Kejadian semalam
Вставка
- Опубліковано 4 січ 2025
- Banjir kilat di sekitar Kota Kinabalu
Oleh IVAN AMIRUL
3 September 2021, 7:19 pm
KOTA KINABALU - Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat serta air pasang kemarin.
Hujan lebat mula turun sekitar pukul 1 tengah hari dan berlarutan sehingga malam.
Antara kawasan dilaporkan banjir adalah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong serta jalan berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataanya memaklumkan, amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuklah pedalaman di Kuala Penyu serta Beaufort.
Amaran dijangka membabitkan kawasan pantai barat seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Labuan.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Elton berkata, rumah mereka di Kampung Inanam Laut ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak pagi
#BanjirKilat
#KotaKinabalu