JALAN JALAN THAILAND DENGAN KERETA SENDIRI 2022 | Travel VLOG | Hatyai Songkla Padang Besar Malaysia
Вставка
- Опубліковано 6 жов 2024
- KALI NI KAMI BUKAN CAMPING, TAPI KAMI JALAN JALAN THAILAND…
Baru baru ni kebetulan kami balik kampung di Perlis kebetulan jugak Kementerian Kesihatan Thailand announced yang nak masuk ke sana tak perlu buat PCR test dan quarantine dah. Banyak kebetulan disitu…
Kami pun terus try buat documentation untuk masuk ke Thailand sebab kebetulan grant kereta ada dalam kereta dah…
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami berjaya masuk. Harap hampa enjoy video ni dan dapat banyak info daripada edisi #travelvlog kami kali ni.
Kalau ada soalan dan cadangan jemput comment dibawah. Selamat menonton !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tempat tempat yang sempat kami singgah kali ni:
Greenway Night Market: g.page/Greenwa...
Hotel Grand Plaza: goo.gl/maps/51...
Kim Yong Market: goo.gl/maps/to...
Samila Beach: goo.gl/maps/L3...
Hatyai Municipal Park: goo.gl/maps/mS...
Central Festival Mall: goo.gl/maps/nU...
ASEAN Nigh Bazaar: goo.gl/maps/Hi...
Medi: / hamdietr
Fafa: / fafathonah
Email: mhamdi.rahim@gmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peralatan camping:
From Shopee dan Lazada
Quechua Fresh&Black 2 Seconds : shope.ee/qFmTY...
Flysheet 300cm x 600cm Bluefield : shope.ee/2L4aG...
Flysheet chanodug 3mx4m : shope.ee/2AlA4...
Groundsheet : shope.ee/4V94r...
Meja camping + kerusi : shope.ee/fwMIt...
Kerusi camping decathlon : shope.ee/qFmVC...
Meja lipat aluminum : shope.ee/10ZCh...
Pole flysheet : shope.ee/1Asct...
Lampu Naturehike : shope.ee/1q8Ji...
Tilam angin Naturehike: shope.ee/1fotW...
Lampu LED : shope.ee/2AlA7...
Lampu kelip2 : shope.ee/3VGvS...
Wagon Naturehike TC03 :shope.ee/1fpHG...
Triangle hanger : shope.ee/99vIC...
Stove : shope.ee/9KEiP...
Mini stove : shope.ee/h3I6LcNV
Peralatan video:
Zhiyun Smooth XS Gimbal : shope.ee/9pAz0...
Zity Phone Tripod Stand: shope.ee/VdJtK...
Lavalier Wireless Microphone : shope.ee/LJth1...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih kerana sentiasa menonton dan jumpa lagi di video seterusnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
#travel
#vlog
#thailand
#hatyai
#malaysia
#cuticutimalaysia
#campingmalaysia
Nice video..saya baru je bulan lepas gi Hatyai...memang best bercuti kat sana.Senang jugak nak cari makanan halal. - dari Singapore
Thank you support 🙏🏼🙏🏼🙏🏼. Kann makanan kat sana murah dan senang nak cari.
Aku payah nyimak kalian cakap .slow aja biar bisa di simak kita orng jkt Indonesia .
Welcome to Hat Yai, Thailand.
Thank you. Hatyai was awesome and the people are the best.😀
Terbaikk boss.....Hadir support Channel ANDA... SEMOGA success selalu Dan dimurahkan rezeki
Terima kasih boss support 🙏🏼
Jom gi camping hatyai n krabi taun depan august23.. jom..
Uiish mantap idea ni. Dari hatyai ke krabi. Boleh diusulkan
Info utk Fafa, train SRT dari hatyai junction ke padang besar sudah beroperasi lagi secara normal selepas bom desember lalu.
Thanks for info
45 min tak skip. Sempoi.
Mantopp Naruto. Thank you support 🙏🏼🙏🏼🙏🏼.
Info terbaik Bro & sis 👍🏻 cuma music tu kuat sgt😅
Thank you atas cadangan. Kami akan perbaiki utk next video. Tq support 🙏🏼
Encik nak tanya, bila parking kereta untuk kawasan lee garden depan hotel ada prosedur ke? Mcm kupon parking ke kan, atau encik parking je ikut petak??
Saya parking di tempat parking kereta hotel plaza. Parking dalam bangunan. Tapi sebelum ni saya just parking ja tepi jalan.
Pemandu dan Penumpang kena trun sekali ka
Ya. Untuk cop boarder pass/passport dlu. Kemudian owner kereta kena cop grant kereta.
Hadir support and selamat maju jaya
Terima kasih support bossku. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼
@@medifafatv semoga dimurahkan rezeki dan selamat maju jaya
@@tcazrul aamiinn. Terima kasih bang.
@tcazrul aamiinn
berapa rm insurance utk bezza?
Kami buat haritu RM30-RM40. Sekali siap isi whitecard.
Boderpas,thailand bagi berapa hari,masih 3hari lagi ka.
Ya 3 hari 2 malam tuan. Kalau nak extend boleh keluar then masuk balik.
Assalamualaikum, hai nak tanya.. Boleh tak share from A-Z mcm mana procedure utk bawa masuk kereta sendri masuk Thailand terkini (julai 2022). Memandangkan test pcr,kuarantin dan insuran tak di mandatori kan lagi. Saya gerak dari KL.. Tq..
Waalaikumsalam. Yang penting untuk masuk Thailand ni documentation. Kalau doc ok insyaallah semuanya smooth mcm kulit bayi. Procedure dia:
1. Buat boarder pass (perlu gambar) / passport
2. Buat Insuren kereta (perlu ada grant kereta). Dekat tempat insuren tu mintak dia buat whitecard sekali.
3. Bawak semua doc tu ke boarder.
4. Dekat boarder dia nak tengok Mysejahtera kita (vaksin 2 dose).
5. Lepastu pegi kaunter utk cop boarder, whitecard dan insuren kereta.
6. Lepastu kena declare untuk bwk masuk kereta ke sana. Kaunter dia asing. Ni owner kereta kena bawak grant untuk isi borang. Kalau owner kereta tak ikut kena buat surat kebenaran bagi owner kereta sign.
7. Setel semua tu maknanya dah selamat untuk cross boarder.
8. Boarder ke Thailand boleh cross melalui Padang Besar (Perlis), Wang Kelian (Perlis), Bukit Kayu Hitam (Kedah).
@@medifafatv kalau pakai passport kena buat borderpass jugak ke?
Tak perlu boarderpass tuan kalau pakai passport.
@@medifafatv boleh tinggal berapa hari ?
@@medifafatv Salam nak tanya, kalau border pass tu wajib ada ke even dah ada passport? Atau kena ada salah satu je
Nak tanya..sy akan bercuti ke hatyai dlm mnggu terdekat ni..agak2..klo mlm tu sy nk check in ke padang besar..ada imigresen yg bkk ke pada waktu mlm..sbb sy punye ets awl pg
Pejabat imigresen bukak ofis hour kalau untuk renew passport or boarder pass.
kalau kanak kanak bawah 12 tahun yang Belum vaksin mcm mna ya ?
Info yang sy tau yg tak vaksin kena buat covid test sblm masuk dan bwk result ke imigration.
Kalau owner kereta meninggal ..apa syarat nak bawak masuk kereta...
Saya tak pasti mcm mana procedure kalau owner kereta meninggal. Sebab owner kereta kena ada atau onwer sign surat kebenaran. Mungkin sis boleh tanya jabatan imigresen malaysia untuk kepastian.
salam....betul ke bermula bulan julai x perlu lagi apply thai pass & insurance covid?
Waalaikumsalam. Betul bang. Masa saya masuk ni pun dah tak apply thai pass & insurance covid.
Salam.Nak tanya.Klu kita masuk hatyai lalu bukit kayu hitam,keluar lalu padang besar ok x?
Waalaikumsalam. Okay saya selalu buat mcm tu sebab keluar ikut padang besar tak sesak macam di bukit kayu hitam. Cuma kena alert dgn masa sbb boarder padang besar tutup pkl 10mlm. Bukit kayu hitam tutup pkl 12mlm.
Encik pergi 1 family sahaja ke, macam mana ok ke dari segi keselamatan, sebab saya dalam perancangan pergi 1 family sahaja
Ya sy pegi berdua saja dgn wife. Alhamdulillah keselamatan terjamin. Orang Thailand baik baik belaka. Cuma make sure documentation semua ready tuan.
Apa nama kedai makan daging bakar tu ya? Kalau dari segi petrol kereta, encik isi full tank di Msia sebelum masuk Thai ya? Harga petrol di Msia atau di Hatyai lebih mahal?
Saya tak ingat la sis nama kedai tu. Saya terjumpa ja kedai tu. saya ingat depan Lotus Hatyai kedai tu. Utk petrol ya saya akan isi full tank sebelum masuk Thai sebab petrol di sana lebih mahal. Masa tu RM4-5/litre petrol di Thai.
@@medifafatv Baik terima kasih.
@@aminahkhairiah583 sama sama ✌🏻
a doii la
Haha. Jomm next trip.
sawadikapppp kap kun kappp
Sawadika 🙏🏼🙏🏼🙏🏼
Berapa kos buat insurance tu tuan...
Kami buat haritu RM30-RM40. Sekali isi whitecard siap2.
Berapa harga insuran?
@@jrvlog7133 dalam RM20 ja. Utk seminggu. Berbaloi
nak ke songkhla dri hatyai dia ada mcm tol ke apa2 ke ?
Dari hatyai ke songkla tak ada tol. Highway dia jalan elok tapi tak ada tol.Tapi otw tu boleh singgah cafe amezon, lotus dan 7e.
Hi nk bertnya. Kalau nk tinggal kn kereta di padg besar sblm masuk thai. Area mana ye dan selamat x?
Hi. Sorry saya tak pasti kalau nak tinggal kereta. Sebab selalu saya bawa terus kereta. Tapi kalau nak tinggal sekejap ja maybe boleh parking di jabatan emigration padang besar.
Anak 4 tahun yg belum vaksin boleh masuk Thailand tak...Terimakasih
Skrg dah boleh dah rasanya. Xperlu scan qr atau tunjuk kad vaksin.
hanya 2 dose vaksin pfizer boleh masuk siam x tuan?
Sekarang dah boleh dah rasanya. Boleh check dgn jabatan immigration utk update terkini.
Salam ..perlukan vaksin booster x kalau nk msuk sne? Utk yg sinovac
Waalaikumsalam. Setahu saya tak perlu. Cukup dua dose vaksin/ dekat Mysejahtera kita tu tulis complete dose.
@@medifafatv ohh yeke..sbb ad yg Kate kalau sinovac perlukan booster..tu sy konfius skit
@@anasafandi8849 mungkin kena check dgn immigration nanti masa nak buat passport/boarder pass. Saya baru dpt tahu skrg yg tak vaksin pun boleh masuk cuma perlu buat covid test.
@@medifafatv ok terima kasih tuan atas respon..
@@anasafandi8849 sama sama tuan. Selamat bercuti
nak tanya kalau kita masuk di border thailand jam 8 malam pun tiada masalah kan?
Ya tak ada masalah. Boarder di padang besar tutup pkl 10mlm. Boarder di bukit kayu hitam tutup pkl 12mlm.
parking kereta di Thailand kena bayar tiket parking tak?
Ditepi jalan tak perlu tiket parking tuan. Cuma ada sesetengah tempat parking kena bayar. Akan ada org kutip duit parking
Salam nak tanya kalau nak tukar duit berbaloi kat Malaysia ke kat Thailand ye??
Kalau kami utk ke negara yg currency kecik dari Msia (cth Thailand, Indonesia, Vietnam) kami suka tukar duit di sana. Kalau negara yg currency besar (cth UK, Europe, US) kamu tukar kat Msia.
So berapa kos kesana bos?
Documentation tak termasuk passport/boarder pass dalam rm30-40. Belanja kat sana tak sampai seribu.
salam bang..utk kanak2 yg belum vaksin lagi kena buat pcr test juga ke..
Waalaikumsalam. Sy baru dpt info yang tak vaksin perlu buat test. Tapi tak sure pcr atau rtk. Mungkin tuan boleh check dgn immigration dulu.
tq tuan...
@@mohdzaini7611 sama sama tuan. Selamat Bercuti 👍🏻
Saya ada baca regulation travel to Thailand Bebaru ni. Untuk kanak2 bawak 12 tahun tidak perlu asalkan org dewasa yg bersama mereka sudah di vaksin. Boleh semak semula. Just Google je pasal tu.
kalau suami ada border pass tpi anak xde..mcm mne nak masu??kena ad passport ke?
Kalau anak umur masih 12 tahun kebawah boleh masukkan anak bwh boarder pass suami. So xperlu passport atau border pass. Tp kalau lebih kena ada.
Share location google map?
Boleh. Nanti sy share link google map di description.
Saya dah update location google map di description tuan 👌🏼
Berapa kos petrol bro
Kami tak sempat isi minyak di sana. Dengan kepaduan Perodua Bezza 1.3 Auto Rim16 inci, full tank sempat masuk Msia tanpa isi petrol.
@@medifafatv padu saya rancang nk ke Bangkok
Dalam kiraan bajet dan kos
Menaiki kereta
berapa charge insuran kereta n penumpang n lain lain bayaran
Insuran kereta rm30-40 sekali white card. Insuran travel utk 2 orang rm50 utk 3 hari. RM5 utk process cop passport. Tu saja bayaran yg kena prepare utk masuk sana.
Kalau duit RM dah habis untuk tukar ke baht..boleh keluar di atm sana ke? Ada kena caj?
Boleh. Kat sana ada cimb. Tapi memang akan ada charge.
bang...perlu apply lesen international x?
Tak perlu boss. Pki lesen kita ja. Yg penting buat insuran thailand.
Klu kita sewa moto dorang pun boleh eh
Boleh. Kat sana banyak tempat boleh sewa motor
Klu sewa moto... lesen kita still valid eh.... sbb ada terbaca komen klu bw moto plat thai...kena ada lesen international.... klu xde ms RB boleh kena saman
Sis . Nak buat insurans tu boleh buat dekat mana2 wakil insuran ka?
Insuran kereta kena buat di wakil insuran yg ada jual insuran Thailand. Selalu di negeri2 yg di sebelah boarder cth perlis, kedah dan kltn. Atau sis boleh google “insuran thailand near me”
Salam, nak tanya. kalau bawa kereta sendiri yg belum habis bayar tu maknanya takboleh ke sebab belum ada geran ori lagi kan. mcmmana ya?
Boleh je minta geran kat bank
Ya betul. Mintak salinan geran dekat bank. Saya selalu simpan siap2 utk renew insuran dan roadtax.
Boleh jee bang sy baru tahu salinan geran ori boleh ambik dekat bank atau jpj selepas 1 bulan sign agreement tp jpj kena bayar rm50 kalau dekat bank sndiri free
Biasa nya kawasan Hatyai ni org sana xfasih cakap melayu.. 3wilayah je Pattani, Yala, Narathiwat boleh cakap melayu..
Setengah tempat ja di Hatyai yg fasih berbahasa Malaysia. Tempat2 yg orang Msia selalu kunjung biasanya. English pun mereka tak berapa fasih. Jadi masa ni peluang nak belajar bahasa Thailand. ☺️
Banyak yg blh ckp malaysia sana jgan bimbang laaa