Penutupan Bulan Kebangsaan KTESI 2024 Penuh Warna Warni

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 2 жов 2024
  • Penutupan Bulan Kebangsaan KTESI 2024 Penuh Warna-warni
    Laporan/video: Memi Yusoff/Afiqq Rahman (Selangor)
    KLANG, 13 Sep (MalaysiaAktif) - Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2024 Kolej Tingkatan Enam Sri Istana (KTESI) berlangsung meriah dan penuh warna-warni di sini hari ini.
    Majlis penutupan ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor, Normaizatulakmal Tujad di tapak perhimpunan KTESI, Klang.
    Sepanjang bulan kebangsaan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti nyanyian lagu patriotisme, hiasan kelas, deklamasi sajak, tayangan video pendek TikTok, melukis poster dan perarakan patriotisme.
    Majlis penutup menyaksikan persembahan tarian tradisional oleh pelajar yang menampilkan tarian Melayu, India, Cina dan Borneo bagi menggambarkan kekayaan dan kepelbagaian budaya Malaysia.
    Aktiviti-aktiviti ini menunjukkan komitmen tinggi warga kolej dalam memeriahkan sambutan hari kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotik di kalangan pelajar.
    Selain itu, majlis turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanjang bulan ini sebagai tanda penghargaan atas penglibatan pelajar.
    #MalaysiaAktif
    #JAPENSelangor

КОМЕНТАРІ •