Yahudi Musuh Azali | Kuliah Jumaat | Dr.Mohd.Rosdi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 21

  • @nazinhj.abdullah1681
    @nazinhj.abdullah1681 Місяць тому +4

    Kita x bersatu.habisla Skrg.Perlu ikutlah nasihat Ustaz bersungguh² agar kita sedar dari tidur dan dpt hidayah.

  • @sfull83
    @sfull83 Місяць тому +1

    Jom berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ❤ ☝

  • @hafiszezaid8789
    @hafiszezaid8789 Місяць тому +1

    Alhamdulillah,,,ingat hnya ulama lah yg boleh menyatukan kita,,,trima kasih ustaz atas perkongsiannya

  • @shumikama3891
    @shumikama3891 Місяць тому +12

    Yg marah2 kata x ada musuh tu sbb depa dah termasuk dlm kelompok musuh secara x lgsung.. depa je x sedar..

  • @bgleetheganjaguru5396
    @bgleetheganjaguru5396 Місяць тому

    Jazakallah hu khair atas perkongsian ilmu...saya di Bangkok mengikuti setiap perkongsian Dr ustaz.

  • @NikSyam-e5k
    @NikSyam-e5k Місяць тому

    Btl kata ust...

  • @amirulaiman7420
    @amirulaiman7420 Місяць тому

    Orang yang ahli kitab kenal, tahu palsu atau benar (Quran, Hadi's)

  • @IkmalFatimah
    @IkmalFatimah Місяць тому

    Sekarang ni tuhan bagi yahudi jatuhkan agama islam.Tapi bila tamat tempoh.Habislah.

  • @norizan9258
    @norizan9258 Місяць тому

    Yahudi Malaysia .. yahudi indonesia.. dah ramai yahudi di malaysia dan indonesia dalam semua bangsa

  • @poaceaceharumscarum5787
    @poaceaceharumscarum5787 Місяць тому +2

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته توان دكتور...
    زامن كيت هيدوف اين دافت مليهة كجادين٢ يع برلاكو سسواي دفرمن الله تعالى دان دسبدا أوله رسول الله نبي سكلين اومة كيني هعكا أخيرة

  • @RecentTimes-113
    @RecentTimes-113 Місяць тому

    --- generasi (umum #1) ---
    sebagaimana yang kita sedia maklum.. fasa yang paling 'crucial' atau terpenting, juga disebut sebagai "the golden phase" adalah sewaktu kecil..
    di mana pada peringkat inilah mereka akan menyerap segala perkara yang mereka dengar dan lihat dengan cepat.. dan seterusnya akan membentuk pemikiran, keperibadian, emosi dan kepercayaan mereka.. seiring dengan waktu semakin mereka meningkat dewasa.
    oleh demikian.. amat pentinglah untuk kita mengambil tahu akan setiap apa yang mereka lalui(dengar dan lihat) dalam kehidupan mereka.
    dan itulah salah satu cabaran terbesar bagi ibu bapa.. terutama pada zaman ini.. zaman dunia tanpa sempadan.. segala di hujung jari dan di depan mata..
    tidak lagi perlu ke luar negara untuk mengetahui sedikit sebanyak budaya serta cara hidup negara orang.. cukup dengan sekadar menaip di skrin untuk ke mana sahaja hendak pergi.
    dan sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu bapa pada zaman ini dengan mendedahkan kepada anak-anak dengan gajet.. sebagaimana seiring mengikuti perkembangan teknologi dan gaya hidup peredaran zaman masa kini.
    walau bagaimanapun, tanpa pemantauan yang berterusan dan teliti.. ianya mungkin akan memberikan kesan di masa akan datang.. kerana dari situ jugalah segala bentuk pengaruh dari luar akan disalurkan dengan sangat mudah dan cepat tanpa kita sedari.. dan akan terlepas pandang dari segi baik buruknya..
    di samping risiko yang mungkin dihadapi apabila anak-anak yang masih terlalu kecil dan cetek pemahamannya dalam menilaikan sendiri baik dan buruknya akan sesuatu perkara.
    pelbagai usaha dan cara dilakukan sehingga ke saat ini oleh golongan yang ingin merosakkan minda dan moral manusia.. menyalurkan dan menyemai pengaruh-pengaruh dan agenda kepada setiap individu di muka bumi ini.. terutama kepada individu yang di peringkat kanak-kanak dan remaja.
    salah satu medium yang digunakan untuk menyalurkan agenda tersebut adalah melalui penyalahgunaan terhadap medium animasi@kartun atau rancangan kanak-kanak.. kerana ia merupakan medium yang paling hampir dengan jiwa individu yang bergelar kanak-kanak mahupun remaja..
    dan yang paling utama.. melalui medium itulah ia mampu mengaburi mata ibu bapa.. kerana secara umumnya apabila apa yang dilihat dan ditonton oleh anak kita itu berbentuk animasi atau kartun ianya sering dianggap selamat dan mesra untuk mereka..
    oleh itu, melalui penyalahgunaan medium animasi dan kartunlah merupakan cara yang paling berkesan untuk menyalurkan dan menyemai sesuatu agenda dan tujuan di peringkat awal seseorang individu..
    dan amat malanglah sekiranya ia merupakan perkara yang tidak baik(negatif).. seperti unsur-unsur keganasan, perilaku melampaui batas, tidak beradab, api kebencian, buli, vandalism, gangsterism, membuka kecenderungan naluri seksual(sexual instinct triggered) seawal di usia kanak-kanak, psychopaths instinct, budaya hedonism, pengaruh lgbt(lesbian-gay-bisexual-transgender), suatu bentuk konspirasi bertujuan menyemai propaganda atau kepercayaan yang menyimpang dan sebagainya..
    ianya agak sukar untuk kita sedari sekiranya tidak diamati dengan teliti.. kerana unsur-unsur tersebut dimasukkan dengan cara yang sangat halus, tersirat dan berperingkat..
    seterusnya secara perlahan-lahan merangsang naluri dan pemikiran kepada perkara yang tidak baik.
    apabila membicarakan tentang medium animasi atau kartun.. ianya termasuk juga berlaku dan sering terkait rapat dengan permainan-permainan video(video games), online gaming dan seumpamanya.. sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa kanak-kanak dan remaja.
    selain itu, perihal mengenai aspek pengaruh pemikiran ini juga dirumitkan dengan kepenggunaan tanpa kawalan dan batasan aplikasi-aplikasi medium media sosial.. ditambah pula dengan peningkatan keupayaan aplikasi ini melalui sistem teknologi terkini iaitu 'artificial intelligence(AI)'.
    aplikasi medium media sosial secara amnya distruktur dengan program 'algorithm' yang mana fungsinya berperanan untuk terarah pada keinginan dan kecenderungan seseorang individu secara terus-menerus dan tiada hadnya.
    ini boleh memberi kesan yang tidak elok kepada psikologi seseorang sekiranya dikendali secara tidak berhati-hati, berlebihan dan terarah pada perkara yang tidak baik..
    di mana ia berkemungkinan tidak hanya akan membuatkan seseorang itu terhenti di situ.. tetapi juga akan menjadi 'turning point' atau penyebab seseorang itu terdorong untuk beralih pada tahap yang lebih ekstrim dan menjurus..
    yang akhirnya membawa pada masalah-masalah sosial dan keruntuhan moral serta sahsiah..
    .. seperti pornografi, pelacuran, jenayah, jenayah seksual, sumbang mahram, pedofil, berleluasanya bermacam gejala seks bebas sehingga di tahap sudah menjadi suatu norma atau perkara biasa dalam kehidupan, tindakan atau tingkah laku yang melampaui batas kewarasan kemanusiaan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya..
    yang secara tidak langsung juga menjadi salah satu faktor menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan mental yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat kini.
    selain daripada pemantauan dan kawalan..
    .. salah satu cara yang ampuh untuk mengekang masalah ini adalah dengan mendidik dan sering menerapkan nilai-nilai murni.. berkasih sayang, nilai kekeluargaan, saling menghormati, rasa empati, sifat ihsan, kemanusiaan ke dalam diri anak-anak.. memberi perhatian kepada mereka dengan rasa penuh tanggungjawab, amanah dan kesabaran..
    meng'equip'kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya..
    dengan ini dapat membentuk jati diri yang tinggi bersama matlamat hidup yang jelas di dalam diri mereka.. yang seterusnya dapat menilai akan baik buruknya sesuatu yang mereka terima tidak kira dari sudut mana atau medium apa pun ia datang.
    kerana di akhirnya.. pilihan terletak di tangan mereka untuk menentukan apa yang mereka inginkan dalam hidup ini dan selepasnya..
    namun sebelum itu, sebagai ibu bapa.. persiapkan dan lorongkanlah mereka dengan ilmu-ilmu yang dinyatakan di atas sebagai asas dan persediaan bagi menempuh hidup yang penuh dengan liku-liku yang mungkin akan menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan, kesesatan dan kebinasaan.
    bersama-sama kita berusaha demi mencapai masa hadapan yang sejahtera dan dirahmati.. In shaa Allah.
    _____________________
    _____________________
    _____________________
    setiap anak di dalam kandungan ibu dibentuk mengikut ketentuan-Nya..
    dianjurkan supaya ibu bapa banyakkan berdoa..
    selepas dilahirkan, anak tidak tahu apa-apa lagi..
    tetapi anak itu dibekalkan dengan pendengaran, penglihatan dan kefahaman(hati)..
    semua kemampuan ini perlu diasuh dan dididik untuk mensyukuri kurniaan dan rahmat-Nya.
    _____________________
    _____________________
    _____________________
    hari demi hari.. kemajuan teknologi berkembang dan berevolusi dengan sangat cepat dan pesat.. sehingga tidak lagi terduga bagaimana keupayaannya pada masa akan datang..
    namun, walau apapun keupayaan dan kemampuannya kelak.. selagi mana ia digunakan pada jalan kebaikan dan berlandaskan batasan di dalam agama.. selagi itu ia akan bermanfaat..
    .. dan juga sebaliknya.

  • @TanahLiat-i8e
    @TanahLiat-i8e Місяць тому

    Russia Yahudi di Hapuskan di Peta Dunia katanya..😮

  • @timothymohammedholland7197
    @timothymohammedholland7197 Місяць тому

    Minum air pon tangan kiri.ok la tu kan.tak murka pon Allah kan.

  • @jamariwahab9872
    @jamariwahab9872 Місяць тому

    Didoktrin arab