DINOSAUR ENCOUNTER AT ZOO MELAKA | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI MELAKA

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 6 чер 2024
  • Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat lebih dari 1,200 ekor haiwan yang terdiri dari 214 spesies haiwan yang boleh ditemui di Asia Tenggara, Australia dan Afrika secara semula jadi.
    Zoo ini pernah dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka dan kemudian pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979 dan kemudian diambil alih oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Kini zoo ini telah di swastakan pada tahun 2013 di bawah kendalian Konsortium KKW Sdn Bhd.
    Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia.
    Dahulu, antara tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa tetapi kini tarikan utama Zoo Melaka adalah harimau putih, gajah, harimau belang, mandril dan Dinasour Encounter. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di sekitar waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggu masa untuk makan.
    Zoo Melaka bukan sahaja mempamerkan haiwan untuk dijadikan sebahagian dari usaha memelihara, malah turut berjaya membiakkan beberapa spesies haiwan dan turut menghantarkannya ke luar negara sebagai salah satu usaha untuk memastikan kepelbagaian genetik dan terlibat dalam program pembiakan konservasi bagi spesies yang terancam.
    Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron. Beliau berkata untuk program itu pengunjung hanya dikenakan tiket serendah RM10 seorang yang boleh dibeli secara datang terus bermula 8 malam dan mereka akan dibenarkan masuk pada 10 malam sebelum zoo ditutup pada 1 pagi.
    Beliau berkata 16 unit trem, bugi dan e-bas disediakan secara percuma kepada pengunjung yang disarankan menaiki kenderaan itu dan pergerakan mereka juga akan dipantau kerana hanya beberapa kawasan boleh dilawati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
    Menurutnya kesemua kenderaan itu yang mampu membawa kira-kira 250 penumpang pada satu-satu masa akan berhenti di beberapa lokasi kandang haiwan antaranya gajah, zirafah, zebra serta harimau bintang dan perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit.Selain itu, katanya kemudahan klinik dan pegawai perubatan turut disediakan sebagai langkah awal sekiranya berlaku insiden kecemasan melibatkan pengunjung dan sebanyak 75 petugas Zoo Melaka serta anggota penguat kuasa MPHTJ akan bertugas sepanjang pengoperasi program itu.
    ‘Dinosaur Encounter’ akan dibuka di Zoo Melaka telahpun dibuka mulai 25 Disember 2020 yang lalu. Ia adalah tarikan terbaru istimewa untuk semua pengunjung Zoo Melaka, terutamanya anak-anak kecil yang minat sangat nak tengok dinosaur. Tentu excited kan?
    Untuk makluman, Dinosaur Encounter telah dirasmikan pembukaannya pada 25/12/2020 (Jumaat) iaitu pada Hari Krismas 2020. Apa Yang Ada Di Dinosaur Encounter di Zoo Melaka? Lebih dari 100 spesis, 150 dinosaur bersaiz 1:1, dan berkeluasan 5 ekar di dalam taman hutan menjadikan Dinosaur Encounter sebuah taman interaktif dinosaur terbesar di Asia Tenggara.
    Wah seronoknya, ibu ayah yang ada anak-anak yang minat sangat dengan dinosaur kini bolehlah masukkan Zoo Melaka dalam destinasi mesti pergi cuti sekolah ini kan?
    Waktu operasi :
    Isnin - Jumaat 10.00 am - 5.00 pm (Weekday)
    Sabtu - Ahad 9.00 am - 6.00 pm (Weekend)
    Harga Tiket:
    Dewasa 13 tahun - 59 tahun RM38
    Kanak-Kanak 4 tahun - 12 tahun RM31
    Kanak-Kanak bawah 3 tahun PERCUMA
    Warga Emas 60 tahun keatas RM31
    Foreigner Adult * age 13-59 RM 81.00
    Foreigner Children * age 4-12 RM 59.00
    Lokasi Zoo Bukit Melaka
    maps.app.goo.gl/uFQ4Z5nkGbFya...
    Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
    www.addashuk.com
    So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui tempat menarik di Melaka khususnya, tempat menarik di Malaysia amnya.
    Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum...
    Ini adalah video vlog Dinosaur Encounter at Zoo Melaka, salah satu tempat wajib singah di Melaka, Tempat ini juga adalah tempat menarik di Melaka.
    #zooMelaka #melakaBilaLarutMalam #tempatMenarikDiMelaka #dinosaurEncounter #tempatMenarikDiMalaysia

КОМЕНТАРІ • 4