Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Sekolah Menengah Jit Sin, Bukit Mertajam

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 лют 2025
  • PM Anwar Ibrahim Nostalgia di Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin, Umum Bantuan Pendidikan
    Bukit Mertajam, 11 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengunjungi Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin untuk menghadiri sebuah majlis sambil mengenang pengalamannya sebagai guru sandaran Bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Dalam lawatan ini, beliau turut menyanyikan lagu sekolah bersama warga sekolah, mengingat kembali rangkap pertama liriknya yang masih dihafalnya.
    PMX nyanyi lagu sekolah Jit Sin: • PM Anwar Ibrahim nyany...
    Dalam ucapan beliau, Anwar menyentuh peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan peluang besar yang wujud dalam industri teknologi hijau di rantau ini. Beliau menyeru pelajar agar berusaha lebih gigih meneroka pelbagai disiplin dan industri yang kini menjadi keperluan global.
    "Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kekal menjadi tunjang asas negara ini. Namun, kita tidak boleh mengetepikan bahasa lain kerana kepelbagaian kaum, agama, dan bahasa di Malaysia adalah nadi perpaduan rakyat," kata beliau, menekankan kepentingan memelihara kerencaman budaya negara.
    Selain itu, Perdana Menteri turut mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada hujung bulan ini kepada semua yang hadir.
    Dalam pengumuman penting, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM20.16 juta kepada 63 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin turut menerima sumbangan khas sebanyak RM1 juta untuk terus mempertingkatkan mutu pendidikan demi generasi akan datang.
    Majlis ini menutup tirai dengan semangat dan harapan baru kepada sektor pendidikan negara, khususnya kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina.

КОМЕНТАРІ • 10