Ramai yang Kecundang | Apakah Nasib Youtuber Pancing Sekarang?

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 223

  • @asrychannel
    @asrychannel 7 місяців тому +4

    Bukan kata youtuber pancing bang, youtuber motor vlog pn sama, apa yg aku nampak tren sekarang TikTok, yt short, fb reel, apa yg viewer nak tengok sekarang video yg pendek dan viral, berbeza dgn UA-cam durasi video yg lama dan banyak iklan, cara kita nk menten UA-cam ni no 1 editing, tu paling penting, abg tgk waknat tv, editing superb dan jln cerita yg real, walaupun video 6 bulan sekali tetap org tunggu, lg 1 jadikan TikTok fb reel platfom utk kita bawa penonton dari sana ke UA-cam kita, buat video pendek2 separuh jalan, dan letak caption full video di UA-cam, itu salah satu cara yg sy buat, dapat jgk la tarik sikit budak TikTok ke UA-cam kita, jadi nak x nk klu nk promosikan yt kita kita kena ikut peredaran masa, tu je kot pandangan sy

  • @danialm8122
    @danialm8122 7 місяців тому +12

    Cadangan :
    1) Kalau strike, letak caption info pasal ikan yg dapat tu. Contoh, diet ikan tu apa, boleh besar sampai saiz mana. Knowledge utk newbie. Kalau otai2 ni mmg diorang nak tahu spot kat mana je. Yg newbie nak muara ikan apa, sungai ikan apa, parit2, paya2. Utamakan yg newbie rasanya. Caption tu boleh copy and paste je kalau dapat ikan yg sama di setiap episod.
    2) Tambah slot, slot equipment brand reel dan rod, gewang, tali, matakail. Slot promosi tekong2 mana brader arif pernah pergi.
    3) Buat video react, rata2 buat video react boleh menambah knowledge penonton dan mengikut trend sekarang.
    4) Podcast, rasanya kurang video podcast mengenai pancing ni. Ada ke?
    Tu jelah cadangan.

    • @mrmz3802
      @mrmz3802 7 місяців тому +1

      Betul setujuhhhh. Podcast scara online pun ok ape. Sbb subscriber dah lebih 100k dah bleh upgrade dah.

    • @gila-gila9383
      @gila-gila9383 7 місяців тому

      Yg ni sy stuju sngat👍👍

  • @iwanpt16channel48
    @iwanpt16channel48 7 місяців тому

    Betul sangat tu👍👍👍

  • @caeranimation
    @caeranimation 7 місяців тому +1

    bos try banyakkan short video. orang sekarang ni suka tengok video pendek2. straight to the point. terus2 dapat ikan. content2 animasi pn sama, view tak macam dlu tapi alhamdulillah buat short boleh membantu orang untuk masuk tengok video panjang kita. semoga berjaya :)

    • @caeranimation
      @caeranimation 7 місяців тому

      try post video selalu jugak. kalau dapat 1 hari 1 post. buat video short2, kalau video panjang sikit jugak. kadang youtube tgk jugak kita ni aktif or tak buat content

  • @Nami_Alus
    @Nami_Alus 8 місяців тому +6

    Sekali-sekala buat content selain mancing pun ok jugak bang.
    •Tips penjagaan kenderaan
    •Family vlog, makan², jalan².
    •Camping, hiking, jogging, beskal.
    •Resepi masakan(bersama isteri) silent vlog.

  • @brojepshare
    @brojepshare 7 місяців тому +1

    Teruskan perjuangan. tidak dinafikan memang ramai youtuber sudah giveup
    apapun terus saja buat sebagai passion.

  • @MrJasli
    @MrJasli 8 місяців тому +23

    Assalamualaikum cikgu arif. Bagi aku sebagai penonton video2 mancing ni, apa yg aku cari adalah panduan dan pembelajaran. Mngkin jga ada ramai kawan2 penonton yg lain bertujuan seperti aku. Jadi suka saya sarankan disetiap video yg cikgu upload tu. Berikan view 360 darjah kearah spot yg dimana cikgu mancing dan dapat strike tu. Sebap kami bukan setakat nak lihat strike.. kmi jga mahu lihat ciri spot yg berpotensi yg mngkin serupa disungai kmi.

  • @muhammadmahadishaari8789
    @muhammadmahadishaari8789 7 місяців тому +1

    Kitorang penonton ni ikut mood...mood sentiasa berubah2...

  • @MRL.6
    @MRL.6 7 місяців тому

    mulakan tt tuan, dlm pada buat youtube tuan buat juga live di tt. income tuan boleh dpt dri give disana dlm masa yg sama tuan boleh juga buat video utk yt. inshallah tuan boleh jana 2income, semoga maju jaya dan sy cuma beri idea.

  • @Alifishing242
    @Alifishing242 8 місяців тому

    Terbaikla bosku 👍

  • @aswadrazali502
    @aswadrazali502 8 місяців тому +8

    aku paling suka video pancing yang kat jeti tu cast ikan siakap tu , video tu mmang ngam terukk🤌🤌dengan video yang pancing kt sungai sabah rasa nya dgn brader chubby tu👍

  • @abgz1206
    @abgz1206 7 місяців тому +1

    Penonton2 suka kelainan sepanjang masa .. klau asyik sama je tiap2 upload mungkin membosankn la unless peminat2/penonton2/subscribers tegar channel UA-camrs tu. Ramai yg buat atas dasar hobi & perkongsian ilmu atau sj ingin merakam moment2 buat kenangan 😂😄🤣Janji jgn mgharapkn sgt nk buat full-time & ingat nk atau boleh $$ senang2 … 🫢
    Semoga dipermudahkan segala urusan Bos❤

  • @muzaffarsuzuran
    @muzaffarsuzuran 7 місяців тому +1

    Abg ariff byk equipment mancing,mancing pun dari sungai,kolam,hingga laut dlm dan suka bercakap dan boleh bercakap panjang....oleh itu,idea sy untuk terus relevance dlm UA-cam,apa kata abg ajar tentang equipment mancing yg abg ada,cara nk guna,cara nak ikat mata kail,semua la ilmu mancing yg abg ariff tahu dari mancing sungai hingga jingging...supaya melahir kan byk lagi kaki mancing...bila dah byk kaki mancing sy jamin penonton video mancing akan kembali ramai....ianya bkn bermanfaat untuk abg ariff saja,tapi kpd UA-camr mancing yg lain juga....sekian dari sy abg ariff.

  • @T_R3X_666
    @T_R3X_666 7 місяців тому +1

    Salam ariiff fishing...dari memancing bawah jambtan,talk info siakap,test mcm lure beli di shopee..sampai ke ramai yg kenal..
    BETUL..!!!..skarang zaman down para2 ytber..bukan memancing ja..hampir semua..terutama nya yg content outdoor..klu modal keras & kejab,channel bertahan...Dulu dri ytbe la kita kenal godfather of conten fishing...Chai fishing..Yeahh boyyy ..
    Just my 2sen la tuan ariff..
    Ytber skrang banyak beralih ke Podcast,TAPI..boleh outdoor content,terutama nya memancing buat podcast...pandai2 la kita solve semua tu..sya masih lgi follow up semua ytber pancing nie.. upload video pun agak kurang dah semua skrang..sebab kurang sambutan...banyak pergi ke content kisah jenayah,fakta & seram ja.... Apa2 pun..do the best utk semua.. upgrade content & gear yg ada...memang kos..try & error is solution..risk tu memang ada..sebab jdi fully ytber adalah pilihan..

  • @NathanOfficial91
    @NathanOfficial91 7 місяців тому +1

    Yaa..memang betul bang,saya pun ada uplaod vdeo² pancing,bersehaja jer😂 memang susah nak kumpul view😅

  • @rohhaizamghafar8945
    @rohhaizamghafar8945 7 місяців тому +1

    Vedio mancing paling modern pak roob. Dri intro jalan cerita smpai penghabisan superb. Mmg die hire cameraman lain la. Hahah

  • @fahmiahmadtarmizi1588
    @fahmiahmadtarmizi1588 7 місяців тому +1

    Zaman duit jatuh ni.. Nak beli shimano ngn daiwa pn sakit.. Huhu..

  • @abdulkhalidkhalid4328
    @abdulkhalidkhalid4328 7 місяців тому

    Cg pandai Bercakap dan pandai mcg bagus utk youber. Kami angler suka content yg berilmu..teruskn

  • @KaitoAm
    @KaitoAm 7 місяців тому +1

    Hai..sy kaito am...student lagi umur 21...Walaupun view Sy down...sy tetap berusaha untuk buat video..😊 Dari mancing tpt sendiri..sampai KE luar negeri..

  • @den8997
    @den8997 7 місяців тому

    Sebab buat benda sama. Orang bosan. Sepatutnya match sekali.dengan camping dan cabaran2.

  • @matzuahmad4962
    @matzuahmad4962 7 місяців тому +1

    Buat podcast di port mancing 10-15min dan mancing edit jadi 10-15min...utube dah trending podcast

  • @KARINANAKANJANKARIN
    @KARINANAKANJANKARIN 7 місяців тому +1

    Terima kasih sifu Arif. Senang di fahami dan mudah di ikuti apabila sifu Arif mengajar ,mengenal rod, cara memilih bc, dan sebagainya. Saya karin Anjan batu niah sarawak peminat sifu Arif. Mantap memang mantap sifu Arif.👍👍👍

  • @nikahmadshah5950
    @nikahmadshah5950 7 місяців тому +1

    Masa skrg ni org lebih prefer tgk video2 pendek bnding sblm ni.nak2 lps ada tiktok reels dll.masa zaman covid dulu.video sejam lbh pun org layan.time tu byk youtuber baru berjaya.mybe org kita dah xbyk masa mcm sblm ni.tau jela ekonomi skrg dah makin mencabar.org lbh prefer video2 pendek utk layan sambil2.

  • @shahrulshah627
    @shahrulshah627 7 місяців тому +1

    biasa aku bukak youtube. nak belajar cara cara, contoh contoh , apa yang perlu dibuat , apa yang perlu kita ada untuk sesuatu perkara. tentang persediaan awal. kadang aku nl tengok video jadi mcm ishh apa dia pakai jadi mcm tu. ishh mcm mne boleh dapat mcm tu. tapi sometime youtuber² jarang nk kongsi info info . jarang nak kongsi dengan penonton. kadang ada jugak youtuber yg berkongsi idea, pengalaman mereka cara mereka tapi penyampaian pada penonton tak brape jelas tak smpai pada penonton. contoh mula mula nk bukak pump brake kan tibe tibe ehhh tau tau je dh siap tapi cara bukak tak nmpak jadi penonton mcm aku contoh nk belajar sesuatu dari youtuber dkt luar sane jadi tergantung kene buat cara sendiri last skali tak jadi nk belajar melalui video youtube yg ada. jadi penyampaian dari segi pembelajaran perkongsi idea idea tu penting lah bagi penonton . jadi penonton rasa berguna utk buat rujukan

  • @spencerlawrence6693
    @spencerlawrence6693 7 місяців тому

    So far, kualiti video Ariff sgt baik. Btul, skrg ni sgt byk utuber contain memancing..tpi masing2 ada cara tersendiri, kreativiti tersendiri dan penonton pun ada selera sendiri. Apa pun, trima ksih sebab byk kongsi ilmu, kongsi tips buat kami para angler beginner.

  • @SOPELESTIKTiiBi
    @SOPELESTIKTiiBi 8 місяців тому +2

    betul bang.. hobi utama aku ni pancing, tapi cenel aku bola.. 2017 mula buat vlog pancing, pastu jarang dpt g pancing, terus ubah buat vlog bola, nama pun masih kekal Sopelestik (softplastic). Alhamdulillah dapat sambutan baik... short cerita, now view makin drop .. kalau cover Harimau Malaya kat Bukit jalil, busuk 50k , 100-200k selamba , tu duluuuuuuuuuuuuuu..skang, 2k je pun ada..
    apa aku perasan, budak2 baru especially kat TT, lebih kreatif, energetik.. aku pun dah mula nak ubah konsep, lawan arus sikit bila liga Super start bulan 5 ni nanti, tapi tu lah umur pun dah 4+ nak energetic lebih, mau darah tinggi naik ahahah.. btw good luck bang, aku jarang missed video ko... hidup org ijok

  • @Wroain9
    @Wroain9 7 місяців тому +1

    bang tambah video masak ikan yg dipancing.. outdoor

  • @PENDEKARBANGAUCHANNEL
    @PENDEKARBANGAUCHANNEL 7 місяців тому +1

    salam bro.. apa khabar.. lama tak contact2..
    terciduk tu normal.. hehe.. youtuber mancing maybe 1 dari 1000 je yang berjaya mendaki tangga ke atas.
    saya setuju dengan sahabat, buat youtube utk halakan follower ke satu tempat lain rasanya lebih berbaloi.
    cipta nama cipta brand.
    tahun 2024 rasanya kalau nak harapkan gaji youtube, rasanya tak memadai.
    apa2 pun, semoga terus maju jaya sahabat.. seronok tengok sahabat berjaya. 1 dalam 1000.. tahniah sahabat.

  • @paanpacakofficialchannel6992
    @paanpacakofficialchannel6992 8 місяців тому

    Btol tu sifu.. salah 1 punca view semakin jatuh adalah penonton mula beralih ke tiktok . Sbbnya video di tiktok lebih ringkas & padat.

  • @nazrinizam6324
    @nazrinizam6324 7 місяців тому

    Saya suka vd cikgu yang macam ni sebab cara penyampaian cg best😊

  • @neoseven4201
    @neoseven4201 7 місяців тому +1

    Sekarang musim podcast cikgu arif.... perbincangan lagi mendalam tentang sesuatu... kena colab dgn star² pancing Malaysia... Inshaallah letup

  • @abangjixtv4869
    @abangjixtv4869 7 місяців тому +1

    Kna adaptable tuan... Teknologi berubah jadi kita perlu berubah spy trus relevan...kipidap dongibap

  • @azmanmudasir9727
    @azmanmudasir9727 8 місяців тому

    Try buat special appearances dgn celebrity atau sifu2 fishing lain.. so blh gabung dua2 follower..

  • @ijaiseketol8703
    @ijaiseketol8703 8 місяців тому +7

    saya personally suka video pure fishing,contohnya gonglei,its about fishing,bukan pasal lagu background paling padu,view terpadu,editing terpadu..no..kami just nk tgok cast,action,boom,strike,fish on...layan

    • @longzamcaster285
      @longzamcaster285 7 місяців тому

      Amat setuju......kita bukan nak tgk aktiviti berborak panjang sampai 20minit pastu strike x sampai 1minit pn...maaf sekadar pendapat

    • @bkfishingchannel4397
      @bkfishingchannel4397 7 місяців тому

      @@longzamcaster285 jom bang support cuma Tu la pemula hehe

    • @umangplastik9288
      @umangplastik9288 7 місяців тому

      Betul tu, bukan pasal nk showcase sudut personal creator dkt background

    • @bkfishingchannel4397
      @bkfishingchannel4397 7 місяців тому

      Bh bang komenkan dlu video Ku apa perlu dtmbah baik tp awal2 ckp kamera xbrapa pakai equipment yg Ada dlu SBB xda modal bang🙏

  • @biarjajichannel
    @biarjajichannel 7 місяців тому +1

    Pelbagaikan content...tapi ada berkaitan dengan Dunia hanyir jugak...klu dah Tak ada idea sangat...pergi ngonten di pasar basah😂 lps tu beli sekilo ikan..balik rumah ceritakan ttg ikan tersebut ..buat kajian sikit...😂😂habis konten..masak lah ikan tu..asam pedas kah..masak tempoyak kah...up to you lah😊😊

  • @parainompuri94
    @parainompuri94 7 місяців тому +1

    Setelah sy jarang casting. Tengok video mancing pun jarang juga..

  • @Magixx1973
    @Magixx1973 7 місяців тому +1

    Harapan saya Semoga UA-cam pancing kat Malaysia ni jangan sebut "Alhamdulilah" tapi ikan 2 jari pun tapaw bawa balik, bedosa tau cakap lain buat lain.

  • @Naza_Fishing
    @Naza_Fishing 7 місяців тому

    Teruskan… best pulak dengar perkongsian macam ni

  • @PemancingPartime
    @PemancingPartime 8 місяців тому

    Bgi aku...vlogger yg boleh dicontohi Vluq & geng lipak...cara shot video & editing..jalan cerita mmg sedap tgok..cuma aku dh start boring sbb game dorang sama je xde variasi pancingan lain..kayak jigging kayak jigging..ada la sikit casting...klau pelbagaikan lagi menarik

  • @everydayfishing2670
    @everydayfishing2670 7 місяців тому +1

    Rasanya banyak viewers beralih ke tiktok..zaman skrg byk nk tgk video pendek,strike,fight sikit..landing ikan...😂lepastu plak dekat tiktok kdg byk buat part2..bg org geram nk tahu kesudahan😂

  • @mightyjig
    @mightyjig 7 місяців тому

    teruskan, memory yg sukar diperolehi, boleh anak cucu tgk nnt.. permasalahan trend video perlu juga dikaji dan yg mana mampu kita lakukan, teruskan. yg x mampu abaikan... yg penting ada strike 🤙

  • @kailsejengkal2507
    @kailsejengkal2507 8 місяців тому

    Saya masih setia dengan youtube

  • @mierashid
    @mierashid 7 місяців тому +1

    assalamualaikum ariff,sy br pertama kali menonton video ariff,
    sy just nk share pandangan sy pd ariff, sy scroll tgk video ariff semua berkisar ketika memancing,apa kata pd hari ariff xkluar memancing,ariff boleh buat video ttg tip2 penjagaan rod,reel serta tips pemilihan rod,reel tali batu ladung umpan dll.
    yg plg penting tajuk cuba letak dlm bahasa english sama supaya dpt capture market luar negeri,
    sy tgk youtuber dr indon viewer mereka ada yg sampai 1juta,mungkin kerana rakyat mereka ramai,dan mereka hanya akan melihat channel dr indon shj,mungkin mereka lbh mudah paham bahasa mereka sendiri berbanding dgn chanel kita,

  • @AiC36
    @AiC36 8 місяців тому

    hidup ini umpama roda...putaran itu sentiasa berlaku tanpa henti , ada masa di atas ada masa di bawah ... ada masa mendatar... begitu lah kehidupan..macam tu juga kita nak hadap channel2 kita yang ada naik turun ni.... selagi ada minat ...kita teruskan...

  • @Adibkimi79
    @Adibkimi79 8 місяців тому +1

    Assalamualaikum AF, bagi saya konsistensi menghasil kan content penting utk membuat kan penonton tdk lupa akan sesuatu channel. Durasi juga memain kan peranan, jgn terlalu pendek dan jgn pula panjang sgt. Paling ideal dlm 30 ke 40 mnt. Editing yg baik pun penting di sertakan maklumat2 ringkas ttg ikan, alatan memancing serta lain2 tip. AF ada kepakaran dlm memancing, jadi ini satu kelebihan.Apa2 pun bagi saya channel AF mmg menarik cuma kekerapan tu perlu di tambah. Sekian terima kasih.

  • @azuanhamid738
    @azuanhamid738 7 місяців тому

    Assalamualaikum w.b.t, teruskan usaha jati diri selaku pemancing yang berpengetahuan.

  • @vespahitam2561
    @vespahitam2561 7 місяців тому +1

    Teruskan berkarya sifu.. banyak lagi ilmu mancing nak belajar dari sifu..🙏🙏

  • @mfmnazeri4361
    @mfmnazeri4361 8 місяців тому +2

    Sy suka channel ni. informative, relax dan bahasa yg sopan. sy sokong utk kekalkan channel, adapt dan innovate dgn current trend/demand. insyaallah semoga dipermudahkan urusan

  • @tengkueman3027
    @tengkueman3027 7 місяців тому

    Shoot video pakai Fpv drone on acro mode kompem lagi menarik, setakat ni takde lagi utuber pancing buat

  • @mohdsheflee
    @mohdsheflee 8 місяців тому +4

    assalamualaikum cikgu..cuma secebis idea...mungkin cikgu boleh buat satu rancangan podcast.. mungkin bermula dgn isu2 semasa dan pengalaman cikgu sendiri nak share dalam podcast tersebut...sambil tu boleh ajak tetamu jemputan untuk share pengalaman & cerita mereka... mungkin boleh tambah baik channel ni...podcast santai sebulan sekali dua... boleh juga share di spotify..harap komen saya cikgu dapat baca...

  • @PaliUno
    @PaliUno 8 місяців тому +1

    Ariff Fishing adalah channel inspirasi saya dan chanel rujukan saya dalam mencari identiti channel saya.
    Banyak saya ambil ilmu utk YT pancingan dari sini. terima kasih byk Chip tak pernah lokek share, termasuk juga video ini. Sgt spot on.

  • @pakjabit1649
    @pakjabit1649 8 місяців тому

    Video ariff ok je..cuma klau banyak variasi mcm sebelum ni ok la..mancing haruan,jigging,casting muara.mungkin sebab kekangan masa sukar utk pelbagaikan gameplay mancing..Fans dari Kedah

  • @zackzick2578
    @zackzick2578 8 місяців тому

    Assalamualaikum bang semoga sukses slalu,cuba try perbaruhi tmpt2 mancing abg try p tmpt yg ektrem ckit or luar negara smbil² tu dpt bljr dri negara² luar dan dpt kenali ikan² lain jgk dan kenal angler lain😊😊

  • @vbolGlobal
    @vbolGlobal 7 місяців тому +1

    Tuan punya pengaruh, mohon buat komen kepada kerajaan khasnya jabatan perikanan untuk melakukan pembenihan utk pelepasan Akuatik laut dan darat (sungai, kuala, muara, parit, tasik, bekas lombong, paya, dsb. ) yang lebih agresif dan lebih besar besaran. Oleh kerana kehidupan akuatik di negara ini sangatlah kurang jika dibandingkan di negara2 jiran yang lebih mewah kehidupan akuatik contoh seperti di kalimantan. Dapat menyumbang hasil negara dan ekonomi penduduk dan mengurangkan import.
    Mohon buatkan video mengenai umpan2 yg sinonim dengan ikan, contoh dedak utk ikan ape, cacing, dll. Juga umpan2 "luar dari kebiasaan".
    Pendapat saya on video shooting, bukan saja nak tgok aksi memancing, klu blh nk view environment (persekitaran tempat) sekali.

  • @unraveldarkness
    @unraveldarkness 7 місяців тому

    Masih teringat first tengok video tuan masa saya kuarintin covid . semoga maju jaya tuan😊

  • @izuanlamin2687
    @izuanlamin2687 7 місяців тому +1

    Alhamdulillah bang. Terima kasih perkongsian. Insyaallah menjadi panduan buat youtuber baru baru mcm sy ni.

  • @JamainJohari
    @JamainJohari 8 місяців тому

    Saya tengok video pancing base on jenis ikan... contoh saya suka pemancing haruan dan siakap. So saya belajar cara pemancing yg efektif utk mancing ikan tersebut. So detail spec peralatan pancing tu mesti ada.

  • @johnpress7227
    @johnpress7227 7 місяців тому

    Assalammualaikum.. sekadar cadangan.. cuba berkomplot dgn youtuber2 pancing.. ada variasi sikit.. semoga maju jaya tuan 😊

  • @ZulNZ81
    @ZulNZ81 7 місяців тому +1

    Ariff fishing dah sohor.. kalau buat trip round² negeri bersama followers pun ok. Hadir support sifu.

  • @malaysiaangler6471
    @malaysiaangler6471 7 місяців тому +1

    Salam en.arif.. baik dari segi pandangan saya la.. apa yg di ketengahkan ada betulnya.. saya perasan lama dah, banyak youtuber ni.. x mampu nk melaksanakan video dari segi angle video, drone short.. jalan cerita.. penernagan, pengunaan sesauatu bahan atau umpan, zoom in out pada sesautu object.. contoh: kita pakai action camera kat dada...kita lempar umpan, tapi adakah penonton puas dari 1 video jika tiada video tambahan seperti, focus pada subject ( umpan jatuh + slow motion) cara ikan sambar dlm air.. semua peranan tu kene ambil kira.. tapi, saya faham.. kita x mampu sbb nk kene gajikan member yg ambil short dan angle berbeza.. sbb skill ni paling susah.. apa2 saya jngn berputus asa.. insyallah ada rezki jika kita usha

  • @seghi111
    @seghi111 8 місяців тому

    Kalau buat catch and cook lg layan kut..fuhh mantap

  • @muhammadsyazwar9616
    @muhammadsyazwar9616 8 місяців тому

    Saya suka tngok channel nie sbb bnyk yg di ajar....maklum lah tenaga pengajar kn..🤭🤭...cuma saya suka bnda baru kalau setiam mnggu cast kat tmpt sama bosan gak...mcm aritu tngok p turun hulu sungai...video tu saya suka sbb tmpat baru susasana baru ikan baru... Buat lh camping ka ke sunyai ka.. video lain dri cast kat muara tu..hahaha

  • @shideyzone5287
    @shideyzone5287 8 місяців тому +1

    Betoi tu sipoo. Kalau sapa buat kerjaya mmg susah sgt. Just layan sbg hobi pancing dan rekod video

  • @motorcyclesdream6921
    @motorcyclesdream6921 7 місяців тому +1

    Sebenarnya algoritm UA-cam dah berubah.. saya bukan UA-camr, tapi Blogger.. untuk makluman, bermula awal tahun ni, boleh dikatakan semua blog di seluruh dunia terkesan dengan update terkini Google.. sehinggakan ramai yang kecewa sebab jumlah trafik yang diterima sekarang ni sangat-sangat rendah.. tu tak kira lagi kejatuhan pendapatan dari Adsense sehingga 90 peratus.. dalam dunia blogger sekarang ni, ramai yang dah fedup dan ada yang bercadang untuk berhenti terus, kerana tidak lagi berbaloi.. tapi entahlah, mungkin situasi kejatuhan blogger sekarang ni sementara sahaja.. jadi begitu juga dengan UA-cam, aku percaya ramai yang menerima nasib yang sama dengan blogger.. namun apa yang pasti, TikTok boleh dikatakan menjadi penyebab utama kenapa ramai UA-camr dan juga Blogger masa kini yang kecundang..sekian, sekadar pandangan.

  • @ahutanld_channel3195
    @ahutanld_channel3195 8 місяців тому

    Salam.. cadangan sy, kena ada sorang teman mancing yg masuk air sikit yg boleh bt lawak dlm apa stuasi pun.. n pastikan jln cerita ada harinye gembira, sedih, seram dan babak yg pnonton ttunggu².. 👍

  • @mrmundoogaming828
    @mrmundoogaming828 8 місяців тому

    Cikgu buat tour 1 sabah ni cri lubuk2 yg power2,xkira la sungai ka laut ka ataupun sekadar survival,sebab sabah ni banyak hidden gems

  • @mshahrulaziz91
    @mshahrulaziz91 8 місяців тому

    awk tetap cikgu siakap sy arif fishing. jarang miss bedio cikgu.semoga akn ade lg vedio² menarik cikgu.

  • @mohamadamri749
    @mohamadamri749 8 місяців тому

    assalamulaikum abg ariff..pendapat saya..abg ariff try buat video review set tackle rod dan reel atau gewang2 yg killer..

  • @sansefishing9610
    @sansefishing9610 8 місяців тому +1

    Terima kasih semua tetap semangat, jadikan hobi mengedit dan upload video..

  • @ujangtasek7291
    @ujangtasek7291 8 місяців тому

    Bagi saya bang , sekarang memang ramai youtuber mancing , geng kayak je dah ramai , try lebihkan video tu selain dari mancing , contohnya bila dapat ikan masak kat situ , tunjukkan suasana & paling penting zaman sekarang kena ada banyak platform, tt , ig & sebagainya

  • @bkfishingchannel4397
    @bkfishingchannel4397 7 місяців тому

    Tetap semangat bang saya pun pemula tetap semangat niat yg betul dan ikhlas in Shaa Allah Ada jalan nya.❤❤❤

  • @amirulaiyad4715
    @amirulaiyad4715 8 місяців тому

    Teruskan cif percaya pada rezeki selagi ikhlas kalau nk berkongsi mesti jadi.

  • @pijanmadinil
    @pijanmadinil 8 місяців тому

    Betul tu bang. Wlpun dah 2 thn & msh lagi belajar berjinak2 dgn YT (subscriber pun blm sampai 200), tp saya tetap cuba mengabadikan momen2 indah utk ultimate hobi saya ini. Kekadang kita nak berkongsi cerita tu payah, moga dgn adanya chnl YT nie dptlah bagi diorang paham al-kisah seorang pemancing... gitew 🤭

  • @mdshafiee6392
    @mdshafiee6392 7 місяців тому

    Dunia semakin cepat berubah, untuk kekal perlu mampu ikut perubahan.terimakasih atas perkongsian ilmu dari cikgu,teruskan berkongsi mudah2an jadi ilmu yg bermanfaat pahala mengalir hingga Allah tentukan😊

  • @secebizstrike4101
    @secebizstrike4101 8 місяців тому

    Teruskan je. Anggap anda curahkan ilmu melalui video.

  • @lek_curut
    @lek_curut 8 місяців тому +1

    Cikgu arif buat bidio cmni pun syok layan.. Ni kan pulak video mancing... Hehehe.... Terus kan bang... Bagi saya video yg kita buat ni adalah untuk pengalaman dan kenangan kita di masa akan datang... Ada org tengok alhamdulillah...kalau xde xpela..janji ada video untuk moral kita sendri....tapi kalau yang mencari sumber pendapatan dari yt sy rasa ianya sngt terkesan.. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu... Aminnnn❤❤

  • @AzharJaa
    @AzharJaa 7 місяців тому +1

    betul tu...sy punya you tube pun dah kena tarik monetise sbb lama x upload video...
    tengok ada kwn yg dah puluh ribu sub pun dah pindah ke rumah hitam...
    tadi sje up video pendek kat yt ni..
    sje nak tengok view brp
    boleh pg😬😬😬😬😬

  • @paksusulung903
    @paksusulung903 8 місяців тому

    Betul apa yg cikgu cakapkan tu, zaman sekarang org nak cepat dapatkan informasi, panduan & belajar teknik, walaupun benda tu cikgu dah ada video dia tapi bagi yg baru singgah YT cikgu xnak tgk video yg lama (itu hanya pengamatan saya sahaja)... ada setengah org nak kan humor... Tapi kalo nak layan kehendak kesemua citarasa penonton susah juga, sebab cikgu cakap kita sendiri ada limitasi. Kena yg penonton faham betapa struggle nya nak buat vlogging xde masalah, cuma jenis generasi baru ni lain sikit....😅
    apa pun teruskan berusaha cikgu, saya tetap layan video cikgu...keep it up 👍

  • @matpayne8866
    @matpayne8866 7 місяців тому +1

    Ramai bersara dari arena mancing ni dan cuba hobi yg lebih bermanfaat

  • @mohdjohari370
    @mohdjohari370 8 місяців тому

    Cadangan saya agar banyakkan cara memancing. Contoh, try mancing kolam pula. Atau cari spesis ikan rare. Tak kira kecil atau besar, asalkan rare... Ini just pendapat saya sahaja.

  • @cvsil
    @cvsil 8 місяців тому

    Buat video berkenaan teknik/cara lain mendapatkan ikan selain memancing di sana cikgu..

  • @adiadlan11
    @adiadlan11 8 місяців тому

    Terbaik Bang, bagi nasihat pada yang youtuber yang baru nak up, dengan bagi pandangan yang berilmu dan berpengalaman serta mudah difahami mantappp..Joss Sandossss

  • @abangkarci7900
    @abangkarci7900 7 місяців тому

    teruskan saje buat video cikgu..kite x tau 5 tahun ke 10 tahun akan dtg you tube naik balik..lg 1 kita bole simpan video tu utk ank cucu generasi yg akan dtg...semangat & teruskan...kipidap

  • @mohdazim-fo9fv
    @mohdazim-fo9fv 8 місяців тому

    Saya support cikgu arif dari mula2 buat yt. Dulu tak dapat tittle cikgu pancing lg

  • @toxiedogmg4318
    @toxiedogmg4318 8 місяців тому

    9:00 aku rasa patut truskan dengan cara boss ku sndiri.
    🤔 ini cadangan ku la..
    Ariff kan busy xda masa bnyak .buat video di muara tu sllu apatalagi klau kluar p spot jahu² ...
    Apa kata klau ariff try buat video review reel gewang rod sebagai nya yang arga brpatutan Dan bagus untuk prmula... Arga yg bolh trcapai Dan bolh guna di mana² tmpat... Sebagai contoh reel Dari jenama SEASIR dn lain² la...
    Cadangan ni untuk penamba video sblum buat conten di muara la... Supaya views stiasa aktiff...
    Itu je la 😂

  • @mohamadhelmiChannel
    @mohamadhelmiChannel 8 місяців тому

    Sy sebagai peminat abg ariff teruskn usaha bang,sy pon baru berjinak buat2 video tapi matlamat sy buknla wang ringgit,matlamat sy hanyalah utk kenangan bersama rakan2,supaya boleh ditonton bersma di masa hadapan,setiap tahun ramai rakan2 yg pergi menghadap illahi,hanya video pengubat rindu..❤

  • @hermybaharuddin1285
    @hermybaharuddin1285 8 місяців тому +1

    Salah satu sebab, masa tu pandemik Covïd.. PKP.. Org ramai dok rumah.. Jd takda apa nak buat.. Org tgk UA-cam jer..

  • @manok7040
    @manok7040 7 місяців тому

    Jadikan video sebagai perjalanan dairi hoby memancing anda. Jgn fikir pasal byk mana nk dapat duit dari youtube, kan mmg dah ada fulltime kerja. Dgn mindset begini kita lebih bersantai dan zero stress bila menghasilkan video utk diri kita sendiri, bukan utk kepuasan org lain.

  • @bzwork9219
    @bzwork9219 7 місяців тому

    Keep It Up Bosku..

  • @TVMANCING
    @TVMANCING 8 місяців тому

    Info yg bermanfaat suhu😊

  • @ismailbinibrahimibrahim6048
    @ismailbinibrahimibrahim6048 8 місяців тому

    Assalamualaiku..sya suka tngok dihujung2 vdeo sja tangkapan hasil ikan...sb kebanyakan jln crita sama saja..dn kemukinan faktor usia sya skrg ni malas nk tngok vdeo atau tv... Trima kasih smoga cnel2 mmancing terus mnberi vdeo terbaik dn sentiasa brsemangat...

  • @Mrmama77
    @Mrmama77 7 місяців тому +1

    Salam tuan.sy ni minat mancing..dari kecil lagi hanya tali pancing yg digulungkan pada tin susu cap junjung....apa kata tuan buat live video..contohnya live ngn member 2kita ..pakat ramai2 yg minat mancing..turun ke satu spot xkisah lah air tawaq ka..ayaq masyin ka...janji..mancing hanya guna teknik gulung atau koyan kalo x silap saya..btg2 pancing serta mesin yg hebat..kasi rehat kat bonet keto..atau mano2 lah. ..just cadangan sahaja...

  • @muhammadtaufiq6738
    @muhammadtaufiq6738 8 місяців тому

    video abg sentiasa saya tggu untuk tiap2 mggu . abg perbanyakkan trip casting muara dan share lure2 yg abg selalu guna . sebab trip muara abg lebih menarik berbanding jigging laut dalam . itu pandangan saya😊

  • @faracechannel3020
    @faracechannel3020 7 місяців тому

    come on cikgu arif .. teruskan jgn putus semangat , sy masih lagi menunggu dan menonton video2 arif fishing .. 🫵🏽

  • @Dakotaz84
    @Dakotaz84 8 місяців тому

    buat merchandise masta...baju pancing atau apparel pancing brand ariff,key chain,lanyard jenama sendiri..sedikit sebanyak tambah income.Sayang nama dah ada kat malaysia.Tapi tak apa bang percaya dengan rezeki.Mana tahu jadi pengacara dalam TVS.

  • @asrulnizamaliamran3380
    @asrulnizamaliamran3380 8 місяців тому

    Assalamualikum Sifu. Keseluruhan apa yang diperkatakan memang dan sedang berlaku pada masa kini. Memang tidak disangkal lagi perubahan dan peredaran zaman memain peranan besar dalam segala aktiviti kita apatah lagi perihal memancing. Hidup kita ibarat roda dan ada kala kita diatas dan ada kala kita di bawah. Oleh itu untuk kita kekal dalam industri ini memang tepat seperti apa Sifu katakan iaitu kita kena ada perubahan untuk menyampaikan maklumat dan masa yang sama dapat menghiburkan penonton. Saya selaku peminat Sifu amat menyokong sepadunya atas usaha Sifu selama ini walaupun kita berada dalam negeri yang sama tapi tidak sekali dapat berjumpa. Apa-apa pun saya doakan semoga segala usaha Sifu dalam bidang ini mendapat kejayaan cemerlang dan kekal aktif untuk menghiburkan kami.

  • @FishingFishang
    @FishingFishang 7 місяців тому

    ada yg jadikan mata pencarian di utube mmg terasa skit.. kalu sekadar share hobi dan ilmu, just santai2

  • @huzaifahmuhalim1180
    @huzaifahmuhalim1180 8 місяців тому

    Salam tuan sy suke semua video tuan... Sy harap tuan kekal buat video... Tp sy harap tuan lebih kn lagi video ilmu2 yg tuan ada utk tujuan berkongsi... Sy suke tgk video ajar2 ni byk ilmu yg sy dpt... Bkn psl pancing je ape saje yg tuan rase ok bg tuan... Terima Kasih tuan kongsi ilmu2 selama ni harap tuan teruskn buat video yg best2 lg... Salam Dr ipoh PERAK 😊😊😊😊😊

  • @ahmadaizuddinvlog6293
    @ahmadaizuddinvlog6293 8 місяців тому

    Sebagai pemancing dan org yg minat sukan pancing..semestinya video yg menarik minat utk ditonton jika ada thumbnail strike mega2/gorgon size..sy personally suka tonton video concept documentary..mcm video2 roob ganesan..utk meneruskan subscriber trus setia menonton video kita..content dan storyline kena ada byk variasi..boating..landbase..kayak..jigging..casting..bottom
    Sy personally kalau video disajikan hampir sama saja setiap video..sy akan kurang minat nk tonton dah..Sekadar pandangan sy✌️

  • @NajmiAriff
    @NajmiAriff 5 місяців тому

    sekadar pandangan ...tuan boleh cuba buat reaction video pemancing lain yang tuan impress, then share pada umum....menarik juga