Legacy - Ditelan Pahit Dibuang Sayang [Lirik]

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 тра 2019
  • Lagu Ditelan Pahit Dibuang Sayang Dinyanyikan Oleh Kumpulan Legacy
    Semakin lama semakin jelas
    Perasaanmu terhadapku
    Walau kini ku dimiliki
    Namun diriku kau rindukan
    Aku tak mampu untuk memilih
    Satu di antara kau dan dia
    Tak sanggup aku merelakan
    Sehingga ada jiwa akan terluka
    Bila kau meminta diri ini
    Untuk membuat keputusan
    Tak mungkin dapat ku lakukan
    Ini diluar kemampuanku
    Dan hati ini sukar menerima
    Hakikat sebenar
    Aku tak terdaya untuk memutus
    Jalinan cinta
    Harus kau akui apa yang terjadi
    Kasih berbelah bagi bukan kehendakku
    Puas ku fikirkan perit perasaan
    Namun persoalan tiada jawapan
    Bila kau meminta diri ini
    Untuk membuat keputusan
    Tak mungkin dapat ku lakukan
    Ini diluar kemampuanku
    Dan hati ini sukar menerima
    Hakikat sebenar
    Aku tak terdaya untuk memutus
    Jalinan cinta
    Harus kau akui apa yang terjadi
    Kasih berbelah bagi bukan kehendakku
    Puas ku fikirkan perit perasaan
    Bila sendirian
    Semakin ku rasa
    Ditelan pahit dibuang sayang
    Semakin ku rasa
    Ditelan pahit dibuang sayang
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 349

  • @arifazan2031
    @arifazan2031 2 роки тому +227

    Kepada lelaki yang masih bujang walaupun umur dah masuk 30 ke atas, bersabarlah.. Mungkin Allah simpan yang lebih baik di syurga berbanding apa yg ada di dunia sekarang. Bidadari syurga lebih cantik dari wanita dunia. Setitis air liur bidadari jatuh ke dalam lautan, maka selautan menjadi manis.

    • @romainyalias6545
      @romainyalias6545 Рік тому +8

      Allah Maha Pengatur Segalanya...Ya Rabbi...sabar itu penuh kemanisan

    • @mohdtarmizibinmohdnor9738
      @mohdtarmizibinmohdnor9738 Рік тому +4

      Good

    • @muhammadisaanuar7379
      @muhammadisaanuar7379 Рік тому +3

      😌

    • @aierul94
      @aierul94 Рік тому +5

      Reda dah,2 thn g 30 lah..bujang😂😂

    • @n_noor.
      @n_noor. Рік тому +7

      Muda lagi... Wa dulu pun dkt 4siri, jodoh klu sampai tak perlu susah2 menghrp.semua dgn izinnya datang la bro. Inshaallah b,gia hendaknya

  • @wanmcd
    @wanmcd Рік тому +26

    Saya pun umur dh 43 tapi blm mendirikan rmh tangga, tapi skrg ada berkawan dgn sorang perempuan berumur 45 Masih solo lagi,insyaallah klau itulah jodoh saya,saya akn menamatkan zaman bujang saya

  • @farizismail6966
    @farizismail6966 3 роки тому +62

    Di telan pahit, di buang Syg,, lebih baik di buang secara elok.... Dari menanggung kepahitan, perancangan Allah adalah Yg terbaik....

    • @emieyaplue2539
      @emieyaplue2539 2 роки тому +5

      Buang kt litar semula...nanti boleh guna semula...😂😂😂 melawak je bang...

    • @sitinoor2130
      @sitinoor2130 3 місяці тому

      Assalm

  • @muhdizzuddin5169
    @muhdizzuddin5169 3 роки тому +72

    Siapa masih layan lagu ni 2021😢kita geng

    • @cipolan1352
      @cipolan1352 2 роки тому +2

      Rock kapak selamanya gink🤘

  • @dady4148
    @dady4148 2 роки тому +170

    Lagu yang selalu membuat air mata auto mengalir ... Sehingga kini aku masih solo dan bujang walau 41 usia ku ...

    • @rizallangelic
      @rizallangelic 2 роки тому +25

      lupakan yang lama...karna masalalu adalah pengalaman dan jadikan itu sebagai pengalaman di masa depan

    • @TheRoninChannel
      @TheRoninChannel 2 роки тому +19

      Kita sama bang.. dah bertahun lone ranger.. bukan xde yang berkenan dan bukan xde yang nak.. tapi hati dah xde rasa untuk sayangkan org lain..
      Sedangkan dia dah pun kawen tahun lepas..

    • @mohamadadilybinbachik6481
      @mohamadadilybinbachik6481 2 роки тому +5

      Jangan tuggu hidup da tak sukar untuk jadi bahagia.....

    • @adieymokhtar7015
      @adieymokhtar7015 2 роки тому +13

      jangan sia2 kan diri semata2 kerana orang yang tak tahu menghargai.

    • @thantaroo3983
      @thantaroo3983 2 роки тому +5

      Sentuhan lagunya menikam..

  • @dewirindu8212
    @dewirindu8212 2 роки тому +55

    11th masih berstatus janda.. Skrg dah nak masuk umur 37th, Xpa perancangan allah itu lebih indah.. Terbaik lagu² 90an penghibur kalah sepi.. ❤❤

  • @mohdsohi6715
    @mohdsohi6715 2 роки тому +22

    banyak kenangan bersama bekas isteri bila mendengar lagu ini...masa berlalu bergitu pantas dah 6 tahun berpisah😢😢

  • @nurrani829
    @nurrani829 2 роки тому +11

    Ditelan pahit dibuang syg..mencari cinta yg hakiki(allah)👍🤗❤️

  • @mohdraziman1910
    @mohdraziman1910 14 днів тому +1

    Best lagu ni.Layan.Siapa masih dengar Jun 2024 sila Like Komen dan Share ye.

  • @fattashorts6590
    @fattashorts6590 3 роки тому +53

    100 tahun lagu nie pon masih hittzz bro..🙋

    • @mdsofian8574
      @mdsofian8574 Рік тому +1

      Lebih lagi pon sama bagus😊😊😊

  • @nostalgicmemories4442
    @nostalgicmemories4442 Рік тому +27

    ada gadis yg diminati, tapi tak berani nk approach sbb sedar siapa diri ini, kerja biasa2 dekat kL ni org tak pandang..utk sahabat2 yg lain bersemangat lah bekerja, semoga sahabat smua dimurahkan rezeki masing2

  • @khairulfitri6568
    @khairulfitri6568 2 роки тому +33

    Tiber2 lagu ni muncul dlm kepala. Adehh 🙇🏻‍♂️
    •Friday, 8 October 2021

  • @mdsahudin4433
    @mdsahudin4433 3 роки тому +67

    12-5-2021..sape sahabat dngar lgi karya ni tolong like sikit...

  • @rahmadraid8834
    @rahmadraid8834 Рік тому +8

    Aku besyukur lahir di zaman 80an,lagu2 smu mengisahkan kehidupan,smpai skg aku menghayati lagu seperti ini,ada yg kna dng kisah hidup aku

  • @abdulfatahabdulbasir9588
    @abdulfatahabdulbasir9588 4 місяці тому +7

    2024.. saya dah berkahwin tahun lepas pada usia 36tahun.. dugaan perkahwinan lewat usia ni lain macam, berpuluh tahun kita hidup sendiri,dengan apa jua keputusan semua atas kehendak kita sendiri. Bila dah beristeri ni memang selalu perang di sebabkan keras kepala masing-masing.. tapi Alhamdulillah Allah s.w.t masih memanjangkan jodoh kami,di harapkan sampai ke jannah dan kekal dalam redha Allah s.w.t dan doakan kami mendapatkan zuriat😢 🙏🙏🙏🙏

  • @sbempire7987
    @sbempire7987 3 роки тому +97

    Lagu tahun 1996 dah 25 tahun lagu ni. Salam untuk peminat lagu2 jiwang sedunia.

    • @justinroyce5943
      @justinroyce5943 2 роки тому +1

      i dont mean to be so off topic but does anybody know a tool to get back into an Instagram account??
      I was stupid forgot the account password. I love any help you can give me!

    • @zevdraven1658
      @zevdraven1658 2 роки тому +1

      @Justin Royce Instablaster :)

    • @faezatulatika7354
      @faezatulatika7354 2 роки тому +3

      Sy lahir tahun 1997. Lama betul…

    • @AktifComback-kr4oj
      @AktifComback-kr4oj Рік тому +1

      lagu ni mse form 4 thn 1996

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 3 роки тому +19

    Terbaik Bro.. terbaik Legacy.. balada rock jiwang..

  • @SamsungJPrime-xu1uu
    @SamsungJPrime-xu1uu 2 роки тому +27

    6-8-2021 masih dgr lg lagu ni..25 tahun dah yea..cpt masa berlalu..

  • @Juan-cq6qw
    @Juan-cq6qw 11 місяців тому +9

    2023 16 julai!!! ada lagi ke ..yang layan jiwang 90an ni' mmg puitis btul lirik nya..dngr auto melayang fikiran

  • @jebonjamesbond6277
    @jebonjamesbond6277 2 роки тому +19

    Lagu yg hidup sepanjang zaman,memang tak bole di sangkal kan lagi oleh siapa2 pun...

  • @tokanjang6
    @tokanjang6 2 роки тому +6

    Part last bila sendirian tu memang syahdu..👍👍

  • @nikkazimah5100
    @nikkazimah5100 3 роки тому +12

    DiteLan Ketum Pahit Tapi Dibuang Ketum Rasa Sayang ,, Huhu Lagu Khas Untuk Kaki Ketum Yang Tak Henti2 Minum Tah ApaApa

  • @mohdnasrulismail8431
    @mohdnasrulismail8431 2 роки тому +5

    ditelan pahit dibuang sayg..kemam je la

  • @mummysyu22
    @mummysyu22 Рік тому +7

    lagu ni terakhir aku ngikut arwah suami g memancing hari minggu,esoknya terakhir jga dia hntr aku g chekup kandungan 5bln sblum dia pergi buat selamanya alfatihah buat suamiku tersayang miss u abg luv u🥺

  • @ainazulia7462
    @ainazulia7462 2 роки тому +11

    Mencintai tak semestinya memiliki 😢

  • @thantaroo3983
    @thantaroo3983 2 роки тому +13

    Sentuhan lagu dulu memang mantap,padu! Tidak seperti lagu zaman sekarang semuanya mcm bercakap😅..

  • @skyoshamisky7106
    @skyoshamisky7106 2 роки тому +12

    2020,sep 2021 Covid memisahkan kita semua,allhamdulilah membesar dgn lagu2 90' an sehingga kini,salam takziah pd yg meninggal dunia al- fatihah

  • @lahpaklah7642
    @lahpaklah7642 Рік тому +6

    Alhamdulillah..masih diberikan nafas untuk menjalani hidup sebagai Hamba Allah SWT..bab jodoh,biar takdir yang tentukan..bila menginjak usia hampir 35 ni,kenangan n masa lalu muda remaja je yang tinggal..dah tak rasa ingin mencari setelah berkali usaha .. mungkin jodohku menunggu disana..Amin..

    • @martaliff8926
      @martaliff8926 10 місяців тому +1

      Try omi bang, rmai wanita yg masih single skrang ni.

    • @lahpaklah7642
      @lahpaklah7642 10 місяців тому

      @@martaliff8926 malu mau mencari.. biarkanlah,mungkin ni semua ujian buat saya..

  • @ramadhndyanfiesherniaramad36
    @ramadhndyanfiesherniaramad36 Рік тому +3

    Lagu ni betul mcm kisah aku.. Tersentak aku.. Maafkan aku syg sebab menyayangi kamu berdua.. Akhirnya aku yg kecewa akibat diri sendiri yg mengecewakan kamu dua

  • @hilalazman8438
    @hilalazman8438 2 роки тому +56

    Era kebangkitan industri muzik malaysia sekitar 90 an... Bangga membesar dlm persekitaran itu... Tak mcm skrang... Meriah rock dulu2...

  • @oppor7321
    @oppor7321 4 роки тому +43

    Aku layan lagu ni sbb aku sedang bersedih...

    • @junnyjanetiger7159
      @junnyjanetiger7159 3 роки тому +2

      Sama la kita..baru berpisah dgn gf..

    • @sulaimansuraya7514
      @sulaimansuraya7514 3 роки тому +2

      Sya pon sma tgh betsedih jgk

    • @oppor7321
      @oppor7321 3 роки тому +2

      Meh sma2 layan ..

    • @cipolan1352
      @cipolan1352 2 роки тому +2

      Lgu tk blh sya dengar auto mengalir air mata byk kenangan pahit manis mungkin bkn jodoh kli

    • @TheRoninChannel
      @TheRoninChannel 2 роки тому +1

      Sama.. walaupun dah 4 tahun berlalu, pedih tu tetap ada.. masih tak mampu nak move on lagi..

  • @roslanosman6331
    @roslanosman6331 Рік тому +1

    Otai2 jer yg layan syahdu nya senikata lagu ni..

  • @draziesaari
    @draziesaari 2 роки тому +23

    Suara penyanyi ni mmg sedap

  • @abcabc4579
    @abcabc4579 2 роки тому +4

    Assalamualaikum semua nya masih sedap lagu2 90 an dari dulu sampai sekarang ni tak jemu-jemu mendengar suara otai

  • @irfanhafizi5207
    @irfanhafizi5207 3 роки тому +7

    terpaksa melepas kan seseorang
    walaupun hati terasa berat
    tapi apakan daya.......

  • @shahhaikal630
    @shahhaikal630 Рік тому +4

    Lagu ni memang terbaik..👍

  • @norazlanrajab4814
    @norazlanrajab4814 2 роки тому +1

    lagu era 80 n 90an mmng win n sentiasa mengamit memory x mcm lagu² bbnu nie...hancus berkecai lagu org dibuatnya...nak² bdk² indon,bila dia org bwk lagu otai² nie terus jdi dangdut...hampeh n sakai sungguh🙄

  • @ibrahimmusa975
    @ibrahimmusa975 2 роки тому +7

    Ditelan pahit.. dibuang sayang., Dalam sungguh

  • @faizansalihhudin5919
    @faizansalihhudin5919 Рік тому +3

    Automatik otak tringat 23thn lepas pernah mencintai gadis dr pantai timur... Ganu kite smoga berbahagia selalu

  • @mengaruttt
    @mengaruttt 6 днів тому

    Aku tpksa mlngkh pergi krana ak sedar prjuanganku perah keringat tuk halalkn mu telah dkhianti, walau masih rasa syg dan cinta, jauh disudut hatiku tiada trsimpan dendam trhdap drimu ak xsalakn drimu dgn apa yg trjadi mkin salh driku sendri lmbat mnghalalkn drimu dn trima kasih nurul ain izati krana kejutkan ak dari mimpi yg panjng dgn ape yg trjadi. Aku sllu mndoa kbhgian utkmu ddunia hnga akhirat wlau ak thu drimu dn dye tlah tiada ape2 lgi wlau 5thun berlalu sejarah ni telah tecatat disanubari htiku.

  • @iis_iis
    @iis_iis 3 роки тому +14

    Ditelan pahit dibuang sayang..

    • @mohdshamsul315
      @mohdshamsul315 2 роки тому +2

      Terlalu pahit utk ku lepaskan dirimu...namun sudah ketentuanNYA

  • @farahzulmohdzul4887
    @farahzulmohdzul4887 2 роки тому +14

    Fav song..love sgt lgu2 legacy

  • @mazwanahmadmanjadawajada1889
    @mazwanahmadmanjadawajada1889 2 роки тому +9

    lagu panadol, di telah pahit di buang sayang.

  • @jle6233
    @jle6233 2 роки тому +4

    Memang rare lagu ni sedap didengar syahdu shahdan

  • @punchkick1874
    @punchkick1874 2 роки тому +5

    MCM mana kalau Nash try bawak lagu ni...MMG pergh lah .

  • @mohdkhairulfitriabdmalim1717
    @mohdkhairulfitriabdmalim1717 3 роки тому +8

    Hui, steady la br0. Terbaik👍💪🔥💯

  • @wanzskop2109
    @wanzskop2109 2 роки тому +4

    Ditelan pahit dibuang syg..Dua jiwa satu hati..mksud yg sama lagu yg berbeza..tapi dua2 lagu paduu💪🏻💪🏻

  • @akhirdin9246
    @akhirdin9246 3 роки тому +13

    final di arena square k.kgsr aku pilih lagi ni mewakili definite auto sdn bhd (pro2 k.kgsr,perak darul ridzuan)

  • @azlibaen5384
    @azlibaen5384 Рік тому +6

    2023 masih indah lagu ini..penuh erti

  • @cubadulu3873
    @cubadulu3873 8 місяців тому

    terbaik legacy...teruskan berkarya...success...

  • @AbdulHamid-ns2is
    @AbdulHamid-ns2is 2 роки тому +8

    30.07.2021-ttap layan....ttap segar dlm lipatan memori...tq admin 🥰

  • @hazimawalluddin5881
    @hazimawalluddin5881 3 роки тому +7

    Dgr lagu jiwang nihh t'ingat zaman muda2 dlu..

  • @za1615
    @za1615 3 роки тому +5

    Best song. Selalu lyn lagu ni

  • @tracy3z5u98
    @tracy3z5u98 2 роки тому +5

    Hati ini sukar menerima hakikat sebenar,sukar mengambil keputusan, ditelan pahit dibuang sayang.

  • @mirandasoffiya
    @mirandasoffiya 28 днів тому

    ditelan pahit, dibuang syg..., kdg2 telan jgklah walau hati perit untuk menerima sebuah penghinaan😭😭😭😭

  • @futureworm895
    @futureworm895 3 роки тому +10

    21.02.2021 masih layan lagu² era90an. .

  • @roseidaman7331
    @roseidaman7331 Рік тому

    Acap kali terluka membuatkan serik walaupun cinta ttp bertandang 😭😭Cinta Allah cinta rasul jg yg kekal abadi

  • @masitasaidin8861
    @masitasaidin8861 2 роки тому +3

    Laguni amat terasa .. punyalah kita jaga perasaan dia dan syg KT dia.hampir 3 thn .boleh dia kata x tau nk pilih sapa..aku redha je...aku undur diri walaupun pedih ..aku jelah yg tanggung... sampai nya hati
    Dh beri org harapan dia juga yg mainkan perasaan

  • @akiblack2920
    @akiblack2920 2 роки тому +2

    Tanggal 16/11/2021 masih menghayati lagu ini..mmg syahdu bro..huhu

  • @rosshamismail3910
    @rosshamismail3910 3 роки тому +5

    semakin lama semakin jelas perasaan mu........ # aku layan.... erin syam

  • @kucingterkejut3491
    @kucingterkejut3491 3 роки тому +9

    Sedih Dengar lagu Bila Gf Bercinta Ngn Kawan Baik Sendiri 😔,

    • @wanmohdadamsyafiq5316
      @wanmohdadamsyafiq5316 3 роки тому +1

      Sabar bro..

    • @payehgaming940
      @payehgaming940 3 роки тому +4

      sabar bro .. percayalah jodoh itu milik allah , cepat atau lambat nanti pasti allah akan hadirkan hambanya yg terbaik buat kita .. aku dulu tak percaya jugak pasal jodoh , aku ingat lagi waktu aku baru putus dengan kekasih aku dah lama bercinta dh hampir 5tahun tiba2 putus tanpa sebab 😔 .. Masa tu aku rasa down sangat2 , tak tahu nak buat apa , rasa macam dah giveup .. Sampai satu masa , nak kata dah jodoh aku dipertemukan balik .. waktu tu aku macam tak percaya semua ni ingatkan mimpi rupa2 betul2 terjadi .. Alhamdulillah sekarang aku dah kahwin dgn dia , Betul laa org cakap kalau dah jodoh tak kemana 😌 dah hampir 3tahun kahwin tapi takde anak lagi takde rezeki 🥺

    • @izahamizaham4290
      @izahamizaham4290 3 роки тому +1

      Aku pn pernah rasa 😔

    • @mohamadfadzliudinmohamadas3992
      @mohamadfadzliudinmohamadas3992 2 роки тому +1

      Sabar bang..Allah dah aturkan yg lebih utk abg

  • @24putera
    @24putera 3 роки тому +9

    Sebelum sarapan aku dgr lagu ni dulu.. Stylo x?? 😂😂😂

    • @nurdilah5446
      @nurdilah5446 3 роки тому

      Perghhh gile babeng arrr😅

    • @24putera
      @24putera 3 роки тому +1

      @@nurdilah5446 kejadian betul pg tu x tipu punya.. Hehehe

  • @henselyebin8313
    @henselyebin8313 Місяць тому

    Lagu kenangan 90 an memang syok habis

  • @epolcromok695
    @epolcromok695 2 роки тому +4

    Mati mati ingat lagu dari kumpulan fotograf.. rupe nye kump legacy..

  • @muhammadadiputra193
    @muhammadadiputra193 3 роки тому +16

    Rindu dekat kekasih lama..dgar lagu ni😢😢😢sekarang dia dah ada 4 orang anak...semoga dia bahagia......

  • @mohamadarfan3666
    @mohamadarfan3666 3 роки тому +6

    Pecah la halkum kalau bwak lagu ni😂

  • @shahblack2813
    @shahblack2813 Рік тому +3

    2023 bln 2….masih layan lg lagu ni…kenangan lama masih memburu

  • @hadisufianbudin3477
    @hadisufianbudin3477 Рік тому

    Memang betul sangat.ditelan pahit di buang sayang.begitu lah dalam kehidupan.sesayang apa pun kita jikalau sudah ditakdir kan.kita kena pasrah je

  • @EdDy-ud4xr
    @EdDy-ud4xr 2 роки тому +3

    Lagu kenangan yg ku bawa di perjalanan hidup ini.

  • @IkhmalSyed
    @IkhmalSyed 3 роки тому +7

    Bestlah Lagu Ni👍

  • @idhamtaib3939
    @idhamtaib3939 Рік тому +1

    Saya dh msok 53 tp xde yg sudi😢Mungkin saya oku mental n xde kje SB tu awek xnk ngn saya..klu xkwen pon xpe jnji saya ada Allah yg syg pd saya😢Aminn..yrb

  • @zuraida8112
    @zuraida8112 2 роки тому +3

    Kasih berbelah bagi bukan kehendak ku😌

  • @baturockstone4832
    @baturockstone4832 3 місяці тому

    28/3/24
    Tibe2 nak layan lagu ni..
    Layan perasaan lagu ni di bulan puasa.

  • @amz9942
    @amz9942 Рік тому +1

    bertabah laa duhaii hati 🥺

  • @selbiahy6232
    @selbiahy6232 Рік тому

    Sya tak tahu orang buat kianat kalau tahu kerana Allah pun takkan yerima aniaya

  • @thesilent2761
    @thesilent2761 5 місяців тому

    Apa susah bro amik jela kedua2 lagipon dua2 tu mmng memilih ko kn dh ada 9 akal pandai2 la bahagikan2 masa semua tu tpi lagu mmng best dgr 😊

  • @NickNick-dj8no
    @NickNick-dj8no 11 днів тому

    Dirimu sahaja kata cinta,aku disini tidak kenal siapa dirimu itu dahulu.

  • @MuhammadAbdullah-oh3fs
    @MuhammadAbdullah-oh3fs Рік тому +2

    Ya Allah rindu kat dieeeee......

  • @ainzainurzainal8577
    @ainzainurzainal8577 2 роки тому +1

    30/10/2021 sabtu..layan smbil2 tgh kja...sedih tringat kisah lama...bbelah bgi..dua2 aku x pilih...

  • @nanoworld7960
    @nanoworld7960 Рік тому +1

    Kalau xdak Jodoh buat mcam mana pun tetap xdak jodoh

  • @mmkwwk8761
    @mmkwwk8761 2 роки тому +8

    suamiku terpenjara.... akhirnya aku mencintai org lain .. maafkan Iza.. Iza tk sgop lgi hidup dgn abg yg kerap kena tangkap..

    • @suptulang8861
      @suptulang8861 Рік тому +1

      mgkin itu yg terbaik redha la dgn kehidupan , kadang yg kita gengam kuat kalau bukan milik kita tak de apa yg kita mampu buat ...

    • @mderdy9640
      @mderdy9640 Рік тому

      Ira kena sabar lah abg masuk penjara..

  • @fadrulfadai3373
    @fadrulfadai3373 2 роки тому +4

    Lagu nie mmg kene sgt dgan aku skrg awek aku Tak tahu nak plih aku or dia,aku dh jmpe dia dgan baik kitorg Takkan gaduh psl nie,hati sgt2 hancur 4thun bsama awek aku Tak buat keputusan lgi nk plih aku or dia🥲

    • @NizamNick77
      @NizamNick77 Рік тому

      Ok lagi bang aku 5 tahun bersama cara berpisah dia bawak jantan lain hancur hati balik rumah mak hujan2 naik moto merembat tk ingt nyawa

  • @zkhaizan885
    @zkhaizan885 2 роки тому +2

    Maafkan diri ini, puas ku fikirkan, ditelan pahit dibuang sayang

  • @akhirdin9246
    @akhirdin9246 3 роки тому +2

    final di arena square k.kgsr 2015 aku pilih lagi ni.

  • @ciksiti9576
    @ciksiti9576 2 роки тому +7

    x dapat tido. 4:56 am 8.8.2021. sedih . mcm2 fikir skrg ni. ..

  • @norihankassinm7677
    @norihankassinm7677 2 роки тому +1

    Sama dgn diri ku.
    Sukar untuk memilih satu di antara dua .
    Sedih untuk aku berbuat begitu.

  • @ritanarita1399
    @ritanarita1399 Рік тому +1

    sedih sedang alami . tak sangka terjerat dengan semua ni bila kau sendiri yang cipta.. arddy 😢 ini ke merana kau sebut kan dl

  • @HelmiazmilJamil-du5jn
    @HelmiazmilJamil-du5jn 10 місяців тому

    Jika aku memilih kecewa pasti kau memilih bahagia dan pasti kau menjadi yang lebih istimewa di masa yang lalu berjanji la pada diri ku ini tulus buat insan tersayang.....
    ikhlas salam sayang dari ku.....

  • @aierul94
    @aierul94 Рік тому +1

    Pnh brsungguh2 jaga hati n bg perhatian pada si dia,tp tiada nilai di matanya...jd sy undur diri,better sy solo smp tutup mata...bukan tak teringin bekeluarga,tp tahlah😵😁

  • @orkidorchid
    @orkidorchid 3 місяці тому

    layan betul lagu ni walau dh 2024…imbau zmn kanak2 betul

  • @nadirasayangq182
    @nadirasayangq182 Рік тому +1

    😌😌hadir 11/07/2023-Ditelan pahit Dibuang Sayang😔

  • @saadiahnadia9924
    @saadiahnadia9924 Рік тому +1

    Slm shbt🙂naa join dengar yaa..tumpang brhibur..boleh...🙂🙂🙂

  • @indajamal6842
    @indajamal6842 6 місяців тому

    30 dis 2023...Dlm bersedih dgr lagu ni..berat sungguh hati aku..menyesal bukak hati utk org yg tak menghargai..menyesal..rupanya dia masih menaruh hati pada ex dia..aku cuma pelepas sunyi..sakittt

  • @anniedayang..9302
    @anniedayang..9302 2 роки тому +1

    Petang Jumaat dalam hujan renyai

  • @ramblilee1911
    @ramblilee1911 9 місяців тому

    Wlaupun umur dh kira senja lgu ini tetap diminati sejk umur muda lgi 2023 msih dimain kn

  • @haristohari8659
    @haristohari8659 2 роки тому +1

    Dielan pahitt dibuang sayang...
    Pas banget musik nya

  • @DhaniyahSailahZafrah.
    @DhaniyahSailahZafrah. Рік тому

    lagu zaman aku tengah membesar..tym on call tengah२ mlm ter dengar lagu ni ...sesih gila...zaman kena rotan

  • @ajfoodchannel8357
    @ajfoodchannel8357 Рік тому

    2023 aku hadir mndengarkan lagu ini yg bmain2 di kepalaku hingga aku hafal lagu ini..adakah kau juga bgitu?? kasi like skittt

  • @mohdfauzishahri7724
    @mohdfauzishahri7724 10 місяців тому

    Lagu teringat pada bekas tunang walau dah jadi isteri orang..allahuakbar semoga di bahagia dgn pilihan ye 🤲aminn

  • @nazhascraporimoto3000
    @nazhascraporimoto3000 2 роки тому +4

    Pedih percintaan terhalang kerana rempit.Skrng Teringat gak bila dengar lagu ni Walaupon dah ada isteri guru😥