Tutorial Cara Mengisi Aktiviti PLC ke dalam SPLKPM tahun 2024 | Myra Sibeh
Вставка
- Опубліковано 7 лют 2025
- 1 aktiviti PLC yang didaftarkan ke dalam SPLKPM bersamaan 5 mata kredit
Maksimum mata kredit bagi aktiviti PLC pada tahun semasa ialah 20 mata kredit.
*Oleh itu, seseorang pegawai PPP sekurang-kurangnya mengisi 4 aktiviti PLC bagi mendapatkan maksimum 20 mata kredit (4 PLC x 5 mata kredit : 20 mata kredit)
Namun demikian, anda boleh mendaftarkan aktiviti PLC lebih banyak dan tidak terhad ke dalam SPLKPM. Namun, anda hanya akan diberikan maksimum 20 mata kredit dalam setahun jika lengkap mengisi 4 aktiviti PLC atau lebih.
Sesiapapun boleh menjadi ketua PLC, asalkan dia yang mengendalikan aktiviti PLC tersebut. Contohnya, guru A berbincang tentang aktiviti PDPC dengan guru B. Guru A membimbing guru B atau berkongsi pengalaman melaksanakan aktiviti PDP dengan guru B. Maka guru A atau guru B boleh menjadi ketua PLC aktiviti tersebut.
secara sedar dan tidak sedar, setiap hari kita telah melakukan aktiviti PLC apabila kita berbincang dengan guru lain berkaitan dengan bidang tugas kita atau perkara-perkara yang mempunyai unsur perkongsian ilmu. Oleh itu, pastikan anda merekodkan laporan PLC tersebut dan daftar terus ke dalam SPLKPM agar anda tidak lupa.
#All the best
Tq..sgt membantu
Salam sejahtera. Terima kasih
Terbaik ❤
Terima kasih
👍