Resepi Bubur Pulut Hitam | Sukatan Cawan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • Resepi bubur pulut hitam :
    Bahan-bahan:
    Beras pulut hitam - 1 1/2 cawan
    Air - 6 cawan (tambah dari semasa ke semasa)
    Daun pandan - 1 helai (disimpul)
    Santan - 1 1/2 kotak
    Garam - 1 sudu teh
    Gula melaka - 1/2 ketul
    Gula - secukupnya
    Cara-cara:
    1. Cuci bersih beras pulut hitam dan rendam dengan air selama 4-5 jam.
    2. Toskan beras pulut hitam dan masukkan ke dalam periuk.
    3. Masukkan air dan rebus hingga kembang dan beras pecah selama 30-40 minit.
    4. Seterusnya, masukkan daun pandan dan garam.
    5. Masukkan juga santan dan tambahkan sedikit air.
    6. Last sekali, masukkan gula melaka dan gula secukupnya.
    7. Kacau mesra. Kalau nampak pekat boleh tambah air lagi sikit.
    8. Sedia untuk dihidang.
    Selamat mencuba.
    Jangan lupa untuk like, subscribe dan share video ain elas.

КОМЕНТАРІ • 4

  • @liya71
    @liya71 3 роки тому +1

    Awak... resepi awak semuanya my fav food tau!

  • @ffe7334
    @ffe7334 2 роки тому

    Terima kasih resepinya bunda.. mantap saya udah Coba hari ini👍 semangat dan sehat selalu ya bund😍

  • @amiameyda6613
    @amiameyda6613 2 роки тому +1

    Rasanya tak payah rendam kot

  • @arifhafizamhamzah32
    @arifhafizamhamzah32 2 роки тому

    Rendam 4 jam..!?