Degree PJJ 4 tahun berbaloi ke? Belajar Separuh Masa
Вставка
- Опубліковано 4 січ 2025
- Ijazah Sarjana Muda atau panggilan terkenalnya, "Degree" adalah impian setiap mahasiswa. Tapi, bukan semua berpeluang belajar sepenuh masa.
Bagaimana jika anda terima peluang untuk belajar separuh masa? Will you grab the chance?
Adakah anda berputus asa hanya kerana tempohnya 4 hingga 5 tahun? Jangan mengalah, jom sama-sama genggam Skrol di Puncak Menara Gading!
Kita fokus pada gol, bukan pada halangan.
We can do this!
#darilensaharithariffin #career #universities #Universiti #Unilife #PJJ #Parttimestudy #Students #studentlife #motivation
Tqq, perkongsiannya Bro 👍🏻.
apa yang paling mencabar kalau ambil pjj ni bro?. hampir sama waktu diploma?
@@cyankc8452 You are welcome. Sejujurnya yang paling mencabar adalah pengurusan masa. Jika sudah berumah tangga, jangan sampai pasangan rasa terabai semasa kita fokus belajar...kena berkomunikasi.
@@cyankc8452 Tak pasti...sebab saya tak ada diploma. Saya ada STPM. Tapi PJJ Degree hanya lebih fokus pelajaran dalam kampus. Tak macam pelajar degree sepenuh masa, yang banyak program luar kampus. Tapi, bergantung pada kursus juga.
Assalamualikm nk tnya.. Saya ni minat nk PJJ ni tpi tulah kalau semua subjek/kerja kursus bahasa inggeris mmang naya aku😅😅MUET ku je band 2 itu pun ntah apa yg dibuat masa tu. Semua U begitu ke?? Kerja. Kursus bhasa inggeris
@@hokage6624 Waalaikumsalam Hokage. Boleh cuba PJJ di UUM. Silibus Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu. 😊
Assalamualaikum tuan,maaf nak bertanya,kalau kita dah ada diploma dan nak bekerja lepastu nak sambung degree PJJ,boleh ke transfer credit untuk cut semester?
@@muhammadhariz5606 Waalaikumsalam tuan. Kawan saya pernah buat transfer credit. Boleh dicuba. Semoga dipermudahkan
Assalamualaikum tuan saya nk tanya degree separuh masa ni layak ke dpt pinjaman ptptn?
@@anakemak2206 Waalaikumsalam tuan. Layak. Tuan perlu minta borang permohonan dari Universiti. Ada borang khas. Bergantung pada Universiti / Kolej juga. Biasanya boleh mula mohon pada semester 2.
@@darilensaharithariffin oh begitu lg satu saya nk Tanya tuan selama pengalaman PJJ tuan pernah ade mana2 pelajar yg dia buat part time study tapi tidak bekerja maksudnya dia hanya belajar separuh masa tapi tidak bekerja boleh ke cara begitu? Atau memang syarat part time study perlu ade pengalaman kerja mohon pencerahan tuan.
@@anakemak2206 cuba try masuk OUM-Open University Malaysia. OUM tak perlu pengalaman. jika perlu pengalaman pun bergantung kepada bidang yang tertentu sahaja. pengajian ini,sepenuhnya online. dan kelas online hanya hujung minggu dan ambik masa 5 tahun.
Kebiasaannya memang syarat Universiti dan Kolej mahukan pelajar dengan pengalaman bekerja atau jika bekerja sendiri, boleh nyatakan SSM atau surat pengesahan. Contoh, jika anda seorang Ejen Insurans, boleh mohon surat pengesahan sebagai ejen dari Jabatan Sumber Manusia Syarikat Insurans tersebut. Harap membantu. @anakemak2206