WCE Banting - SKVE | Seksyen 1 | 14 Jun 2024

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 вер 2024
  • Perkembangan semasa bagi Highway E32 West Coast Expressway (Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat) daripada Banting ke SKVE. Video diambil pada 14 Jun 2024
    Lebuhraya ini akan menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping di Perak. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad. Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014
    WCE sepanjang 233 kilometer (km) mula dibina pada 25 Ogos 2014 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion. Daripada jumlah itu, RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor manakala RM1.922 bilion lagi membabitkan pakej pembinaan di Perak.
    Tujuh pakej di Selangor meliputi laluan Banting ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sepanjang 11 kilometer (km), SKVE ke Lebuhraya Shah Alam (SAE) (7.2km) dan SAE ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)/Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) sejauh 10.1 km. Pakej seterusnya membabitkan laluan NKVE/FHR2 ke Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) sepanjang 4.5km, NNKSB ke Kapar (9.7km), Kapar ke Assam Jawa (21.8km) dan Assam Jawa ke Tanjong Karang (29.5km)
    Subscribe dan like channel ini. Biarpun takda specific tujuan bagi channel ini. huh.
    ========================
    SPECIAL THANKS!!
    Music in this Video:
    GalaxyTones - Bright Futures | Chillstep
    • GalaxyTones - Bright F...
    Music: Bright Futures by GalaxyTones
    Stream/Download: shorturl.at/vzA58
    Ambyion & GalaxyTones - Starlite (Feat. Phelian) | Chill Beats
    • Ambyion & GalaxyTones ...
    Music: Starlite (Ft. Phelian) by Ambyion & GalaxyTones
    Stream/Download: shorturl.at/kAN27

КОМЕНТАРІ • 75

  • @vincenttan-xm4ji
    @vincenttan-xm4ji 3 місяці тому +11

    sec 1 akn buka hujung bln jun, manakala sec 2 akn buka bln ogos, masalah pengambilan tanah sec 3 dh setel, kje2 pembersihan telah dijlnkan, hrp seterusnya progress akn lancar.

  • @moonlightuwu3252
    @moonlightuwu3252 3 місяці тому +14

    Yay lama tak tengok video WCE baru! Terima kasih atas perkembangannya!

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +3

      sama-sama tuan. kalau saya free. Insha Allah sy akan dptkan update untuk tuan2.

    • @sawpw9197
      @sawpw9197 3 місяці тому

      @@dontpushpush Tq . Tuan, harap boleh buat update utk Section 3 akhir tiap-tiap bulan kerana section ni sangat penting

  • @umarmahmood2266
    @umarmahmood2266 3 місяці тому +7

    (banting to SKVE Highway coming from July 2024)

    • @umarmahmood2266
      @umarmahmood2266 3 місяці тому +2

      (west coast expressway)

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +3

      Saya share apa yg tuan share dkt PR team WCE,
      Diorang pun tak tau.
      Saya pun tak tau.

  • @shukriwafiq5220
    @shukriwafiq5220 3 місяці тому +6

    sini hampir siap, jajaran kesas - bukit raja langsung xde apa. terputus mcm tu je. sedih ni

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +3

      ada progress bnyk disitu tuan. Insha Allah video 2 & 3 menyusul.

  • @mohamadzaihaziqmdrashid6342
    @mohamadzaihaziqmdrashid6342 3 місяці тому +3

    Harap highway wce ni bersambung dari banting ke Johor Bahru dah tak larat nak hadap jem kat highway plus nilai sampai senai

    • @husnymazlan8155
      @husnymazlan8155 3 місяці тому

      Saya rasa begitulah cadangannya, ada bermungkinan akan bersambung sebelum ke Plaza Tol Kota Seri Langat dan membina sebuah persimpangan bertingkat yang baru WCE (Lebuhraya Persisiran Pantai Barat) untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hingga ke selatan. Itu saja

  • @syamjibam78
    @syamjibam78 3 місяці тому +1

    Nak sangat tau mana agaknya susur keluar Flyover pertama tu .. arab2 boleh membantu kurangkan kesesakan laluan Banting Dengkil ... 😊

  • @adamsonsmlpg4songs2024
    @adamsonsmlpg4songs2024 3 місяці тому +1

    Bos, saya nak tumpang tanya sikit. Pada minit 02:10 tu exit apa ya?

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому

      Perumahan baru Kota Seri Langat

  • @ibnurismail5964
    @ibnurismail5964 3 місяці тому +3

    Asalamualaikum tuan,Kalau ada kelapangan boleh tak buat video dron tentang perkembangan terkini EKVE E 27?Nampak mcm senyap tiada berita pon😢.Atau buat video mengenai perkembangan terkini LRT 3 laluan Shah Alam?Semoga dimurahkan rezeki dan Selamat Hari Raya AidilAdha buat admin

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому

      Waalaikumsalam tuan, insha Allah tuan jika berkelapangan. Salam aidiladha juga buat tuan sekeluarga.

  • @rameliahmad8407
    @rameliahmad8407 3 місяці тому +2

    Tol Kota Seri Langat bila akan beroperasi?

  • @mohamadazman2972
    @mohamadazman2972 3 місяці тому +2

    Dpt juga siapkn start buka kwsn smpai siap sy ikt projek wce bnting

  • @SSSYAFIQWORKS2019
    @SSSYAFIQWORKS2019 3 місяці тому +4

    brpe % lgi tuan rse...ikot mata visual ni...

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +4

      pada pendapat saya. pendapat saya rasanya dalam 99.80% untuk Simpang Banting - Simpang SKVE. ada sikit je kerja2 di bahagian jambatan perumahan kota seri langat tu.

  • @rameliahmad8407
    @rameliahmad8407 2 місяці тому

    jln Banting - Semenyih ni bilakah nak di siapkan sepenuhnya?

  • @hamiltonastan
    @hamiltonastan 3 місяці тому +2

    it's great to see a huge further progress along the skve - banting part. in the next few months, it will be opened to the public, hopefully by merdeka or Malaysia day. let's hope that the stubborn sri andalas stakeholders at section 3 will collaborate well with the highway project authorities as they cause so much delay in the land acquisition.

  • @izzaniielachannel
    @izzaniielachannel 3 місяці тому +2

    Terbaik perkongsian video nye

  • @zkamal1333
    @zkamal1333 3 місяці тому +2

    Terbaik. Semoga ALlah SWT mempermudahkan segala urusan

  • @yusofhusni7808
    @yusofhusni7808 3 місяці тому +2

    Trmksh berkongsi video drone nya.... Video yg ditunggu tunggu akhirnya muncul!! Menunggu video dashcam nya!! Trmksh Sekali lagi... tetap semangat berkarya Dan Jaga kesihatan diri

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому

      kali ni takda video dashcam. terlupa bawa. sobs sobs.

  • @muaz_3105
    @muaz_3105 3 місяці тому +2

    rasanya seksyen ni berbaloi buka sbb masa nk pegi karnival tvet pun bole thn padat lori dr kesas ke banting, series bkn kaleng2 dia punya padat lori2 ni

  • @rosevelts740
    @rosevelts740 3 місяці тому +3

    Wce ni sampai mana sbrnya. Ada ker ke KLIA

    • @norzalehamasri1508
      @norzalehamasri1508 3 місяці тому +1

      mula dari kg olak lempit, ke klia tkena lalu kg labuhan dagang terus klia

    • @clickhere_tech3114
      @clickhere_tech3114 3 місяці тому +1

      20km dari KLIA. Agak jauh

  • @MuizzLifestyle
    @MuizzLifestyle 3 місяці тому +3

    Aik,nama Plaza Tol dkt Banting tu dah tukar nama ke Kota Seri Langat ke??

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +3

      berdasarkan batu tanda di tepi plaza tol. begitulah hendaknya.

  • @vspl3641
    @vspl3641 3 місяці тому +2

    Thanks

  • @tendopain8554
    @tendopain8554 3 місяці тому +1

    Dah boleh masuk ke ni aritu lalu Naik motor dorang tgh buat kerja lgi.

  • @AzmilAhmad-d4z
    @AzmilAhmad-d4z 3 місяці тому +2

    Terima kasih atas perkongsian tuan!

  • @husnymazlan8155
    @husnymazlan8155 3 місяці тому +2

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Saya mahu bertanya, laluan Seksyen 1 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) ini antara permulaan Persimpangan Bertingkat Banting hingga ke Persimpangan Bertingkat SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan) ini bila akan dibuka ?
    Satu lagi, Plaza Tol Banting (WCE) yang kini dikenali sebagai Plaza Tol Kota Seri Langat. Betulkah ?

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +1

      Bila akan dibuka, Saya pun tak tau, WCE pun tak beri tahu saya bila.
      Nama plaza tol banting ke Plaza tol kota seri langat adalah berdasarkan batu tanda dpn tol. Refer pada video

    • @husnymazlan8155
      @husnymazlan8155 3 місяці тому +1

      ​@@dontpushpush Saya cuma nak tahu tentang perasmian laluan Seksyen 1 WCE antara Banting hingga ke SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan) dan juga baru saya faham nama Plaza Tol Kota Seri Langat itu berhampiran kawasan baru di Banting

  • @sazali10
    @sazali10 3 місяці тому +1

    Bila nk bukak ni? Esok dah raya..

  • @noorhanajonet5419
    @noorhanajonet5419 3 місяці тому +3

    10 Tahun Lagi Baru Siap Project Ini

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +3

      insha Allah dibawah pengurusan baru WCE ni. diorang memang lebih berfokus untuk siapkan dlu 1 & 2 ni. Yang 3 pun diorang dah bnyk progress.

    • @alberthuat5748
      @alberthuat5748 3 місяці тому +2

      ​@@dontpushpushdia tuh tengah mimpi kot...WCEHB 3565 adalah saham highway nih jadi apa saja kelewatan atau benda sangkut pasti management kena taruh dengan pemegang saham besar kakakakaka

    • @muhammadfaris7288
      @muhammadfaris7288 3 місяці тому +1

      Ow seksyen 3 pun dh ada progress ye...wahh​@@dontpushpush

  • @jesselogan92
    @jesselogan92 3 місяці тому +2

    So nama Plaza Tol tu Plaza Tol Banting ke Plaza Tol Kota Seri Langat?
    Lepastu, dua cabang exit antara Exit Banting 3201 dgn Jambatan Jalan Bukit Perah 1 tu ke mana? Kemain lebar jejambat dia buat..

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +2

      mungkin untuk perumahan baru kawasan situ.

    • @edrd6257
      @edrd6257 3 місяці тому +3

      @jesselogan92 itu Kota Seri Langat punya.

    • @kamronzaman6386
      @kamronzaman6386 3 місяці тому

      Makna nanti akan ada susur masuk dari kota sri langat dan susur keluar la...

  • @FaizAris
    @FaizAris 3 місяці тому +3

    ❤️👍🏻😊

  • @jacksepetjacksepet3295
    @jacksepetjacksepet3295 3 місяці тому +2

    Jambatan kt saujana Putra ada tak tuan 😂.. Dulu duk nyewa situ.. Lama x siap.. Dgr dgr dah siap.. Sekarang duk luar dr kl.. 😅

  • @naimkaroke8154
    @naimkaroke8154 3 місяці тому +1

    Terbaik la bro dron nya,👍👍👍

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому

      Terima kasih tuan. Jemput subscribe. Hehe

  • @safbrannovelis7480
    @safbrannovelis7480 3 місяці тому +1

    nice music 🎶
    great road facility wce
    terima kasih share video tuan

  • @rameliahmad8407
    @rameliahmad8407 2 місяці тому

    harap seksyen 1 ni cepat d siapkan....

  • @hanzo1759
    @hanzo1759 3 місяці тому +1

    👍

  • @s.h.s6203
    @s.h.s6203 3 місяці тому +1

    Salam nk tanya tuan, dari banting tu mcmana nak keluar susur skve?tgok video mcm tiada susur keluar ke skve ya.

    • @muhammadfaris7288
      @muhammadfaris7288 3 місяці тому

      Keluar dkt tanjung dua belas..exit yg dh lama siap dkt skve tu

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому

      ada. dlm video ni sy tak habiskan sampai SKVE. maaf atas kesilapan. saya terlalu ikutkan sgt sempadan seksyen 1.

    • @norzalehamasri1508
      @norzalehamasri1508 3 місяці тому

      tengok kt google map untuk lebih mudah faham, kena uturn agak jauh sket

  • @ruzzleesham9693
    @ruzzleesham9693 3 місяці тому +2

    Salam bro.. WCE Banting dh blh lalu kew?😊 Tq

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +1

      wow awalnya.

    • @ruzzleesham9693
      @ruzzleesham9693 3 місяці тому +1

      @@dontpushpush followers yg setia.. Bro 😄😄👍👍 Mantappp

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому +2

      @@ruzzleesham9693 terima kasih tuan. Untuk menjawab persoalanan tuan. Belum. tapi mungkin dalam masa terdekat, seksyen 1 dahulu. sebab seksyen dua macam lambat lagi. ada masalah besar disitu. *video seksyen 2 insha Allah esok diwaktu yg sama.

    • @azizdabro1975
      @azizdabro1975 3 місяці тому

      ​@@dontpushpushrasanya masalah Tanah mendap kan selepas SKVE yg ke SAE tu sbb video sebelum Ni ke SAE tu retak mendap walau dh turap final n dh de line..yg sebelahnya ke SKVE belum turap tapi teruk mendap..tu yg masalah besarnya kan?

    • @dontpushpush
      @dontpushpush  3 місяці тому

      @@azizdabro1975 ya. tanah mendap dkt kawasan yang tuan nyatakan.

  • @SerSer-c6j
    @SerSer-c6j 3 місяці тому +1

    自己去!

  • @toptraderthinks5487
    @toptraderthinks5487 3 місяці тому +2

    Wce ni failed....patutnya sambung terus ke KLIA...sbb elite dh terlampau overloaded.....

    • @aqilhesam9946
      @aqilhesam9946 3 місяці тому

      WCE nanti akan sambung lagi sampai ke Port Dickson..sebelum sampai ke PD tu dia akan connect dgn highway baru SKLIA(dari senawang ke KLIA). Highway SKLIA ni pulak akan ada exit ke highway elite
      Tapi biasalah, benda ni berfasa n ambil masa nk bina..SKLIA pun baru nk start fasa pertama iaitu buat direct road dari interchange di plaza tol plus senawang direct ke LEKAS

    • @kamronzaman6386
      @kamronzaman6386 3 місяці тому +2

      Apa yang faild...dari sec 1 banting 3201 kg olak lempit nak ke klia tu tk jauh mana pun lbh kurang 10km je dia akan sambung highway labuhan dagang terus ke klia yg sedia ada

    • @clickhere_tech3114
      @clickhere_tech3114 3 місяці тому

      ​@@aqilhesam9946tu pun mgkin akan delay juga mcm WCE sebelum ni delay dah berapa tahun 😅

    • @clickhere_tech3114
      @clickhere_tech3114 3 місяці тому +1

      ​@@kamronzaman6386sy check dlm maps dlm 20km juga dari KLIA nak ke WCE.. traffic light pun byk.. ambil masa 30min juga tu