semutmerah78
semutmerah78
  • 44
  • 361 147
Air Terjun Berdebu
KENALI TEMPAT MENARIK WILAYAH KETENGAH -
AIR TERJUN BERDEBU
Air Terjun Berdebu merupakan salah satu tempat eko pelancongan dalam wilayah yang mesti dikunjungi oleh kaki ‘hiking’ dan pencinta alam semulajadi. Terkenal dengan percikan air halus seperti debu berterbangan, memukau pandangan menjadikan tempat ini seakan di alam fantasi yang mengasyikkan.
BAGAIMANA UNTUK KE SINI.
Pengunjung dikehendaki mendapatkan khidmat Juru Arah dan memohon permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu kerana air terjun ini berada di dalam kawasan hutan simpan.
Jarak perjalanan dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun ke tapak perkhemahan adalah sejauh 55 KM atau mengambil masa perjalanan selama 2 jam 30 minit. Laluan ini hanya boleh diakses dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda ataupun motosikal lasak melalui jalan balak yang berliku.
Dari tapak perkhemahan ke Air Terjun Berdebu, pengunjung akan berjalan kaki dan mendaki merentasi denai hutan yang berbukit serta menyeberangi 5 batang anak sungai berbatu. Masa yang diambil untuk sampai ke destinasi memakan masa selama 3 jam iaitu sejauh 10 KM. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan oleh setiap pengunjung kerana laluan agak mencabar.
MENGAPA PERLU KE SINI.
Ketenangan dan kedamaian alam semulajadi di kawasan ini pasti tidak akan menghampakan anda. Pengalaman di Air Terjun Berdebu, amat mengasyikkan, tenang dan ditambah dengan kehijauan hutan yang belum terusik dengan kepelbagaian flora dan fauna.
Unggas bersahut-sahutan di sekitar kawasan itu sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang ingin merasai indahnya ciptaan Ilahi.
Kepada mereka yang gemar swafoto atau 'kaki' fotografi, Air Terjun Berdebu merupakan tempat yang paling terbaik untuk merakam detik indah sebagai koleksi peribadi atau dikongsi kepada umum menerusi media sosial.
Aktiviti lain selain berkhemah, anda boleh mandi-manda, berenang dan pastinya air jernih bak kristal dan sejuk, memberi kesegaran sesiapa saja yang berendam di dalamnya.
Kepelbagaian spesis ikan air tawar seperti kelah dan tengas, menjadikan kawasan ini menjadi “port” rahsia kaki pancing tegar memancing di sini.
KESELAMATAN
Anda harus sentiasa mengikuti pesanan dan saranan daripada Juru Arah kerana kawasan ini dihuni oleh binatang liar. Di kawasan Air Terjun Berdebu juga mempunyai permukaan batu yang berlumut dan licin. Manakala di bawahnya terdapat kolam yang luas, dalam dan berombak. Kawasan ini tidak sesuai untuk mandi.
Kebersihan alam sekitar harus diutamakan oleh setiap pengunjung agar keseimbangan ekosistem alam terjamin dan memelihara segala jenis hidupan flora serta fauna di sekitar kawasan air terjun termasuk sepanjang perjalanan untuk tatapan generasi pada masa akan datang.
Maklumat lanjut boleh layari www.ketengah.gov.my ataupun layari tourism.ketengah.gov.my
Khidmat Juru Arah : Puan Norhayati binti Hamzah
No Tel: 011-27909846
#MalaysiaMadani
#KKDW
#Ketengah
#luarbandarsejahtera
#penerajupemodenanpembangunan
#pelancongandesa
Переглядів: 58

Відео

PROGRAM BERKAYAK SUNGAI DUNGUN
Переглядів 415 місяців тому
Program ini diadakan sempena sambutan ke 50 Tahun Penubuhan KETENGAH. Peserta Kayak terdiri daripada kakitangan KETENGAH dan Lembaga Kemajuan Wilayah yang lain seperti KESEDAR, KEJORA, PERDA dan KEDA. Kelab Keluarga KETENGAH (KELAB 3K) yang menganjurkan program ini dengan jayanya
Sungai Perlis Dungun
Переглядів 937 місяців тому
Sungai Perlis terletak di daerah Dungun Terengganu sudah tidak asing lagi dikalangan pencinta alam semula jadi. Panorama yang indah disepanjang laluan dengan rimbunan pepohon meneduhi ditambah dengan kicauan burung yang bebas berterbangan. pelbagai spesis flora dan fauna mananti anda. @beautifulterengganumalaysia @terengganukini
permaisuri- data
Переглядів 1868 місяців тому
Persembahan santai daripada Shidi Data bertempat di Kampung Sungai Pergam, Kemaman Terengganu. @shididata72 @shididataofficial
mat udi - Jenayah Cinta
Переглядів 965Рік тому
Allahyarham Abe Mat Udi merupakan salah saorang pendikir yang mashur di malaysia dalam memartabatkan seni dikir barat. Alfatihah buat beliau. #dikirbaratkelantan #matudi #kelantan
Program Mencandat Sotong Kelab 3K KETENGAH-Siri 1/2023
Переглядів 176Рік тому
Program tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Keluarga KETENGAH ini merupakan antara aktiviti popular kepada ahli kelab yang minat memancing. Program ini telah diadakan pada 11-12 Mei 2023 bersama Tekong Bot yang digelarkan Pok Awang.
Xpedisi Sungai Kerawat
Переглядів 625Рік тому
Pengalaman yang mendebarkan, sensasi, kebebasan, ketenangan dan mencabar diri sendiri untuk sampai ke Sungai Kerawat. Salah satu lokasi memancing ikan air tawar yang mesti anda tawan sebelum layak bergelar kaki pancing tegar. Pelbagai spesis ikan air tawar seperti Kelah, Tengas, lampam dan bayak lagi. Perjalanan mengambil masa selama 8-12 jam untuk sampai ke sana dengan menunggang motosikal dan...
Santai Berkhemah di Sungai Pasir Raja, Dungun
Переглядів 279Рік тому
Program Santai 2 hari 1 malam ini merupakan expedisi berkhemah dan memancing santai. Tempat tapak perkhemahan ini dipanggil lubuk penjara dikalangan orang tempatan. Kami berpeluang menikmati masakan kampung ikan masak tempoyak, ikan goreng salai, aktiviti memancing, memukat dan makan roti canai. Datanglah berkunjung ke kampung Pasir Raja, Dungun Terengganu kerana banyak aktiviti Outdoor boleh d...
Sunrise Tasik Puteri Bukit Besi
Переглядів 27Рік тому
Tasik Puteri merupakan sebuah tasik peninggalan daripada aktiviti perlombongan bijih besi sewaktu ketika dahulu. Kini tempat ini telah dimajukan sebagai salah satu pusat tarikan pelancong yang bertandang ke Bandar Bukit Besi. #ketengah #beutifulterengganu #terengganu #terengganukite #bukitbesi #tasikputeri
Joget Angan Tak Sudah - Jay Jay
Переглядів 9 тис.Рік тому
Persembahan bertenaga daripada Jay Jay. Joget Angan Tak Sudah
Tiara - Jay Jay
Переглядів 285Рік тому
Persembahan bertenaga daripada Jay Jay membawakan lagu Tiara.
Belaian Jiwa -Jay Jay
Переглядів 244Рік тому
Otai Masih Berbisa Persembahan hebat dari JJ semasa Konsert di Bandar Seri Bandi, Kemaman Terengganu. #jayjay
Tinggallah Kasih - Megat Nordin
Переглядів 1,2 тис.2 роки тому
Lagu ini mengingatkat zaman sekolah menengah dahulu. Allahyarham banyak menyumbang dan mempopularkan sini dikir barat kepada umum. lirik lagu tinggallah kasih Tinggallah kasih ku pergi dahulu Membawa diri luka dihatiku Berpisah kita tak kan lagi bertemu Lupakanlah saja diriku.. [chorus] Tinggallah kasihku tinggallah sayang Ku pergi jauh di rantau orang Pada diriku tak usah dikenang Biarlah deri...
Kelab Golf Bukit Besi
Переглядів 7432 роки тому
Terengganu Amateur Open 2022, dan Jualan Usahawan KETENGAH bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun Terengganu sehinga 30 Ogos 2022.
Bukit Besi Agro Exotic Farm.
Переглядів 1,1 тис.2 роки тому
Bukit Besi Agro Exotic Farm terletak di Bukit Besi, Dungun Terengganu. Pelbagai Aktiviti boleh dilakukan di sini seperti kolam mandi air bukit Soopa Doopa, mengail ikan cara kampung dan memberi makan kepada haiwan di mini zoo yang disediakan. Disamping itu aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di sini. Video ini memaparkan aktiviti perkhemahan dari badan beruniform dari Sekolah Rendah Keban...
Seiras Ann Ways-Otai Masih Berbisa
Переглядів 2,3 тис.2 роки тому
Seiras Ann Ways-Otai Masih Berbisa
Takbir Raya Aidilfitri Bersama Pengurusan KETENGAH
Переглядів 2882 роки тому
Takbir Raya Aidilfitri Bersama Pengurusan KETENGAH
IKON BARU TASIK KENYIR (Kenyir Bridge) Pulau Poh
Переглядів 7373 роки тому
IKON BARU TASIK KENYIR (Kenyir Bridge) Pulau Poh
Wltoys 12402-A 4WD 1/12 2.4G RC Car Dessert Baja Vehicle Test Run
Переглядів 5373 роки тому
Wltoys 12402-A 4WD 1/12 2.4G RC Car Dessert Baja Vehicle Test Run
Cengal Besar Sungai Loh, Hulu Dungun, Terengganu Malaysia
Переглядів 1,7 тис.3 роки тому
Cengal Besar Sungai Loh, Hulu Dungun, Terengganu Malaysia
Tasik Puteri Bukit Besi
Переглядів 5974 роки тому
Tasik Puteri Bukit Besi
Terengganu Jet Ski Challenge
Переглядів 5615 років тому
Terengganu Jet Ski Challenge
Wayang Kulit Saufi sempena Festival Kenyir 2019
Переглядів 30 тис.5 років тому
Wayang Kulit Saufi sempena Festival Kenyir 2019
KARNIVAL USAHAWAN DESA ZON TIMUR 2019
Переглядів 3565 років тому
KARNIVAL USAHAWAN DESA ZON TIMUR 2019
Program Jom Ngail Kelab Keluarga Ketengah
Переглядів 1255 років тому
Program Jom Ngail Kelab Keluarga Ketengah
CBL CEMERUNG, BEREMBUN, LANGSIR.
Переглядів 1,2 тис.7 років тому
CBL CEMERUNG, BEREMBUN, LANGSIR.
jiran tetangga2
Переглядів 377 років тому
jiran tetangga2
PMDD KETENGAH CHALLENGE
Переглядів 5327 років тому
PMDD KETENGAH CHALLENGE
Pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir 2016
Переглядів 254 тис.8 років тому
Pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir 2016
JALUR GEMILANG
Переглядів 29 тис.8 років тому
JALUR GEMILANG