Program Bicara Kenaf bersama Masyarakat Orang Asli Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 28 лис 2024
  • 23 JULAI 2024 | GUA MUSANG
    PROGRAM BICARA KENAF BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DI POS PULAT, GUA MUSANG, KELANTAN
    Hari ini telah diadakan Program Bicara Kenaf Bersama Masyarakat Orang Asli Pos Pulat bertempat di Dewan Orang Ramai Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan.
    Penganjuran program ini adalah sebagai usaha turun padang Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara bagi memberi penerangan berkenaan tanaman kenaf kepada masyarakat setempat. YBhg. Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) telah hadir dan merasmikan majlis disaksikan oleh 200 orang penduduk di Pos Pulat.
    YBhg. Datuk Pengerusi turut berkesempatan menyempurnakan sesi Penyampaian Cenderahati kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Pos Pulat. Turut hadir adalah Tn. Hj. Nik Muhamad Azhar Nik Mustapha (Pengurus LKTN Wilayah Timur).
    Terima kasih kepada masyarakat Orang Asli Pos Pulat kerana sudi menyambut kehadiran LKTN. Teruskan menyokong industri kenaf dan kawal selia tembakau negara 🇲🇾
    #LKTN
    #bicarakenaf
    #kenafmelestarikankehidupan
    #kawalseliaindustritembakau
    #MalaysiaMadani

КОМЕНТАРІ •