Hari terakhir di Madinah...14/10/24
Вставка
- Опубліковано 1 гру 2024
- Isnin, 14/10/2024....
Hari akhir di Bumi Madinah. Solat Subuh dan solat Zohor terakhir di Masjid Nabawi. Dapat lihat payung besar terbuka selepas Subuh kali akhirnya, selepas ni hanya tengok video dan gambar sebagai pengubat rindu pada masjid Nabi ini.
Kami perlu kumpulkan beg di depan bilik hotel sebelum Zohor untuk di bawa ke dalam bas. Kami akan bertolak ke Mekah menaiki bas pada pukul 2.00 petang. Perjalanan ke Mekah agak jauh, memakan masa lebih kurang 5-6 jam. Jemaah lelaki memakai pakaian ihram kerana kami akan terus buat Umrah selepas check in hotel dan berehat sebentar.
Dalam perjalanan dapat dilihat bukit-bukit yang berbatu, tiada hutan atau pokok-pokok seperti di Malaysia. Berbeza di Malaysia, kalau balik Pahang dalam perjalanan dapat dilihat kehijauan pokok kelapa sawit atau hutan.
Semua gambar dan video simpan di sini supaya saya dapat lihat semula kenangan di sana dan tidak hilang dalam telefon...
#azzuhatravel
#madinahalmunawwarah
#part6