Eksplorasi Kisah Misteri Sejarah Islam

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 кві 2024
  • Mohon abaikan thumbnail muka stim gam cap senapang. Penat otak mengkaji, menapis dan mendeduksi rujukan dari pelbagai sumber.
    Bila terlalu banyak masa terluang, ada baiknya kita bebuat sesuatu yang berfaedah. Episod kali ini saya tidak pasti apa faedahnya, sekadar ingin membuka minda supaya kita dapat katakan dengan yakin bahawa selain untuk diambil ibrah, 'Quran is also a book of history not only story’.
    Secara ringkasnya, dalam video ini menurut pendapat saya:
    1. Ashabul Kahfi mengisahkan pemuda yang hidup dan ditidurkan oleh Allah swt di zaman kaum Yahudi dipaksa menyembah berhala oleh Raja Ahab dan akhirnya dibangunkan semula pada zaman Raja Koresh.
    2. Dzulqarnain adalah Raja Koresh berdasarkan peristiwa, dan persamaan yang terdapat dalam Book of Isaiah chapter 45 verse no 1,2 dan 13 dengan Surah al-Kahfi ayat 84, 86, 87, 88, 95 dan 96. Manakala catatan terperinci pembinaan Gates of Alexander dalam lagenda² Syria telah mengelirukan sejarawan islam terdahulu.
    3. Sejarah dunia pernah merekodkan pertembungan Raja Koresh dan Alexander dengan kaum yang berkelakuan seperti yakjuj makjuj di sekitar lokasi Geografi keberadaan yakjuj makjuj.
    4. Kisah Pengembaraan Alexander the Great mencari Elixir of Life yang berkemungkinan menjadi sumber inspirasi kisah Maul Hayah.
    5. Kandungan Kitab Enoch yang kontroversi yang berkemungkinan telah bercampur dengan kepercayaan Bani Qabil.
    Ruangan komen video ini telah ditutup secara otomatik oleh penyedia servis, mungkin kerana mengandungi isu² sensitif.

КОМЕНТАРІ •