Hadiah kereta baru untuk Ayah Mak | Keluarga Bangkenteng

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 гру 2020
  • "abangamir ingat nak jual superbike ni nak belikan ayah mak kereta baru sementara mak ayah masih ada. Motor bila-bila boleh beli lagi. Dah tua ni baru terfikir kenapalah tak beli kereta lebih elok dari dulu"...
    Assalamualaikum..
    Pastinya kita sebagai anak-anak mempunyai niat untuk melihat ayah dan ibu sentiasa tersenyum.
    Kami adik beradik sudah beberapa tahun berniat sama-sama berpakat untuk hadiahkan ayah dan emak kereta baharu namun selalu tak menjadi sebab ayah dan emak akan bertukar keputusan di saat-saat Akhir. Katanya tak berminat, tak rasa nak tukar kereta, sayang kereta lama, namun kami tahu mereka hanya tidak mahu menyusahkan kami anak anak, jadi kami pon menangguhkan dulu niat adik beradik.
    Namun kisah ini terjadi bersambung semula selepas tamat perintah kawalan pergerakan yang lepas.
    Bila semuanya sudah dapat pulang berkumpul beberapa hari bersama, setelah pulang ke rumah masing masing, abang bangkenteng iaitu abang amir whatsapp di group adik beradik, dia ada hajat katanya. Dia nak belikan juga kereta untuk hadiah ayah dan emak secara senyap. Bangkenteng masih ingat, ringkas text nya di whatsapp. "abangamir ingat nak jual superbike ni nak belikan ayah mak kereta baru. Motor bila-bila boleh beli lagi, sementara ayah mak masih ada. Dah tua ni baru terfikir kenapalah tak beli kereta lebih elok dari dulu".. Ini hajatnya tiba-tiba sejurus pulang ke kediaman sendiri.
    Dia minta doakan segala urusan dipermudahkan dan lancar segala niat nya.
    Kami adik beradik yang lain turut menghulurkan bantuan serba sedikit untuk melancarkan lagi urusan.
    Alhamdulillah, hari yang di nanti-nanti telah tiba. Sekali lagi kami adik beradik berkumpul di kediaman kakak sulung kami untuk membuat kejutan untuk ayah dan emak.
    Terima kasih kepada seluruh keluarga Nurmaana,dan pada adik beradik bangkenteng iaitu kaknor, abang angah, abangcik, abang amir dan abg ijam, ipar-ipar dan anak-anak buah yang sama-sama menjayakannya.
    Alhamdulillah syukur..
    Mereka orang hebat, bangkenteng hanya mampu berkongsi cerita ini sahaja.
    Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dan rezeki yang tak ternilai adalah rezeki untuk membahagiakan ayah dan emak.

КОМЕНТАРІ • 174

  • @bienaburn5442
    @bienaburn5442 2 роки тому +3

    Smoga di angkat Allah derajat mu anak anak dimuliakan para Mahluk dilangit dan bumi menjadi benih syurga....Allahumma Aamiin...

  • @Yukonscaff28787
    @Yukonscaff28787 Рік тому

    Aku ni brapa kli mengalir air mata tgk kisah ni..mmbahgiakan mak ayh kite ni Allah akan tambah kn rezeki utk ank2..

  • @julainashaari5630
    @julainashaari5630 3 роки тому +3

    Subhanallah..alhamdulillah..allahuakhbar
    Indahnya Ya Allah..

  • @zabedah_trailor
    @zabedah_trailor 3 роки тому +4

    Waw .saya sebagai ibu tumpng gembira.sebb saya ibu tungal ank hadiahkn kerta axia jer sebb ank peremouan kerja kerajaan gaji kecik jer.alhamdullilh.

  • @salmiahhamid55
    @salmiahhamid55 2 роки тому +2

    Sgt2 terrrrbaik video ni terharu, smoga d limpahi rahmat kluarga ini,dgn keshtan yg baik,dan bahagia,hinga ke jannah aaamin,jazakullah khairan.

  • @mahsunbq.rohyani5998
    @mahsunbq.rohyani5998 2 роки тому +1

    Tdk ada yg paling berharga selain menyenangkan hati ibu bapak kita.

  • @JJ-wm4gt
    @JJ-wm4gt 3 роки тому +1

    So sweet bl ayh peluk mak, teman sehidup semati. Sebak pulak aku rasa. Aku x dpt klrga mcm ni. Tp aku tetap syukur masih ada lg mak ayh meskipun dh puluhan thn mereka berpisah. Hargai org tua selagi mereka masih ada.

  • @T4MI74
    @T4MI74 3 роки тому +2

    Alhamdulillah...kluarga besar yg bahagia....tahniah bang sebab masih dpt peluk cium ayah abg... Rindu yg tramat sgt pda arwah abah bila tgk video ni 😢...Al-Fatihah buat abah sy...

  • @kamalahamed3215
    @kamalahamed3215 2 роки тому +1

    Kalian semua adalah anak2 yg soleh & solehah.....👍👍👍

  • @eidarara5751
    @eidarara5751 3 роки тому +1

    Ya Allah terharu nya...abah sya dah xda Allah dah ambik balik..hargai lah mereka jika msih ada

    • @AceyieChannel
      @AceyieChannel  3 роки тому

      InsyaAllah.. Al-Fatihah utk yg telah tiada...

  • @jiwasufi3000
    @jiwasufi3000 3 роки тому +3

    Terbaik..moga keluarga bangkenteng dikurniakan syurga kesemuanya.. amin.. kluaq ayaq mata bro..

  • @hakimihassan6050
    @hakimihassan6050 3 роки тому +1

    Alhmdulillah syukur ada anak2 mcmni.... Hdiah xternilai tpi kasih syg perlu ada hingga akhir hayat...
    Aku jtuh airmata... 😭

  • @aphorismforthebrain
    @aphorismforthebrain 3 роки тому +11

    hadiah paling indah utk ibu bapa adalah anak2 yg berakhlak baik & sentiasa memuliakan mereka.. Alhamdulillah jelas dlm video ni, semuanya ada..ibu bapa bangkenteng beruntung..semoga sentiasa bahagia dunia akhirat & berkumpul di jannah nanti..doakan saya & keluarga juga 😊

  • @rosag6709
    @rosag6709 3 роки тому +1

    Best nya dpt bg hdiah kt ayh ibu...kluarga lg rmai..msti best..klo dh kumpul rmai2...tahniah bt ank2 bliau..yg dh sng kn hti ayh ibu..🤲👍😊🤩🤩

  • @mohdazmi495
    @mohdazmi495 3 роки тому +2

    Semoga bapa, ibu dan keluarga anak2 nya masuk syurga... Ameennn...

  • @tokwanjeman
    @tokwanjeman 3 роки тому +2

    Allahuakbar... Bestnya.. Tahniah bt bangkengteng n adik bradik...

  • @warnawarnichannel7891
    @warnawarnichannel7891 3 роки тому +2

    MaShaAllah...Alhamdulillah...tumpang gembira...

  • @MRAJOS
    @MRAJOS 3 роки тому +1

    yaallah ini adalah salah satu impian aku nk bahagiakan org tua ku...doa kn aku capai impian ni..aminn.. tahniah bro.. dh tahniah pkcik mkcik krana brjaya mndidik anak2...

  • @ainlee3239
    @ainlee3239 2 роки тому

    Contoh terbaik utk cucu2

  • @hazwanismail1873
    @hazwanismail1873 3 роки тому +2

    Steady bangkenteng dan adik beradik,jage mak ayah in sha Allah,Allah tu jage kalian smpai akhirat

  • @golpistaMALAYsia
    @golpistaMALAYsia 3 роки тому +4

    Aku terharu baq hang. Menitis ayaq mata jantan aku. Mohon doakan kesihatan n kesembuhan abah sy ye. Skg ni beliau tgh berjuang dgn penyakit leukemianya. Semoga doa tuan puan menjadi asbab kesembuhan abah sy 😊🤲

    • @wanrafidahwanabakar9427
      @wanrafidahwanabakar9427 3 роки тому +2

      Semoga Allah SWT beri keajaiban kesembuhan buat abah saudara... aamiin...

    • @roslimatisa
      @roslimatisa 3 роки тому +1

      Moga dipermudahkan segalanya...dan semoga cepat sembuh Aamin Ya Robbal Alamin..

    • @hishamahmad4145
      @hishamahmad4145 3 роки тому +1

      Syafakallah semoga allah merahmat abah dikurniakan akan kesembuhan dan sihat walafiah dengan hidayah danninayahnya

    • @norwatizainalbetultu5765
      @norwatizainalbetultu5765 2 роки тому

      aamiin

  • @pijublack5245
    @pijublack5245 3 роки тому +1

    Terbaik lh abg, semoga murah rezeki abg, sayu je saya tngok, sampai menangis saya tngok, saya skrg hnya tinggal mak sorang je, ayah dh lama pergi, apa-apa pun abg terbaik, saya kalau tiap kali tngok org tua mesti sedih sebab teringat arwah ayah saya, mantap lh abg yo the Best

  • @mohdkhairulzamhuri9241
    @mohdkhairulzamhuri9241 3 роки тому +2

    Allahuakbar😭😭 semoga dimurahkan rezeki bro dan sekeluarga..
    Betoi kata ayah tadi.. nikmat Allah

  • @eynazain0218
    @eynazain0218 2 роки тому

    😭😭😭😭😭😭terharu dengan kasih sayang anak2 pada orang tua....bukan wang ringgit yang ayah dan ibu dambakan tapi kasih sayang dan ingatan anak pada mereka dengan penuh keikhlasan...tahniah kepada anak2 dan menantunya yang boleh memberikan kebahagian kepada kedua ibubapa mereka

  • @a_w31rd0w
    @a_w31rd0w 2 роки тому

    Sedih..terharu..gembira..tngk fmly ni..bhgiakn lah org Tua mu..selagi meraka msh Ada..ksh syg mereka smpi ke syurga..sy x smpt nk bt MCM anda laku Kan skrng..kerna ibu Dan ayah sdh tiada..beruntung nya anda semua.. Alhamdullih..moga fmly ni sentiasa didlm lindungan Allah swt..Amin

  • @FaddVLog
    @FaddVLog 3 роки тому +2

    Aku rasa nak nangis sebab terharu jugak dengan suprise ni. 😭😍😍

  • @azizamin5347
    @azizamin5347 2 роки тому +1

    Alhamdulilah, keluarga bahagia.

  • @amerasyafika4559
    @amerasyafika4559 3 роки тому +5

    Allahu the best feeling ever 🥺🌸semoga dipermudahkan segalanya untuk bangkenteng dan keluarga✨

  • @nazrishuib6268
    @nazrishuib6268 3 роки тому +1

    Terbaikkk...saya menitis air mata...rindu ayah saya...ayah saya Allah dah ambil balik...

  • @abangopkongsije6458
    @abangopkongsije6458 3 роки тому +1

    Alhamdulillah..mata masuk habuk bro... syukur masih dapat peluang mengembirakan hati org tua.. hargailah selagi masih ada.. saya dah x dapt peluang mcm ni.. gembira tgok kluarga mcm ni.. terbaikkkk

  • @norhasmizarisabuddin6923
    @norhasmizarisabuddin6923 3 роки тому +2

    Alhamdullillah . Semoga awak dimurah kan rezeki . Smoga seluruh kluarga awak dimurah kan rezeki. Aamin

  • @MsLinshie
    @MsLinshie 3 роки тому +1

    Alhamdulilah. Moge Allah sentiase merahmati dan memberkati seluruh keluarga bangkenteng. Mak ayah happy ank2 pun hppy . 😍

  • @FaizHadiisPaidie
    @FaizHadiisPaidie 3 роки тому +1

    Alhamdulillah.. Saya tak bleh nk buat. Hajat ada. Tp ayahanda baru je meninggal tahun ni. Sero OK tgk ibu ayah happy. Tahniah semua

  • @jsreeyjsrieeyamy9543
    @jsreeyjsrieeyamy9543 3 роки тому +1

    Alhamdulillah keluarga bahagia

  • @Love-jb1vx
    @Love-jb1vx 3 роки тому

    Alangkah bahagia nya mak dan ayah bankenteng..besar pahalanya bila anak2 dpt membahagiakan hati ayah dan ibu..

  • @hazizahismail3929
    @hazizahismail3929 3 роки тому

    bangkenteng ni buat akak sedih lah.apapun tahniah kerana membahagiakan ibu dan bapamu....الحمدلله...

  • @hamzahmat9951
    @hamzahmat9951 3 роки тому

    Alhamdulillah...bahagiakanlah ibu bapa ketika mereka masih ada.. Dengan cara tersendiri... Seronok aku tgk momen2 cmni... Bagi yg masih ada ibu bapa hargailah mereka sebaiknya...First time aku komen video bangkenteng sbb video ni...

  • @afiefakamal7419
    @afiefakamal7419 3 роки тому +2

    Alhamdulillah bahagia mak ayah bangkenteng...

  • @haziqharris
    @haziqharris 3 роки тому +1

    Alhamdulillah , terbaik bang. Tumpang gembira.
    Ini salah satu impian saya, tiap hari berdoa agar diberikan jalan dan dilimpahkan rezeki untuk membahagiakan kedua orang tua.

  • @MohdAli-dw6lt
    @MohdAli-dw6lt 3 роки тому +1

    Alhamdulillah. Shyukur InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sesungguhnya mereka yg mencari keredhaan Allah salah satu nya dgn mendahulukan perihatin pada kedua ibu dan ayah. Tampa mereka kita tidak kenal dan melihat matahari dan bulan. Tidak akan miskin seseorang yg ikhlas memberi dan membantu kedua orang tua nya yg sentiasa mendoakan kesejahteraan anak anak nya di dunia dan akhirat kelak seterusnya hingga ke jannah. Aminn Allahuakbar

  • @hameesarbini9310
    @hameesarbini9310 3 роки тому +1

    Syukur, alhmdulillah..Jasa ibu ayah tetap di kenang..Mudah2an kalian semua .. sentiasa mndapat berkat dn redha Allah SWT...Aamiin Yaa Rabb..

  • @surijanismail5350
    @surijanismail5350 Рік тому

    Akk teringat bapa dan mama...tapi dua²nya dah tak ada..Al Fatihah buat mereka..😭

  • @ApaiAris
    @ApaiAris 3 роки тому

    terbaik bro... Moga Allah berikan kesihatan berkekalan buat ibu ayah kamu, dan dimurahkan rezeki buat kamu sekeluarga. Contoh baik pada anak-anak kecik bila mereka lihat ibu ayah dan pakcik makcik berganding bahu nak happykan atok nenek.

  • @abufalahhasyimi4125
    @abufalahhasyimi4125 3 роки тому +1

    Tahniah...happy anniversary

  • @YuiSenpai
    @YuiSenpai 3 роки тому +4

    aku pun tersengeh happy sesorang ni. cayalah yiee. family first ! semoga dilimpahkan rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan sekeluarga

    • @hishamahmad4145
      @hishamahmad4145 3 роки тому

      Tahniah bangketeng atas kurniaan kegembiraan kepada kedua orangtua srmoga mereka sentiasa sihat dan afiah dengan nikmat iman dan islam tabarakallahnikmatan rizki

  • @jai4698
    @jai4698 3 роки тому +2

    Semoga keluarga bangketeng sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah..

  • @hamdolok
    @hamdolok 3 роки тому +3

    terbaik.. alhamdulillah..

  • @saiyedzulkifly2525
    @saiyedzulkifly2525 2 роки тому

    Sedih dan terharu video mcmni... aminn3 semoga, diberkati Allah SWT.sihat dan baik...serta panjang umur...saya abah dan mak ,dah pergi selama-lamanya AL Fatihah amin3 😔😔😔

  • @MoHd-dh2qx
    @MoHd-dh2qx 2 роки тому

    Alhamdulillah..bahagiakan ibu dan ayah Aamiin..

  • @nollybear5447
    @nollybear5447 3 роки тому +1

    Terbaik adik beradik abgkenteng..semoga dimurahkan rezeki sentiasa aamin

  • @JadiSenang
    @JadiSenang 3 роки тому +1

    Simpul bang.. selalu aku gelak video ko. Hari ni lain mcm... aku x nangis bang... lap peluh kat pipi je ni.

  • @ungukejora7739
    @ungukejora7739 3 роки тому +2

    may allah bless you and your siblings .. best nye ade siblings yg awesome.. untungnya awak still ade mak & ayah .. hr2 dilimpahi dgn doa dr dorang yg xde hijab .. sesungguhnye sy cemburu .. mule2 sengih sorang tgok vdeo nie.. eh tiba2 mata masuk habuk .. k bye .. ;)

  • @waktv3238
    @waktv3238 3 роки тому +2

    Moga murah rezeki bangkenteng...moga aku juga mampu menjaga org tua aku sebaiknyee...

  • @abdrahmanyahaya2454
    @abdrahmanyahaya2454 2 роки тому

    terbaik respect bagi semua yg terlibat

  • @Akumuss_sukareview
    @Akumuss_sukareview 3 роки тому +1

    Terbaik bossku!!!
    Keluarga kamu hebat....
    Alhadulillah....
    semoga murah rezeki bossku!!!!

  • @wanrafidahwanabakar9427
    @wanrafidahwanabakar9427 3 роки тому

    Ya Allah menitis air mata akk dik ooiii...sedih terharu happy semua ada...syurga buat mu ank2 yg bahagia kn ibu bapa mu... aamiin...sedih teringat kn arwah mak akk... sedihnya...dgr music nya yg sedih lg...😭😭😭

  • @roziebakar6664
    @roziebakar6664 3 роки тому

    Terharunya..Tahniah

  • @Shidi-jd9yh
    @Shidi-jd9yh 3 роки тому +1

    Sebak aku tengok.. Hargailah selagi mereka ada

  • @aminabdullah2773
    @aminabdullah2773 3 роки тому +2

    Family yg hebat bangkengteng...tahniah bro

  • @Cophlatemy
    @Cophlatemy 2 роки тому

    Terbaik bro. Semoag terus dimurahkan rezeki dan hidup dalam kemuliaan

  • @aizamdaniel5787
    @aizamdaniel5787 3 роки тому

    Good job bro buat aku nangis , keep supporting u 💪 all the best !

  • @cilimerah2514
    @cilimerah2514 3 роки тому

    Terbaek ank2 nya....ank syurga..

  • @wzgt
    @wzgt 3 роки тому +1

    Mmg mantap bangkenteng sekeluarga

  • @fairuzothman9862
    @fairuzothman9862 2 роки тому

    Seronok tengok anak² orang lain bagi kejutan pada mak ayah dia orang,sebak pulak aku bila tengok...Sebab aku dah takda mak dengan abah,tak dapat nak buat macam mana anak orang lain buat pada mak ayah dia orang...

  • @iddinjr
    @iddinjr 3 роки тому +1

    So touched to see this.. May Allah bless you & your family. Take a good care of your parents ok. I’ve lost mine few years ago..

  • @dMARIAM90
    @dMARIAM90 3 роки тому +7

    Semoga murah rezeki bangkenteng.. aamiin...

  • @cikkantin5494
    @cikkantin5494 3 роки тому +2

    Terbaikkkkkk.. Moga murah rezeki seluruh keluarga bang kenteng🌹

  • @muhammadizzatbinmiskin1529
    @muhammadizzatbinmiskin1529 3 роки тому +1

    Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah... 🥰

  • @moonnn1333
    @moonnn1333 3 роки тому +2

    mantap bang kentenggggg terbaikkkk. semoga murah rezeki aamiin ya allah

  • @airus12
    @airus12 3 роки тому +1

    Semoga dlimpah ruah rezeki bangketeng..aamiin..

  • @myrollchannel7220
    @myrollchannel7220 3 роки тому +1

    Alhamdulillah syukur...

  • @nadiahoney7774
    @nadiahoney7774 3 роки тому +1

    Sebak tengok video ni😭..selalu tengok video bangkenteng enjoy je..huhhu

  • @ernafaiqoh1201
    @ernafaiqoh1201 3 роки тому

    MaasyaAlloh... Terharu saya...

  • @lutfinaim2151
    @lutfinaim2151 3 роки тому +1

    sebuah keluarga yang sentiasa memberi inspirasi ..
    - adoii ada sorang adik kecik tu knp tu... hahahaha

  • @roslimatisa
    @roslimatisa 3 роки тому +1

    Alhamdulilah Aamin Ya ALLAH...

  • @fatwapujangga5128
    @fatwapujangga5128 3 роки тому +1

    Terbaik la keluarga abg...

  • @khairilmohafizmohamad4456
    @khairilmohafizmohamad4456 3 роки тому

    Ya Allah menitis air mata ku

  • @ZainuddinSharkawi
    @ZainuddinSharkawi 3 роки тому

    waaa rindu kat mak ayah aku. haa Kenteng, carik ler pasangan yang berjiwa travel and adventure iye..hikhik.

  • @leorozario18
    @leorozario18 3 роки тому +1

    Menitik air mata aku tengok video ni bro........ 😭

  • @hadi2043
    @hadi2043 3 роки тому +1

    Syukur Alhamdulillah 🥺😢😢👍🏻

  • @rizterrybogat
    @rizterrybogat 2 роки тому +1

    Sumpah Sampai ketahan nafasku apabila melihat sang ayah memeluk gembira di ibu ketika melihat hadiah dari anak²ndanya... Moga kita semuanya mendapat rahmat dari-Nya Amin 🤲

  • @akimayie6048
    @akimayie6048 3 роки тому

    smga dimurahkan rezeki ...chanel yg sgt best...

  • @salmahmuhd7398
    @salmahmuhd7398 3 роки тому +1

    Alhamdulilah❤

  • @androida249
    @androida249 3 роки тому

    Tudia... terbaik..

  • @Mohdamer08
    @Mohdamer08 3 роки тому

    Hahaha..dngaq2 kena panah bab menantu ja,lari teruih..hahahaha..cekap..

  • @_yenn.
    @_yenn. 3 роки тому +1

    Bukan kaleng2 🙏🏻

  • @amirulhafez8
    @amirulhafez8 2 роки тому

    Superb bro 👍🤲

  • @khairansabran6431
    @khairansabran6431 3 роки тому +1

    InsyaaAllah.. Anniversary next year pakcik makcik dapat menantu.. 🤣🤣🤣🤣

  • @kaptenwolf2197
    @kaptenwolf2197 2 місяці тому

    Hoi..hang buat ku nangis..😭😭

  • @muhdshafiqk8439
    @muhdshafiqk8439 3 роки тому +1

    Terbaik bro

  • @akeng6039
    @akeng6039 3 роки тому

    Adui kalah la aku content gini. Moga dipermudahkan urusan mu yie. 🙏🏼

  • @wannuratikahwanrawi2050
    @wannuratikahwanrawi2050 3 роки тому +1

    semoga dimurahkn rezekii sllu bang . aamiin 🤲

  • @familyAAA
    @familyAAA 3 роки тому

    Suatu hari nnti akn aku bt jgk mcm ni kt mak ayah aku.bila ada rezeki nnti

  • @hagemaruhageda842
    @hagemaruhageda842 3 роки тому

    Asal aku senyum sorang ii ni

  • @azmanbmohammedkpm-guru7755
    @azmanbmohammedkpm-guru7755 3 роки тому

    kemas bos

  • @aqaashah2297
    @aqaashah2297 3 роки тому +1

    Terbaik

  • @anirah8169
    @anirah8169 3 роки тому

    Seronok keluarga bahagia

  • @mohdraffi6914
    @mohdraffi6914 3 роки тому +1

    Luar biasa anak2 nya... Bahagiakan ibubapa d hari bahagia.... MasyaAllah..... Aminaminamin Allahuma Amin 🤲

  • @missa6056
    @missa6056 3 роки тому +1

    Alhamdulillah..semoga Allah merahmati kamu sekeluarga..happy anniversary untuk mak ayah abg kenteng ❤

  • @ainlee3239
    @ainlee3239 2 роки тому

    Semoga Allah merahmati kalian