KENALI JENIS-JENIS HAKMILIK (GERAN)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 вер 2024
  • ILMU ASAS MEMAHAMI STATUS DOKUMEN HAK MILIK
    ====================================
    Baik, biasanya orang panggil geran itu menunjukkan dokumen hak milik bagi sesebuah hartanah. Tak kira apa status atau jenis pegangan, semuanya dipanggil geran.
    Selepas memahami perkongsian saya ini, lepas pada ini boleh panggil dokumen hak milik ikut kesesuaiannya yer. Kerana sebenarnya, geran hanya salah satu jenis hak milik.
    Ada 2 sahaja cetakan original satu dokumen hak milik.
    1 disimpan di Pejabat Tanah,
    1 lagi diberikan kepada pemilik. (Jika masih ada pinjaman, maka bank yang simpankan sebagai "security document")
    *kalau yang fotostat sebanyak banyak tu tak kira la yer. kita sebutkan ni yang asli @ original.
    Dokumen hak milik ini terbahagi kepada 2 tempat simpanannya. Samada di:
    1. Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG)
    2. Pejabat Tanah Daerah. (rujuk tempat daerah dalam dokumen)
    Pembentukan satu dokumen hak milik pula ialah:
    1. Qualified Title - Belum diukur halus
    (Dikenali dan ditulis Hak Milik Sementara)
    PTG - HSD - Hak Milik Sementara Daftar
    Daerah - HSM - Hak Milik Sementara Mukim
    2. Final Title - Sudah diukur halus
    (Ditulis mengikut kategorinya)
    Akhirnya, selepas satu hartanah itu selesai diukur halus, maka akan terhasillah dokumen hak miliknya yang sebenar.
    Merujuk kepada gambar rajah, boleh lihat laluan setiap dokumen hak milik mengikut tempat simpanan dan jenis pegangan. (freehold vs leasehold)
    Sebagai contoh, jenis dan nama dokumen:
    Pejabat Tanah Galian
    i. Final Title - Freehold = GERAN
    ii. Final Title - Leasehold = PAJAKAN NEGERI
    Pejabat Tanah Daerah
    i. Final Title - Freehold = GERAN MUKIM
    ii. Final Title - Leasehold = PAJAKAN MUKIM
    Kenapa PENTING pengetahuan diatas?
    1. Membantu dimana anda nak buat carian persendirian / rasmi. Iaitu dimana dokumen asalnya berada.
    2. Untuk, mengetahui maklumat sebenar hartanah tersebut dan jika adanya KAVEAT.
    3. Untuk mengetahui dimana lelongan diadakan.
    Dokumen Hak Milik PTG - Lelongan Mahkamah
    Dokumen Hak Milik Mukim - Pejabat Tanah Daerah
    *kredit kpd Tn Erman Taib atas penulisan ini.

КОМЕНТАРІ • 31

  • @adamalias8345
    @adamalias8345 Рік тому

    Terbaikkkkkkk Bagi perkongsian .. terimakasih.

  • @user-ee9mp5bl9d
    @user-ee9mp5bl9d Місяць тому

    salam tuan, nak info macam tanah pusaka, geran tanah tak ada boleh di takbir pada sasaorng beliau boleh membayar hasil cukai tanah

  • @adik9404
    @adik9404 Рік тому +2

    Assalamualaikum tuan, adakah tanah yg bercampur ngn kawasan bakau x boleh apply # tanah tol government#

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  Рік тому

      Waalaikumussalam.. maaf saya tak pasti tentang tu. Sebaiknya perlu rujuk dengan pihak pejabat tanah yg berkenaan ya.

  • @kroll1812
    @kroll1812 2 роки тому +2

    Tanah lot yg boleh dapat geran kekal individu tu yg bagai mana ya .. tanah lot yg status macam mana tu .. klu keluasannya kecil hanya 2500 Kaki persegi dan 3000 kaki persegi boleh dapat ke geran tanah kekal.. tak..

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  2 роки тому

      Ada keluasan minimum yg diperlukan untuk pecah lot. Setiap negeri syarat nya berbeza. Jadi, saya syorkan encik check dengan pihak berkuasa negeri yg berkenaan utk mengetahui syarat minimum luas lot yg diperlukan.

  • @minsingmajangal1596
    @minsingmajangal1596 Рік тому

    Klu tanam sawit kita di coroboh berapa byrn pampasan stu pkk seit

  • @fakhri9353
    @fakhri9353 3 роки тому +2

    Kalau tanah kita geran mukim. Nak jual untuk perojek perumahan kpd bukan melayu bagai mana cara nya

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  2 роки тому

      Kalau status geran adalah FREEHOLD dan BUKAN REZAB MELAYU, tiada masalah utk jual kpd bukan bumiputera kerana tiada sekatan kepentingan.

  • @killerbuny5441
    @killerbuny5441 11 місяців тому

    Saya handak tanya masa bicara kuasa saya tak buat pun selinan geran tanah saya beri terus geran asal pd peguaml tu ada dia boleh tukur nama dia pd geran tanah asal arwah suami saya pd nama dia

  • @growth1235
    @growth1235 Рік тому +1

    Sya nak tanya kalo beli tanah sawah yg ditambun yg pecah lot2 lidi tapi nama masuk dalam geran ...mcm mna ya...kira geran kongsi kan...selamat x??

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  Рік тому

      Tidak digalakkan walaupun nama ada dalam geran. Sebabnya, jika berlaku apa2 masalah, geran tersebut dikongsi bersama pemilik bahagian yg lain terutamanya jika berlaku kematian dan bahagian itu hendak di bahagikan.

    • @growth1235
      @growth1235 Рік тому +1

      @@HartanahdanAnda kira nanti bahgian tu jadi bnyak nama la kan jika kena faraid ...asal nama pembeli lot si ayah...lepas faraid jadi bnyak nama anak2 ? Mcm tu ka siatuasi tu?

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  Рік тому

      @@growth1235 ya.. itu antara masalah yg mungkin timbul kelak.

  • @guanlian5535
    @guanlian5535 3 роки тому +2

    Macam mana pulak kalau Property type adalah Agricultural dan title type plak adalah freehold, adakah masalah untuk membuat penukaran penama hak antara pembeli dan penjual tuan? dapatkah pembeli dapatkan grand baru dimana grand tanah tersebut bertukar kepada pembeli baru? sebab property type adalah agricultural, milikan bersama pemegang tanah sekitar.. takut berlaku masalah belakang hari.. mohon pencerahan tuan..

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  3 роки тому +2

      Even though Tanah adalah jenis agriculture, tiada masalah untuk dijual atau dipindahmilik kepada pembeli. Kalau ada sekatan kepentingan yg memerlukan Consent atau kebenaran pindahmilik diperolehi dpd pihak berkuasa, maka penjual perlulah mendapatkan consent terlebih dahulu sebelum pindahmilik boleh didaftarkan kpd nama pembeli tu.

    • @guanlian5535
      @guanlian5535 3 роки тому +1

      @@HartanahdanAnda terbaik pencerahan.. saya dah subcribe dan notification dari channel tuan..

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  3 роки тому +1

      Ok terima kasih.. moga perkongsian saya dapat memberi manfaat

  • @fakhri9353
    @fakhri9353 3 роки тому +1

    Kalau status tanah. GM. BOLEH JUAL KAT BUKAN MELAYU TAK.

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  3 роки тому

      GM bermaksud Geran Mukim. Kena tengok status tanah tu sama ada ia Rezab Melayu atau bukan. Kalau Rezab Melayu, hanya bangsa Melayu SAJE yg boleh beli. Kalau bukan status Rezab Melayu, boleh jual kpd bukan Melayu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah.

  • @hamsinahina6473
    @hamsinahina6473 3 роки тому +2

    kalau org tukar nama geran tanah tamapa si pemilik..

  • @zainularifzahari2364
    @zainularifzahari2364 3 роки тому +2

    Nak tnya jadi kalau hak milik sementara itu adalah ukuran belum memuktamadkan ukuran tanah tersebut jadi ukuran tanah yg dinyatakan di dalam geran boleh berubah ubah ke tuan ???

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  3 роки тому +1

      Betul.. hakmilik sementara bermaksud ukuran muktamad tanah tersebut belum dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah. Berkemungkinan ukuran final nya mungkin akan berubah setelah Final Title dikeluarkan oleh pejabat tanah nanti.

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  3 роки тому

      @NurHidayah Lan sama je lebih kurang macam pindahmilik jual-beli.. perlu gunakan borang pindahmilik 14A. Cuma di bahagian balasan, perlu tulis atas balasan KASIH SAYANG. Pendaftaran pindahmilik dibuat di pejabat tanah daerah (PTD) sebab ia Geran Mukim

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  3 роки тому

      @NurHidayah Lan ada video saya yg khusus menceritakan tentang Blanket consent di channel no. Boleh tengok dan fahamkan penerangan saya di situ

  • @sinama84sama9
    @sinama84sama9 Рік тому +1

    Bang,kalau status tanah tu cl apa ceritanya.pajakan juga ker

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  Рік тому

      CL bermaksud "Customary Land" atau Tanah Adat yang sinonim dengan Tanah Rezab Melayu. Tak semestinya berstatus Pajakan kerana ada juga yang berpegangan Kekal. Perlu rujuk syarat yang dinyatakan di dalam Geran Tanah tu.

  • @Mohd-jt3fb
    @Mohd-jt3fb Рік тому

    Hai......Tuan, biasanya berapa bayaran dikenakan untuk tambah nama pada 1 geran tanah?

  • @65rashid
    @65rashid Рік тому +1

    Boss saya rumah saya geran tanah milik sementara jika nak tukar nama macamana ya

    • @HartanahdanAnda
      @HartanahdanAnda  Рік тому

      Boleh tukar nama. Prosesnya perlu melantik peguam hartanah untuk urusan pindah milik

  • @shukri4623
    @shukri4623 Рік тому

    kakak jual tanah kepada sepupu Tampa farait