NASI MINYAK - SPECIAL Utk Mereka Yg Mencari Menu PADU Utk Tetamu Pada HARI RAYA Nanti [Bhg 2]

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 19 жов 2024
  • Semalam, 5 April 2024, Cheq Na ada kongsikan menu AYAM MASAK BRIYANI bahagian 1. Untuk bahagian 2 hari ni, Cheq Na nak berkongsi menu NASI MINYAK. Apabila ke dua-dua menu ini berganding, barulah terhasil satu resepi yang amat sedap untuk santapan pada hari raya nanti.
    .
    Sebagai ulangan untuk video ni, Cheq Na pecahkan kepada 3 bahagian.
    1) Bahagian 1 - Hari Jumaat, 5 April, Cheq Na akan kongsikan cara-cara nak masak AYAM MASAK BRIYANI sahaja. Link dia di sini • AYAM MASAK BRIYANI - S...
    2) Bahagian 2 - Hari Sabtu, 6 April, Cheq Na akan berkongsi cara-cara nak masak NASI MINYAK.
    3) Bahagian 3 - Hari Ahad, 7 April, Cheq Na akan berkongsi cara-cara nak buat ACAR TIMUN.
    .
    Jadi, untuk memastikan kita dapat resepi yang lengkap ni, tunggu Cheq Na pada hari-hari yang disebutkan di atas pada waktu yang sama, jam 12 tengahari ...
    .
    Seterusnya, untuk masak NASI MINYAK ni, kita perlukan bahan-bahan seperti di bawah ...
    .
    Bahan-bahan utama
    a) Beras Basmathi - 4 cawan
    b) Susu cair - 2 cawan
    c) Air bertapis - 3 cawan
    .
    Bahan-bahan untuk tumisan
    a) Marjerin - 2 camca besar
    b) Minyak sapi - 3 camca besar
    c) Rempah 4 sekawan
    d) Daun bay - 2 helai
    e) Daun pandan - 2 helai
    f) Lada hitam - 1 camca kecil
    g) Serai - 2 batang
    h) Bawang besar - 1 biji
    .
    Untuk dikisar dengan blender
    a) Buah keras - 7 biji
    b) Bawang putih - 7 ulas
    c) Halia - 2 inci
    d) Bawang besar - 2 biji
    .
    Untuk perasa
    a) Gula - ½ camca kecil
    b) Garam - 1 camca besar
    c) Air ros - 2 camca besar
    d) Sunquick - 3 camca besar
    .
    Untuk hiasan
    a) Biji kismis - ½ cawan
    b) Bawang goreng
    c) Daun pudina
    d) Daun ketumbar
    e) Biji gajus
    .
    .
    Jadi, untuk step-by-step nak masak tu, Cheq Na berharap penonton-penonton semua dapat tonton video ni sebab Cheq Na dah 'explain details' dalam video ni termasuk 'timing' dan 'sequence' untuk masukkan bahan-bahan tu semua ...
    .
    Itu saja perkongsian menu HARI RAYA dari Cheq Na untuk kali ni, dan jangan lupa tunggu bahagian 3, bahagian terakhir esok ...
    .
    SHARE, SHARE & SHARE menu ni supaya perkongsian Cheq Na ni dapat memberi manfaat kepada ramai orang ...
    .
    .
    Dalam video ni, Cheq Na menggunakan theme lagu hari raya dari channel Hendrisaputrapresent. Terima kasih kepada channel @Hendrisaputrapresent kerana berkongsi lagu yang HEBAT ni ...
    .
    Credit music suasana hari raya
    / @hendrisaputrapresent
    • SUASANA HARI RAYA COVE...
    .
    .
    .
    #cheqna
    #cheqnastyle
    #cheqnaresipi
    #raya2024
    #nasiminyak

КОМЕНТАРІ • 2

  • @mastha8555
    @mastha8555 6 місяців тому

    Oren sunquik. Atau mango sunquik?

    • @CheqNa
      @CheqNa  6 місяців тому +1

      Brand sunquick..perisa oren😊