Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

Ruang Temu SIAR : Fauziah Ahmad Daud - Sebenarnya saya tak minat berlakon....

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 гру 2023
  • Program Ruang Temu bersama penggiat seni yang mewarnai industri filem Malaysia.

КОМЕНТАРІ • 347

  • @SIARdottv
    @SIARdottv  6 місяців тому +27

    Terima kasih yang sudi singgah saluran UA-cam SIAR TV. Jangan lupa LIKE dan SUBSCRIBE 🙏🏻

  • @jamaluddindin1931
    @jamaluddindin1931 7 місяців тому +157

    Melalui wawancara ini, Fauziah Ahmad Daud memperlihatkan bidang lakonan sebetulnya adalah kerja dan seni yang serius bukan hanya di lihat sebagai ' lakonan semata-mata '

    • @shahrizanshahmir8799
      @shahrizanshahmir8799 5 місяців тому +5

      Betul cakap salah seorg perimadona yg terhebat yg masih ada lagi, semoga panjang umur rezeki kesihatan fauziah Ahmad daud

    • @danialirwan8746
      @danialirwan8746 4 місяці тому

      ​@@shahrizanshahmir8799aamiin

    • @mdyusofharun9182
      @mdyusofharun9182 3 місяці тому +2

      Betul... Artis skang dahlah xde bakat feeling diva je la lebih... Disiplin mmg out.. xlah semua tapi kebykkan nya mcm tu

  • @arsea5
    @arsea5 7 місяців тому +136

    Dulu saya pernah menjadi kru produksi sekitar 90an.. Kak Ogy menjadi pergarah sebuah drama ketika itu beliau sangat disiplin,tegas serta serius ketika berkerja dalam erti kata professional...Apa yg menarik perhatian saya ketika masa kru2 sedang berehat, beliau sorang yang peramah dan mengambil berat tentang kru2 yg sedang berehat.. 👏

    • @MsLinda201
      @MsLinda201 7 місяців тому +17

      Ali setan mmang history, fun gila movie ni, lgu pun best2.. Tapi Ali setan2 hampehhh, lemau!!!! Sapa lah punya idea ganti ogy dgn plakon lemauuuu.. So end up movie boringgggggggggg

    • @wafiyzainal
      @wafiyzainal 6 місяців тому +4

      Disiplin & tegas.

  • @shsharinasykhairodin1121
    @shsharinasykhairodin1121 7 місяців тому +55

    suka tgk Kak Ogy masa muda2 cantik sgt natural beauty.. & takde org yg boleh gntikan Kak Ogy mengacara melodi beliau terbaik

  • @doimijimmy9025
    @doimijimmy9025 7 місяців тому +82

    Sepatutnya ogy dah pun dianugerahkan gelaran datuk

    • @hafifahabdulaziz6428
      @hafifahabdulaziz6428 6 місяців тому +4

      Terfikir juga kenapa beliau blum terima anugerah Dato

    • @cheallyjentayukreatif6907
      @cheallyjentayukreatif6907 5 місяців тому +1

      Selayaknya dah kan

    • @user-ge4jf9hq8t
      @user-ge4jf9hq8t 4 місяці тому +2

      kannnn.... ni artis baru yg ntahapahapa dpt pulak dato'

    • @Kusmasuheiribinismail
      @Kusmasuheiribinismail 3 місяці тому +1

      Saya dengar gelaran Dato boleh dibeli saya rasa ogy pun boleh membelinya kalau dia mahu mungkin dia mahu yang original gelaran Dato

  • @azidinzidin4915
    @azidinzidin4915 5 місяців тому +26

    Ramai yg ckp beliau seorang yg lantang bersuara, tp bila kita kenal dr dekat memperlihatkan Kak Ogy seorang yg jujur brdasarkn pnglmannya jauh brjalan dlm dunia seni. Teringat msa sek dlu memang guru2 time tu memandang rendah pljar yg join bidang seni, depan mata aku melihatnya berbeda skrg dunia artis mulai trbuka utk smua lapsn masyrakat. Ttg artis x brdisiplin memang bnyak diceritakn artis senior. Artis Indonesia menerap kesenian sbg nilai komersial bukn krna glamour memang diakui krna bukn mudah utk brsaing hingga skrg dgn kesukaran utk mendpatkn pkerjaan dlm populasi yang tinggi brbnding Mlysia. Apa pn, Kak Ogy seorng yg berusaha keras dn serius sbg artis yg ptt dbyar mahal krna mnjdi contoh memanusiakn sesebuah watak. Smoga bliau kekal sihat dn murah rzki, aamiin👍🏽👏👏👏

  • @hazleenrose8865
    @hazleenrose8865 7 місяців тому +81

    Perkara yang I suka Kak Ogy ni. Sangat berpengetahuan, bercakap penuh keyakinan. Bicaranya tegas Dan berpendirian. English pun sangat bagus.

  • @zulfadzli1352
    @zulfadzli1352 7 місяців тому +59

    Seorang insan yg lahir dari keluarga 'bangsawan' seni yg tak pernah lokek dengan ilmu seninya... Walau beribu kecaman dilontarkan pada beliau, namun insan ini sentiasa tenang dengan senyuman..Bagi aku, Kak Ogy berhak mengkritik dan menasihati rekrut-rekrut baharu dalam alirannya..Dia berhak menghamburkan pujian malah cacian jika perlu untuk memastikan aliran seninya warisannya di landasan yang sepatutnya ia berada...'Overacting' 'Stereotype' dua perkataan yg menjadi titik panas pada mereka yg merasai zaman konfrantasi Primadonna ini...Sehingga terbitnya Drama ringan Pengantin Popular....Korang kalau nak jadi pelakon,harus tonton drama ini...walau hanya drama picisan, namun roh drama ini meresap pada yg menontonnya....HEBATnya Primadonna ini... Filem / Drama? jangan pertikaikan kehebatan Kak Ogy.... Nyanyian? sampai sekarang masih terngiang bait-bait lagu Rela Menanti....Pengacaraan? sampai sekarang aku berani cakap no body can beat Fauziah Hj Ahmad Daud....Melodi adalah OGY....selepas era Kak Ogy, dah xde siapa yg boleh meriahkan rancangan itu....ILMUNYA MAHAL....RUGI YG ADA DALAM SENI TIDAK MENUNTUT DARI DIA.... SHE IS ANOTHER LEVEL.... THE REAL MALAY FILM PRIMADONNA ....SALUTE, FAUZIAH HJ AHMAD DAUD

    • @shukri.9075
      @shukri.9075 7 місяців тому +4

      Agreed

    • @norhayatee6337
      @norhayatee6337 6 місяців тому +4

      Kerja bukan main main

    • @nazninnasir
      @nazninnasir 5 місяців тому +1

      Stuju

    • @zuzanaabdullah5139
      @zuzanaabdullah5139 5 місяців тому

      setuju

    • @mohdsyawal9211
      @mohdsyawal9211 3 місяці тому

      Kak ogy memang another level … nampak 𝐆𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 Tapi dia sebenarnye tegas dan menghormati seni itu ..

  • @rahimshamsuddin5255
    @rahimshamsuddin5255 7 місяців тому +59

    Terjebak menonton wawancara ini berdurasi 1 jam setengah rasa mcm sekejap. Sejujurnya sy dpt mengungkapkan Fauziah Dato' Ahmad Daud ini seorang insan seni yg sgt hebat sementelah keberuntungan nya juga mempunyai DNA dri keluarga seni. Yaa! kdg2 terlihat & mendgr ucapan dan kata2nya agak over serta berlebihan ttpi bila dilihat pd mata hati yg lbh mendlm sebenarnya Ogy ini sgt jujur , cerdik, berwawasan dan karismatik. Dalam gelak tawa dan bersulam sinis ttpi ada peringatan, pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan. Saya sejujurnya sgt terpegun, terduduk sy selama durasi itu tanpa rasa ingin berganjak . Syabas kpd penerbit rancangan SIARTV, serta kredit juga buat pengacara yg sy rasakan bukan kaleng2 utk menemubual Ogy kalau tanpa persediaan yg rapi. Satu rancangan yg sgt berilmiah.

  • @izzat_izzudin7287
    @izzat_izzudin7287 7 місяців тому +45

    Kak Ogy adalah insan seni yg berilmu tinggi dlm bidang lakonan dan nyanyian. Kak Ogy org yg lantang bersuara, bercakap terus terang, jujur dan bukan jenis playsafe. Selalunya org yg bersikap begini dianggap oleh org Melayu sbg angkuh dan kebiasaanya org Melayu xsuka org macam ni

    • @airtanganfauziahahmaddaud3782
      @airtanganfauziahahmaddaud3782 7 місяців тому +25

      Tak apa @izzat_izzudin7287 jika bangsa melayu tidak menyukai saya kerana saya lantang bersuara semata2 saya tidak mengizinkan sesiapa mengambil ruang dan peluang utk memperlekehkan saya dan kerana saya jujur kerana saya bukan manusia yang FAKE. itu bukan angkuh bg saya tapi jika mereka menilai saya sebegitu itu hak mereka. asalkan saya tidak bersikap biadab terhadap bangsa melayu mahupun bangsa asing dan saya hanya mahu menjadi diri saya Fauziah Ahmad Daud hamba Allah yang tidak suka berpura-pura. Terima kasih Encik Izzat.

    • @zaharinzaharudin3608
      @zaharinzaharudin3608 7 місяців тому +5

      @@airtanganfauziahahmaddaud3782 luv u kak

    • @jurnalmerahnakia3292
      @jurnalmerahnakia3292 7 місяців тому

      ​@@airtanganfauziahahmaddaud3782kak,saya suka cara straightforward akak tau,no nonsense

    • @kaklongsyg
      @kaklongsyg 7 місяців тому +2

      Rindu akk zaman melodi🎉

    • @amyhelmem
      @amyhelmem 6 місяців тому +1

      Berharap sgt semoga ada filem epic untuk seniwati Ogy

  • @nashrulhadi2359
    @nashrulhadi2359 7 місяців тому +41

    Suara Kekasih. Cinta terhalang antara Kak Ogy dan “Payung Kuning”

  • @jamsarishafiin875
    @jamsarishafiin875 7 місяців тому +28

    I'm love it primadona terunggul sepanjang zaman diva kak ogy uols 🥰🥰❤️

  • @Jamesroad12859
    @Jamesroad12859 7 місяців тому +21

    To all new actors and actresses out there... Please learn and learn from her Really admire her.. .

  • @ajeng_Ucie
    @ajeng_Ucie 7 місяців тому +20

    Saya dr indonesia,suka sangat dgn auntie ogy,semoga panjang umur,sehat dan suka tengok film" beliau.

  • @AbdHakim85
    @AbdHakim85 7 місяців тому +68

    Saya nak puji hos rancangan ni Pink Azwan yang nampak cukup bersedia untuk mengendalikan sesi bual bicara dan membuat research supaya soalan yg diajukan tidak nampak cetek dari segi nilai intelektualiti. Sesuatu yang hos talkshow bersama Ziana Zain di Sinar harus pelajari bila menemuramah tetamu.

    • @kakyahsungairiang2243
      @kakyahsungairiang2243 7 місяців тому +10

      Betul. Hos talkshow yang di Sinar tu dapat ramai sekali artis2 berkaliber tapi sayang soalan2 mereka tidak memperlihatkan nilai intelektualiti artis2 tersebut. Rugi

    • @datukkhairul
      @datukkhairul 7 місяців тому +10

      Setuju. Short sweet & simple. Padat lagi jitu. Tak meleweh leweh macam podcast Sinar. Nak tunggu introduce Ziana Zain hampir 4 minit. Banyak perbualan yang tak perlu untuk siaran. 2 host, serabut. Pink dilihat lebih fokus, dan soalannya ada connection dgn penceritaan dari satu cerita ke satu cerita.

  • @haslindabt.hajihassanrural6656
    @haslindabt.hajihassanrural6656 7 місяців тому +16

    paling best Suara Kekasih...miinat sangat filem ni..mcm kisah hidup saya...cinta tetap utuh wlaupun tidak bersama

  • @BerduaDiLangitBiru
    @BerduaDiLangitBiru 7 місяців тому +30

    Dlm byk2 filem kak ogy, paling suka suara kekasih.. lagu2 semua berhantu & kak ogy sgt stylish dlm filem tu… akhirnya kak ogy mengaku tu mmg based on kisah dia..🫣

  • @nuruljumaah3952
    @nuruljumaah3952 7 місяців тому +26

    Hebat Seniwati Fauziah Ahmad Daud.. ❤❤❤❤ Daripada Acuan begitulah Kuihnya.. 🎉🎉🎉 Begitu Hebat Ibu Ayahnya..

  • @aqliqahar7744
    @aqliqahar7744 7 місяців тому +20

    Beliau adalah salah seorang artis yang boleh digelar "pelakon" dan masih hebat sehingga sekarang.Artis lain tidak layak bergelar pelakon tetapi "pekayu".

  • @magda23324
    @magda23324 7 місяців тому +17

    aku paling suka kak ogy jd pengacara Melodi. sebak dada aku tngok kak ogy dlm podcast ni. kak ogy tkda galang ganti, kak ogy trademark brand tersendiri, semoga kak ogy teros pnjg umo sehat2 murah rezeki selalu Amin

  • @faizolvetpb
    @faizolvetpb 7 місяців тому +36

    Sejujurnya saya amat suka podcast atau interview pelakon-pelakon atau artis lagenda begini.. Harap lepas ini ada lagi artis lagenda.. Seronok dengar pengalaman diaorang.. Good Program..

    • @halimahdaud1396
      @halimahdaud1396 7 місяців тому +1

      👍👍👍 saya setuju jgn dah tak ada baru nak buat video kisah orang2 legend

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  6 місяців тому +2

      Terima kasih. Teruskan menyokong SIAR!

  • @femmesIntroverties
    @femmesIntroverties 7 місяців тому +14

    Walaupun org kata kak ogy loud la itu la inilah tapi bagi orang yg pernah jumpa beliau dibelakang tabir beliau ni sgt sgtlah lucu dan sangat2 respect org lain juga dia tak fake langsung. Masa jumpa tu walau 10min masih berbekas diingatan akan layanannya. saya cuma freelance MUA utk 1 program tv3 waktu tu beliau hadir belakang tabir dan nampak sibuk tapi masih luang masa sembang dan ambik gamba dgn group kami. Setengah2 artis dgn mua belakang tabir ni dia tak heran kadang tgk pun sipi2 je banding jika dgn peminat. Tapi kadang artis ni lupa MUA ni pun adalah diantara peminat juga. Semoga kak ogy akan terus maju jaya dlm apa jua dilakukan. Kita semua patut proud dgn beliau yg tulus dlm kerja kerjanya.

  • @azrulazi2907
    @azrulazi2907 7 місяців тому +22

    What I can describe about kak Ogy a.k.a Fauziah Dato' Ahmad Daud are GIFTED & TALENTED...❤❤❤❤.
    Sejak kecil sampai saat ini,lakonan kak Ogy amat saya kagumi. Bila mendengar wawancara melalui SiAR TV channel ini,saya dapat merasakan bahawa kak Ogy adalah seorang pelakon berkarisma yang bertaraf Oscar...semua filem lakonan kak Ogy saya tonton berulangkali. Kalau ada peluang belajar ilmu asas lakonan dengan kak Ogy,saya sanggup.

  • @nuridaw9586
    @nuridaw9586 6 місяців тому +12

    Rasa macam nak tengok semula Dewi Cinta dan Gadis Hitam Putih. Sekarang dah tiada ye usahasama Malaysia-Indonesia. Ucapan penutup Ogy sangat inspiring 💪

  • @sheilaphilip8161
    @sheilaphilip8161 7 місяців тому +30

    Program Ruang Tamu dlm SIAR ni Harus di teruskan dan di pertahankan utk tatapan dan Tauladan kpd Generasi2 baru❤

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  6 місяців тому

      Terima kasih. Teruskan menyokong SIAR!

  • @hanankhaira3144
    @hanankhaira3144 7 місяців тому +35

    when you talk with people who have knowledge with smart brain, the podcast is very interesting... Saya menonton tanpa jemu, sedar² dah habis.... Love it‼️😍🥰

  • @adiezra9957
    @adiezra9957 7 місяців тому +27

    Selayaknya gelaran Datuk!
    :😮Bang boleh buat podcast utk primadona tanah air 80 90an.
    Noorkumalasari S roomai nor puhlezzzz ❤ !

    • @faizalmamat8503
      @faizalmamat8503 7 місяців тому +2

      Noorkumalasari please.....🙏🙏🙏🙏

    • @mardhiahothman9380
      @mardhiahothman9380 7 місяців тому +1

      Yes please

    • @amyrinee
      @amyrinee 7 місяців тому +3

      Tu la kan, beliau lyk dpt gelaran tu lbh awl

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  6 місяців тому +1

      Terima kasih atas cadangan. InshaAllah kami akan usahakan

    • @isham8419
      @isham8419 6 місяців тому +1

      Harap Seniwati Noorkumalasari pula dijemput selepas ni…

  • @zynedynyazitsuratman3271
    @zynedynyazitsuratman3271 6 місяців тому +12

    Film pertama yg aku paling aku suka & meminati lakonan Kak Ogy ni adalah film Abang tahun 1981 sutradara Dato Rahim Razali ...terserlah bakat semula jadi dari naluri ibunya Seniwati Sadiah..juga film yg first buat aku menangis & bila dengar nyanyian lagu Ost filem Abang iaitu Simfoni Kasih dari Kak Ogy sgt2 menyentuh di kalbu & seakan mewakili wataknya sbg adik bongsu yg terlalu menyayangi abgnya lakonan Dato Rahim Razali yg sudah kembali setelah 10 tahun menghilangkan diri ke luar negeri...

  • @hafizulhadzir6899
    @hafizulhadzir6899 7 місяців тому +24

    Host podcast ni saya sangat suka. Ada homework, soalan sangat baik, respon dan reaksi yang tidak menenggelamkan tetamu. Selain DJ Nazz, ni 2nd host feveret saya.

  • @artstud78
    @artstud78 7 місяців тому +38

    Hos dah btul2 bersedia nampaknya. Ni baru btul. Ogy legend. 80an mmg milik dia lah. Time tu urtv penuh gambar dia je. Aku rasa dia tak dapat dato sbb biasanya anugerah tu dari pahang. Jadi faham2lah ye haha.

  • @shukri.9075
    @shukri.9075 7 місяців тому +15

    Semoga allah merahmati kak fauziah bt ahmad daud, di beri kesihatan yg baik, dan di permudahkan segala urusan, aamiiin .❤ 🤲

  • @jurnalmerahnakia3292
    @jurnalmerahnakia3292 7 місяців тому +10

    Membesar dengan menonton lakonan Kak Ogy.
    Watak apa pun dia bawa memang menjadi.

  • @ahmadman6924
    @ahmadman6924 7 місяців тому +12

    Mmg terbaik pelakon dulu2 bila menjiwai watak..terbaik kak ogy..alfatihah buat ayahda,Dan bonda bonda kak ogy..

  • @WadaCollection
    @WadaCollection 7 місяців тому +11

    Seronok dengar Kak Ogy bercerita,ingatannya sgt kuat masih ingat hal2 berpuluh2 tahun dulu👍

  • @secretsoul6882
    @secretsoul6882 6 місяців тому +9

    Seronok dengar Fauziah Ahmad Daud bercerita, rasa mcm dgr org yg kita kenal dah lama. Seronok smbil kerja sambil dengar... Interviewer pun "study" fakta, tu yg bagi licin je citer.

  • @kaydeenjasz6546
    @kaydeenjasz6546 7 місяців тому +15

    Sehingga Kini Saya Masih minat giler dgn filem Ali Setan.. love it❤

  • @user-wd2og6qf9w
    @user-wd2og6qf9w 7 місяців тому +16

    Tahu menghormati kru terutama senior dan x malu bertanya rajin menimba ilmu ,waima ibu bapanya pelakun hebat jika malas belajar, mencipta nama dgn usaha sendiri tidak pernah manafatkan nama kedua orang tuanya untuk meraih kejayaan n populariti.. BBNU harusnya mencontohi sikap yg ada pd primadona hebat ini..Kak Ogy tetap relevan dr zaman analog hingga era digital..

  • @abdzakzul7205
    @abdzakzul7205 7 місяців тому +13

    salute kak Ogy.. kata2 akhir mmg memberi kesan.. kalau drama atau filem dulu tgk berulang kali x jemu.. sebab ade kualiti.. tapi drama sekarang di ulang pun x nak tgk sebab byk pd populariti pelakon itu.. terima kasih atas segala usaha..

  • @susutea275
    @susutea275 7 місяців тому +11

    Semoga kak ogy, dibawah rahmatNya selalu dan berjaya dunia akhirat.

  • @nazurahismail
    @nazurahismail 7 місяців тому +16

    Sebagai generasi baru saya suka dengan wawancara mcm ni penuh dengan kata kata yg bernilai, pengajaran yg baik dan juga perbezaan disiplin artis dahulu dan sekarang walaupun tidak semua. Apa apa pun❤ kak ogy.

  • @adji_ramlee6889
    @adji_ramlee6889 7 місяців тому +10

    I ❤ Azura ❤ Asmidar dan pemegang wataknya Kak Ogy @ Fauziah Dato Ahmad Daud..terlebih kagum lagi pada Allahyarhamah Bonda Saadiah . Semoga rohnya dan Ayahanda Dato Ahmad Daud ditempatkan bersama orang² yg beriman.. aamiinn 🤲

  • @MrJackrockerman
    @MrJackrockerman 7 місяців тому +20

    Relax je kak ogy.. real 👍
    Takde pun kerex2 nak cover2 dan poyo..
    Pasal dia betul2 orang seni, anak kepada legendary..
    Betul2 terlibat dlm seni dari kecik..
    Artis skg ni, ntah dari mana dtg, sifat pun da nampak poyo dan tak real .

  • @MsLinda201
    @MsLinda201 7 місяців тому +13

    Waaaa... Terbaek, akhirnya kak ogy primadona Malaysia on air... Tenkiuuu❤❤❤.. Cuma syg too short, x puas lah dgar.. But truly indeed, Azura the best romantic film ever in malaysia.. Lgu2 pun best.. Kudoos ogy & dato jamal.. ❤❤❤❤❤

  • @QueenAdinda38
    @QueenAdinda38 7 місяців тому +10

    Betul tu kak Ogy. Saya tertunggu-tunggu dpn tv utk nk tgk drama Ayahanda. Sbb pelakon² dia semuanya berbakat dan blh berlakon. Jln crita pun x cliché, lain drp yg lain dan semua watak hidup dlm drama tu. Lg 1, drama sebegitu terasa dkt dgn kehidupan kita berbanding dgn drama yg sorang kaya sorang miskin, kahwin terpaksa, kena sondol. Drama yg mcm tu semua saya x tgk. Sbb dh tau the end dia mcm mna.

  • @fazleemarantika5125
    @fazleemarantika5125 7 місяців тому +20

    Hargailah Lagenda ketika beliau ada.

  • @Biskawit
    @Biskawit 7 місяців тому +19

    Host ada buat homework...tahniah..flow interview smooth je dan santai tanpa dipaksa2...memang terbaik.❤

    • @ammarzakwan3554
      @ammarzakwan3554 7 місяців тому +5

      benar. soalan pon bijak. seronok dgr. suara pon sedap bila dgr hahaha

  • @hannah-wb8sh
    @hannah-wb8sh 7 місяців тому +8

    1st time I watch siartv & Sgt happy to come to watch this with Kak ogy..she super talented n seronok dgr cerita dia

  • @scharulelhaleem2467
    @scharulelhaleem2467 6 місяців тому +8

    Kak Ogy.. I think u deserved a title as a somebody due to ur vast experience and deep knowledge along ur arts of journey.. i believe many of fans really appreciate ur presence very much in Malaysian acting industry 🌹✨

  • @peghioknasikchek2824
    @peghioknasikchek2824 6 місяців тому +7

    Ogy !!! 😍
    My idol !!! 💖
    Forever !!! 💐😘😘
    PUAS HATI !
    Terima kasih SIAR & TEAM ! 💞

  • @dzulghafar77
    @dzulghafar77 2 місяці тому +1

    Sejak langgan UNIFI , dah lupa dah program A**tro... Sbb cerita kat Siar ni lagi best.... Walaupun di ulang² selama sebulan cerita ikut tema bulanan, tak bosan tonton.. sbb ceritanya zaman saya tak mampu nak g wayang tengok kat pawagam... Best!! Syabas SIAR... terbaik!!! ❤❤❤

  • @lynnsweetie9685
    @lynnsweetie9685 7 місяців тому +16

    Temubual seniwati lagenda dan jelita Uji Rashid pula selepas ini okey😊. Fokus kepada 3 filemnya yg paling menonjol- "Permintaan Terakhir", "Langit Tidak Selalu Cerah" dan "Yassin". Mungkin boleh diajukan soalan kepada beliau apakah banyak tawaran lakonan filem lain yang terpaksa beliau lepaskan lantaran Uji Rashid juga merupakan penyanyi paling popular pada era kegemilangan beliau. Rindu nak menonton filem Yassin lakonan kak Uji bersama abg Eman Manan. Babak di mahkamah kanggaru kak Uji cukup cemerlang💖💖💖💖💖

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  6 місяців тому +2

      Terima kasih atas cadangan. InshaAllah kami akan usahakan

  • @madienamia5219
    @madienamia5219 7 місяців тому +5

    You're the best , Ogy Ahmad Daud. Wl apa pun org kata n dugaan yg kk ogy hadapi u mmg seorang yg sgt2 hebat dlm dunia lakonan.. dan sy rasa pelakon zaman2 kak ogy mmg the "real pelakon". Semoga akk dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yg berpanjangan.

  • @sitinuriatistudio
    @sitinuriatistudio 7 місяців тому +7

    SubhanaAllah, banyak kata2 hikmah daripada Kak Ogy. May Allah bless you, Kak.

  • @minaibrahim3477
    @minaibrahim3477 6 місяців тому +4

    Kakak memang meminati fauziah Datuk ahmad Daud sedari dulu dia memang hebat semuga dia di panjangkan usia di murahkan rezeki sehingga akhir hayatnya.

  • @capt.atiny88
    @capt.atiny88 6 місяців тому +6

    Kalau dgr cara dia bercakap, teringat kat mak... 😊 Sebijik!

  • @matahari5066
    @matahari5066 7 місяців тому +19

    Ogy nie bagus tapi bila ada kesilapan2 kecil sebagai seorang manusia yg dilakukan terus ramai mengecam.saya menonton filem dia dari dia remaja lagi.

    • @airtanganfauziahahmaddaud3782
      @airtanganfauziahahmaddaud3782 7 місяців тому +6

      @matahari5066 mereka yg mengecam tu selalu berfikir yang mereka itu " Holier Than Thou" biarkan la mereka. Asalkan saya tidak bermusuh dgn mereka dan saya masih lagi boleh beradab pada mereka. 😊

  • @hudaalias4954
    @hudaalias4954 6 місяців тому +13

    Nampak yg kak ogy sgt selesa ngan interviewer...kita pun rasa enjoy...

  • @user-zh7xv2kg8b
    @user-zh7xv2kg8b 6 місяців тому +3

    BELIAU...FAUZIAH AHMAD DAUD...ADALAH SENIWATI...SEBARIS DENGAN SENIWATI SENIWATI YANG TERDAHULU...SEBARIS ARWAH BONDANYA...SENIWATI SAADIAH..DAN SENIWATI YANG LAIN..!
    SEMOGA SENIWATI FAUZIAH AHMAD DAUD ...TETAP MENJADI KEBANGGAAN KITA RAKYAT MALAYSIA YANG MENYANYANGI DAN MENGHARGAI SATUSATUNYA...YANG BETULBETUL MEMBUAT KITA MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SENI PERFILEMAN TANAHAIR..!!!

  • @kukuhikal7860
    @kukuhikal7860 7 місяців тому +12

    Primadona Tanahair ogy dato ahmad daud

  • @user-ze4zi1oz6j
    @user-ze4zi1oz6j 7 місяців тому +11

    sebagai seorang pengkarya seni dan pemain industri, i really appreciate this podcast.. memang ilmu2 mahal dari kak ogy ni bukan senang2 kita dapat. Good job SiarTV, teruskan.. kita perlu ilmu2 penting ni untuk memartabatkan seni. bak kata kak ogy setiap adegan yang ditulis mesti bersebab. Dan begitulah keperluannya Siar TV ini.. sebuah adegan bersebab untuk meramahtamahkan pemikiran generasi2 pelapis, supaya kenal apa itu ilmu seni lakon dan seni layar.

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  5 місяців тому

      Alhamdulillah teruskan menyokong SIAR

  • @faizahfaizah1236
    @faizahfaizah1236 7 місяців тому +12

    Temubual Adik ogy.. Fadzlina pun lakonan nye hebat..

  • @seriwaniseribulan3861
    @seriwaniseribulan3861 6 місяців тому +5

    Assalamualaikum baru tgk seniwati untie Ogy ... Best sgt rasa sekejap je di temu bual .. pengacara pun sgt bagus dgn soalan2 yg berperingkat. .. lepas ni boleh temu ramah Seniman Uncle Eman Manan pula ya ..

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  6 місяців тому +1

      Terima kasih atas cadangan, InshaAllah kami akan usahakan

  • @sanizakir3858
    @sanizakir3858 7 місяців тому +11

    Seorang seniwati sejati

  • @WhiskerWonders-gc2kb
    @WhiskerWonders-gc2kb 7 місяців тому +12

    kak Ogy kena buat buku...

  • @zaharinzaharudin3608
    @zaharinzaharudin3608 7 місяців тому +6

    hos dtg bersedia dan dgn cool

  • @nickihannamontana4930
    @nickihannamontana4930 7 місяців тому +5

    Sangat clear & seronok dgr penjelasan OAD. UR excellent Ogy..... ❗❗❗

  • @ambrovalin2995
    @ambrovalin2995 7 місяців тому +4

    Lagu Fav saya : Pelayaranku
    Telefilem yg meninggalkan kesan : Keruh di Muara, adegan di sawah padi

  • @josephdzu3141
    @josephdzu3141 6 місяців тому +7

    Kak Ogy nampak happy masa ditemuramah. Host hebat buat guest rasa selesa.

  • @dianeali9711
    @dianeali9711 7 місяців тому +7

    Pelakon2 dulu masa wayang hitam putih masih dikenang smpi skru sbb mutu lakonan yg hebat tak bergantung hanya pd rupa paras..skrg rmi cantik tapi belakon kdg2 kita tak nak repeat tengok😅

  • @AbdulRazak-vv8jv
    @AbdulRazak-vv8jv 5 місяців тому +1

    Aku suka banget nonton persembahan arwah ayah bonda FAD. Nyanyian Ah mad Daud vokalnya terbaik. Sebutannya tepat gaya lenggoknya mempesona dengan suara yang gemersik beralun molek. Bondanya seniwati amat mempesona atmajiwa❤❤❤❤

  • @amirsufee7180
    @amirsufee7180 7 місяців тому +6

    Ni baru betul betul lejen...

  • @user-mj3xp3yi8h
    @user-mj3xp3yi8h 6 днів тому

    Alhamdulillah trimakase berkongsi vdeo bernilai ini 🤩Masha Allah kak Ogy🎉💖👍🌟Mahal sungguh pengalamannya dan kurnia Allah pada dirinya yg mudah terasa perasaan orglain 🥰🌟🇧🇳🙏🏼Salam semua 💖🎉 Nasehat2 yg sungguh berguna terutama pd zaman yg penuh pancaroba dan ganjil2 ne..

  • @norafiqahfatehajasir5107
    @norafiqahfatehajasir5107 7 місяців тому +12

    kak ogy...sbb tgk ali setan la..saya nk sambung belajar...nk jadi pelajar universiti..

  • @wafiyzainal
    @wafiyzainal 6 місяців тому +3

    Betul kata Kak Ogy... ' Mutu Kerja ' yang bagus dan bermutu. Ikhlas dalam Bekerja .

  • @zankzluve9075
    @zankzluve9075 7 місяців тому +6

    @airtanganfauziahahmaddaud3782
    Alhamdulillah tengok #KakOgy lepas rindu kat arwah mak.. Mak minat Sgt ngn #KakOgy.. Nama mak kita sama 'Saadiah'.. Al-Fatihah buat arwah mak abah dan juga buat arwah mak n arwah ayah #KakOgy ❤

  • @FarihinAlIvani
    @FarihinAlIvani 6 місяців тому +7

    English dia baik. Apabila dia bercakap sangat jelas.

    • @tinaaybtina
      @tinaaybtina 5 місяців тому +2

      Younger days she was educated in Singapore at Balestiar Primary school from Pri 1 to Pr 5....

  • @abdullahhalim818
    @abdullahhalim818 5 місяців тому +1

    Host bagi aku cukup bersedia dan berpengalaman.Soalan yang ditanya tak mengarut..Teruskan Siar tv untuk menjemput sesiapa shj yg layak utk share their knowledge.

  • @user-zn5fs7lr4b
    @user-zn5fs7lr4b 7 місяців тому +5

    Ogy klo berakting kayak beneran... Dari dulu sampai skarang.... Dia juga pernah mainfilm dgn aktor indonesia richie richardo... Ada filmx jadi peguam/pengacara bersama sofan sopian... Sangai menjiwai..

    • @lenovotab6445
      @lenovotab6445 6 місяців тому

      filem dewi cinta banyak kali ulang x puas tonton

  • @MuhammadMuhammad-ew2en
    @MuhammadMuhammad-ew2en 5 місяців тому +5

    Salam dari Singapura...
    Agarnya kalau saya berlakon di samping kak ogy...watak adik nakal,
    konfirm rambut nie kena tarik² dan mata lebam²
    ...baru betol...kena pakai air mo terusss....
    Alfateha buat Arwah datuk saya- Yusof Latif.

  • @qamalazlan3128
    @qamalazlan3128 6 місяців тому +5

    Seniwati saadiah mmg hebat pd zamannya. Corak Lakonan dia mcm mendahului zmn kot. Audrey hepburn Malaya. Then comes ogy, the embodiment of her parents.

  • @oddessysa3846
    @oddessysa3846 5 місяців тому +1

    terima kasih platform siar menyiarkan kembali filem lama... ia merupakan penghargaan pada pengiat seni seperti pelakon Fauziah Haji Ahmad Daud...dan terima kasih bual bicara seperti ini....moga success sentiasa SIAR .. #hargaititikpeluhanak²seni

  • @FarihinAlIvani
    @FarihinAlIvani 6 місяців тому +4

    kalau ada buku tentang ogy saya akan beli, macam seronok dengar pengalaman dia

  • @adiwarna.
    @adiwarna. 2 місяці тому

    kak ogy memang terbaik. teringat masa ikut bengkel kelas lakonan bawah dia. cukup teliti. perfect.. lepas kelas..siap belanja makan2 lagi. watak macam seorang kakak bila luar kelas.

  • @nuruulain
    @nuruulain 10 днів тому

    I have been in love with Fauziah Ahmad Daud since I was 12 years old, and have always dreamed of becoming an actress because of her, I have watched almost all of Fauziah Ahmad Daud's movies, and I love the 80s era more and more because she, she is the number one Primadona of the 80s era in Malaysia, and an artist who deserves the title of 'Datuk' at her current age, she deserves it, Ydb Ogy Ahmad Daud ♥️.

  • @onilelfino5598
    @onilelfino5598 7 місяців тому +11

    Tenaga kak ogy buat pink jadi lebih bermaya... 😊

  • @sakinahhamid4962
    @sakinahhamid4962 5 місяців тому +1

    Kita se usia. I love this interview. You are amazing. Mmg betul actor skrg tkde quality. Especially tkde moral values. .we salute all veterans...Goodluck always.❤

  • @faitv7521
    @faitv7521 6 місяців тому +2

    terbaik podcast ni, saya dari zaman sekolah menonton filem azura, Ali Setan dll lakonan Kak Ogy, amat inspiring. Pelokn-pelokn dulu bermutu dari segi lakonan dan memupunyai ilmu yang amat luas.

  • @eijaeijacute
    @eijaeijacute 2 місяці тому

    Kak ogy memang primadona hebat antara filem lakonan kak org yg saya suka suara kekasih n ops belantara...lagu nya pun best semua...lagu yg paling sy suka lagu senandung duka

  • @michicolattinozakaria9357
    @michicolattinozakaria9357 7 місяців тому +3

    Rentak desa sngt2 Sy minat filem ni

  • @poziahothman4335
    @poziahothman4335 7 місяців тому +10

    Ustazah..fauziah Ahmad daud😊

  • @pawieification
    @pawieification 6 місяців тому +2

    saya amat kagum dan teruja menonton SIARTV yang menampilkan Seniwati Fauziah Ahmad Daud ( Kak Ogy) untuk diwawancarakan .
    Penyampaian beliau dari kisah sebagai penyanyi yang bakatnya saling tak tumpah dari Bapanya Allahyarham Dato Ahmad Daud dan bakat lakonan dari Allahyarhamah Saadiah .
    Pengkisahan beliau sebagai personaliti seni sekitar tahun 70an dgn filem pertama( hati batu) hingga ke tahun 80an, 90an dan kini .
    Pengkisahan beliau dalam dunia lakonan , serta lakonan beliau yang saya sangat kalau blh tabik spring 🫡🫡🫡 ialah filem esok untuk siapa yang mana bila sebut saja tajuk filem ni , saya pastinya akan teringat scene yang blh menghantui saya malah menghantui pelakonnya sendiri, adegan mabuk dan mati dalam Bath Tub .. i salute to her for fullfill with deepest acting with heart and she tell how hard she acting the scene with Allahyarham Latif Ibrahim . Filem yang agak berat untuk ditonton berkali-kali kerana emosi , psycho dan suasana situasi nya .
    Lanjut ke filem Azura yang kalau sebut tajuk dilem ini maka seluruh generasi akan ingat , geng2 moto cukup suka dgn nama filem ini , bagaimana pengkisahan beliau terhadap kisah ini yang menanmpilkan Raja Pop , Dato Jamal Abdillah , wlaaupun dlm filem itu watak Jamal Abdillah lebih cenderung kepada “ aku kata A , A lah , bukan B atau C” dan filem ini lantas memjadikan beliau populariti mekar dlm dunia perfileman masa itu .
    Ali Setan , siapa tak tahu betapa setan nya tajuk filem ini sampaikan Ali je mesti akan dikaitkan dgn Setan , Ali setan ( jgn fikir yang lain ya pembaca komen yg lain - ini berkisar komen n appreciate to who acting of Ali setan ). Adegan Spontan , komedi romantik beliau dlm filem ini melonjakkan nama beliau sampai meniti bibir masyarakat kerana filem ini .
    Seterusnya beberapa filem beliau yang lain yang kalau Ogy saja yang berlakon pastinya akan lekat dihati para penonton dan mungkin oara peminat beliau .
    Bagi saya keterampilan beliau dalam menghidupkan seni lakonan seperti menenggelamkan bakat nyanyiqn beliau sedangkan beliau sendiri berkata pada awalnya tidak minat berlakon .
    Bagi saya beliau seperti seorang Ibu dalam dunia seni lakonan. yang harus anak2 seni ikuti kerana apa yang beliau sampaikan punya ilmu dan falsafah untuk mereka yang bergiat atau bakal bergiat dlm bidang swni .
    seorang yang boleh bwrlakon dengan Figura hebat spt
    - Dato Jamal Abdillah
    - Arwah Ahmad Yatim
    - Dato Rahim Razali
    - Azmir Mustafa (Allahyarham)
    -Dato M. Nasir
    - Eman Manan ( X-husband beliau)
    Nasihat beliau pada sesi akhir blh jugak diambil pelajaran walaupun dituju khas kepada para pelakon n bidang seni tetapi blh digarapkan untuk kita jugak yang mungkin dlm bidang yang lain2.
    For me , She was like a mother for them , actir n actress .. one word from her talk like a gold turn out for us .
    itu lah sedikit bingkisan komen dari sya , 1st time my comment with few of word like this .

  • @bogontukangmuzik1623
    @bogontukangmuzik1623 5 місяців тому

    Saya Salute Pelakon2 lama...terima kasih atas segalanya...kenangan dan memori zaman dulu2 sentiasa terpahat didada ini melalui filem2 lama.

  • @qwertqweft4979
    @qwertqweft4979 5 місяців тому +2

    Itulh lagenda fauziah ahmad daud yg tiada tolok banding nye.TABIK SPRING U OGY
    KITA SEBAYA

  • @norfarinakamaruddin9898
    @norfarinakamaruddin9898 10 днів тому

    Host paling best dlm siri podcast yg saya pernah dengar. OAD is such a talented and beautiful inside out. Semoga Allah beri kesihatan pd host dan OAD. SIAR boleh kekalkan topik sebegini, padat dgn guest yg berilmu penuh pengalaman dlm bidang masing2. Tak perlu ada isu viral.

  • @Jelo-tv5ik
    @Jelo-tv5ik 10 днів тому

    Dalam filem ABANG...scene paling suka masa Dila gaduh dengan Farid (Ahmad Tamimi)...dan Dila marah Farid tengah drive dalam kereta ketika on the way balik kampung.

  • @azurenoora5419
    @azurenoora5419 7 місяців тому +2

    Best interview ni...terbaikkk...tgk sampai habisss..rasa rugi nak skip...& hampir semua cerita dlm intview ni sy dh tonton❤❤❤

    • @SIARdottv
      @SIARdottv  6 місяців тому

      Alhamdulillah terima kasih. Teruskan menyokong SIAR!

  • @izzat_izzudin7287
    @izzat_izzudin7287 7 місяців тому +18

    Kenapa host xsentuh pasal filem Puteri? Itu pon filem arahan Rahim Razali dan filem kedua Kak Ogy menang Pelakon Wanita Terbaik

    • @sjkcsglui2595
      @sjkcsglui2595 7 місяців тому +3

      tertanya-tanya jugak

    • @isham8419
      @isham8419 6 місяців тому +1

      Ya betul… Puteri sebuah filem yg hebat… mula2 saya ingatkan saya yg terlepas dengar… rupanya mmg tak disentuh… padahal kak ogy ada sebut sedikit masa disentuh tentang filem Rentak Desa (tentang belajar silat)

    • @sjkcsglui2595
      @sjkcsglui2595 6 місяців тому +2

      @@isham8419 saya rasa host tak abes study mengenai filem2 Fauziah Ahmad Daud...

  • @azizamir8158
    @azizamir8158 2 місяці тому

    seorang seniwati yg bijak, penuh disiplin & jati diri serta kaya dgn ilmu & pengalaman. a true gem in our industry.

  • @muzakkirabdanrahman6768
    @muzakkirabdanrahman6768 5 місяців тому +1

    sy kehilangan kerja..tgh mencari kerja lain..agak down dgn mcm2 masalah,kewangan family,anak bini..tp sbb kak ogy..saya rasa semangat blk...ty kak

  • @yatiesulaiman8499
    @yatiesulaiman8499 6 місяців тому +2

    Love kak Ogy . dari saya sekolah sampai sekarang