Lirik lagu tradisional: AKIDAH KUKUH LESTARI SAHSIAH يا رب يا رب يا رب يا رب (يا ربنا يا كريم انت الجواد انت الجواد الجواد الجواد الحليم) Akidah lestari akhlak mulia Membina ummah aman bahagia Akidah lestari akhlak mulia Membina ummah aman bahagia Hati yang terpaut iman pada ilahi Membentuk insan berakhlak terpuji Bersih jiwanya dan sanubari Bebaskan diri dari tingkah keji Insan yang hina buruk akhlaknya Dibenci manusia kerana sikapnya Terjerumus ke dalam lembah dosa Sedarlah sebelum berakhirnya nyawa Kukuhkan akidah akhlakmu akan indah Lestari sahsiah perkasa ummah Kukuhkan akidah bukan jalan yang mudah Teguh bermujahadah di jalan Allah (Usah mengalah teruskan langkah bermujahadah) Ayuh mantapkan imanmu Agar terpelihara tingkah lakumu Dari sifat yang tercela Moga selamat dari azab siksa حبل من الله وحبل من الناس حبل من الله وحبل من الناس (الإيمان القوي يحافظ على شخصية النبيلة شخصية النبيلة) Budi pekerti yang mulia Disenangi tua serta muda Budi pekerti yang mulia Disenangi tua serta muda Menjalin kasih menghubung mesra Membangun masyarakat sejahtera Lagu: Shukri Sahari & Amirahman Abas Lirik: Shukri Sahari & Amirahman Abas
ALHAMDULILLAH!!! Tahniah adik2 ku. Semoga video ni jd kenangan indah kita bersama sampai bila2. Good job semua. Ada rezeki kita jumpa lagi nnt ya korg. Syg korg ❤
Lirik lagu kontemporari: AKHLAK INDAH CANTIK BERSERI Tika cahaya iman memenuhi Pada segenap ruangan hati Terserlahlah sanubari nan suci Akhlak kian indah cantik berseri Akhlak mulia datangnya dari hati Yang bersih serta murninya rohani Tiada hasad dengki Tidak menyimpan iri dan benci Mencontohi tiap teladan nabi Sentiasa menyantuni insani Baik budi pekerti Bersinar indah sikap terpuji Menyulam kasih sesama insan Toleransi dalam pergaulan Kukuhkan tali persaudaraan Damaikan perbalahan Membina kemakmuran Tika cahaya iman memenuhi Pada segenap ruangan hati Terserlahlah sanubari nan suci Akhlak kian indah cantik berseri Akhlak yang indah cantik berseri Akhlak yang indah cantik berseri Akhlak yang indah cantik berseri Akhlak yang indah haaa... Akhlak mulia datangnya dari hati Yang bersih serta murninya rohani Tiada hasad dengki Tidak menyimpan iri dan benci Mencontohi tiap teladan nabi Sentiasa menyantuni insani Baik budi pekerti Bersinar indah sikap terpuji Menyulam kasih sesama insan Toleransi dalam pergaulan Kukuhkan tali persaudaraan Damaikan perbalahan Membina kemakmuran Tika cahaya iman memenuhi Pada segenap ruangan hati Terserlahlah sanubari nan suci Akhlak kian indah cantik berseri Tika cahaya iman memenuhi Pada segenap ruangan hati Terserlahlah sanubari nan suci Akhlak kian indah cantik berseri Tika cahaya iman memenuhi Pada segenap ruangan hati Terserlahlah sanubari nan suci Akhlak kian indah cantik berseri Akhlak kian indah cantik berseri (Bersama membentuk pekerti mulia) Lagu: Shukri Sahari Lirik: Shukri Sahari
sautul jihad n charisma berbeza sedikit markah jer......sama juga dengan solo ...kedua - dua solo mempunyai kekuatan vokal masing masing tersendiri...dan lenggok qasidah tersendiri....mengikut penilaian bersama bekas - bekas hakim kebangsaan negeri.... pergerakan yang dramatik, dinamik serta chemistry dengan harmonis juga percutionis...amat penting....serta i contact dengan hakim audions amat penting.....serta vokal bombastik....sautul jihad mempunyai kelebihan tersendiri.....dimana telah meletakkan sedikit elimen lagu berentak ala - ala chiness n japaness, juga jaz, pop rock, balada, qasidah, n soprano voice....so dinamikal keseluruhan menjadikan seluruh peresembahan cukup cantik, smooth, n clean, and seragam....sedikit komen dari penonton tuan rumah ...UnIPSAS
@@kucingmeowcanteq7994 Telah saya jangkakan mrka akan ada peluang utk johan krn ada X factor yg sgt jelas yg tidak dimiliki oleh group2 yg lain. Penampilan mrka setelah sekian lama tidak muncul di pentas ini sy kira mempunyai satu identiti yg tersendiri dan unik. Tahniah kepada jurulatih dan team soutul jihad, kerana semangat juang dan persembahan yg memukau, mereka berhak johan. Arrangement music mmg luar dari acuan yg biasa ada di mqss, berani buat perubahan dan saya mengagumi hasil kedua dua karya yg dibawa oleh mrka dgn baik. Perjalanan setiap lagu membawa satu pengalaman yg menarik buat para pendengar. Keberhasilan ini memberikan satu impak yg besar dan dlm masa yg sama menetapkan satu tanda aras yg baru dalam MQSS.
Assalamualaikum wbt. Insya Allah FNSS KEBANGSAAN dijangka pada 9-12 Ogos 2024 dan Pengelola KUALA LUMPUR. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Aamiin.
@@naimzakariah tu utk berbelas tahun dlu bang…zaman tu AFU digeruni sbb trainer diorang hafiz hamidun…lepastu diorang dh slow..datang ke kebangsaan thn ni org xpandang sgt…
Terbaik!! Part 03.43 ternyanyi lagu Dato Siti pula.. "Pintaku padamu bintang Kirimkan aku sinarmu Moga jadi kencana Hiasan kasih dijiwa ku.." (Ya Maulai).. Hàhaa..
Laa SMAP Labu ke ni.. masih ada kekuatan luar biasa..sedap solo bagus..backup baik..Tahniah..tenang je layak Johan lagu sedap.. igat Kedah Johan tau2 korang Tahniah skli.lagi..
vokalis dah tamat spm...baru" ni soutul jihad baru menang peringkat daerah,doakan kejayaan mereka utk peringkat negeri dan layak ke kebangsaan InsyaAllah
@@saymyname7553kalau tuan biasa dengar terma "suara first", ia membawa maksud yang sama dengan unison. Unison merupakan suara yang menyanyikan root melodi asal. Dan bila diseragamkan dalam nyanyian berkumpulan, root melodi yang dinyanyikan secara ramai kedengaran sekata bunyinya dari segi ketepatan pitching, lontaran dan volume suara, sebutan dan lain lain lagi. Dalam asas nyanyian, untuk mencapai keseragaman suara nyanyian ini adalah satu benda yang wajib untuk dilakukan terlebih dahulu dan ianya tidak mudah untuk dihasilkan. Perlukan beberapa siri latihan dan chemistry antara penyanyi untuk membentuk kekuatan suara unison yang strong, solid dan balance antara barisan penyanyi
Takyah komen camni kot. Lagipun kalau ikut sejarah markah johan pling tggi bkn 2019. Paling tinggi izdan 2012. Jadi tak payah nak membanding2. Semuanya bawa misi yg sama iaitu untuk berdakwah. Dah 2023 ni patut takde dah komen mcm ni
Saya okay je dengan komen macamni. Sebab nama pun pertandingan. And kalau nak compare lah, rasanya no performance boleh top Khairan 2013. Chef kiss terok ✨
sbb ni bukan pertandingan vokal. ni pertandingan nasyid jadi semua aspek dikira dari lagu, lirik, vokal, persembahan dsbg. jadi tak boleh kita judge dari aspek vokal saja. ya tak dinafikan ada kumpulan dgn vokal lebih mantap. solo terbaik pun dpt dkt solo kedah jadi. kemantapan vokal saja tidak menjamin kemenangan. kumpulan yg dengan markah paling tinggi, seimbang dlm setiap aspek lah yg akan menang
Lirik lagu tradisional: AKIDAH KUKUH LESTARI SAHSIAH
يا رب
يا رب
يا رب
يا رب
(يا ربنا يا كريم انت الجواد انت الجواد الجواد الجواد الحليم)
Akidah lestari akhlak mulia
Membina ummah aman bahagia
Akidah lestari akhlak mulia
Membina ummah aman bahagia
Hati yang terpaut iman pada ilahi
Membentuk insan berakhlak terpuji
Bersih jiwanya dan sanubari
Bebaskan diri dari tingkah keji
Insan yang hina buruk akhlaknya
Dibenci manusia kerana sikapnya
Terjerumus ke dalam lembah dosa
Sedarlah sebelum berakhirnya nyawa
Kukuhkan akidah akhlakmu akan indah
Lestari sahsiah perkasa ummah
Kukuhkan akidah bukan jalan yang mudah
Teguh bermujahadah di jalan Allah
(Usah mengalah teruskan langkah bermujahadah)
Ayuh mantapkan imanmu
Agar terpelihara tingkah lakumu
Dari sifat yang tercela
Moga selamat dari azab siksa
حبل من الله وحبل من الناس
حبل من الله وحبل من الناس
(الإيمان القوي يحافظ على شخصية النبيلة شخصية النبيلة)
Budi pekerti yang mulia
Disenangi tua serta muda
Budi pekerti yang mulia
Disenangi tua serta muda
Menjalin kasih menghubung mesra
Membangun masyarakat sejahtera
Lagu: Shukri Sahari & Amirahman Abas
Lirik: Shukri Sahari & Amirahman Abas
Ptutla sdp lagu masri johan qari antarabangsan yg buat
ALHAMDULILLAH!!! Tahniah adik2 ku. Semoga video ni jd kenangan indah kita bersama sampai bila2. Good job semua. Ada rezeki kita jumpa lagi nnt ya korg. Syg korg ❤
Mantap n tahniah abg Shuk as trainer diorang
tahniah abg syukri
Patut menang, abang syuk guide😭❤️
Tahniah tuan Syukri
Tahniah brada
Kalo mase didalam dewan nmpk kedah pling mantap. Tp part lagu mmg team ni kuat part lagu.. terget team ni naib johan. Tau2 johan tahniah🎉
Lirik lagu kontemporari:
AKHLAK INDAH CANTIK BERSERI
Tika cahaya iman memenuhi
Pada segenap ruangan hati
Terserlahlah sanubari nan suci
Akhlak kian indah cantik berseri
Akhlak mulia datangnya dari hati
Yang bersih serta murninya rohani
Tiada hasad dengki
Tidak menyimpan iri dan benci
Mencontohi tiap teladan nabi
Sentiasa menyantuni insani
Baik budi pekerti
Bersinar indah sikap terpuji
Menyulam kasih sesama insan
Toleransi dalam pergaulan
Kukuhkan tali persaudaraan
Damaikan perbalahan
Membina kemakmuran
Tika cahaya iman memenuhi
Pada segenap ruangan hati
Terserlahlah sanubari nan suci
Akhlak kian indah cantik berseri
Akhlak yang indah cantik berseri
Akhlak yang indah cantik berseri
Akhlak yang indah cantik berseri
Akhlak yang indah haaa...
Akhlak mulia datangnya dari hati
Yang bersih serta murninya rohani
Tiada hasad dengki
Tidak menyimpan iri dan benci
Mencontohi tiap teladan nabi
Sentiasa menyantuni insani
Baik budi pekerti
Bersinar indah sikap terpuji
Menyulam kasih sesama insan
Toleransi dalam pergaulan
Kukuhkan tali persaudaraan
Damaikan perbalahan
Membina kemakmuran
Tika cahaya iman memenuhi
Pada segenap ruangan hati
Terserlahlah sanubari nan suci
Akhlak kian indah cantik berseri
Tika cahaya iman memenuhi
Pada segenap ruangan hati
Terserlahlah sanubari nan suci
Akhlak kian indah cantik berseri
Tika cahaya iman memenuhi
Pada segenap ruangan hati
Terserlahlah sanubari nan suci
Akhlak kian indah cantik berseri
Akhlak kian indah cantik berseri
(Bersama membentuk pekerti mulia)
Lagu: Shukri Sahari
Lirik: Shukri Sahari
Masya Allah sedapnya lagi2 part solo 4:16 ,,tahniah adik2 smap labu,,sebagai alumni berbangga sangat❤
GGWP SMAPL, setelah lebih sedekad, the throne is back!
Gilo tinggi lagu dua ni. Memang sedap didengar, percussion pun steady dan persembahan pun lancar dan best🔥
sautul jihad n charisma berbeza sedikit markah jer......sama juga dengan solo ...kedua - dua solo mempunyai kekuatan vokal masing masing tersendiri...dan lenggok qasidah tersendiri....mengikut penilaian bersama bekas - bekas hakim kebangsaan negeri.... pergerakan yang dramatik, dinamik serta chemistry dengan harmonis juga percutionis...amat penting....serta i contact dengan hakim audions amat penting.....serta vokal bombastik....sautul jihad mempunyai kelebihan tersendiri.....dimana telah meletakkan sedikit elimen lagu berentak ala - ala chiness n japaness, juga jaz, pop rock, balada, qasidah, n soprano voice....so dinamikal keseluruhan menjadikan seluruh peresembahan cukup cantik, smooth, n clean, and seragam....sedikit komen dari penonton tuan rumah ...UnIPSAS
Terima kasih atas komentar tuan sebagai ingatan dan panduan. Barakallahu fik.
Dramatic, Energetic, Charismatic.
Great Comeback of SMAP Labu.
Absolutely very great comeback.
@@kucingmeowcanteq7994 Telah saya jangkakan mrka akan ada peluang utk johan krn ada X factor yg sgt jelas yg tidak dimiliki oleh group2 yg lain. Penampilan mrka setelah sekian lama tidak muncul di pentas ini sy kira mempunyai satu identiti yg tersendiri dan unik. Tahniah kepada jurulatih dan team soutul jihad, kerana semangat juang dan persembahan yg memukau, mereka berhak johan.
Arrangement music mmg luar dari acuan yg biasa ada di mqss, berani buat perubahan dan saya mengagumi hasil kedua dua karya yg dibawa oleh mrka dgn baik.
Perjalanan setiap lagu membawa satu pengalaman yg menarik buat para pendengar. Keberhasilan ini memberikan satu impak yg besar dan dlm masa yg sama menetapkan satu tanda aras yg baru dalam MQSS.
Oo smap labu, ok at least sejarah Nasyid diorang memang mantap dulu, so hati tak berat sgt terima diorang menang
macam duk atas unta bila dengar lagu pertama😂 Tahniah! lagu kedua2nya sedap.
Mantabullazi Soutul Jihad, proud of you guys, Barakallahu Fikum 🥰🤲
Lain drpd yang lain, unik !! , layak johan , tahniah Soutul Jihad 👍🏼
Tahniah..pemberatan johan utk lagu 1.. best laa part burdah tu
Conga jatuh tu tanda semangat nak menang😂 alhamdulillah menang jugak🔥
Assalamualaikum wbt. Insya Allah FNSS KEBANGSAAN dijangka pada 9-12 Ogos 2024 dan Pengelola KUALA LUMPUR. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Aamiin.
bole saya tau apa tema tahun ni?
nak tahu juga venue dan tarikh. Saya minat sngt fnss kebangsaan tiap tahun follow, tpi nak tahu update setiap negeri tak tahu 😅
tahniah Johan..layak johan..qasidah sedap..solo pandai🙌🏽🙌🏽🙌🏽🙌🏽
Komunikasi solo dengan audiens terbaik!
Tahniah SJ dari SMAP Labu.... Gandingan semua terbaik...
Tahniah!! siapa sangka team underdog ...simple song ..not too technically bagai bersinar diperingkat Kebangsaan...SALAM UP NOGORI 😘😘😘
Soutul jihad bukan underdog....Die team legend saing2 All for ummah ...last masuk kebangsaan 2008....
@@naimzakariah tu utk berbelas tahun dlu bang…zaman tu AFU digeruni sbb trainer diorang hafiz hamidun…lepastu diorang dh slow..datang ke kebangsaan thn ni org xpandang sgt…
Tahniah adik2 SJ. Kembali ke Kebangsaan selepas 15 tahun, dapat Johan. Syabas dan tahniah.
What a comeback.....
padu sgt..tahniah NS...
Terbaik!!
Part 03.43 ternyanyi lagu Dato Siti pula..
"Pintaku padamu bintang
Kirimkan aku sinarmu
Moga jadi kencana
Hiasan kasih dijiwa ku.."
(Ya Maulai).. Hàhaa..
terperasan benda yg sama...🤣🤭 Mcm pernah dgr melodi cari punya cari rupanya lagu tokti...🤭🤭
Nice qasidah ❤lenggok tu kenal sangat 😂
Laa SMAP Labu ke ni.. masih ada kekuatan luar biasa..sedap solo bagus..backup baik..Tahniah..tenang je layak Johan lagu sedap.. igat Kedah Johan tau2 korang Tahniah skli.lagi..
Klu tgk live lg real.. tgk dia main mata.. kdg tenung, kdg senyum
Lagu kedua sedap. Ada vibe lagu cina. mcm lagu dragon ball pon ada . Seriussss . Tapi sedapp. Layak johan.
Semoga beroleh kejayaan yg cemerlang Smap Labu.
Tahniah..gandingan yg mantap kesemuanya
mcm tedengar suara lenggok yasin pastu ada dengar mcm ya maulai ya maulai siti pula! memang hebat la masri dia ni saya suka 🤩
Masri paling mantap pada saya. Insya Allah top 3 tak lari
Heheh kata dah. Tahniah johannn soutul jihad. Tone solo ada iras ii alumni kalian, khairul asyraf mantap!!
Lagu second sedap sangat,, 🥺🤍
mantap zarfan🔥🔥😮💨
Masya Allah tabarakallah 💕 tahniah
Yg pnting sedap, x sumbang. Sampai ke hati. Well done!!
Tahniah adik adik soutul jihad
chorus ala ii vibe lagu japan....menarik
bagi saya lagu dia vibe vibe lagu cina gitu😂 sangat catchy rse mcm tengok movie cina yg lama lama
@@ananana8667 betul
Haah, sy pon ade terpkir mcm tu jgk verse 1 n 2 mcm vibe lagu Ninja rangers n dragon ball (lupa OP yg mne). But, tetap power n energetic. Congrates💪💪💪
Part last tu jatuh conga😂
Alhamdulillah ♥️
MasyaAllah, part qasidah tu teringat kat Habib².. 😭
Alhamdulillah. Barakah insya allah. ❤
mantap anak2 SMAPL
Tahniah sangat
Tahniahhhh SJ….. 🌹🌹
Johan kebangsaan
Zarfan 🔛🔝
Mantap👍
Mantap SJ 👍👍👍👍👍
ni confirm top 3 🤩
dah johan😂
Kekuatan pada solo
lagu kedua mcm lagu sarawak fnss 2019
Lain skit tu bang
Sikit je . Bukan sama semua .
Lagu 1 mmg unik dan superb..tahniah... cuma lagu kedua isi liriknya kurang..melodi kurang menyengat..ada part solo tenggelam..apa2 pun tahniha
Betul.saya sgt setuju
Terima kasih atas komen penambahbaikan akan datang. Barakallahu fik
Padu Smap Labu
laju admin tukar title jadi johan
sedia pantas berkhidmat
Ade x versi HQ audio?
insyaallah, atas permintaan kita cuba buat
ada versi BTP?
hampir pasti, tiada
ramai xtau ni team lama abg shah inteam...hehe
Abg shah smap labu eh dulu
@@saymyname7553haah SPM 1997 SMAP Labu
Dan Imam Muda Najdi juga pernah menjadi sebahagian daripada Soutul Jihad.
Team ni akan bertanding lagi tahun 2024? Vokalis utama masih bersekolah?
vokalis dah tamat spm...baru" ni soutul jihad baru menang peringkat daerah,doakan kejayaan mereka utk peringkat negeri dan layak ke kebangsaan InsyaAllah
@@muazzuhri9010 sudah pastinya akan mara ke peringkat kebangsaan.
Paling tinggi tu pakai spek, anak Dato' Asyraff Wajdi ek?? Ade tgk dia posting dlm fb anak dia join nasyid kebangsaan.
rasanya bukan, tapi ni sekolah dia dulu, Dato' Asyraff Wajdi alumni SMAP Labu.
kalau nak lirik lagu first and second boleh ?
check di ruang komen, ada aahabat kita kongsikan
@@nasyedmedia baik terima kasih !
Ada yg perasan x conga dia jatuh:)
Ni bole dapat no 2 atau 3
johan
Congga tu 10:51 buat buat x nampak jela😅
tu yg mahal....
Byk wire atas lantai. X sempat nk setting btl. Masa bjln
lagu kedua ala ala anugerah
unison dia solid 👍
Apa maksud unison tu. Boleh explain
@@saymyname7553kalau tuan biasa dengar terma "suara first", ia membawa maksud yang sama dengan unison. Unison merupakan suara yang menyanyikan root melodi asal. Dan bila diseragamkan dalam nyanyian berkumpulan, root melodi yang dinyanyikan secara ramai kedengaran sekata bunyinya dari segi ketepatan pitching, lontaran dan volume suara, sebutan dan lain lain lagi.
Dalam asas nyanyian, untuk mencapai keseragaman suara nyanyian ini adalah satu benda yang wajib untuk dilakukan terlebih dahulu dan ianya tidak mudah untuk dihasilkan. Perlukan beberapa siri latihan dan chemistry antara penyanyi untuk membentuk kekuatan suara unison yang strong, solid dan balance antara barisan penyanyi
saya lock mikail
setakat ni takde yang boleh beat juara kebangsaan 2019
Takyah komen camni kot. Lagipun kalau ikut sejarah markah johan pling tggi bkn 2019. Paling tinggi izdan 2012. Jadi tak payah nak membanding2. Semuanya bawa misi yg sama iaitu untuk berdakwah. Dah 2023 ni patut takde dah komen mcm ni
Hang sembang tak positif langsung . Tak matang langsung komen camni . Nak nasyid ka nak tunjuk sapa hebat ?
bosan dengan komen macam ni. macam budak2
Saya okay je dengan komen macamni. Sebab nama pun pertandingan. And kalau nak compare lah, rasanya no performance boleh top Khairan 2013. Chef kiss terok ✨
Tpi mmg betul bro . Vibes nasyid 2019 lagi best bgi aku@@saymyname7553
Lirik dan lagu terbaik negeri mana
tiada lagu dan lirik terbaik tahun ini
lagu kedua kelam kabut sikit 🥹
solo ttap padu
Harmony okey,Main lead tak ngam
Pitchy sana sini. Lead vocal xde power. Suara tak kuat, tenggelam dlm BV. Backing vocal biasa2. To be number 1 mcm a bit overated. Sorry to say.
sbb ni bukan pertandingan vokal. ni pertandingan nasyid jadi semua aspek dikira dari lagu, lirik, vokal, persembahan dsbg. jadi tak boleh kita judge dari aspek vokal saja. ya tak dinafikan ada kumpulan dgn vokal lebih mantap. solo terbaik pun dpt dkt solo kedah jadi. kemantapan vokal saja tidak menjamin kemenangan. kumpulan yg dengan markah paling tinggi, seimbang dlm setiap aspek lah yg akan menang
@@greatpeople9027 Saya setuju
@@greatpeople9027setuju.
team ni paling deserve, period. Kalau team ni ada flaw pun team lain lagi banyak flaws sana sini
@@ananana8667 betul tu. Keputusan hakim adalah muktamad .