(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN "DESCRIPTION" UA-cam - 1 DARI 2) Selain itu, sejak kecil beliau juga telah hafal al-Qur’an. Beliau sentiasa bersemangat menuntut ilmu kerana mendapat dorongan yang kuat dari ibundanya. D. GURU-GURU IMAM MALIK Imam Malik mempunyai ramai guru. Dalam kitab “Tahdzibul Asma wa Lughat” disebutkan bahawa Imam Malik pernah belajar dengan 900 orang guru, 300 orang antaranya adalah dari golongan tabi’in dan 600 lagi dari golongan tabi’it tabi’in [15]. Guru-guru Imam Malik adalah orang-orang yang dia pilih, dan imam yang dipilih adalah berdasarkan kepada ketaatannya beragama, ilmu fikihnya, cara meriwayatkan hadith, syarat-syarat meriwayatkan dan mereka adalah orang-orang yang dipercayai. Imam Malik meninggalkan perawi yang banyak mempunyai hutang dan suka meriwayatkan riwayat-riwayat dari mereka yang tidak dikenali. Az-Zahabi berkata, “Kali pertama Malik mencari ilmu ialah pada tahun 120H, iaitu tahun bila Hasan Al-Basri meninggal dunia. Malik mengambil hadith dari Nafi’ iaitu orang yang tidak boleh ditinggalkannya dalam periwayatan” [16]. Antara guru-gurunya yang terkenal adalah: Abu Radih Nafi Bin Abd Al-Rahman Dalam bidang al-Qur’an, Imam Malik belajar membaca dan menghafal al-Qur’an sesuai dengan prinsip-prinsip ilmu tajwid yang baku dari ulama’ yang terkenal, Abu Radih Nafi Bin Abd Al-Rahman yang sangat terkenal dalam bidang ini sehingga hari ini [17]. Nafi’ Nafi’ merupakan seorang ulama’ hadith yang besar pada masa awal kehidupan Imam Malik. Nafi’ mempelajari ilmu hadith dari gurunya yang masyhur, Abdullah ibn Umar, kerana Nafi’ pada mulanya adalah seorang hamba yang dimerdekakannya setelah 30 tahun berkhidmat dengannya. Orang yang mengetahui kedudukan Abdullah ibn Umar dalam khazanah hadith nescaya akan memahami betapa beruntungnya Nafi’ dapat belajar dari tokoh yang sedemikian besar [18]. Rabiah bin Abdul Rahman (Rabiah al-Ray) Beliau berguru dengan Rabiah bin Abdul Rahman ketika masih kecil. Imam Malik banyak mendengar hadith-hadith Nabi dari beliau. Selain itu beliau juga merupakan guru Imam Malik dalam bidang hukum Islam [19]. Muhammad bin Yahya al-Anshari Beliau merupakan salah seorang guru Imam Malik. Beliau termasuk ke dalam kelompok tabi’in dan selalu mengajar di Masjid Nabawi, Madinah. Guru-guru beliau yang lain adalah Ja’far ash-Shadiq, Abu Hazim Salmah bin Nidar, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id dan lain-lain. E. MURID-MURID IMAM MALIK Imam Malik mempunya ramai murid yang terdiri dari para ulama’. Qadhi ‘Iyad menyebutkan bahwa lebih dari 1,000 orang ulama’ terkenal yang menjadi murid Imam Malik, antaranya: Muhammad bin Nuskim al-Zuhri, Rabi’ah bin Abdurrahman, Yahya bin Zaid al-Anshari, Muhammad bin Ajlal, Salim bin Abi Umayah, Muhammad bin Abdurrahman bin Abi Ziad, Abdul Malik bin Juraih dan Sulaiman bin Mahram al-Amasi. Imam Malik terkenal dengan sikapnya yang berpegang kuat kepada As-Sunnah, amalan ahli Madinah, al-Mashali al-Mursalah, pendapat Sahabat (qaul Sahabi) jika sah sanadnya dan al-istihsan. Murid-murid Imam Malik ada yang datang dari Mesir, Afrika Utara dan Sepanyol. Tujuh orang murid yang termasyhur dari Mesir adalah: Abu Abdullah, Abdurrahman ibnu Qasim (meninggal di Mesir pada tahun 191H). Dia belajar ilmu fiqh dari Imam Malik selama 20 tahun dan al- Laits bin Sa’ad seorang ahli fiqih Mesir (meninggal tahun 175H). Abu Abdullah adalah seorang mujtahid mutlak. Yahya bin Yahya menganggapnya sebagai seorang yang paling alim tentang ilmu Imam Malik di kalangan sahabatnya, dan orang yang paling amanah terhadap ilmu Imam Malik. 2. Abu Muhammad, Abdullah bin Wahb bin Muslim (dilahirkan pada tahun 125H dan meninggal tahun 197H). Dia belajar dengan Imam Malik selama 20 tahun. Setelah itu, dia mengembangkan mazhab Maliki di Mesir. Dia telah berusaha dengan gigih untuk membukukan mazhab Maliki. Imam Malik pernah menulis surat kepadanya dengan menyebut gelaran “Fiqih Mesir” dan “Abu Muhammad al-Mufti”. Dia juga pernah belajar ilmu fiqh dari al-Laits bin Sa’ad. Dia juga seorang ahli hadith yang dipercayai dan mendapat gelaran “Diwan Ilmu”. Asyhab bin Abdul Aziz al-Qaisi, dilahirkan pada tahun yang sama dengan Imam as-Syafi’i, iaitu pada tahun 150H, dan meninggal pada tahun 204H. Kelahirannya tepat sembilan belas hari setelah Imam as-Syafi’i lahir. Dia telah belajar ilmu fiqh dengan Imam Malik dan al-Laits bin Sa’ad. Abu Muhammad, Abdullah bin Abdul Hakam. Meninggal pada tahun 214H. Dia merupakan orang yang paling alim tentang pendapat Imam Malik. Dia menjadi pemimpin mazhab Maliki setelah Asyhab. Asbagh Ibnul Farj al-Umawi. Dia dinisbahkan kepada Bani Umayyah kerana ada hubungan perhambaaan dengan Bani Umayyah. Dia meninggal dunia pada tahun 225H. Dia belajar fiqh kepada Ibnul Qasim, Ibnu Wahb dan Asyhab. Muhammad bin Abdullah ibnul Hakam. Dia meninggal pada tahun 268H. Dia menuntut ilmu, khususnya ilmu fiqh, daripada ayahnya dan juga daripada ulama’ mazhab Maliki pada zamannya. Dia juga belajar daripada Imam asy-Syafi’i. Muhammad bin Ibrahim al-Askandari bin Ziyad yang terkenal dengan Ibnul Mawaz (meninggal pada tahun 269H). Dia belajar ilmu fiqh daripada ulama’ semasa sehingga dia menjadi pakar dalam bidang fiqh dan fatwa. Kitab al-Nawwaziyyah merupakan kitab yang agung yang dihasilkan oleh mazhab Maliki. Ia mengandungi masalah hukum-hakam yang paling sahih, bahasanya mudah dan perbahasannya menyeluruh. Cara kitab ini menyelesaikan masalah-masalah cabang ialah dengan menyandarkan kepada ushul (asas dan dasar) [20]. Ramai penuntut ilmu meriwayatkan hadith dari Imam Malik sejak beliau masih lagi muda belia. Di sini kita kategorikan beberapa kelompok yang meriwayatkan hadith dari beliau, antaranya; Guru-guru Imam Malik yang meriwayatkan dari beliau, antaranya; a. Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zahrani b. Yahya bin Sa’id Al Anshari c. Bapa saudara beliau, Abu Sahl Nafi’ bin Malik Dari kalangan teman sejawat beliau adalah; a. Ma’mar bin Rasyid b. Abdul Malik bin Juraij c. Imam Abu Hanifah, An Nu’man bin Tsabit d. Syu’bah bin al Hajaj e. Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri f. Al-Laits bin Sa’ad Orang-orang yang meriwayatkan dari Imam Malik setelah mereka adalah; a. Yahya Bin Sa’id Al-Qaththan b. Abdullah bin Al-Mubarak c. Abdurrahman bin Mahdi d. Waki’ bin al Jarrah e. Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i. Yang meriwayatkan Al Muwatha’ adalah ramai sekali, antaranya, a. Abdullah bin Yusuf At-Tunisi b. Abdullah bin Maslamah Al-Qa’nabi c. Abdullah bin Wahb al-Mishri d. Yahya bin Yahya Al-Laitsi e. Abu Mush’ab Az-Zuhri Mereka yang sezaman dengan Imam Malik adalah Sufyan bin Said al-Tsauri, Laits bin Saad al-Misri, al-Auza’i, Hamad bin Zaid, Sufyan bin Uyainah, Hammad bin Salamah, Abu Hanifah dan anak lelakinya Hammad, Qadhi Abu Yusuf, Qadhi Syuraik bin Abdullah dan Syafi’i, Abdullah bin Mubarak, Muhammad bin Hasan F. KARYA-KARYA IMAM MALIK Antara karya Imam Malik adalah kitab Al-Muwatha’ [21] yang ditulis pada tahun 144H atas anjuran Khalifah Ja’far Al-Mansyur. Menurut peneliti Abu Al-Abhary, atsar Rasulullah s.a.w, para Sahabat dan tabi’in yang terkandung dalam kitab al-Muwatha’ berjumlah 1,720. Pendapat Imam Malik sampai pada kita melalui dua buah kitab, iaitu al-Muwatha’ dan Al-Mudawwanah al-Kubro [22]. Kitab al-Muwatha’ terdiri dari dua aspek iaitu hadith dan fiqih. Di segi hadith, al-Muwatha’ banyak mengandung hadith yang berasal dari Rasulullah s.a.w atau dari Sahabat atau tabi’in. Hadith itu diperolehi daripada 95 orang yang kesemuanya dari penduduk Madinah, kecuali 6 orang iaitu Abu Al-Zubair (Makkah), Humaid al-Ta’wil dan Ayyub Al-Sahtiyani (Basrah), Atha’ bin Abdullah (Khurasan), Abdul Karim (Jazirah), Ibrahim ibn Abi Abiah (Syam). Yang dimaksudkan dengan fiqh adalah kerana kitab al-Muwatha’ disusun berdasarkan bab-bab pembahasan fiqih. Ada bab thaharah, solat, zakat, nikah, dan lain-lain [23]. Satu lagi kitab karangan Imam Malik ialah kitab Mudawwanah al-Kubro yang merupakan kumpulan risalah yang memuatkan lebih kurang 1,036 masalah dan fatwa Imam Malik yang dikumpulkan oleh As’ad bn al-Furaid Al-Naisaburi yang berasal dari Tunisia yang pernah menjadi murid Imam Malik. G. KAEDAH INSTINBAT HUKUM IMAM MALIK Imam Malik berbeza di segi kaedah istinbat hukum dengan imam mazhab yang lain. Imam Malik sebenarnya tidak menulis dasar-dasar fiqhiyah yang menjadi asas dalam berijtihad, tetapi tokoh-tokoh mazhab ini, murid-murid Imam Malik dan generasi yang muncul sesudah itu, mengumpulkan dasar-dasar fiqhiyah Imam Malik dan kemudian menulisnya semula. Dasar-dasar fiqhiyah itu meskipun tidak ditulis sendiri oleh Imam Malik, akan tetapi mempunyai kesinambungan pemikiran; paling tidak, beberapa isyarat itu dapat dijumpai dalam fatwa-fatwa Imam Malik dalam bukunya al-Muwatha’. Dalam al-Muawatha’, secara jelas Imam Malik menerangkan bahawa dia mengambil “amalan orang-orang Madinah” sebagai salah satu sumber hukum setelah al-Qur’an dan as-sunnah. Bahkan beliau menerima hadith munqathi’ dan mursal selagi ianya tidak bertentangan dengan amalan orang-orang Madinah. Mengenai kaedah istinbat Imam Malik, telah dijelaskan oleh Al-Qadi Iyadh dalam al-Madarik dar Al Rasyid, yang juga merupakan salah seorang fuqaha Malikiyah. (BERSAMBUNG DI RUANGAN KOMEN SETERUSNYA)
(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN "KOMEN" UA-cam - 2 DARI 2) Kemudian dalam kitab al-Bahjah yang di simpulkan oleh pengarang kitab Tarikh al-Madzhabil Islamiyah disebutkan sebagai berikut: وخلصة ماذكره ھذان العالمان وغیرھما ان منھاج امام دار الھجرة انھ یاخذ بكتاب الله تعالى اول, فان لم یجد فى بكتاب الله تعالى نصااتجھ الى السنة, ویدخل فى السنة عنده احادیث رسول الله صلى الله علیھ و سلم, وفتاوي الصحابة 24 واقضیتھم, و عمل اھل المد ینة. ومن بعد السنة بشتى فر وعھا یجئ القیاس. ”Kesimpulan apa yang telah dikemukakan oleh kedua ulama’ ini dan lain-lain bahawa kaedah ijtihad imam Darul Hijrah itu adalah apabila beliau tidak mendapat suatu nash di dalamnya maka dia mencarinya di dalam sunnah, dan menurut beliau yang masih tergolong kategori sunnah perkataan Rasulullah s.a.w, fatwa-fatwa Sahabat, ketetapan hukum mereka dan amalan penduduk Madinah. Setelah diteliti sunnah dengan berbagai cabangnya, barulah dipakai qiyas”. Walaupun para ulama’ hadith yang ditemui oleh Imam Malik termasuk kelompok ulama’ tradisional yang menolak pemakaian akal dalam kajian hukum, namun pengaruh Rabi’ah bin Yahya bin Sa’id tetap kuat pada corak kajian fiqihnya. Hal ini dapat dilihat pada metodologi kajian hukum mazhab Maliki yang bersumber pada al-Qur’an, Hadith, amalan masyarakat Madinah, fatwa Sahabat, qiyas, maslahah mursalah, istihsan dan sadd al-dzara’i. Manakala Hasbi Ash-Shidiqy mengatakan Imam Malik bin Anas meletakkan asas fatwanya berdasarkan kitabullah, sunnah yang beliau pandang sahih, amalan ahli Madinah, qiyas dan istihsan [25]. As-Syatibi dalam kitab al-Muwafaqat menyimpulkan dasar-dasar Imam Malik ada empat, iaitu al-Qur’an, Hadith, ijma’ dan ra’yu. Sedangkan fatwa Sahabat dan amal ahli Madinah digolongkan dalam sunnah. Ra’yu meliputi maslahah mursalah, sadd al zara’i, adat (urf), istihsan dan istishab. Secara kasarnya, dasar-dasar Imam Malik dalam menetapkan suatu hukum dapat disimpulkan sebagaimana berikut: Al-Qur’an - Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan bahasa Arab yang diriwayatkan secara mutawatir dan tertulis dalam mushaf [26]. Dalam mengambil hukum di dalam al-Qur’an beliau bersandar atas zahir nash Al-Qur’an atau keumumannya, meliputi mahfum al-muwafaqoh dan mahfum aula dengan memperhatikan illatnya. Sunnah (Hadith) ialah segala perkataan, perbuatan dan taqrir (ketetapan) Nabi Muhammad s.a.w yang berkaitan dengan hukum [27]. Dalam mengeluarkan hukum, Imam Malik menggunakan cara yang dilakukan sebagaimana mengambil hukum di dalam al-Qur’an. Beliau lebih mengutamakan makna yang terkandung dalam sunnah dari pada zahir sunnah (sunnah Mutawatir atau masyhur) Amal Ahli Madinah Mazhab Maliki meletakkan kedudukan yang penting bagi amalan orang-orang Madinah, sehingga kadang-kadang mengenepikan hadith ahad, kerana amalan ahli Madinah merupakan penyataan oleh sebuah jama’ah sedangkan hadith ahad merupakan pernyataan perseorangan. Apabila sesuatu amalan itu bertentangan dengan amalan orang Madinah, menurut pendapatnya, sama kedudukannya dengan yang diriwayatkan mereka di mana mereka mewarisi amalan tersebut dari nenek moyang mereka secara berurutan sampai kepada para Sahabat [28]. Imam Malik menggunakan kaedah amal ahli Madinah kerana merekalah yang paling banyak mendengar dan menerima hadith. Amal ahli Madinah yang digunakan sebagai dasar hukum merupakan hasil dari mencontohi Rasulullah s.a.w bukan dari ijtihad ahli Madinah, serta amal ahli Madinah sebelum terbunuhnya Utsman Bin Affan [29]. Fatwa Sahabat Fatwa Sahabat merupakan fatwa yang berasal dari Sahabat besar yang berdasarkan al-naql. Dan fatwa Sahabat itu timbul dari hadith yang wajib diamalkan, kerana menurut Imam Malik, Sahabat tersebut tidak akan memberikan fatwa kecuali atas dasar apa yang difahami dari Rasulullah s.a.w. Dalam hal ini Imam Malik mensyaratkan bahawa fatwa Sahabat tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan hadith marfu’ [30]. Qiyas, Isthisan Qiyas ialah menghubungkan suatu kejadian yang tidak ada nash kepada kejadian lain yang ada nashnya, dalam hukum yang telah ditetapkan oleh nashnya kerana adanya kesamaan dua kejadian itu di dalam “illat hukum’. Dan qiyas ini merupakan pintu awal dalam ijtihad untuk menentukan hukum yang tidak ada nashnya baik dalam al-Qur’an atau sunnah [31]. Maslahah Mursalah Maslahah Mursalah iaitu memelihara tujuan-tujuan syara’ dengan jalan menolak segala sesuatu yang menolak mahluk [32]. Manakala isthisan adalah menurut hukum dengan mengambil maslahah yang merupakan bahagian dalam dari dalil iaitu bersifat “kulli” (menyeluruh) dengan maksud mengutamakan al-istidlal al-mursal dari pada qiyas, sebab menggunakan isthisan itu, bukan bererti hanya berdasarkan pada pertimbangan perasaan semata-mata, melainkan berdasarkan pertimbangannya pada maksud pembuat syara’ secara keseluruhan [33]. Dalam hal ini, jika Imam Malik menemui suatu kes yangv tidak ada perinciannya di dalam al-Qur’an, sunnah, serta ijma’ Sahabat Madinah, barulah ia mengqiyaskan kes yang baru itu dengan kes yang mirip yang pernah terjadi dan pada kedua-dua kes itu wujud banyak illat (sebab, alasan) yang serupa atau hampir serupa. Akan tetapi jika hasil pengqiyasan itu ternyata berlawanan dengan kemaslahatan umum, bagi beliau adalah lebih baik menetapkan keputusan hukumnya atas dasar prinsip kemaslahatan umum. Imam Malik menggunakan maslahah mursalah pada hal-hal yang sesuai dengan semangat syariah dan tidak bertentangan dengan salah satu sumbernya serta pada perkara-perkara yang bersifat dharuri (yang meliputi pemeliharaan agama, kehidupan, akal, keturunan dan harta). Istihsan Selanjutnya kaedah Istihsan - hukum yang digunakan Imam Malik adalah maslahah yang bersifat umum bukan sekadar maslahah yang hanya berlaku untuk orang tertentu. Selain itu, maslahah tersebut juga tidak boleh bertentangan dengan ketentuan nash (baik al-Quran ataupun Sunnah). Zadd al-Zarai’ Imam Malik menggunakan zadd al-zarai’ sebagai landasan dalam menetapkan hukum, kerana menurutnya semua jalan atau sebab yang menuju kepada yang haram atau larangan, hukumnya haram. Dan semua jalan atau sebab yang menuju kepada yang halal, halal pula hukumnya. RUJUKAN DAN NOTA KAKI 1. Ahmad Asy-Syurbasi, Sejarah dan Biografi 4 Imam Madzhab, (Jakarta: PT. Bumi Aksara, 1993), cet, II, h. 71 2. Syaikh Ahmad Farid, 60 Biografi Ulama Salaf, (Jakarta: Pustaka al-Kautsar, 2006), Cet. I, h.260 3. Huzaemah Thido Yanggo, Pengantar Perbandingan Madzhab, ( Jakarta; Logos, 1997), cet. I, h. 103 4. Moenawir Khalil, Biografi Emapat Serangkai Imam Madzhab, (Jakarta; Bulan Bintang), cet. VII, h. 84 6. Abdur Rahman, Syariah Kodifikasi Hukum Islam, (Jakarta: Rineka Cipta, 1993), cet. I, h. 44 7. Jaih Mubarok, Sejarah dan Perkembangan Hukum Islam, (Bandung:Rosdakaarya, 2000), cet. II, h. 79 8. Abdur Rahman Asy-Syarqawi, Riwayat 9 Imam Fiqih, (Bandung: Pustaka Hidayah, 2000), cet. I, h. 278 9. Abdullah Musthofa al-Maraghi, Pakar-Pakar Fiqih Sepanjang Sejarah, (Yokyakarta: LPPPSM, 2000), cet. I, h. 79 10. Abdur Rahman Asy-Syarqawi, loc. cit. 11 Ibid 12 Huzaemah Tahido Yanggo, loc. cit. 13 Ibid 14 Ahmad Asy-Syurbasi, op. cit., h. 75 15. Jaih Mubarok L. Doi, inilah Syariah Islam, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1990), cet. I, h. 137 16. Masturi Irham, Lc, Asmu’i Taman, Lc, 60 Biografi Ulama Salaf, (Jakarta: Pustaka Al- Kautsar, 2006), Cet. I, h. 237 17. Abdurrahman L. Doi, Inilah Syariat Islam, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1990), Cet. I, h. 137 18. Ibid 19. Jaih Mubarok, Loc. Cit. 20. Prof. Dr. Wahba Az-Zuhaili, Fiqih Islam wa Adillatuhu, (Jakarta: Gema Insani,2010), Cet. 1. h, 41 21. Kitab al-Muwatha’ ialah sebuah kitab yang lengkap penyusunannya selain dari kitab “al-Majmu’ ” karangan Zaid. Perkataan al-Muwatha’ bermaksud jalan yang mudah yang disediakan untuk ibadat. Ia adalah kitab yang paling besar yang ditulis oleh Imam Malik. Faktor yang mendorong kepada penyusunannya adalah disebabkan timbulnya pendapat-pendapat penduduk Iraq dan orang-orang yang tidak bertanggung jawab, dan disebabkan kelemahan ingatan dan riwayat. Oleh itu adalah amat elok untuk menyimpan dan menyalinnya supaya ilmu-ilmu tidak hilang atau dilupakan. Kitab al-Muwatha’ mengandungi hadith-hadith dan pendapat para Sahabat Rasulullah dan juga pendapat tabi’in. (Lihat dalam: Abdul Aziz Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, 1996, Cet. 6, h. 144. Lihat juga dalam: Dr. Ahmad Asy-Syurbasi, op.cit., h. 103) 22. Huzaemah Tahido Yanggo, op. cit., h. 117 24. Imam Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al Madzahib al Islamiyah, (Beirut: Dar al-Fikr, t.th), Juz. II, h. 423 25. Teungku Muhammad Hasby Ash-Shiedieqy, Pengantar Hukum Islam, (Semarang: Pustaka Riski, 1997), h.88 26. Tengku Muhammad Hasby Ash-Shiedieqy, Pengantar Hukum Islam, (Semarang: Pustaka Riski, 1997), h.88 26. Khozin Siroj, Aspek-Aspek Fundamental Hukum Islam, (Yokyakarta: Fakultas Ekonomi UII, 1981), h. 55 29. Huzaemah Tahido Yanggo, op. cit., h. 107 30. Ibid 31. Prof. Dr. Abdul Wahab Khallaf, Kaidah-Kaidah Hukum Islam, (Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2002), Cet. VII, h. 74 32.M. Ali Hasan, Perbandingan Mazhab, (Jakarata: PT. Raja Garfindo Persada, 2002), Ccet. IV, h. 199 33. Huzaemah Tahido Yanggo, op. cit., h. 109 Disaring oleh Kumpulan Web Darulkautsar dari sumber repository.uin-suska.ac.id/8925/3/BAB%20II.p
(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN "DESCRIPTION" UA-cam - 1 DARI 2)
Selain itu, sejak kecil beliau juga telah hafal al-Qur’an. Beliau sentiasa bersemangat menuntut ilmu kerana mendapat dorongan yang kuat dari ibundanya.
D. GURU-GURU IMAM MALIK
Imam Malik mempunyai ramai guru. Dalam kitab “Tahdzibul Asma wa Lughat” disebutkan bahawa Imam Malik pernah belajar dengan 900 orang guru, 300 orang antaranya adalah dari golongan tabi’in dan 600 lagi dari golongan tabi’it tabi’in [15].
Guru-guru Imam Malik adalah orang-orang yang dia pilih, dan imam yang dipilih adalah berdasarkan kepada ketaatannya beragama, ilmu fikihnya, cara
meriwayatkan hadith, syarat-syarat meriwayatkan dan mereka adalah orang-orang yang dipercayai. Imam Malik meninggalkan perawi yang banyak mempunyai hutang dan suka meriwayatkan riwayat-riwayat dari mereka yang tidak dikenali.
Az-Zahabi berkata, “Kali pertama Malik mencari ilmu ialah pada tahun 120H, iaitu tahun bila Hasan Al-Basri meninggal dunia. Malik mengambil hadith dari Nafi’ iaitu orang yang tidak boleh ditinggalkannya dalam periwayatan” [16]. Antara guru-gurunya yang terkenal adalah:
Abu Radih Nafi Bin Abd Al-Rahman
Dalam bidang al-Qur’an, Imam Malik belajar membaca dan menghafal al-Qur’an sesuai dengan prinsip-prinsip ilmu tajwid yang baku dari ulama’ yang terkenal, Abu Radih Nafi Bin Abd Al-Rahman yang sangat terkenal dalam bidang ini sehingga hari ini [17].
Nafi’
Nafi’ merupakan seorang ulama’ hadith yang besar pada masa awal kehidupan Imam Malik. Nafi’ mempelajari ilmu hadith dari gurunya yang masyhur, Abdullah ibn Umar, kerana Nafi’ pada mulanya adalah seorang hamba yang dimerdekakannya setelah 30 tahun berkhidmat dengannya. Orang yang mengetahui kedudukan Abdullah ibn Umar dalam khazanah hadith nescaya akan memahami betapa beruntungnya Nafi’ dapat belajar dari tokoh yang sedemikian besar [18].
Rabiah bin Abdul Rahman (Rabiah al-Ray)
Beliau berguru dengan Rabiah bin Abdul Rahman ketika masih kecil. Imam Malik banyak mendengar hadith-hadith Nabi dari beliau. Selain itu beliau juga merupakan guru Imam Malik dalam bidang hukum Islam [19].
Muhammad bin Yahya al-Anshari
Beliau merupakan salah seorang guru Imam Malik. Beliau termasuk ke dalam kelompok tabi’in dan selalu mengajar di Masjid Nabawi, Madinah.
Guru-guru beliau yang lain adalah Ja’far ash-Shadiq, Abu Hazim Salmah bin Nidar, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id dan lain-lain.
E. MURID-MURID IMAM MALIK
Imam Malik mempunya ramai murid yang terdiri dari para ulama’. Qadhi ‘Iyad menyebutkan bahwa lebih dari 1,000 orang ulama’ terkenal yang menjadi murid Imam Malik, antaranya: Muhammad bin Nuskim al-Zuhri, Rabi’ah bin Abdurrahman, Yahya bin Zaid al-Anshari, Muhammad bin Ajlal, Salim bin Abi Umayah, Muhammad bin Abdurrahman bin Abi Ziad, Abdul Malik bin Juraih dan Sulaiman bin Mahram al-Amasi.
Imam Malik terkenal dengan sikapnya yang berpegang kuat kepada As-Sunnah, amalan ahli Madinah, al-Mashali al-Mursalah, pendapat Sahabat (qaul Sahabi) jika sah sanadnya dan al-istihsan. Murid-murid Imam Malik ada yang datang dari Mesir, Afrika Utara dan Sepanyol. Tujuh orang murid yang termasyhur dari Mesir adalah:
Abu Abdullah, Abdurrahman ibnu Qasim (meninggal di Mesir pada tahun 191H). Dia belajar ilmu fiqh dari Imam Malik selama 20 tahun dan al- Laits bin Sa’ad seorang ahli fiqih Mesir (meninggal tahun 175H). Abu Abdullah adalah seorang mujtahid mutlak. Yahya bin Yahya menganggapnya sebagai seorang yang paling alim tentang ilmu Imam Malik di kalangan sahabatnya, dan orang yang paling amanah terhadap ilmu Imam Malik.
2. Abu Muhammad, Abdullah bin Wahb bin Muslim (dilahirkan pada tahun 125H dan meninggal tahun 197H). Dia belajar dengan Imam Malik selama 20 tahun. Setelah itu, dia mengembangkan mazhab Maliki di Mesir. Dia telah berusaha dengan gigih untuk membukukan mazhab Maliki. Imam Malik pernah menulis surat kepadanya dengan menyebut gelaran “Fiqih Mesir” dan “Abu Muhammad al-Mufti”. Dia juga pernah belajar ilmu fiqh dari al-Laits bin Sa’ad. Dia juga seorang ahli hadith yang dipercayai dan mendapat gelaran “Diwan Ilmu”.
Asyhab bin Abdul Aziz al-Qaisi, dilahirkan pada tahun yang sama dengan Imam as-Syafi’i, iaitu pada tahun 150H, dan meninggal pada tahun 204H.
Kelahirannya tepat sembilan belas hari setelah Imam as-Syafi’i lahir. Dia telah belajar ilmu fiqh dengan Imam Malik dan al-Laits bin Sa’ad.
Abu Muhammad, Abdullah bin Abdul Hakam. Meninggal pada tahun 214H. Dia merupakan orang yang paling alim tentang pendapat Imam Malik. Dia menjadi pemimpin mazhab Maliki setelah Asyhab.
Asbagh Ibnul Farj al-Umawi. Dia dinisbahkan kepada Bani Umayyah kerana ada hubungan perhambaaan dengan Bani Umayyah. Dia meninggal dunia pada tahun 225H. Dia belajar fiqh kepada Ibnul Qasim, Ibnu Wahb dan Asyhab.
Muhammad bin Abdullah ibnul Hakam. Dia meninggal pada tahun 268H. Dia menuntut ilmu, khususnya ilmu fiqh, daripada ayahnya dan juga daripada ulama’ mazhab Maliki pada zamannya. Dia juga belajar daripada Imam asy-Syafi’i.
Muhammad bin Ibrahim al-Askandari bin Ziyad yang terkenal dengan Ibnul Mawaz (meninggal pada tahun 269H). Dia belajar ilmu fiqh daripada ulama’ semasa sehingga dia menjadi pakar dalam bidang fiqh dan fatwa.
Kitab al-Nawwaziyyah merupakan kitab yang agung yang dihasilkan oleh mazhab Maliki. Ia mengandungi masalah hukum-hakam yang paling sahih, bahasanya mudah dan perbahasannya menyeluruh. Cara kitab ini menyelesaikan masalah-masalah cabang ialah dengan menyandarkan kepada ushul (asas dan dasar) [20].
Ramai penuntut ilmu meriwayatkan hadith dari Imam Malik sejak beliau masih lagi muda belia. Di sini kita kategorikan beberapa kelompok yang
meriwayatkan hadith dari beliau, antaranya;
Guru-guru Imam Malik yang meriwayatkan dari beliau, antaranya;
a. Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zahrani
b. Yahya bin Sa’id Al Anshari
c. Bapa saudara beliau, Abu Sahl Nafi’ bin Malik
Dari kalangan teman sejawat beliau adalah;
a. Ma’mar bin Rasyid
b. Abdul Malik bin Juraij
c. Imam Abu Hanifah, An Nu’man bin Tsabit
d. Syu’bah bin al Hajaj
e. Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri
f. Al-Laits bin Sa’ad
Orang-orang yang meriwayatkan dari Imam Malik setelah mereka adalah;
a. Yahya Bin Sa’id Al-Qaththan
b. Abdullah bin Al-Mubarak
c. Abdurrahman bin Mahdi
d. Waki’ bin al Jarrah
e. Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i.
Yang meriwayatkan Al Muwatha’ adalah ramai sekali, antaranya,
a. Abdullah bin Yusuf At-Tunisi
b. Abdullah bin Maslamah Al-Qa’nabi
c. Abdullah bin Wahb al-Mishri
d. Yahya bin Yahya Al-Laitsi
e. Abu Mush’ab Az-Zuhri
Mereka yang sezaman dengan Imam Malik adalah Sufyan bin Said al-Tsauri, Laits bin Saad al-Misri, al-Auza’i, Hamad bin Zaid, Sufyan bin Uyainah, Hammad bin Salamah, Abu Hanifah dan anak lelakinya Hammad, Qadhi Abu Yusuf, Qadhi Syuraik bin Abdullah dan Syafi’i, Abdullah bin Mubarak, Muhammad bin Hasan
F. KARYA-KARYA IMAM MALIK
Antara karya Imam Malik adalah kitab Al-Muwatha’ [21] yang ditulis pada tahun 144H atas anjuran Khalifah Ja’far Al-Mansyur.
Menurut peneliti Abu Al-Abhary, atsar Rasulullah s.a.w, para Sahabat dan tabi’in yang terkandung dalam kitab al-Muwatha’ berjumlah 1,720.
Pendapat Imam Malik sampai pada kita melalui dua buah kitab, iaitu al-Muwatha’ dan Al-Mudawwanah al-Kubro [22]. Kitab al-Muwatha’ terdiri dari dua aspek iaitu hadith dan fiqih. Di segi hadith, al-Muwatha’ banyak mengandung hadith yang berasal dari Rasulullah s.a.w atau dari Sahabat atau tabi’in. Hadith itu diperolehi daripada 95 orang yang kesemuanya dari penduduk Madinah, kecuali 6 orang iaitu Abu Al-Zubair (Makkah), Humaid al-Ta’wil dan Ayyub Al-Sahtiyani (Basrah), Atha’ bin Abdullah (Khurasan), Abdul Karim (Jazirah), Ibrahim ibn Abi Abiah (Syam).
Yang dimaksudkan dengan fiqh adalah kerana kitab al-Muwatha’ disusun berdasarkan bab-bab pembahasan fiqih. Ada bab thaharah, solat, zakat, nikah, dan lain-lain [23].
Satu lagi kitab karangan Imam Malik ialah kitab Mudawwanah al-Kubro yang merupakan kumpulan risalah yang memuatkan lebih kurang 1,036 masalah dan fatwa Imam Malik yang dikumpulkan oleh As’ad bn al-Furaid Al-Naisaburi yang berasal dari Tunisia yang pernah menjadi murid Imam Malik.
G. KAEDAH INSTINBAT HUKUM IMAM MALIK
Imam Malik berbeza di segi kaedah istinbat hukum dengan imam mazhab yang lain. Imam Malik sebenarnya tidak menulis dasar-dasar fiqhiyah yang menjadi asas dalam berijtihad, tetapi tokoh-tokoh mazhab ini, murid-murid Imam Malik dan generasi yang muncul sesudah itu, mengumpulkan dasar-dasar fiqhiyah Imam Malik dan kemudian menulisnya semula. Dasar-dasar fiqhiyah itu meskipun tidak ditulis sendiri oleh Imam Malik, akan tetapi mempunyai kesinambungan pemikiran; paling tidak, beberapa isyarat itu dapat dijumpai dalam fatwa-fatwa Imam Malik dalam bukunya al-Muwatha’. Dalam al-Muawatha’, secara jelas Imam Malik menerangkan bahawa dia mengambil “amalan orang-orang Madinah” sebagai salah satu sumber hukum setelah al-Qur’an dan as-sunnah. Bahkan beliau menerima hadith munqathi’ dan mursal selagi ianya tidak bertentangan dengan amalan orang-orang Madinah. Mengenai kaedah istinbat Imam Malik, telah dijelaskan oleh Al-Qadi Iyadh dalam al-Madarik dar Al Rasyid, yang juga merupakan salah seorang fuqaha Malikiyah.
(BERSAMBUNG DI RUANGAN KOMEN SETERUSNYA)
Terima kasih Maulana dan admin
Alhamdulillah..
Jazakallah khairran jaza ustaz
Alhamdulilah.
Syukran Ustad.
The best.
sgt2 terbaik maulana asri
Terbaik mmay
Join.👍🙏🇲🇨
(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN "KOMEN" UA-cam - 2 DARI 2)
Kemudian dalam kitab al-Bahjah yang di simpulkan oleh pengarang kitab Tarikh al-Madzhabil Islamiyah disebutkan sebagai berikut:
وخلصة ماذكره ھذان العالمان وغیرھما ان منھاج امام دار الھجرة انھ یاخذ
بكتاب الله تعالى اول, فان لم یجد فى بكتاب الله تعالى نصااتجھ الى السنة, ویدخل
فى السنة عنده احادیث رسول الله صلى الله علیھ و سلم, وفتاوي الصحابة
24 واقضیتھم, و عمل اھل المد ینة. ومن بعد السنة بشتى فر وعھا یجئ القیاس.
”Kesimpulan apa yang telah dikemukakan oleh kedua ulama’ ini dan lain-lain bahawa kaedah ijtihad imam Darul Hijrah itu adalah apabila beliau tidak mendapat suatu nash di dalamnya maka dia mencarinya di dalam sunnah, dan menurut beliau yang masih tergolong kategori sunnah perkataan Rasulullah s.a.w, fatwa-fatwa Sahabat, ketetapan hukum mereka dan amalan penduduk Madinah. Setelah diteliti sunnah dengan berbagai cabangnya, barulah dipakai qiyas”.
Walaupun para ulama’ hadith yang ditemui oleh Imam Malik termasuk kelompok ulama’ tradisional yang menolak pemakaian akal dalam kajian hukum, namun pengaruh Rabi’ah bin Yahya bin Sa’id tetap kuat pada corak kajian fiqihnya. Hal ini dapat dilihat pada metodologi kajian hukum mazhab Maliki yang bersumber pada al-Qur’an, Hadith, amalan masyarakat Madinah, fatwa Sahabat, qiyas, maslahah mursalah, istihsan dan sadd al-dzara’i.
Manakala Hasbi Ash-Shidiqy mengatakan Imam Malik bin Anas meletakkan asas fatwanya berdasarkan kitabullah, sunnah yang beliau pandang sahih, amalan ahli Madinah, qiyas dan istihsan [25].
As-Syatibi dalam kitab al-Muwafaqat menyimpulkan dasar-dasar Imam Malik ada empat, iaitu al-Qur’an, Hadith, ijma’ dan ra’yu. Sedangkan fatwa
Sahabat dan amal ahli Madinah digolongkan dalam sunnah. Ra’yu meliputi maslahah mursalah, sadd al zara’i, adat (urf), istihsan dan istishab.
Secara kasarnya, dasar-dasar Imam Malik dalam menetapkan suatu hukum dapat disimpulkan sebagaimana berikut:
Al-Qur’an - Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan bahasa Arab yang diriwayatkan secara mutawatir dan tertulis dalam mushaf [26]. Dalam mengambil hukum di dalam al-Qur’an beliau bersandar atas zahir nash Al-Qur’an atau keumumannya, meliputi mahfum al-muwafaqoh dan mahfum aula dengan memperhatikan illatnya.
Sunnah (Hadith) ialah segala perkataan, perbuatan dan taqrir (ketetapan) Nabi Muhammad s.a.w yang berkaitan dengan hukum [27]. Dalam mengeluarkan hukum, Imam Malik menggunakan cara yang dilakukan sebagaimana mengambil hukum di dalam al-Qur’an. Beliau lebih mengutamakan makna yang terkandung dalam sunnah dari pada zahir sunnah (sunnah Mutawatir atau masyhur)
Amal Ahli Madinah
Mazhab Maliki meletakkan kedudukan yang penting bagi amalan orang-orang Madinah, sehingga kadang-kadang mengenepikan hadith ahad, kerana amalan ahli Madinah merupakan penyataan oleh sebuah jama’ah sedangkan hadith ahad merupakan pernyataan perseorangan. Apabila sesuatu amalan itu bertentangan dengan amalan orang Madinah, menurut pendapatnya, sama kedudukannya dengan yang diriwayatkan mereka di mana mereka mewarisi amalan tersebut dari nenek moyang mereka secara berurutan sampai kepada para Sahabat [28].
Imam Malik menggunakan kaedah amal ahli Madinah kerana merekalah yang paling banyak mendengar dan menerima hadith. Amal ahli Madinah yang digunakan sebagai dasar hukum merupakan hasil dari mencontohi Rasulullah s.a.w bukan dari ijtihad ahli Madinah, serta amal ahli Madinah sebelum terbunuhnya Utsman Bin Affan [29].
Fatwa Sahabat
Fatwa Sahabat merupakan fatwa yang berasal dari Sahabat besar yang berdasarkan al-naql. Dan fatwa Sahabat itu timbul dari hadith yang wajib diamalkan, kerana menurut Imam Malik, Sahabat tersebut tidak akan memberikan fatwa kecuali atas dasar apa yang difahami dari Rasulullah s.a.w. Dalam hal ini Imam Malik mensyaratkan bahawa fatwa Sahabat tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan hadith marfu’ [30].
Qiyas, Isthisan
Qiyas ialah menghubungkan suatu kejadian yang tidak ada nash kepada kejadian lain yang ada nashnya, dalam hukum yang telah ditetapkan oleh nashnya kerana adanya kesamaan dua kejadian itu di dalam “illat hukum’. Dan qiyas ini merupakan pintu awal dalam ijtihad untuk menentukan hukum yang tidak ada nashnya baik dalam al-Qur’an atau sunnah [31].
Maslahah Mursalah
Maslahah Mursalah iaitu memelihara tujuan-tujuan syara’ dengan jalan menolak segala sesuatu yang menolak mahluk [32]. Manakala isthisan adalah menurut hukum dengan mengambil maslahah yang merupakan bahagian dalam dari dalil iaitu bersifat “kulli” (menyeluruh) dengan maksud mengutamakan al-istidlal al-mursal dari pada qiyas, sebab menggunakan isthisan itu, bukan bererti hanya berdasarkan pada pertimbangan perasaan semata-mata, melainkan berdasarkan pertimbangannya pada maksud pembuat syara’ secara keseluruhan [33].
Dalam hal ini, jika Imam Malik menemui suatu kes yangv tidak ada perinciannya di dalam al-Qur’an, sunnah, serta ijma’ Sahabat Madinah, barulah ia mengqiyaskan kes yang baru itu dengan kes yang mirip yang pernah terjadi dan pada kedua-dua kes itu wujud banyak illat (sebab, alasan) yang serupa atau hampir serupa. Akan tetapi jika hasil pengqiyasan itu ternyata berlawanan dengan kemaslahatan umum, bagi beliau adalah lebih baik menetapkan keputusan hukumnya atas dasar prinsip kemaslahatan umum.
Imam Malik menggunakan maslahah mursalah pada hal-hal yang sesuai dengan semangat syariah dan tidak bertentangan dengan salah satu sumbernya serta pada perkara-perkara yang bersifat dharuri (yang meliputi pemeliharaan agama, kehidupan, akal, keturunan dan harta).
Istihsan
Selanjutnya kaedah Istihsan - hukum yang digunakan Imam Malik adalah maslahah yang bersifat umum bukan sekadar maslahah yang hanya berlaku untuk orang tertentu. Selain itu, maslahah tersebut juga tidak boleh bertentangan dengan ketentuan nash (baik al-Quran ataupun Sunnah).
Zadd al-Zarai’
Imam Malik menggunakan zadd al-zarai’ sebagai landasan dalam menetapkan hukum, kerana menurutnya semua jalan atau sebab yang menuju kepada yang haram atau larangan, hukumnya haram. Dan semua jalan atau sebab yang menuju kepada yang halal, halal pula hukumnya.
RUJUKAN DAN NOTA KAKI
1. Ahmad Asy-Syurbasi, Sejarah dan Biografi 4 Imam Madzhab, (Jakarta: PT. Bumi
Aksara, 1993), cet, II, h. 71
2. Syaikh Ahmad Farid, 60 Biografi Ulama Salaf, (Jakarta: Pustaka al-Kautsar, 2006), Cet. I, h.260
3. Huzaemah Thido Yanggo, Pengantar Perbandingan Madzhab, ( Jakarta; Logos, 1997), cet. I, h. 103
4. Moenawir Khalil, Biografi Emapat Serangkai Imam Madzhab, (Jakarta; Bulan Bintang), cet. VII, h. 84
6. Abdur Rahman, Syariah Kodifikasi Hukum Islam, (Jakarta: Rineka Cipta, 1993), cet. I, h. 44
7. Jaih Mubarok, Sejarah dan Perkembangan Hukum Islam, (Bandung:Rosdakaarya,
2000), cet. II, h. 79
8. Abdur Rahman Asy-Syarqawi, Riwayat 9 Imam Fiqih, (Bandung: Pustaka Hidayah, 2000), cet. I, h. 278
9. Abdullah Musthofa al-Maraghi, Pakar-Pakar Fiqih Sepanjang Sejarah, (Yokyakarta: LPPPSM, 2000), cet. I, h. 79
10. Abdur Rahman Asy-Syarqawi, loc. cit.
11 Ibid
12 Huzaemah Tahido Yanggo, loc. cit. 13 Ibid
14 Ahmad Asy-Syurbasi, op. cit., h. 75
15. Jaih Mubarok L. Doi, inilah Syariah Islam, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1990), cet. I, h. 137
16. Masturi Irham, Lc, Asmu’i Taman, Lc, 60 Biografi Ulama Salaf, (Jakarta: Pustaka Al- Kautsar, 2006), Cet. I, h. 237
17. Abdurrahman L. Doi, Inilah Syariat Islam, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1990), Cet. I, h. 137
18. Ibid
19. Jaih Mubarok, Loc. Cit.
20. Prof. Dr. Wahba Az-Zuhaili, Fiqih Islam wa Adillatuhu, (Jakarta: Gema Insani,2010),
Cet. 1. h, 41
21. Kitab al-Muwatha’ ialah sebuah kitab yang lengkap penyusunannya selain dari kitab “al-Majmu’ ” karangan Zaid. Perkataan al-Muwatha’ bermaksud jalan yang mudah yang disediakan untuk ibadat. Ia adalah kitab yang paling besar yang ditulis oleh Imam Malik. Faktor yang mendorong kepada penyusunannya adalah disebabkan timbulnya pendapat-pendapat penduduk
Iraq dan orang-orang yang tidak bertanggung jawab, dan disebabkan kelemahan ingatan dan riwayat. Oleh itu adalah amat elok untuk menyimpan dan menyalinnya supaya ilmu-ilmu tidak hilang atau dilupakan. Kitab al-Muwatha’ mengandungi hadith-hadith dan pendapat para Sahabat Rasulullah dan juga pendapat tabi’in. (Lihat dalam: Abdul Aziz Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, 1996, Cet. 6, h. 144. Lihat juga dalam: Dr. Ahmad Asy-Syurbasi, op.cit., h. 103)
22. Huzaemah Tahido Yanggo, op. cit., h. 117
24. Imam Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al Madzahib al Islamiyah, (Beirut: Dar al-Fikr, t.th), Juz. II, h. 423
25. Teungku Muhammad Hasby Ash-Shiedieqy, Pengantar Hukum Islam, (Semarang: Pustaka Riski, 1997), h.88
26. Tengku Muhammad Hasby Ash-Shiedieqy, Pengantar Hukum Islam, (Semarang: Pustaka Riski, 1997), h.88
26. Khozin Siroj, Aspek-Aspek Fundamental Hukum Islam, (Yokyakarta: Fakultas Ekonomi UII, 1981), h. 55
29. Huzaemah Tahido Yanggo, op. cit., h. 107
30. Ibid
31. Prof. Dr. Abdul Wahab Khallaf, Kaidah-Kaidah Hukum Islam, (Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2002), Cet. VII, h. 74
32.M. Ali Hasan, Perbandingan Mazhab, (Jakarata: PT. Raja Garfindo Persada, 2002), Ccet. IV, h. 199
33. Huzaemah Tahido Yanggo, op. cit., h. 109
Disaring oleh Kumpulan Web Darulkautsar dari sumber repository.uin-suska.ac.id/8925/3/BAB%20II.p
Murabbi muhammad asri
Terima kasih Maulana dan admin