuti sejak sekian lama, moga dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah SWT
Terbaik perkongsian dan pengisiannya, semoga siri ini memberikan manfaat buat seluruh umat islam😘 semoga kita semua kembali kepada AlQuran dan Sunnah sejajar dengan khutbah wada Nabi SAW🙏
Bestnya, seronok tengok episode2 kali ni, rasa seronok tu lain, dgn ilmu yg dicurahkan dikongsi bersama, memperbetulkan apa yg dinormalisasikan, apa ygv tak perlu kita buat dan apa yg perlu kita buat, terbaikkk2 semoga dipermudahkan semua urusan disana, episod yg seterusnya raretv
Sefaham saya kisah nabi beruzlah di Gua Hira' sahih. Yang x sahih saidatina dtg hantar makanan kpd nabi 2 kali sehari. Jadi yang sebenarnya nabi yang pulang ke rumah setelah beberapa ketika untuk melihat keluarganya dan mengambil bekalan makanan untuk uzlah seterusnya. Takkan pula nabi x balik2 rumah sampai Saidatina khadijah yg kena hantar makanan?
Semoga allah sentiasa memberi kesihatan dan kudrat sert rezeki yang melimpah ruah kepada semua crew rare tv dan kita semua...amin amin amin yaallah amin.... Ini baru rare 🤌🤌🤌
Minit 19:46 Maaf Ustaz Shauqi, semasa perang Fijar, Nabi SAW berusia 15 tahun berperanan membekalkan anak-anak panah untuk bapa-bapa saudaranya. Tidak disebut Nabi SAW sebagai "Komandan". Maaf jika saya silap
Ingatkan tayangan ditangguh lagi. Tiada notification diterima😢 Know know…ter-missed 😅 Anyway berbalik kepada konten hari ini, saya setuju dengan persoalan SN tentang bagaimana Saidatina Khadijah dalam usia 55 tahun pergi ulang alik dari rumah ke gua Hira’ menghantar makanan untuk Rasullullah dengan keadaan laluan gua yang sempit? Saya pernah terfikir perkara yang sama apabila menonton vlog youtuber lain yang menunjukkan laluan ke gua Hira’ sebelum ini. Teringat juga sirah ketika Rasullullah duduk berkhalwat di gua, baginda akan memandang ke arah Makkah, dalam gambaran saya, pintu gua itu menghadap ke hala Makkah. Tapi dalam vlog yang saya tengok itu,orang yg solat dalam gua itu membelakangi pintu gua. Ertinya arah qiblat dari sudut itu menghadap dinding gua 🤔 😏
Terbaikk team kembara wahyu.. Layan mantap n sempoi.. MasyaAllah subhanaAllah info n penerangan yg sgt2 berguna n sgt2 mendalam.. Views shoot mmg superb n cantikkk.. Views shoot waktu malam lagi superb menarik n cantikk.. Terbaikkk AA n Ustaz Shauqi berjaya membawa saya menyelusuri n info2 yg sgt2 mendalam maksudnya utk episod 2 ini.. Teruskan berkarya dgn ikhlas n jujur pasti hasilnya akan cantikk n indah.. Tak sabar nk tggu episod setrusnya.. #inibarurare
Mengenai perkara ini rujuk ulama yg lebih pakar memahami Al-Quran. Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Ankabuut ayat 48: وَمَا كُنتَ تَتۡلُواْ مِن قَبۡلِهِۦ مِن كِتَٰبٖ وَلَا تَخُطُّهُۥ بِيَمِينِكَۖ إِذٗا لَّٱرۡتَابَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ ٤٨ Maksudnya: Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: Kau telah tinggal bersama kaummu sebelum didatangkan kepada kamu al-Quran dalam kehidupan yang kau tidak membaca dan tidak menulis dan setiap seorang dari kaummu mengetahui bahawa kau seorang lelaki ummiy yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Demikianlah sifatnya di dalam kitab-kitab terdahulu. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (6/285)
admin, semasa Kembara Wahyu ini dibuat, memang tak bawa drone ke. asbab lihat pakai sedutan dari sumber luar punya rakaman. adakah kerana masalah keizinan atau tiada pengendali?
Masjidil Haram ke Jabal Nur hanya kurang 10km, jika berkenderaan moden perjalanan mengambil masa kurang 20min. Purata Kelajuan : Kuda berlari, 88km/h Kuda berjalan, 7km/h Manusia berjalan , 5km/h Masa perjalanan dari Masjidil Haram ke Jabal Nur dengan berjalan, Kuda: +- 1jam 30min Manusia: +- 2jam Andai kata jika mengimbau keadaan jalan di Zaman Nabi kemungkinan perjalanan diambil diganda kepada dua, perjalanan dari Masjidil Haram ke Jabal Nur hanya perlu 4jam sahaja. Maka tidak mustahil dengan kudrat/tenaga manusia zaman Nabi untuk berjalan selama dan sejauh itu berulang alik dari Masjidil Haram ke Jabal Nur setiap hari. WaAllahu'alam.
Satu homework yg bagus. Tapi kena hadam video betul2. Teliti habis2 dari semua sudut... baru dapat mesej sebenar yang nak disampaikan. Faktor usia Siti Khadijah r.a., isu panjat bukit, isu gua (kahfi) vs ghor (gua batu), isu pintu gua hala ke mana yg kata nabi SAW merenung kaabah dari pintu gua, dan banyak lagi.
Dalam hadits pun teksnya ghar hira'... Dalam satu hadits juga dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW semasa berkhalwah di Gua Hira' beribadah di sana buat beberapa malam, kemudian Baginda pulang kepada isterinya untuk ambil bekalan dan kembali ke gua Hira'... So tidaklah pelik perjalanan mungkin 2-3 hari sekali ke Kota Mekah dari Gua Hira' dan sebaliknya.. apatah lagi jika menaiki Kuda atau Unta.. Wallahua'lam.. Rujuklah kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karya Syeikh Safiurrahman Al-Mubarakfuri... Dan hadits ke-3 dalam Sahih al-Bukhari
Sahih Bukhari - Koleksi 1 - No. 3 Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw., ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu."Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, "Bacalah!" Jawab Nabi, "Aku tidak pandai membaca." Kata Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah !" katanya. Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca. "Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah!" katanya. Ku jawab, "Aku tidak pandai membaca." Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min 'alaq. Iqra'! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.) Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), "Sesungguhnya aku cemas atas diri ku (akan binasa)." Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran. Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak pakcik . Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Kristian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta. Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai anak pakcik ku ! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda (Muhammad) ini". Kata Waraqah kepada Nabi, ''Wahai Anak Saudara ku! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?" Lalu Rasulullah saw. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Berkata Waraqah. "Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda." Maka bertanya Rasulullah saw. "Apakah mereka akan mengusir ku?" Jawab Waraqah. "Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong anda sekuat kuatnya."
Sirah xpe jika berbeza pandangan..tidak menganggu akidah..cuma kadg2 tu Ade sedikit aku perasan macam tajuk tu x brape sesuai kan ..tp Klau macm tetibe diorang ubah contohnya nk ihram diorg p ihram ditempat lain selain bir Ali(Mudzalifah) itu dah mngarut laa🤣🤣
Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw di Gua Hira’ adalah satu strategi pembangunan Islam yang telah hilang. Umat jahiliyah Mekah ketika itu yang sudah pun mempunyai kitab di tangan tetapi tidak memahami bagaimana untuk menggunakannya kerana mereka adalah kaum yang buta huruf....KITAB APA ? Al Quran pon di compile zaman khalifah...kalau arab jahiliyah buta huruf, macamana diorang meniaga? kau ni nak buat content agak agak lah...aduh lah tak berubah perangai dari Malay Mail
X tengok video ke bang.. dalam video, samalah apa yang diorang cerita dengan abg komen ... Saya ulang balik ayat abang cuma ubah skit, "kau ni nak komen agak agak lah..." 🙊
Kesian jenis spesis macam kamu ni. Gelojoh dalam menuntut ilmu. Dada sempit. Samada tak tonton habis dgn berlapang dada atau menonton dengan gelojoh utk mencari2 silap. Lebih parah bila gelojoh mengulas tanpa buat homework. Kitabullah tu bukan alquran saja. Di zaman nabi SAW dah ada kitab taurat dan injil kan? tapi mereka tak faham membacanya. Itulah sudut buta hurufnya. Seluruh kaum tak faham kitab. Samalah dgn nasib zaman kita yg baca alquran tapi tak faham... Itu lah maksud al-ummiy yg cuba dijelaskan dalam video ni (rujuk Al-jumaah ayat 2 dan albaqoroh ayat 78). Kalau tak mampu faham dan tak yakin lagi penjelasan langsung dari Allah sendiri memang layaklah kita kekal jahil.
Terima kasih RareTV kerana memberi kefahaman agama terutama kepada kami yang Muallaf ini.. RIndunya dengan Kaabah.. Saya tiga kali diperlihatkan Kaabah melalui mimpi yang menjadi asbab niat saya untuk memeluk Islam dahulu.
Insyaallah ada rezeki blh pergi..
Subhanallah ❤
MashaAllah... sye hanya mampu doakan anda dijemput ke Mekah suatu hari nanti aaminnnnnn
Kembara wahyu menyuntik dimensi pemikiran Dan dakwah modern melalui videography. Tahniah team rarecation
Terima kasih wanrem!
Episode yg penuh dgn pengisian rohani, editing kali ni yg paling awesome dgn voice over yg jelas serta music latar yg menarik dgn video yg rare.. terbaik rare tv
terima kasih azuairresources!
Alahai.....da lama x baca kisah dan perjalanan Nabi 😢 Perjuangan dan dakwah Nabi SAW utk meletakkan islam di atas semula mengikut tuntunan Al-Quran dan Sunnah. TQ Raretv...memberi ilmu yg sgt bermanfaat ini ❤ Aamin...
Dlu sy minat sgt tgk citer jejak rasul..terima kasih raretv sbb kembalikan cerita kegemaran sy 👏🏼👏🏼👏🏼👍🏼☝🏼
tterima kasih safifi. menjadi tanggungjawab kita semua menyajikan content2 yang mengajak ummat berfikir
First beginning introducing of Rare TV Wahyu aka Saudi Arabian which put another different origin is always nice touch. I loved watching this beautiful stunning historical Saudi Arabian place especially mosque, city, hospitality, environment, infrastructure and many more. Impressive interview. I'm so happy that returning of Ustaz Shauqi, one of my favourite personality Rare TV vlog, which will be perfect opening premier on this Rare TV Wahyu. Last time I'm watching Ustaz Shauqi is on Norway vlog. Keep it up Saiful Nang and Ustaz Shauqi. Selamat menyambut Maulidur Rasul.
perkongsian dan travelog menarik dan berbeza dari yang lain, cuma agak kecewa dengan 'kekotoran' yang mana majority nya adalah beragama islam dimana sepatutnya tidak berlaku begitu. Melihatkan negara yang bukan islam lebih bersih. Semoga sama sama berubah kepada yang kebih baik. Mungkin saya tidak mampu untul mengembara. tapi dengan adanya travelog begini mampu membuka mata kita semua. teruskan berusaha raretv.
Selamat menyambut Tahun Baharu Hijrah 1445. Semoga Sentiasa Diredhai Diberkati Dirahmati Allah SWT ....
Rindunya nak panjat jabar nur dan solat dalam gua. Naik plak mlm2. Masyaallah rindu.
12:14 bukan saja 1st class artist, tapi juga 1st class driver
Rindunya Makkah.. Kenangan Haji 2022, sentiasa di hati, selamanya..😊
Nanti buat subtitle english la. Baru international blh tgk..
Minit 16:17 Maaf SN, kalau ikut sirah yang mahsyur (al-Mubarakfuri), Nabi SAW membawa bekal untuk beberapa malam dan setelah habis, turun dari Jabal Nur untuk mengambil bekal baru. Tidak disebut bahawa isterinya Khadijah r.a. yang mendaki Jabal Nur untuk menghantar bekalan. Maaf jika saya silap
Ustaz berjaban tu macam biasa tengok. Ya Allah sampaikanlah hadirkan kami sekeluarga ke Sana.. Aminn.. Terima kasih Rare TV membuat saya tersenyum dan merindui Sirah Nabi
InshaALLAH doakan saya panjang umur,, dari kecil lagi saya terigin nak kesana.
Aminn. Kami doakan semoga tuan diberikan rezeki oleh Allah menjejakkan kaki ke sana
@@rarecation Alhamdulillah Ameen Ameen Ameen ya rob bal a lamin.
dulu masa kecil sy selalu solat pandang sejadah yg ada gambar Kaabah. slalu terdetik dlm hati, "Macam mana lah perasaaan kalau dapat tengok kaabah depan2?" . Alhamdulillah selepas 22 tahun, Allah menjemput sy menjadi Duyufurrahman untuk menunaikan umrah. First time masuk masjidil haram nampak kaabah terus menangis. Memang tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu. Harap dapat kembali lagi ke kota Mekkah & Madinah bagi menunaikan haji pulak. Aminnn :)
@@amirazry4166 MashaALLAH seronok nya dengar ummat yg dah pernah gi kesana,.
Aduhhh..SN..gantung ni..bertanya tanya sendiri ni..pape pun..Alhamdulillah..terima kasih atas ilmu yang diberi..
pengembaraan yang diselitkan banyak ilmu berguna ULRA RAREEEEE =)
Selamat tahun baru 1445h, semoga kita beroleh keberkatan dlm kehidupan.. Kembara Wahyu yg sangat Rare...
Salah satu tempat yg elok dilawati harap pihak arab saudi dpt pantau kebersihan kwsan sekitar. Letak sign board bgi peringatan..pelawat
Satu idea yg bijak dgn perancangan yg baik, diikuti dengan tagline madrasah umum, perkongsian sejarah Nabi SAW kpd segenap lapisan umat dgn susun atur kembara wahyu, hebat dan syabas kpd team rare, antara koleksi terbaik ratetv yg sy ikuti sejak sekian lama, moga dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah SWT
menggamit kenangan di hotel Milennium, Kuday😁
haha
Terbaik perkongsian dan pengisiannya, semoga siri ini memberikan manfaat buat seluruh umat islam😘 semoga kita semua kembali kepada AlQuran dan Sunnah sejajar dengan khutbah wada Nabi SAW🙏
Dah macam jejak rasul dah..
Subhanallah..
Salam maal hijrah buat semua.. Ini Baru Rare..
Alhamdulillah.. Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad
InsyaAllah, semoga kita terhindar dpd segala pemikiran, kata2 dan perbuatan yg terbit dari sangkaan semata-mata.
Bestnya, seronok tengok episode2 kali ni, rasa seronok tu lain, dgn ilmu yg dicurahkan dikongsi bersama, memperbetulkan apa yg dinormalisasikan, apa ygv tak perlu kita buat dan apa yg perlu kita buat, terbaikkk2 semoga dipermudahkan semua urusan disana, episod yg seterusnya raretv
ما bukan sekadar membawa maksud apa...dalam konteks hadis itu makna yang lebih tepat adalah tidak. Wallahua'alam
terbaik Rare tv
Saya bila Dol selalu masuk Gua.. tahniah.. 👍👍
Sefaham saya kisah nabi beruzlah di Gua Hira' sahih. Yang x sahih saidatina dtg hantar makanan kpd nabi 2 kali sehari. Jadi yang sebenarnya nabi yang pulang ke rumah setelah beberapa ketika untuk melihat keluarganya dan mengambil bekalan makanan untuk uzlah seterusnya. Takkan pula nabi x balik2 rumah sampai Saidatina khadijah yg kena hantar makanan?
Macam tgok Jejak Rasul. Terbaik
In sya allah
Semoga allah sentiasa memberi kesihatan dan kudrat sert rezeki yang melimpah ruah kepada semua crew rare tv dan kita semua...amin amin amin yaallah amin....
Ini baru rare 🤌🤌🤌
Alhamdulillah, makin terbuka minda... terima kasih raretv
Minit 19:46 Maaf Ustaz Shauqi, semasa perang Fijar, Nabi SAW berusia 15 tahun berperanan membekalkan anak-anak panah untuk bapa-bapa saudaranya. Tidak disebut Nabi SAW sebagai "Komandan". Maaf jika saya silap
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Jazakallah Rare Tv ❤
Alhamdulillah.... Ini baru rare👍💪
Ingatkan tayangan ditangguh lagi. Tiada notification diterima😢
Know know…ter-missed 😅
Anyway berbalik kepada konten hari ini, saya setuju dengan persoalan SN tentang bagaimana Saidatina Khadijah dalam usia 55 tahun pergi ulang alik dari rumah ke gua Hira’ menghantar makanan untuk Rasullullah dengan keadaan laluan gua yang sempit? Saya pernah terfikir perkara yang sama apabila menonton vlog youtuber lain yang menunjukkan laluan ke gua Hira’ sebelum ini. Teringat juga sirah ketika Rasullullah duduk berkhalwat di gua, baginda akan memandang ke arah Makkah, dalam gambaran saya, pintu gua itu menghadap ke hala Makkah. Tapi dalam vlog yang saya tengok itu,orang yg solat dalam gua itu membelakangi pintu gua. Ertinya arah qiblat dari sudut itu menghadap dinding gua 🤔 😏
Salam..ingat Tak tajuk vlog tu ape..?tq.
@@izhamrosidi8589 Wa’alaikumussalam. Maaf, tajuk tak ingat. Vlog tu sekitar 1-2 tahun lepas dan youtuber yg buat rakaman tu Malaysian.
Terbaikk team kembara wahyu..
Layan mantap n sempoi..
MasyaAllah subhanaAllah info n penerangan yg sgt2 berguna n sgt2 mendalam..
Views shoot mmg superb n cantikkk..
Views shoot waktu malam lagi superb menarik n cantikk..
Terbaikkk AA n Ustaz Shauqi berjaya membawa saya menyelusuri n info2 yg sgt2 mendalam maksudnya utk episod 2 ini..
Teruskan berkarya dgn ikhlas n jujur pasti hasilnya akan cantikk n indah..
Tak sabar nk tggu episod setrusnya..
#inibarurare
Sn bos kita. Bkn Aa
Terbaik rare tv...ini baru rare 👌🤲🤲
Padu n tq rare tv...❤😊
Terbuka minda..Terima kasih..
In Baru Rare..
Musik open pun lebih kurang kan..
Satu persembahan yg sgt mahal. Rare as usual. Mantapppp...
Terima kasih Yusuf atas sokongan yang diberikan
L107 mantap abg saya suka 🎉🎉🎉🎉🎉🎉
memang terbaik lah.. ini baru rare!!!!
perkongsian yang membuka minda. terima kasih RareTV
terbaik
tq..rare tv diatas infomasi dn inovasi besama perkembangan dn sejarah islam kpda kami semua
Awesome content. ❤ May Allah reward you.
Waalaikum salam rare tv
Terbaik Rare TV berani utarakan pandangan dan pendapat Nabi Muhammad SAW bukan seorang yang buta huruf.
Mengenai perkara ini rujuk ulama yg lebih pakar memahami Al-Quran.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Ankabuut ayat 48:
وَمَا كُنتَ تَتۡلُواْ مِن قَبۡلِهِۦ مِن كِتَٰبٖ وَلَا تَخُطُّهُۥ بِيَمِينِكَۖ إِذٗا لَّٱرۡتَابَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ ٤٨
Maksudnya: Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).
Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: Kau telah tinggal bersama kaummu sebelum didatangkan kepada kamu al-Quran dalam kehidupan yang kau tidak membaca dan tidak menulis dan setiap seorang dari kaummu mengetahui bahawa kau seorang lelaki ummiy yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Demikianlah sifatnya di dalam kitab-kitab terdahulu. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (6/285)
Terbaik team kembara wahyu..Ini baru RARE.
moga ada rezeki nak p sana 😭
Betul... Iqra' ...baca alam baca kehidupan. baca diri..
cuba tanya orang arab apa maksud ما انا بقارئ...tengok apa yang mereka faham..adakah sama macam kita faham
saya faham
doakan aku sampai ke sini gang satu hari nnt
Best best.. Tak bosan tengok
Always the best👍
admin, semasa Kembara Wahyu ini dibuat, memang tak bawa drone ke. asbab lihat pakai sedutan dari sumber luar punya rakaman. adakah kerana masalah keizinan atau tiada pengendali?
Tidak boleh bawa masuk drone ke arab saudi ☹️
Yea ada cable car, insya Allah
Alhamdulillah.
Awesome video.
Glad you enjoyed it!
mintak tajuk sound minit ke 7.00
❤❤❤
terima kasih azfarsfamily. kocak2 minda sikit
Salam maal hijriah
terima kasih syahmi
Ihram di mana..di bir Ali(Mudzalifah) kan..
bergantung dari mana kita datang
😢😢😢😢
Masjidil Haram ke Jabal Nur hanya kurang 10km, jika berkenderaan moden perjalanan mengambil masa kurang 20min.
Purata Kelajuan :
Kuda berlari, 88km/h
Kuda berjalan, 7km/h
Manusia berjalan , 5km/h
Masa perjalanan dari Masjidil Haram ke Jabal Nur dengan berjalan,
Kuda: +- 1jam 30min
Manusia: +- 2jam
Andai kata jika mengimbau keadaan jalan di Zaman Nabi kemungkinan perjalanan diambil diganda kepada dua, perjalanan dari Masjidil Haram ke Jabal Nur hanya perlu 4jam sahaja.
Maka tidak mustahil dengan kudrat/tenaga manusia zaman Nabi untuk berjalan selama dan sejauh itu berulang alik dari Masjidil Haram ke Jabal Nur setiap hari.
WaAllahu'alam.
Satu homework yg bagus. Tapi kena hadam video betul2. Teliti habis2 dari semua sudut... baru dapat mesej sebenar yang nak disampaikan. Faktor usia Siti Khadijah r.a., isu panjat bukit, isu gua (kahfi) vs ghor (gua batu), isu pintu gua hala ke mana yg kata nabi SAW merenung kaabah dari pintu gua, dan banyak lagi.
@@YusufHafiz-qs9tu tuan jangan sama kan kudrat orang melayu dengan orang arab. Arab perempuan umur 50 angkat tong gas naik tangga rilek ja huhu
Dalam hadits pun teksnya ghar hira'...
Dalam satu hadits juga dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW semasa berkhalwah di Gua Hira' beribadah di sana buat beberapa malam, kemudian Baginda pulang kepada isterinya untuk ambil bekalan dan kembali ke gua Hira'...
So tidaklah pelik perjalanan mungkin 2-3 hari sekali ke Kota Mekah dari Gua Hira' dan sebaliknya.. apatah lagi jika menaiki Kuda atau Unta.. Wallahua'lam..
Rujuklah kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karya Syeikh Safiurrahman Al-Mubarakfuri... Dan hadits ke-3 dalam Sahih al-Bukhari
Sahih Bukhari - Koleksi 1 - No. 3
Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw., ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu."Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, "Bacalah!" Jawab Nabi, "Aku tidak pandai membaca." Kata Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah !" katanya. Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca. "Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah!" katanya. Ku jawab, "Aku tidak pandai membaca." Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min 'alaq. Iqra'! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.) Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), "Sesungguhnya aku cemas atas diri ku (akan binasa)." Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran. Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak pakcik . Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Kristian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta. Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai anak pakcik ku ! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda (Muhammad) ini". Kata Waraqah kepada Nabi, ''Wahai Anak Saudara ku! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?" Lalu Rasulullah saw. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Berkata Waraqah. "Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda." Maka bertanya Rasulullah saw. "Apakah mereka akan mengusir ku?" Jawab Waraqah. "Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong anda sekuat kuatnya."
kalau bukan ahlinya ilmu sirah Rasulullah SAW baik jangan lah...buat org confuse
Sirah xpe jika berbeza pandangan..tidak menganggu akidah..cuma kadg2 tu Ade sedikit aku perasan macam tajuk tu x brape sesuai kan ..tp Klau macm tetibe diorang ubah contohnya nk ihram diorg p ihram ditempat lain selain bir Ali(Mudzalifah) itu dah mngarut laa🤣🤣
kalau hati tenang dan jiwa lapang mudah nak tangkap mesej yg nak disampaikan. Orang lain elok jer faham tak gaduh nak confuse punnn..
🤌🤌🤌
Bro dh amal sunnah ke?dh merasa Nabi saw berdakwah rumah ke rumah??? Keluar la 3 hari 40 hari 4 bulan baru rere
Umat Berpecah kepada 73 golongan
Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw di Gua Hira’ adalah satu strategi pembangunan Islam yang telah hilang. Umat jahiliyah Mekah ketika itu yang sudah pun mempunyai kitab di tangan tetapi tidak memahami bagaimana untuk menggunakannya kerana mereka adalah kaum yang buta huruf....KITAB APA ? Al Quran pon di compile zaman khalifah...kalau arab jahiliyah buta huruf, macamana diorang meniaga? kau ni nak buat content agak agak lah...aduh lah tak berubah perangai dari Malay Mail
Tu lah..aku dah mula risau dgn diorang nih🤣🤣
X tengok video ke bang.. dalam video, samalah apa yang diorang cerita dengan abg komen ... Saya ulang balik ayat abang cuma ubah skit, "kau ni nak komen agak agak lah..." 🙊
Kesian jenis spesis macam kamu ni. Gelojoh dalam menuntut ilmu. Dada sempit. Samada tak tonton habis dgn berlapang dada atau menonton dengan gelojoh utk mencari2 silap. Lebih parah bila gelojoh mengulas tanpa buat homework.
Kitabullah tu bukan alquran saja. Di zaman nabi SAW dah ada kitab taurat dan injil kan? tapi mereka tak faham membacanya. Itulah sudut buta hurufnya. Seluruh kaum tak faham kitab. Samalah dgn nasib zaman kita yg baca alquran tapi tak faham... Itu lah maksud al-ummiy yg cuba dijelaskan dalam video ni (rujuk Al-jumaah ayat 2 dan albaqoroh ayat 78). Kalau tak mampu faham dan tak yakin lagi penjelasan langsung dari Allah sendiri memang layaklah kita kekal jahil.
@@akubarusampai Banyakkan membaca, bukan tak habis2 asyik bersangka2..
@@YusufHafiz-qs9tu weii bengong..aku cakap ape
In sya allah
In sya allah