ABU MUDI l‎ Ihya Ulumiddin (27-12-‎2018)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 19 гру 2024

КОМЕНТАРІ • 2

  • @GglumpangBAMBONG
    @GglumpangBAMBONG Рік тому

    HAMPIR KESELURUHAN ULAMA HADITH ADALAH MERUPAKAN PENGIKUT MAZHAB
    Para ulama hadis(muhaddisin) yang terdahulu sejak zaman berzaman adalah orang yang bertaqlid dengan mazhab. Sungguhpun mereka telah menghafal beratus-ratus ribu hadis dan menghasilkan kitab himpunan hadis yang sangat besar sumbangannya hingga ke hari ini, namun mereka tidak membentuk mazhab mereka sendiri. Bahkan mereka tetap berpegang teguh dengan Imam Mazhab.
    Mengapa? Perlu difahami bahawa setiap ulama mazhab adalah orang yg menguasai ilmu hadis namun para ulama hadis tidak semestinya menguasai ilmu fiqh.
    Hari ini ada segelintir yg keliru dengan istilah "fiqh hadis" kerana menyangka orang yang mendalami fiqh hadis ialah orang yg faham hadis dan fiqh sekaligus. ini sebuah kesalahfahaman, sebab ialah fiqh yg berada dlm kalimah "fiqh hadis" bukan merujuk kepada subjek fiqh, akan tetapi merujuk kepada subjek hadis.
    Juga perlu diketahui bahawa setiap Imam-imam Mazhab mempunyai Kitab Musnad Hadis mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa setiap Imam mazhab mempunyai penguasaan yg luas terhadap hadis. Namun begitu, bukan semua ulama hadis mempunyai kitab fiqh yg dikarang mereka.
    Oleh kerana itu, Imam al-Humaidi(rah) yg terkenal dengan kehebatan ilmu hadis dan juga guru hadis kpd Imam Bukhari(rah), apabila ada orang bertanya beliau mengenai hukum hakam agama(fiqh), maka beliau akan merujuk kpd Imam Syafii(rah).
    Seorang ulama muhaddisin, Imam AbdulLah bin Wahb(rah)[w.813M] telah berkata:
    " Setiap ahli hadith yang tidak mempunyai imam dalam fiqh niscaya dia tersesat, aku telah bertemu tiga ratus orang alim. Tapi kalau bukan kerana Malik bin Anas dan Al Laits bin Sa'ad niscaya aku akan binasa." (Imam Malik dan Imam Laits adalah imam fiqh yg hebat pd zamannya)
    Dikatakan kepadanya: bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa?
    Maka beliau berkata: "aku telah mendapati terlalu ramai yang menghimpunkan hadis maka ia telah memeningkanku, aku sentiasa menyangka bahawa setiap apa yang telah datang daripada Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam maka boleh beramal dengannya, maka aku paparkan kepada Malik dan Al Laits maka mereka berdua berkata: ambil (hadith) yang ini dan tinggalkan (hadith) yang ini."
    (Dinukilkan dlm Al-Wasit Syarh Qawaid al-Fiqhiyah oleh Sh.Dr.Ibrahim Al-Hafnawi.)
    Oleh kerana itu, kita dapati majoriti ulama Muhaddisin tetap menisbatkan diri mereka kepada salah satu mazhab yg muktabar. Dibawah adalah urutan mazhab yg dipegang oleh Muhaddisin Kutub Sittah:
    1. Imam Al Bukhari, menurut pendapat masyhur beliau bermadzhab Syafi’i, Imam Tajuddin As Subki memasukkan Al Bukhari dalam Thabaqat As Syafi’iyah di mana beliau adalah murid Imam Al Humaidi ulama besar Syafi’i. Ada pendapat ada mengatakan kemudian I. Bukhari mencapai derajat mujtahid. Namun begitu, mazhab tidak terbentuk dari beliau.
    2. Imam Muslim bermazhab Syafii
    3. Imam Abu Isa al-Tirmizi bermazhab Syafii
    4. Imam Nasa’i dan I. Abu Dawud menurut Ibnu Taimiyah merupakan penganut madzhab Al Hanbali, namun ada pihak lain yang menyebut bahwa kedua-duanya adalah Syafi’i.
    5. Imam Ibnu Majah tidak diketahui mazhabnya
    Dibawah adalah para Muhaddisin yang bermazhab Syafi'i:
    1. Al Hafidz Ad Daraquthni
    2. Al Hafidz Al Baihaqi
    3.Al Hafidz Ibnu Asakir
    4. Al Hafidz Ibnu Daqiq Al Ied
    5. Al Hafidz Ad Dimyathi
    6. Al Hafidz Al Mundziri
    7. Al Hafidz Taqiyuddin As Subki
    8. Al Hafidz Al Mizzi
    9. Al Hafidz Adz Dzahabi
    10. Al Hafidz Ibnu Katsir
    11. Al Hafidz Al Haitsami
    12. Al Hafidz Al Iraqi
    13. Al Hafidz Ibnu Hajar Al Asqalani
    14. Al Hafidz As Suyuthi
    15. Al-Hakim Tirmizi
    Lihat daftar diatas, Imam Ibnu Hajar yg digelar Amirul Mukminin fil Hadis sendiri berpegang dgn mazhab Syafi'i.
    Dibawah adalah para Muhaddisin yg bermazhab Hanafi:
    1. Al Hafidz Abu Bishr Ad Dulabi
    2. Al Hafidz Abu Ja’far Ath Thahawi
    3. Al Hafidz Ibnu Abi Al Awwam As Sa’di
    4. Al Hafidz Abu Muhammad Al Haritsi
    5. Al Hafidz Abdul Baqi
    6. Al Hafidz Abu Bakr Ar Razi Al Jashas
    7. Al Hafidz Abu Nashr Al Kalabadzi
    8. Al Hafidz Abu Muhammad As Samarqandi
    9. Al Hafidz Syamsuddin As Saruji,
    10. Al Hafidz Quthb Ad Din Al Halabi
    11. Al Hafidz Alauddin Al Mardini
    12. Al Hafidz Az Zaila’i
    13. Al Hafidz Mughulthai
    14. Al Hafidz Badruddin Al Aini
    15. Al Hafidz Qasim bin Quthlubugha
    16. Syaikh Anwar Zahid Al Kuatsari dan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menyebutkan terdapat 150 ulama hufadz hadis dan muhadits yang lain yg mengikut madzhab Hanafi
    Dibawah ialah para Muhaddisin yang bermazhab Maliki:
    1. Al Hafidz Hussain bin Ismail Al Qadhi
    2. Al Hafidz Al Ashili
    3. Al Hafidz Ibnu Abdil Barr
    4. Al Hafidz Abu Walid Al Baji
    5. Al Hafidz Ibnu Al Arabi
    6. Al Hafidz Abdul Haq
    7. Al Hafidz Qadhi Iyadh
    8.Al Hafidz Al Maziri
    9.Al Hafidz Ibnu Rusyd
    10.Al Hafidz Abu Qashim As Suhaili
    Dibawah adalah para Muhaddisin yang bermazhab Hanbali:
    1. Al Hafidz Abdul Ghani Al Maqdisi
    2. Al Hafidz Ibnu Al Jauzi
    3. Al Hafidz Ibnu Qudamah
    4. Al Hafidz Abu Barakat Ibnu Taimiyah(datuk kpd Imam Ibnu Taymiah yg masyhur)
    5. Al Hafidz Ibnu Rajab dan lainnya.
    Mengapa para ulama muhaddisin tetap berpegang dgn mazhab sedangkan mereka sendiri telah menguasai beratus-ratus ribu hadis? Ini adalah kerana cakupan tugas Muhaddis ialah meriwayatkan sabdaan, perbuatan dan taqrir(pengakuan) Rasulullah SAW terhadap tindak tanduk sahabat, TANPA mengemukakan:
    1. Yg mana satu hadis yg dimansukh hukumnya dan yg mana satu memansukhkannya
    2. Yg mana hadis merupakan dasar utama dan yg mana merupakan hadis pengecualian
    3. Suruhan yg manakah didukung oleh sekumpulan besar sahabat dan tabiin, dan yang mana tidak didukung
    Ini adalah kerana hal-hal di atas diserahkan kpd ulama mujtahid untuk melakukannya dan mengeluarkan hukum hakam, bukan ulama hadis. Oleh kerana itu, penilaian hadis yg dibuat oleh fuqaha'(Imam-imam mujtahid dlm mazhab) adalah lebih tinggi mutunya berbanding penilaian hadis yg dibuat oleh ulama muhaddisin.
    Kejadian yg berlaku pada masakini ialah, segelintir orang mengenepikan mana-mana hukum hakam dlm mazhab fiqh hanya beralasan ia tidak terdapat dalam Kutub Sittah. Sedangkan para Imam Mazhab hidup pada zaman yang lebih awal berbanding para ulama muhaddisin.
    Sudah tentu status hadisnya adalah berbeza. Hendaklah difahami bahawa kebanyakan status sebuah hadis berubah kerana keadaan perawi yg meriwayatkannya. Maka perbedaan zaman antara Imam Mazhab dan muhaddisin Kutub Sittah pasti menyebabkan sesebuah hadis itu berbeda statusnya.
    Oleh itu, sudah tentu hukum hakam dlm mazhab itu ada sandaran hadis yg dipegang oleh para Imam Mazhab yg mana hadis itu tidak semestinya terdapat dlm Kutub Sittah.
    Maksud Imam Syafii apabila beliau mengatakan:
    إذا صحّ الحديث فهو مذهبي
    "jika ada terjumpa hadis sahih, maka itulah mazhabku" ialah jika masih ada mana2 hukum hakam yg belum ditulis dlm mazhab Syafi'i maka jika ada hadis sahih yg berkenaan dengannya, maka itu blh dimasukkan dlm mazhabnya.
    Manakala hukum hakam yg telah pun tertulis dlm mazhabnya, telah pun disahkan oleh Imam Syafie sumber hadisnya adalah sahih menurut beliau.
    Perlu juga difahami bahawa ucapan itu beliau tujukan kpd murid-muridnya dan juga untuk para mujtahid dlm mazhab yg telah mencapai kedudukan yg tinggi dlm ilmu fiqh dan seluruh ilmu-ilmu alat yg lain. Ia bukan ditujukan kpd masyarakat biasa untuk melakukannya.
    Kesimpulannya, jika tokoh Muhaddisin yg hebat sendiri mengikut mazhab, apalagi kita yg lemah yang mencoba untuk menggali hukum secara langsung dari hadis-hadis Rasulullah SAW. Bagi kita untuk mengetahui hukum hakam agama bukan semudah bertanya "sahihkah hadisnya?" kerana proses istinbat hukum adalah sesuatu yg amat rumit.

  • @mafadhtv6265
    @mafadhtv6265 6 років тому

    .....