Taman Botani Perdana KL, Bukan Sekadar Taman Rekreasi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 гру 2024
  • Menjadi salah satu tarikan terbaik Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana yang dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik adalah taman bersejarah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur yang meliputi kawasan seluas lebih 70 hektar. Pada asalnya, taman ini dicipta sebagai taman rekreasi namun Taman Botani Perdana kini telah dinaik taraf sebagai taman botani yang berfungsi lebih kepada penyelidikan, pemuliharaan dan kelestarian tumbuhan. Bukan sahaja mempunyai koleksi botani, tetapi taman ini juga mempunyai ciri-ciri tersendiri yang memberikan pengunjung suasana berada di dalam hutan hujan tropika, walaupun terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk. Penamaan dan penjenamaan semula taman memberi impak yang besar kerana banyak inisiatif baharu telah dijalankan untuk meningkatkan kepentingan taman sebagai pusat biodiversiti di tengah bandar.

КОМЕНТАРІ •